Oleh Mkini
Ahli parlimen Hulu Selangor, Datuk Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada jam 9.27 malam tadi di rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang akibat barah otak.
Beliau meninggalkan isteri Datin Siti Zaharah Mohd Zin dan empat orang anak.
Zainal Abdidin, 71 adalah juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor.
Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor pada 1999, beliau merupakan orang kuat Umno Selangor dan pernah menjadi Exco kerajaan negeri selama lapan tahun dan Ketua Umno Bahagian Hulu Langat selama 14 tahun.
Antara jawatan exco yang dipegangnya termasuk
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Penyelidikan dan Pengerusi Jawatankuasa Perjawatan, Pendidikan dan Sumber Manusia.
Pada Mac 2005, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Umno dan menyertai PKR.
Zainal Abidin berjaya memenangi kerusi Hulu Selangor dengan mengalahkan calon BN dari pari MIC, P Palanivel pada pilihan raya umum yang lalu.
Kerusi itu berjaya dirampasnya untuk PKR dengan hanya majoriti 198 undi.
[baca lagi]
MP Hulu Selangor meninggal dunia
Friday, 26 March 2010
01:01 | Labels: mkini | 17 Comments
Outsource Rasis, Fitnah, dan Rahsia Negara
Thursday, 25 March 2010
Oleh Matkeri
Ameno gila 'outsource' sekarang ni. Untuk orang yang menjajah negara dan menguruskannya secara korporat seperti ameno, outsource adalah penyelesaian mudah untuk meletakkan masalah dalaman difikir oleh pihak luaran.
Satu ketika beberapa tahun dulu, ada syarikat yang 'gila outsource' sampai ke tahap yang tinggal cuma CEO dan sekretari. Department yang lain habis dioutsourcenya. Secara umum, tujuan utama outsource ialah 1) syarikat boleh tumpu kepada perkara yang lebih mustahak - cari duit, 2) dipercayai outsource dapat menjimatkan sumber syarikat terutama kewangan dan sumber manusia.
Outsource jugak boleh berlaku dengan cara 'mengkorporatkan jabatan'. Contohnya syarikat yang rasa bahawa jabatan IT banyak sangat sedut duit syarikat, maka syarikat koroporatkan (swastakan) jabatan tersebut dan IT, instead of buat kerja buta cukup bulan ambik gaji, akan charge syarikat setiap job yang dilakukan. IT tadi juga boleh keluar buat bisnes di luar. Maka syarikat sudah tidak perlu fikirkan tentang IT budget dan staff IT.
Tertarik dengan idea outsource ini agaknya, maka ameno cuba mengharung 'lautan biru' (blue ocean) dalam politik negara dengan mencuba kaedah ini.
Lately, kalau diamati dengan teliti, ameno telah outsourcekan core perjuangannya - rasis - kepada PERKOSA PERKASA. PERKASA sekarang, yang diketuai oleh Ibrahim 'putera katak' Ali, berjaya membawa PERKASA untuk menjadi lidah rasis ameno. Ameno sekarang tidak perlu fikirkan lagi tentang perjuangan rasisnya yang mendapat bantahan, bukan saja dari bangsa sendiri, malah dari ahli sendiri, sebab ianya telah dioutsourcekan kepada PERKASA. Apa saja perkara2 bangang berkaitan rasisme dan hasutan, Brahim akan men'champion'inya. Ameno boleh terus tumpu kepada rambut Rosmah perkara lain.
Perkara yang kedua ialah fitnah. Telah terbukti bahawa ameno gagal dalam usahanya menabur fitnah bilamana mereka membeli seketul dua mangkaq sengkek dari PR untuk memfitnah PR melalui pentas rasmi ameno. Terbukti dengan kemasukan Ezam dan gerombolan lainnya ke dalam ameno tidak lansung dipedulikan orang. Outsource ialah menyerahkan urusan kepada pihak lain, bukan urusan itu diuruskan oleh orang dalam. Maka Ezam gagal melaksanakan fitnah - kerana ianya tidak dioutsourcekan.
Sebab itu 4 MP terpaksa dibeli dan diternak di dalam kandang 'Bebas' untuk menfitnah. Jika mereka dalam kandang ameno, mereka akan sama seperti Ezam, tidak menyengat dan kurang kredibiliti. Hanya outsourcing sahaja yang - bagi ameno - dapat menarik perhatian rakyat. Nah, ameno boleh terus tembunkan Rosmah tumpu kepada perkara lain. Tugas fitnah telah pun dioutsource pada 'Bebas'.
Ameno akan mula berkata PERKASA dan Bebas tiada kaitan dengan mereka. Malah, pada satu2 masa, mereka akan 'bergaduh' sesama sendiri untuk menampakkan ke'real'annya perkara ini. Harapannya rakyat akan terbodoh sekali lagi dengan trik outsource - yang kebetulan sangat digemari oleh mereka yang berada dalam bisnes perbankan (*hint*) - dan mula melihat ameno sebagai 'liberal' dan tidak rasis. Fitnah itu Bebas, rasis itu Perkasa. Ameno adalah wira. Ewwwaahhh.
Aku ada masalah dengan outsourcing? Tadak. Sebab aku pun sokong outsourcing. Mudahkan kerja aku. Ada masalah? Angkat talipon, jerkah saja. Ada permintaan? Angkat talipon, mintak saja. Kita bayaq. Nak apa, mintak. Janji ongkosnya cukup. Dan outsource ni lebih inovatif, sebab mereka yang bekerja dlm bisnes outsource ni harus sentiasa peka dan kreatif sebab kalau tidak, kompetitor lain akan hulur kepala. Terpaksa la diterminate kontrak. Bebas dan PERKASA akan lebih inovatif dan kreatif dalam approachnya demi untuk memastikan kelansungan kontrak dengan ameno.
Cuma masalah outsource ni satu jer, terlampau bergantung pada mereka yang akhirnya mengakibatkan mereka naik lemak dan menekan. Tambahan bila banyak rahsia diketahui dan ada dalam tangan. Bila2 saja, secara tiba2, ianya boleh 'bocor sebab kecuaian staff' atau 'kelemahan kontrak' jika tidak 'ditangani dengan segera'. Ini akan bagi tekanan.
Ameno mungkin boleh atasi masalah PERKASA dan Bebas yang telah dioutsourcekan daripada menekan ameno untuk berada dalam keadaan payah. Mereka boleh outsourcekan C4.
Tetapi dengan syarikat yahudi laknatullah bernama APCO yang telah dioutsourcekan PR negara pada syarikat ini? How? Bagaimana jika betul 1Israel itu memang kerja APCO. Harus diingat bahawa orang kuat APCO juga adalah orang2 kuat Israel. Apakah strategi Malaysia untuk mengurangkan tekanan syarikat yang sayang Israel ini bilamana mereka mula menekan kita? Mereka dah tak main C4....
Outsoure telah mula menampakkan kelemahannya dan banyak syarikat perbankan dan syarikat korporat yang gila outsource dulu sudah mula realise bahawa ianya lebih banyak keburukan dari kebaikan. Operasi utama tidak boleh dioutsourcekan kerana tekanan kepada kerahsiaan adalah sangat tinggi. Kemungkinan ianya akan digunakan sebagain 'ransom' tidak dapat dielakkan.
Rasis, fitnah, dan jaringan bisnes dan contact adalah operasi utama ameno. Bila operasi utama ini mereka outsourcekan, tunggulah masa senak nanti bila masing2 perlukan sumber dan ameno sudah tidak sanggup menurutinya lagi.
Ingat, mereka ada C4 untuk selesaikan masalah dalaman negara. Tetapi untuk masalah yang disimpan di Israel?
Selamat bersidang kepada semua rakan2 di Parlimen Monggolia Malaysia!
09:01 | Labels: matkeri | 7 Comments
Antara Negara Rakyat dan Negara Fir’aun
Wednesday, 24 March 2010
Oleh Nash ar-Rawy
Sesebuah negara yang mengamalkan prinsip-prinsip demokrasi hendaklah meletakkan kepentingan rakyat dan hak massa sebagai aspek pendahuluan atau prima . Justeru kerna demokrasi itu datangnya dari rakyat , kepada rakyat dan untuk rakyat. Jika perkara fundamental kedemokrasian ini di hakis oleh mana –mana parti pemerintah . Maka berlakulah pemerintahan autokrasi atau kuku besi ;yakni , kerajaan Fir’aun .
Janganlah fir’aun itu bersembunyi di sebalik tembok-tembok dan tirai besi yang bernama ISA , OSA dan PDRM untuk menjamin kesinambungan hayat! Ini adalah amalan politik dan pemerintahan yang ‘out-dated’ dan primitif . Bukan lagi boleh diguna-pakai dizaman siber dewasa ini. Lihat di Indonesia dan Filipina, setelah jatuh Fir’aun Marcos dan Suharto. Perjalanan demokrasi di negara tersebut cukup hebat dan pesat sekali ; di mana Malaysia jauh ketinggalan sekali . Dunia bisa ketawa!
Bahkan PM dan TPM Indonesia bisa dibawa ke muka pengadilan bersabit dengan kesalahan rasuah, kronisma dan salahgunakuasa.Demonstrasi massa secara aman dibenarkan . Bahkan pihak kepolisian hanya menjaga keselamatan rakyat yang berdemo sebagaimana tugasan dan kredibiti mereka , bukannya menjaga keselamatan parti yang memerintah .
Alhamdulillah, sekalipun gaji polis sudah naik dengan begitu drastik sekali . Namum tanggungjawab untuk menjaga keselamatan rakyat yang berkumpul secara aman hendaklah dipastikan berlaku kerna ianya dijamin oleh Perlembagaan Malaysia. Yang mana, Akta Polis adalah terbitan daripada Perlembagaan tersebut yang bersifat sekunder kerna Perlembagaan Malaysia adalah asas kedemokrasian yang prima dan utama sekali. Perlembagaan Malaysia hendaklah menjadi obligatori pihak keselamatan untuk memastikan ianya sama sekali tiada tercemar oleh mana-mana parti pemerintah sekalipun. Ini amanah dan obligasi mereka kepada rakyat. Semua kakitangan kerajaan samada yang beruniform atau tidak adalah dibayar gaji mereka oleh kerajaan bukannya oleh mana-mana parti pemerintah. Justeru itu selaku KULI rakyat , hak rakyat hendaklah dihormati dan didahulukan oleh semua jentera rakyat .Dewan Rakyat bukannya Dewan Parti atau milik mana-mana parti yang memerintah !
Setiap wakil rakyat, samada di peringkat parlimen atau DUN ; sewaktu mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat .Maka tatkala itu gugurlah kepartaian mereka samasekali ; yang ada hanyalah status mereka sebagai wakil rakyat bukannya lagi sebagai wakil mana-mana parti .
Justeru itu , alaun mereka juga dibayar oleh rakyat Malaysia , bukannya dibayar oleh parti asal mereka . Maka ini, semua kakitangan kerajaan ; janganlah sekali-kali menganiayai rakyat yang memerlukan khidmat pelanggan yang cermerlang dan khidmat penjagaan keselamatan berhak diberikan kepada rakyat daripada semua pihak.
Maka di sini , program Gegar yang dianggotai oleh 50 NGO hendaklah dibenarkan berhimpun secara aman sebagaimana yang di jamin oleh Perlembagaan Malaysia ; di Lapangan Terbang Sultan Mahmud pada kira-kira jam 11.45 pagi , Sabtu ini( 20.3.10 ) ; demi untuk menyampaikan memorandum massa kepada DYMN Yang Di Pertuan Agung. Memorandum ini mendesak kerajaan pusat mengembalikan ‘ The Stolen Black Gold’ kepada yang berhak . Iaitu, warga Kelantan dan Terengganu . Sebagaimana hak yang sama diberikan kepada warga Sabah dan Sarawak .
Ingat! Emas hitam adalah hak kepunyaan rakyat; diurustadbir melalui kerajaan negeri masing-masing ; bukannya milik persendirian mana-mana parti pemerintah untuk dikorun-faraidkan di kalangan elit-umnoputra di atas nama rakyat seperti projek pembaziran Masjid Kristal yang tiada kariah dan Monsoon Cup menjadikan Terengganu negeri yang kaya dengan minyak tetapi , rakyatnya yang kedua termiskin di Malaysia . Yang kaya dan sedang lenang dari anugerah Allah kepada bumi tersebut hanya untuk membuncitkan perut qorun-qorun itu tadi . Sementara rakyat marhein, tetap miskin . Mana pertambahtaraf golongan petani , nelayan dan penternak yang miskin . Beras, daging, ayam dan ikan masih lagi diimpot ? Sektor marhein ini tiada menguntungkan kroni-umnoputra kecuali projek kerakusan qorun seperti Monsoon Cup dan Masjid Kristal itu tadi . Mereka bisa mendapat pulangan dan keuntungan yang cepat !
Pihak keselamatan hendaklah bijaksana dan tertakluk tugasan mereka dengan Perlembagaan Persekutuan. Berilah perkhidmatan keselamatan yang lebih baik kepada para demonstran itu nanti dan mesra rakyat kerna kenaikan gaji mereka adalah daripada wang rakyat . Bukannya daripada kantong mana-mana parti .
Justeru itu , demi memudahkan tugas para pegawai dan pasukan keselematan agar lebih bertangjungjawab kepada rakyat . Sewajarnyanya pembuktian transformasi kerajaan bukannya retorik . Tetapi , dibuktikan dulu mukaddimahnya dengan meletakkan dulu PDRM( IGP) dan SPRM di bawah jurisdiksi parlimen ; agar mereka tiada menjadi ‘subordinate’ dan ‘Yes Man” sahaja kepada PM. Justeru , bertangjungjawab terus kepada rakyat . Yakni, kepada Dewan yang mulia , iatu Parlimen .Yakni, pastinya tidak dibawah telunjuk PM atau perintah mana-mana parti.
22:58 | Labels: nash arrawy | 2 Comments
Gugur pendakwaan terhadap Anwar – Human Rights Watch
Oleh Sam Ahmad
Pendakwaan “Liwat II” ke atas bekas timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilakukan secara tidak adil dan penuh dengan keraguan. Human Rights watch dalam kenyataan terbarunya menyatakan bahawa seharusnya pendakwaan terhadap Anwar perlu digugurkan dengan serta merta.
Menurut Phil Robertson, timbalan Pengarah Human Rights Watch , ““kerajaan (Malaysia) perlu hentikan keadilan yang tidak adil ini dan menggugurkan segala pertuduhan ke atas,”
“Dalam setiap langkah yang dibuat mahkamah telah menghalang para peguam Anwar daripada mempersiapkan pembelaan yang kemas.” Katanya lagi.
Beliau berkata demikian, di dalam kenyaannya yang bertarikh semalam, 23/3/2010.
Anwar didakwa meliwat Mohd Saiful Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara. Beliau yang kini berusi 63 juga merupakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Anggota Parlimen Permatang Pauh.
“Sistem kehakiman di Malaysia The Malaysian judiciary Cuma akan jadi teruk jika sekali lagi how pendakwaan dilakukan ke atas ketua pembangkang Negara itu (Malaysia),” kata Robertson. “Selain daripada mempolitikkan mahkamah , ia juga menkesampingkan penghakiman yang adil, kerajaan Malaysia seharusnya menghentikan taktik kotor ini, menggugurkan segala pendakwaan terhadap Anwar, dan mengembalikan politik ke asalnya, di kawasan yang dimenanginya di Parlimen.
[lagi]
18:23 | Labels: Human Rights Watch | 7 Comments
MENYENARAIHITAMKAN AHLI PARLIMEN SEKSIS
Kenyataan Media
Wanita Pakatan Rakyat
23 Mac 2010
Wanita Malaysia tidak akan memilih calon-calon Ahli Parlimen yang seksis dalam pilihan raya akan datang.
Anutan seksisme (sexism) membawa pemikiran bahawa satu gender adalah lebih inferior atau lemah dari yang lainnya. Ia juga bermaksud mendiskriminasi gender dan tidak mempeduli soal memelihara maruah dan martabat gender, lelaki atau wanita.
Seksisme adalah berlawanan dengan Perlembagaan Malaysia dan pengakuan Malaysia dalam mendukung tuntutan untuk menghapuskan sebarang bentuk diskriminasi terhadap wanita (CEDAW).
Seksisme dalam Parlimen sering berulang kerana tiada pengharaman terhadap pengujaran dan kelakuan seksis dalam Peraturan Mesyuarat. Ahli-Ahli Parlimen yang seksis yang sepatutnya dihukum, bebas lepas begitu saja (scott free).
Seksisme adalah penghalang besar terhadap pencapaian keadilan dan kesetaraan gender.
Seluruh rakyat Malaysia wajar berasa sangat bimbang jika AhliAhli Parlimen menganggap isu seksisme ini sesuatu yang remeh dan tiada nilai sedikitpun. Ahli-Ahli Parlimen yang seksis tidak akan mampu membawa keadilan untuk semua – lebih-lebih kepada wanita yang sentiasa menjadi golongan yang didiskriminasi dan dipinggir. Menurut satu kajian, lebih 60% rakyat miskin adalah terdiri dari wanita. Wanita masih ketinggalan dalam sektor ekonomi, pekerjaan dan keimpinan pentadbiran dan politik. Dan wanita belum berasa selamat dan aman dari penganiayaan dan keganasan yang masih berterusan berlaku.
Ahli-Ahli Parlimen yang seksis dikhuatiri tidak akan dapat menghayati situasi bahawa wanita perlu diberdaya (empowered) dalam menghasilkan sumbangan terbaik untuk negara dalam kesemua ruang lingkup kehidupan masyarakat dan negara. Dengan itu, segala keputusan utama untuk kepentingan umum dikhuatiri akan meminggirkan keperluan khusus wanita juga.
Wanita Pakatan Rakyat akan menyenaraihitamkan para pemimpin yang bersikap seksis kerana individu seksis tidak mampu memberi pertimbangan yang adil dan saksama terhadap wanita.
Di antara KPI calon-calon Ahli Parlimen akan datang ialah mereka mestilah bebas dari sebarang bentuk amalan seksis sepanjang keahlian mereka dalam Dewan Rakyat ke-12 ini.
WANITA PAKATAN RAKYAT
16:58 | Labels: wanita pr | 0 Comments
Anwar Dalam Bicara 9
Tuesday, 23 March 2010
Oleh Amin Ahmad
Kemelut politik dalam PKR bukan baru. Sebagai sebuah parti yang wujud dalam keriuhan tuntutan reformasi dalam negara, kerencaman kelompok yang masuk ke dalam arusnya tidaklah sedikit. Saya bertemu Hasmi Hashim dan berbual tentang keutamaan yang tenggelam dalam arus reformasi, penulis-seniman yang saya mula kenal beliau pada tahun 2001 dan selalu mencabar akal-fikir dan memanggil kesedaran saya dalam melihat sesuatu meski sebahagiannya tidak saya persetujui.
Memang wujud kelompok pemimpin pertengahan dan tokoh muda dalam UMNO yang bersama DS Anwar. Namun, selain mereka juga hadir pelbagai tokoh NGO yang pelbagai bidang tumpuan mereka. Selepas itu juga tokoh-aktivis PRM bergabung untuk membentuk ketumbukan. Itu belum termasuk mereka yang mula bergiat dengan politik. Justeru, cakap-cakap bahawa PKR didirikan oleh ‘sisa-sisa’ UMNO tidak tepat sepenuhnya.
Kita tahu misalnya ramai tokoh-tokoh ABIM yang bersama reformasi di awalnya mula meminggirkan diri. ABIM telah dihimpit oleh kerajaan dalam banyak bentuk termasuk kekangan kewangan. Sebagai organisasi belia yang memang memilih jalan non-partisan sejak mula, menjarakkan organisasi ABIM dari mempunyai perkaitan rapat dengan PKR bagi saya wajar. Tetapi untuk ABIM bersikap diam terhadap segala kebobrokan UMNO-BN saya fikir tidak tepat. Ya, tentu saja apabila saya menulis kebobrokan UMNO-BN, itu tidak bermaksud PR tidak ada kelemahan yang ABIM boleh kritik. Di sana ABIM boleh menampilkan semula sikap non-partisannya. Jika tidak, ABIM tidak akan dilihat lebih daripada ‘pejuang’ yang mengharapkan ehsan kerajaan, biarpun atas nama strategi.
Saya mengambil contoh ABIM hanya kerana kebetulan pernah timbul krisis yang menyebabkan tokoh-tokoh mereka yang pernah bersama PKR memilih untuk mengungsi buat beberapa waktu. Sebenarnya saya memaksudkan semua organisasi dan individu yang terlibat dengan PKR.
Politik wujud kerana manusia tidak boleh bersetuju dengan semua perkara. Sebab itu kita harus memahami bahawa dalam ikatan kerjasama, kebebasan itu harus disertai dengan disiplin. Ramai yang berpendapat bebas itu boleh tanpa disiplin, konon atas nama prinsip. Adakalanya sesuatu hal yang bukan prinsip atau Nabi s.a.w. sendiri perbolehkan pun ia dipegang secara berbeza oleh muslim misalnya.
Adakalanya lucu dan kesal saling bersilih ganti. Beban pergeseran semua hero-hero ini akhirnya memerlukan DS Anwar untuk datang menyelesaikannya. Jika DS Anwar perlu menyelesaikan semua perkara ini, ternyata bahawa pimpinan barisan depan, kedua atau ketiga perlu bermuhasabah akan fungsi mereka.
Disiplin perlu diwujudkan. Bagaimana? Realiti perjuangan semasa misalnya berbeza dengan realiti yang pernah wujud sebelum ini. Rakyat tidak lagi merasa ada keperluan untuk kerap turun berdemonstrasi. Saya tidak memaksudkan tidak perlu buat langsung, tetapi kesakitan-kesakitan hidup yang pernah berlaku bermula 1998 dan mereka rasakan tidak terbela itu mendorong mereka memilih kesedaran lain untuk bergerak. Itu bukan bermakna jiwa mereka telah tunduk mengalah tetapi ia adalah sebahagian realiti yang perlu mereka depani. Berundur selangkah tidak mengapa jika itu yang membolehkan seseorang bergerak ke depan lagi beberapa langkah.
Saya fikir, di sinilah peranan Angkatan Muda Keadilan (AMK). Sekurang-kurangnya, AMK harus membangun modul latihan kepada ahli untuk digerakkan di peringkat cabang dan ranting. AMK tidak wajar membiarkan parti bergerak hanya dengan keputusan pemimpin. Perkara-perkara asas berkaitan perjuangan parti sepatutnya telah selesai dari sudut pemahaman ahli. Ahli di peringkat cabang dan ranting tidak akan mampu bergerak jauh tanpa asas pemahaman yang kukuh. AMK tidak wajar mengharapkan ahli bergantung kepada maklum balas semasa pemimpin untuk hal-hal berbangkit. AMK tidak wajar membina kekuatan ahli hanya sekadar melalui rasa tidak puas hati mereka akan tindakan kerajaan. Ahli harus dibangunkan kapasiti mereka dengan latihan pemahaman terhadap ideal kenegaraan dan di sana nanti mereka akan menjadi penggerak dengan sendirinya.
Hari ini kita lihat beberapa mantan tokoh PKR yang ‘gila talak’. Mereka sangka apa yang mereka telah buat untuk parti dan gerakan reformasi itu paling hebat dan cukup. Kita tidak mengatakan bahawa mereka tidak ada sumbangan, tetapi apa yang mereka buat pada hari ini cukup untuk menghilangkan semua ‘jasa-jasa’ mereka sebelum ini. Ya, saya katakan menghilangkan ‘jasa-jasa’ ini kerana jelas bahawa mereka telah memilih keyakinan baru. Justeru, keyakinan lama tentu tidak bernilai buat mereka.
Saya masih ingat ketika pulang ke kampung lebih setahun lalu di mana beberapa orang tua-tua datang bertanya saya “betulkah YB Zul Noordin itu Special Branch?”. Saya tidak tahu. Apa yang boleh saya katakana ialah beliau ialah salah seorang peguam DS Anwar. Tetapi memang ada sebahagian Special Branch yang masuk ke pelbagai sektor untuk mendapatkan maklumat dan saya pasti DS Anwar tentu saja lebih lagi wujud cubaan mendapatkan maklumat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Bahkan saya yang memang tidak dikenali pun pernah dikunjungi dan dihubungi oleh Special Branch.
Saya masih ingat ketika mogok lapar sempena 365 hari tahanan ISA, sebilangan aktivis sampai ke tahap boleh mengenal Special Branch. Ada seorang daripada mereka merapati saya dan menawarkan saya ruang untuk membuat kerja amal di luar negara jika benar saya suka membantu masyarakat. Saya tolak dengan baik kerana pada waktu itu saya masih belajar di kampus dan cukup untuk saya bergiat dalam negara. Ada yang terus cuba berhubung dengan saya untuk mendapatkan maklumat. Sebenarnya banyak yang menarik daripada pengalaman ini termasuk hal-hal yang pada saya lucu.
DS Anwar akan terus dihakimi oleh kumpulan yang pelbagai ini termasuk rakyat umumnya. Ada beza antara mereka yang aktif berparti dan tidak. Biar apa pun, kita harus mengingati pesan Saidina Ali k.w. bahawa “kebaikan yang tidak diuruskan dengan baik akan dikalahkan dengan kebatilan yang diuruskan dengan baik”. Reformasi tidak harus tewas hanya kerana ego kita, sama ada secara intelektual, aktivisme dan apa juga.
Jika kita menganggap keluarnya sebilangan tokoh PKR yang pernah ikut arus reformasi itu sebagai proses pembersihan, ia tidak harus menjadikan kita lalai akan keperluan memperbaiki diri secara berterusan. Kita tidak mahu nanti ada yang rasa dipinggirkan selepas berjuang sedangkan mereka tidak pernah dibangunkan kapasiti untuk mengisi ruang-ruang perlu bagi menghidupkan agenda perjuangan selepas berjaya mengambil alih kerajaan persekutuan, insyaAllah.
08:37 | Labels: amin ahmad | 5 Comments
Model Ekonomi Baru UBN Seperti DEB Kecundang
Monday, 22 March 2010
Oleh: Nash Ar-Rawy
Model Ekonomi Baru tajaan UBN ternyata perulangan kesilapan yang pernah berlaku kepada DEB yang kecundang akhirnya , kerna tiada berteraskan prinsip ekonomi Islam ; sebaliknya lebih menjurus kepada kepentingan kapitalisma, monopolisma, kronisma, nepotisma dan parochialisma yang merupakan amalan tradisi UBN; JUARA MENIPU!
Terdapat banyak kementerian dan agensi kerajaan di bawah DEB dahulu selain daripada Kemenerian Keusahawan Bumiputra yang ditutup. Selagi UBN masih lagi dengan sikap rakus dan bersifat kekorunan di dalam memfaraidkan kekayaan negara dan projek di kalangan kroninya sahaja , selagi itulah masaalah ekonomi bumiputra dan bukan bumiputra tiada akan selesai. Tidak seperti Guan Eng gunapakai kabel komputer bukan kroni !
Justeru kerna , Islam mengharamkan kekayaan sesebuah negara itu berputar di kalangan orang yang tertentu sahaja . Namun UBN melalui MEB masih lagi dengan sikap mengenyangkan kuncu-kuncu , suku-sakat kroninya . Kesan yang masih berleluasa ialah merampas emas hitam kepunyaan rakyat kelantan untuk diagihfaraidkan sesama kuncu-kuncu seperti yang berlaku di Terengganu ; pembaziran Masjid Kristal untuk mengkayakan kroni elit Umnoputra sahaja sedangkan Terengganu dikatogerikan negeri yang kedua termiskin di Malaysia ; mengatasi Kelantan, walaupun merupakan Negeri yang terkaya dengan emas hitam tetapi warganya antara yang termiskin. Mana pembelaan rakyat marhein ?
Dipercayai budaya kronisma elit-Umnoisma ini akan terus menjadi tradisi menipu rakyat di dalam Model Ekonomi Baru ( MEB ) itu nanti yang bakal melahirkan Vincent Tan , Ananda Krishnan dan Mukhlis yang baru. Sementara rakyat marhein bumiputra dan bukan bumiputra yang akan terus terhimpit dengan kos kehidupan yang tinggi dengan bebanan hutang negara dengan membayar cukai yang tinggi . Ringgit Malaysia sudah jatuh teruk berbanding bath Thailand dan dollar Singapura; yang mengatasi RM untuk sekian lamanya ; perlaburan merosot kerna rasuah dan salahgunakuasa berbanding dengan Indonesia yang bisa bawa PM dan TMP ke muka pengadilan atas tuduhan rasuah dan salahgunakuasa. Akibatnya pelabur cabut lari dan rakyat rugi .
Umno akan terus mengekpoitasikan agenda bantu bumiputra melalui MEB tetapi sebenarnya cerita lama berjenama baru . Kapitalis elit-Umnoputra dan kapitalis elit-MCA-MIC akan terus menipu Bumiputra dan Bukan Bumiputra menguasai dan mencengkan ekonomi negara menjadi kaya raya di atas kesusahan rakyat jelata tanpa kira kaum dan agama.
Awas! Sejarah UBN membuktikan di dalam era Mahathir , Badawi dan Najib tiada sama dan jauh sekali berbeza dengan iltizam rakyat yang pernah dibuktikan oleh allahyarham Tun Razak ( bersama allahyarham Dato’ Asri ) membangunkan kawasan luar bandar dan sebelumnya allahyarham Tunku yang menjual estet untuk biaya perjuangan politik beliau yang akhirnya meninggal dunia di luar Umno bersama PAS ,DAP dan Semangat 46 . Umno sekarang adalah platform untuk menjadi kaya- raya dan menipu rakyat . MEB adalah umpanan semata-mata setelah DEP kecundang kerna perbuatan Umno ; bukan kerna PAS , DAP atau Keadilan .
Gagasan ekonomi baru yang pernah dikemukakan PAKATAN RAKYAT yang berteraskan perlembagaan Malaysia yang menjamin hak bumiputra dan Bukan Bumiputra oleh DS Anuar Ibrahim ‘mengrakyatkan ekomoni dan kekayaan negara “; bukannya mengkroni-korunkan kuncu dan suku sakat elit-Umnoputra dan elit-UBNputra . Ternyata Najib tiada modal menciplak idea ekonomi baru PAKATAN RAKYAT dan ‘ One Malaysia “ : ‘One Israel “ sama saja SMS ( Satu Malaysia Sekular ); mengamalkan sistem ekonomi kapitalis sebagai teras ekonomi negara yang tiada memihak kepada rakyat marhein dan bercanggah dengan sistem ekonomi Islam untuk semua ; ‘ Justice For All “
Mengapakah sektor pertanian, perikanan dan pemakanan tiada dimajukan sehingga ‘Bernas” dibursashamkan untuk kepentingan kapitalis. Bahkan berbanding Thailand , Malaysia jauh ketinggalan di dalam sektor-sektor marhein tersebut; kerna tiada diminati dan kroni tiada bisa cepat kaya jika sektor tersebut dimajumakmurkan kerna yang untung adalah rakyat marhein melaui koperasi mereka bukan korun-Umnoputra.Yang mengagihkan saham-saham Bumiputra antara mereka sahaja. Institusi Bumiputra yang lain hanya bisa menganga sahaja dengan sandiwara MEB;yang bisa sahaja menunggu memboloti peluang baru nanti!
Apalagi tiada berlakunya transfomasi kerajaan;yang bimbang dan takut untuk meletakkan SPRM, PDRM( IGP) SPR, JPN, Ketua Hakim Negara, Akauntan Negara dan Peguam Negara di bawah jurisdiksi parlimen atau DYMM Yang Di Pertuan Agung. Justeru untuk menutup kepincangan pengurusan UBN dan menggunakan ISA dan OSA untuk menjamin keselamatan Umno ;demi memperlahankan kejatuhannya UBN di persada politik tanah pada PRU 13 nanti. Islam pasti menang insyaAllah !
Massa tiada akan lupa tipu helah manipulasi kepolitikan Umno dalam agenda penipuan baru mereka iaitu Satu Malaysia Sekular dan Model Ekonomi Baru untuk kroni-kroni baru ; di atas nama Melayu dan Bumiputra; MELAYU TIPU MELAYU! Sokonglah Parti Islam
17:46 | Labels: nash arrawy | 0 Comments
Membenarkan Orang Awam & Media Sebagai Pemerhati Dewan
Kenyataan Media YB V.Sivakumar pada 19 Sept 2010 di Ibu Pejabat PKR Ipoh.
Membenarkan Orang Awam & Media Sebagai Pemerhati Dewan
Dewan Negeri adalah forum rakyat. Rakyat telah memilih wakil-wakil mereka melalui pilihanraya. Oleh itu, rakyat berhak untuk melihat tingkah-laku ataupun gelagat wakil-wakil mereka di dalam Dewan Negeri. Rakyat tidak boleh dihalang oleh mana-mana pihak untuk memasuki Dewan Negeri sebagai pemerhati. Jika ada pihak yang cuba menghalang kemasukan orang awam ke dalam Dewan Negeri, maka itu merupakan satu lagi pencabulan amalan demokrasi. Kerajaan Persekutuan mahu ‘rakyat diutamakan’ oleh itu orang awam seharusnya diberi peluang untuk memasuki Dewan Negeri untuk memastikan wakil-wakil mereka menjalankan kewajiban mereka atau pun tidak. Apa salahnya jika orang awam dibenarkan masuk melihat persidang Dewan Negeri?
Pada tahun lalu, kedua-dua persidangan yang dibuat di dalam Dewan Negeri dikendalikan secara tertutup. Orang awam tidak dibenarkan masuk. Malah, polis telah mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang orang ramai berada di perkarangan bangunan Perak Darul Ridzuan. Perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku pada tahun ini. Tindakan pihak polis dan mahkamah itu adalah amat memalukan. Oleh yang demikian, pihak pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri harus mengambil semua langkah-langkah untuk membenarkan orang ramai menghadiri persidangan Dewan Negeri pada 30 Mac 2010 nanti.
Tambahan pula, untuk menjamin kebebasan akhbar, pihak pentadbiran Setiuasaha Kerajaan Negeri tidak boleh menghalang mana-mana wartawan menghadiri sidang Dewan. Para wartawan dari semua lapisan termasuk media elektrnik dan media antarabangsa juga harus dibenarkan membuat liputan persidangan Dewan Negeri. Pihak kerajaan tidak harus membuat persidangan secara sembunyi ataupun rahsia. Pihak media harus diberi kebebasan sepenuhnya membuat segala liputan berkenaan dengan perjalanan persidangan Dewan Negeri pada 30 Mac 2010. Pihak kerajaan juga tidak melakukan tipu muslihat untuk hanya membenarkan media pro Barisan Nasional membuat liputan persidangan dewan. Media neutral dan media pembangkang seperti Harakah, Rocket, Suara Keadilan , Era Pakatan juga seharusnya diberi jaminan untuk menghadiri persidangan dewan tersebut. Jika media-media ini tidak dibenakan membuat liputan persidangan, maka ini bermaksud pihak kerajaan bertindak secara berat sebelah ataupun ‘double standard’ dalam melaporkan keadaan sebenar yang berlaku dalam dewan. Pihak kerajaan tidak boleh mengkaburi rakyat dengan berita-berita satu pihak. Dalam pada itu, pihak kerajaan juga seharusnya berani menghadapi kenyataan ataupun realiti dan tidak pula takut kepada bayang-bayang sendiri.
Saya selaku Speaker yang sah untuk Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan mengarahkan pihak pentadbiran Pejabat Setiusaha Kerajaan Negeri supaya tidak menghalang pemerhati awam dan semua pihak media menghadiri persidangan dewan. Pihak pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri seharusnya mengumumkan supaya permohonan kebenaran boleh dibuat dengan serta merta oleh media-media yang ingin membuat liputan pada hari persidangan. Segala usaha untuk menghalang orang ramai dan pihak media menghadiri persidangan 30 Mac 2010 adalah dianggap sebagai kegagalan kerajaan BN dalam menghidupkan kembali demokrasi di Perak. Oleh yang demikian, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab kepada rakyat harus menghormati undang-undang dan tidak megulangi tabiat buruk seperti pada tahun yang lepas. Undang-undang adalah pengukuh masyarakat, maka ia tidak boleh disalah gunakan untuk mencapai matlamat politik dalam kerakusan mengejar kuasa.
V.Sivakumar
19 Mac 2010
00:02 | Labels: sivakumar | 10 Comments