Oleh: MSK
"Syiriiikkkk!!!!" kata Fuziah bila aku bagi tau ada orang tua nak tolong dengan memanipulasi nombor.
"Tapi Kak Gee..." kata Hj. Mail. "Election is a number game. We are not manipulating people, but manipulating numbers." Lega aku bila Hj. Mail defend aku.
"No.no.no " kata Fuziah." I tak mau terlibat dengan kerja you all."
"Carry on, Mat." kata Hj. Mail. "Hang buat sorang-sorang, aku tak boleh campur. Nanti mengamuk Kak Gee."
Leceh sungguh. Kita nak tolong...tapi depa pulak takut.
Petang semalam, aku balik ke Kg. Gerachi...cari orang tua tu. Dan aku bawa dia balik ke Bilik Gerakan di Ampang Pecah. Ibu kunyit tak ada..jadi aku suruh dia sendiri cari. Cuma kena tambah kos pengeras menjadi sepuluh ringgit keseluruhan. campur duit minyak aku...aku claim 20 ringgit kat Kak Gee.
Sebaik sampai kat Kem Ampang Pecah...orang tua tu menggeleng kepala.
"Ngape bang?" aku tanya.
"Tempat ni keras. Nama pun Ampang Pecah. 147157 75318. Campur semua jadi 49. 4+9=13. 1+3=4.!!!"
Fuiyo!! Semua yang melibatkan PKR berakhir dengan nombor 4!!
Aku bawa orang tua tu masuk kedalam Bilik Gerakan. Matanya tercangak-cangak...melihat kertas-kertas dan carta-carta yang tertampal di dinding. Tiba-tiba dia terhenti bila melihat carta organisasi Jawatankuasa Pilihanraya Kecil Hulu Selangor.
"Mat!..cuba tengok pada nama-nama yang ada pada kertas tu." kata orang tua tu kat aku. "Tengok pada nama-nama yang ada kat atas tu. Disitulah punca masalah PKR."
Aku tengok pada senarai nama-nama yang ada.
Pengarah Pilihanraya: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Timbalan Pengarah: YB Abdullah Sani
Bendahari: Tengku Maraziyah.
Pengarah Strategi: Fuziah Salleh.
"Wrong people at the wrong place.!" Whoa!!! tiba-tiba orang tua tu cakap orang putih!!.
"Abang kerja apa?" aku tanya.
"Jaga Banglo orang putih kat Bukit Fraser." kata dia. Patut la!!
"Kita tengok nama semua tu.
Abdul Khalid: 12433 281394 = 40. 4+0=4. Peeergh!!!
Abdullah Sani: 1243318 1159 = 38. 3+8=11.
Tengku Maraziyah: 255222 419181718 = 56. 5+6=11
Fuziah: 638918 = 35. 3+5=8.
"Kamu nampak masalahnya?" orang tua tu tanya kat aku.
Aku dah semakin expert tentang nombor. Orang tua tu tak cakap pun aku dah tau masalah yang melanda PKR. Semuanya kerana orang yang tak sesuai diletakkan ke jawatan-jawatan yang penting.
Dari mula-mula lagi...sejak kematian Dato Zainal, PKR Hulu Selangor sudah dilanda masalah. Masing-masing mengaku hebat tapi kerja tak jalan. Semuanya kerana nombor.
"Nak buat macam mana bang?" aku tanya orang tua tu.
"Tak susah... Khalid Ibrahim tak sesuai jadi Pengarah. Ini Politik...bukan bisnis. Ini PKR bukan Guthrie. Nombor Khalid ialah 4. Kalau dia memimpin, tempat yang boleh menang pun boleh kalah..macam Ijok dulu. Kena tukar...kalau tidak, PKR akan kalah."
"Macam mana aku nak cakap? Tak kan Anwar nak dengar cakap aku. Tak mungkin Anwar nak percaya ramalan nombor-nombor ini!" aku kata.
"Tak apa...jangan risau. Yang itu kerja aku. Itu pasal aku minta kunyit." kata orang tua tu. "Tapi ada satu lagi masalah!!"
"Apa dia?" aku tanya.
"Kalau tolak Khalid, Abdullah Sani tak boleh ambil tempat dia. Sebab dia akan bersaing dengan Tengku Maraziyah. Dua-dua bernombor 11. Dua-dua kuat. Dua-dua akan bergaduh. Dan PKR akan kalah juga."
"Habis...nak lantik sapa?" aku tanya.
"Fuziah Salleh kena ambil alih." kata orang tua tu.
"Macam mana?" aku tanya.
"Jangan risau. Itu kerja aku." kata dia.
Orang tua tu mengeluarkan ibu kunyit dari poket dia. "Ambil pisau kejap!!" dia suruh aku. Mana la aku nak cari pisau dalam Bilik Gerakan. Terpaksa la aku melilau cari pisau...nasib baik ada paper cutter. jadi la.
Orang tua membelah ibu kunyit kepada empat bahagian. digenggam...digoncang dan kemudian menaburkan kunyit yang sudah dibelah macam melempar buah dadu. Tiga terlentang...satu terlungkup.
"Ada harapan!!" kata dia.
"Macam mana?" aku tanya.
"PKR tak boleh buat kerja secara solo. Kalau buat secara solo, PKR akan mati. PKR kena bergabung untuk menghasilkan nombor 22 untuk mengimbangi kekuatan BN. PKR kena bergabung tenaga dengan PAS dan DAP untuk menghasilkan nombor 22, nombor kekuatan Zaid. PAS=711=9. PKR=729=18.1+8=9. DAP= 417=13. 1+3=4.
9+9+4=22.!!!!" Yabedabedu!!!!!!
"Ada lagi satu masalah yang belum selesai." aku kata.
"Apa dia?" orang tua tu tanya.
"Duit....kita tak ada duit. Ramai petugas dah lari pasai tak ada duit nak belanja. BN pulak pakai duit untuk beli orang-orang kita. Tiap hari...ada saja orang PKR yang keluar parti pasai duit."
"Yang tu tak ada masalah. Kalau kita nak lawan duit dengan duit...kita kalah. Lagi pun, duit bukan besar sangat. DUIT;4392=18. 1+8=9. Jadi kita kena fikirkan apa dia faktor yang cukup kuat yang sukar untuk dikalahkan." kata orang tua tu.
"Apa dia?"
"RAKYAT. 912712=22!!!"
Pannnnggg!!!! Aku tepuk meja. UREKA!!!!! Kita dah ada formula untuk menang.
1. Kepimpinan Jentera Pilihanraya perlu dirombak. Khalid perlu digugurkan dan digantikan dengan Fuziah.
2. PKR perlu bergabung dengan Pas dan DAP untuk menghasilkan kekuatan.
3. Rakyat adalah faktor utama untuk menang. Dekati pengundi. Gerakkan kekuatan rakyat.
Esok aku kena jumpa Anwar. Sama ada dia nak ikut atau tidak..tu dia punya pasal.
Hulu Selangor: PKR 6: BN 4
Sunday, 25 April 2010
03:33 | Labels: msk |
This entry was posted on 03:33 and is filed under msk . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
Cantik!! Respek lu.
kalau campor dengan individu angka 5 yang duduk under Kak Gee mesti gempak. Masalahnya, individu angka 5 ni idea macam air. Mencurah-curah! sanggup ke kak Gee duduk dengan orang-orang nih?
aku rasa ada yang nak kena dengan abang mat .....
Heheheh. Baguih betoi matematik ni. Sapa kata orang Melayu tak pandai matematik? Cuma Yong nak tanya sikit, Nama2 tu dia ikut huruf roman atau arab?
kali ni rakyat plak yang lompat kuang,kuang....
Bang MSK....kalau ikutkan angka majoriti yang depa menang tu 1725 jadinya 6. Berat tu untuk UBN..maknanya Najib tu memang sungguh PM last la dalam RAHMAN tu...kita tunggu GE 13 nanti yang angkanya memang 4...mampoih depa!!!!
Ha ha ha..
Lama tak baca cerita hang Mat..Baguih..mengeletik sampai ke Hati..ha ha ha...
Lepas nih hang buat cerita Bedah Siasat (Cam UMNO Pulak)mengapa PKR kalah..
Ha ha ha ha
kalau pakcik tu terror, dah lingkup tokey no. tapi tokey no tak lingkup bertambah kaya ada, yang lingkup orang melayu sebab tikam no asyik tak kena. asyik kena tipu, macam BN tipu pengundi.
Dari 1st day kita jumpa di sana sembang pasal nombot, hahaha
Yong,
ikut huruf Roman.
ha ha ha,
Tengah bedah siasat. tapi masih dok teraba-raba. Tunggu dalam dua tiga hari lagi.
Amin,
Betui tak apa aku kata?
Post a Comment