PerakExpress

  • Entries
  • Comments

  • Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit

SURAT TERBUKA BUAT MUFTI PERAK

Saturday, 24 April 2010

Dengan penuh rasa insaf dan tanggungjawab saya mewakili sahabat-sahabat yang cintakan keamanan dan membenci kekejaman rejim Zionis Laknatullah ingin melontarkan pandangan berdasarkan jika benar laporan didalam naskhah Berita Harian keluaran 17 April 2010 yang dipaparkan di muka hadapan atau di laman web :
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/2010041705331320100417053313/Article/
PENDAHULUAN
Matlamat Yahudi Yang Utama : Memerintah Setiap Negara
Pada tahun 1897 di Basle, Swirtzeland 300 sarjana Yahudi telah berkumpul secara sulit untuk merancang beberapa agenda atau Protokol Yahudi. Perhimpunan ini dipimpin oleh Teodrl Hezl. Matlamat utama perhimpunan ini adalah untuk memastikan bahawa bangsa Yahudi akan kekal memerintah di setiap negara walaupun negara itu diperintah oleh bangsa selain Yahudi.
Protokol Yahudi ini akhirnya telah dibawa ke pengetahuan umum pada tahun 1901M, apabila seorang wanita Perancis telah berjaya mencuri naskhah protokol ini daripada seorang pemimpin tertinggi Freemasonary. Wanita tersebut telah mencurinya diakhir Muktamar Rahsia (Jewish Masonic Conspiracy) yang diadakan di Perancis. Protokol-protokol ini telah diterjemahkan ke Bahasa Arab oleh Ust Mohd Khalifah Attunisi. Di bawah tajuk “Protokol Hukama Sohyuni”
Salah satu protokolnya ialah:
Protokol Kedua
Bantuan-bantuan yang diberikan oleh bangsa Yahudi melalui agen-agen Yahudi akan memperkuatkan kaum Yahudi. Yahudi akan memerintah bangsa lain seperti bangsa itu memerintah negaranya sendiri, tanpa disedari bahawa mereka telah berada di bawah genggaman Yahudi. Ketua pentadbir yang dilantik untuk mengatur pentadbiran negara, mestilah terdiri daripada orang-orang yang berjiwa budak, yang mudah diarah untuk kepentingan Yahudi. Melalui akhbar, Yahudi menggerakkan fikiran orang ramai serta mengambil kesempatan untuk mendapatkan emas, meskipun dari lautan darah dan airmata. Pengorbanan adalah perlu, kerana setiap nyawa dikalangan Yahudi berharga seribu orang bukan Yahudi.
PENDEDAHAN APCO WORLDWIDE DI PARLIMEN OLEH MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
Dalam jawapan secara bertulis kepada YB Tian Chua (PKR Batu), Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz telah mendedahkan di Dewan Rakyat bahawa satu kontrak telah dimeterai antara Kerajaan Malaysia dengan Firma Perunding Perhubungan APCO Worldwide bernilai hampir RM77 juta setahun.
Syarikat Firma Perunding Perhubungan APCO Worldwide ini telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan “Strategi Komunikasi” dan “Membina Imej” Negara serta mengagongkan Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’ Seri Najib Tun Razak.
SIAPAKAH APCO?
Perkara ini telah didedahkan Ketua Pembangkang YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim di dalam Parlimen yang mulia .
Ahli Lembaga APCO termasuk dua bekas duta Israel iaitu:-

1. Shimon Stein (bekas duta kepada Jerman)
2. Itamar Rabinovich (bekas duta kepada Amerika Syarikat)
3. Doron Bergerbest-Eilon, bekas ketua keselamatan Agensi Keselamatan Israel (Israeli Security Agency, ISA) yang lebih dikenali sebagai Shabak atau Shin Bet. Jawatan ini adalah bersamaan dengan pangkat Mejar Jeneral dalam tentera Israel.
Shin Bet bertanggungjawab menjaga keselamatan dalam negeri Israel, termasuk menghadapi Intifada Palestin. Semasa intifada Al-Aqsa, Shin Bet memainkan peranan untuk mengenalpasti identiti dan lokasi pemimpin-pemimpin Palestin yang dijadikan mangsa pembunuhan oleh serangan udara tentera Israel.
Shin Bet turut terkenal dengan kaedah-kaedah menyeksa tahanan mereka semasa soal-siasat. Seorang wartawan Palestin, Mohammed Omer, mendakwa beliau ditahan oleh Shin Bet pada tahun 2008 dan dibogelkan, dibelasah oleh lapan pegawai Shin Bet yang bersenjatamengakibatkan beliau terpaksa dirawat seminggu di hospital. Makhamah Tertinggi Israel sendiri memutuskan bahawa kaedah-kaedah soalsiasat Shin Bet adalah berketerlaluan, melanggar hak asasi manusia, dan bersifat menyeksa.
APCO dan ASERO seumpama satu keluarga, dengan pemimpin-pemimpin yang sama. Doron Bergerbest-Eilon adalah presiden ASERO, manakala Mara Hedgecoth anak kepadaMargery Kraus, Presiden APCO – merupakan Naib Presiden di kedua-dua APCO dan ASERO. Denise Teeling pula, adalah Ketua Kewangan (CFO) bagi kedua-dua APCO danASERO juga. Menurut laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Denise Teeling dan Margery Kraus adalah direktor APCO Worldwide Sdn Bhd, yang ditubuhkan di Malaysia.
APCO tidak hanya terlibat dengan aktiviti Zionis dan pencabulan hak asasi sahaja, malah juga dengan aktivisme anti-Islam.
1. Jonathan Winer yang merupakan Naib Presiden APCO di Washington DC. Pada 2003, Winer memberi keterangan di Jawatankuasa Senat Amerika Syarikat di mana diamenuduh gerakan Ikhwan Muslimin (Muslim Brotherhood) serta beberapa badan kebajikan Islam sebagai pengganas, dan berusaha untuk menghentikan segala aktiviti kewangan badan-badan ini.
2. Marc Ginsberg pula, ahli lembaga APCO dan bekas duta Amerika Syarikat, memanggil tokoh pemikir Islam Sayyid Qutb (inspirasi kepada Ikhwan Muslimin dan penulis karya Ma’alim Fil Tariq dan Fi Zilal Al-Qur’an) seorang “musuh” dan membandingkan beliau dengan Adolf Hitler.
Peranan APCO di Negara-negara lain

1. Klien dan bekas klien APCO juga termasuk beberapa ‘tokoh’ yang cukup terkenal. Di antaranya adalah Jeneral Sani Abacha, yang mencuri hampir RM 10 billion duit rakyatnya semasa menjadi Presiden Nigeria. Jeneral Sani Abacha turut dikenali kerana pencabulan hak asasi manusia yang cukup parah, termasuk penahanan danpembunuhan aktivis-aktivis.
2. Nursultan Nazarbayev, diktator Kazakhstan yang didakwa bersama keluarganya terlibat dalam rasuah yang cukup besar serta beberapa pembunuhan, turut merupakan seorang klien APCO. Di antara strategi APCO adalah untuk “membeli” beberapa laporan dari institusi pengajian tinggi untuk mengharumkan nama Kazakhstan di Barat.
3. Narenda Modi pula, Ketua Menteri Gujarat di India yang dikatakan membiarkan rusuhan kaum berlaku antara rakyat Hindu dan Muslim, mengakibatkan hampir 2,000 kematian – kebanyakannya Muslim – juga pernah mengupah APCO untuk mengharumkan balik imejnya.
ISU DEMONSTRASI BANTAHAN HUBUNGAN KERAJAAN MALAYSIA DENGAN APCO DI PERKARANGAN MASJID SULTAN IDRIS SHAH II
  1. Setiap muslim yang beriman pasti mahukan kemanisan iman. Terdapat tiga perkara yang menjaminkan seseorang mendapat kemanisan iman. Salah satu nya sebagaimana yang disebut dalam kitab Sahih Bukhari dan Muslim ialah seseorang itu membenci maksiat (kemungkaran) seperti ia benci jika di campakkan ke dalam api neraka. Oleh yang demikian, sebab itulah kita guna halaman luar masjid kerana ia berkaitan dengan iman kerana mempertahankan agama dari ancaman musuh laknatullah adalah wajib. Jesteru itu, Allah menjanjikan jaminan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
  2. salah satu cara membenci ialah seperti yang diriwayatkan bahawa ketika Nabi Ibrahim a.s sedang berjalan-jalan di suatu tempat, maka dia digoda iblis dan syaitan. Lalu, junjungan besar itu telah membaling batu ke arah iblis tersebut.
Tindakan peserta himpunan tempohari itu sebenarnya warisan daripada sunnah Nabi Ibrahim a.s.
Yahudi Zionis adalah iblis besar abad ini. Maka.. sikap pesrta himpunan hanya luahan daripada fitrah, sunnatullah dan sunnah Nabi Ibrahim ke atas musuh-musuh Allah seperti Iblis dan kaum-kaum yang ingkar kepada suruhan Allah.
Sesiapa yang pergi menunaikan fardhu haji, mereka tentunya pernah merasai pengalaman membaling batu di Mina ini. Kita diminta bermalam di Mina sebelum melontar batu-batu kepada 'iblis' di ketiga-tiga tiang; Jamratul Aqabah, Jamratul Wusta dan Jamratus Sughra. Bermalam di Mina itu bertujuan persediaan untuk meneruskan agenda besar ini; simbolik baling batu kepada iblis.
Maka, apabila tiba zaman Nabi Musa a.s (Taurat) hingga ke zaman Nabi Muhammad s.a.w. (al-Quran), maka terteralah satu hukum; lelaki dan wanita yang berzina sesudah berkahwin, maka hukumannya adalah direjam (dibaling) dengan batu sampai mati.
Kesimpulannya, inilah antara contoh-contoh sunnatullah yang telah diterjemahkan dalam bentuk hukum rejam dan sunnah nabi. Ia sesuai dengan fitrah asal kesemulajadian manusia. Iaitu, apabila kita mula membenci sesuatu perkara, hati kita akan terdorong untuk baling dan mencampakkan sesuatu kepada sesuatu yang kita benci itu. maka bidapkah kami yang hanya membaling telur ke arah papan yang tertera lambang zionis.

3. Isu penggunaan telur busuk : ? Telur busuk itu hanyalah laungan dibibir kami sahaja, sesuai dengan Yahudi dan Israil yang lebih busuk dari telur busuk .Dalam demontrasi ini kami tidak gunakan batu sebab mungkin akan terkena kepada orang ramai dan ada yang tercedera, Telur adalah simbolik penentangan kami terhadap isu APCO. Disini juga kami ingin memaklumkan bahawa pihak kami tidak menggunakan telur busuk seperti yang didakwa dan hanya melibatkan 7 biji telur ayam yang baru dibeli dikedai berdekatan. kami juga menggunakan kasut sebagai ganti kepada batu yang boleh membahayakan orang ramai ke arah papan yang tertera lambang Israel dan Umno, peristiwa lontaran ini berlaku berdekatan pintu pagar luar masjid dan agak jauh dari org ramai. Perbuatan inikah yang menyebabkan Tuan Mufti kata kami biadab dan hukumnya haram. Dan yang peliknya kenapakah Tuan Mufti orang yang pertama menghidu bau telur busuk sedangkan kami peserta demonstrasi tidak dapat menghidu bau busuk tersebut.
  1. Ulama meletakkan satu kaedah iaitu sesuatu perkara yang ingin dijadikan hukum, hakim atau mufti mesti terlebih dahulu ada gambaran sesuatu perkara itu, maknanya ia mesti ada gambaran dan suasana himpunan seperti di manakah himpunan itu diadakan, guna telur busuk atau tidak, apa tujuan mereka berhimpun , apakah objek yg mereka lontar dan sebagainya.
Para ulama menyebut kalau berhukum tanpa ada gambaran maka hukum itu salah seperti yang sabit dari hadis Nabi SAW bahawa hakim yang berhukum tanpa pengetahuan dan gambaran terlebih dahulu maka tempatnya di neraka
  1. Berkenaan dengan perlantikan Ahli JawatanKuasa Masjid tanpa mengikut tatacara perlantikan yang betul dengan membelakangi peraturan yang diguna pakai sebelum ini, adalah merupakan pencemaran terhadap masjid yang di lakukan oleh Parti UMNO dan Barisan Nasional. Pegawai Penyelaras Masjid Daerah (PPMD) seluruh Perak yang dilantik hanya mereka yg menyokong Parti UMNO sahaja. Terdapat di kalangan pengerusi masjid jarang- jarang datang ke masjid malahan ada yg tak pernah datang ke masjid. Dan yang paling memalukan mereka ini mempunyai masalah moral. Sebenar nya, inilah pencemaran yang paling besar pernah yang di lakukan umno pada masjid seterusnya membunuh peranan institusi masjid yang sebenar iaitu sebagai rumah ibadah dan gedung ilmu.
Mengapa pencemaran dan penghinaan terhadap masjid yang dilakukan oleh Umno danBarisan Nasional tidak dikritik oleh SS Mufti, sedangkan ini adalah suatu yang lebih besar tidah dilihat oleh Mufti
Almarhum Dato’ Fadhil Nor pernah menceritakan, seorang murid yang belajar sepuluh tahun dengan seorang guru tetapi tidak pernah naik darjah. Suatu hari dia bertanya kepada gurunya. “ Tuan, saya telah belajar hampir sepuluh tahun tetapi kenapa tidak naik darjah?” maka tuan guru itu pun pergi dekat satu tembok lalu dia mengambil arang dan membuat titik pada tembok tersebut. Maka beliau bertanya kepada muridnya itu, “ apakah yang kamu nampak di hadapan kamu?” Jawab murid itu: “ Titik hitam” . “ Sebab itulah kamu tidak naik darjah, tembok yang besar kamu tidak nampak tetapi titik hitam yang kecil itu kamu nampak.”
Telur yang dilontar ke arah lambang zionis di luar masjid sekitar 5 minit dikritik hebat dan diiktiraf sebagai biadab. Pengerusi dan jawatankuasa masjid yang tidak berakhlak dan terlalu jarang datang masjid sehingga ada yang tak pernah peduli untuk meningkatkan peranan masjid tetapi masih dilantik untuk tempoh tiga tahun tidak dikritik dan tidak biadab
6. Sekiranya pihak Tuan Mufti merasakan bahawa dengan menyokong kami akan menjejaskan Tuan Mufti, maka diam adalah sebaik-baik jawapan. Rasulullah s.a.w pernah bersabda :
ومن كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليقل خيرا أو ليصمت
“Sesiapa yg beriman dgn Allah dan hari akhirat maka berkatalah perkara yg baik atau diam”
(Hadis riwayat bukhari dan muslim)
Perjuangan kami ada fakta melalui hadis yang pernah diungkapkan oleh Junjungan besar Nabi SAW :
أفضل الجهاد كلمة حق عند سلطان جائر
“Jihad yang paling afdhal perkataan yg benar di hadapan pemerintah yg zalim”
Persoalan jihad ini mesti didahulukan bagi yang mampu dan pihak kami mampu sertasanggup menerima ancaman dari pemerintah dan sama sekali tidak sanggup menerima ancaman Allah seperti firman Allah :
ö@è% bÎ) tb%x. öNä.ät!$t/#uä öNà2ät!$oYö/r&ur öNä3çRºuq÷zÎ)ur ö/ä3ã_ºurø—r&ur óOä3è?uŽ�ϱtãur îAºuqøBr&ur $ydqßJçGøùuŽtIø%$# ×ot�»pgÏBur tböqt±øƒrB$ydyŠ$|¡x. ß`Å3»|¡tBur !$ygtRöq|Êö�s? ¡=ymr& Nà6ø‹s9Î) šÆÏiB «!$# ¾Ï&Î!qß™u‘ur 7Š$ygÅ_ur ’Îû ¾Ï&Î#‹Î7y™ (#qÝÁ/uŽtIsù 4Ó®Lymš†ÎAù'tƒ ª!$# ¾ÍnÍ�öDr'Î/ 3 ª!$#ur Ÿw “ωöku‰ tPöqs)ø9$# šúüÉ)Å¡»xÿø9$# ÇËÍÈ
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda Yang kamu usahakan, dan perniagaan Yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal Yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara Yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang Yang fasik (derhaka).
(Surah Taubah ayat 24)

Dengan pendedahan yang telah dijelaskan di atas maka disini saya ingin bertanya kepada Tuan Mufti dan agar saya diberikan PENJELASAN secara Ilmiah dari pihak Tuan Mufti :

Pertama : Mengapakah Kerajaan Malaysia sanggup melantik sebuah Syarikat Firma Perunding yang mempunyai hubungan yang amat rapat dengan Rejim Zionis dan dipimpin oleh individu yang terlibat dengan organisasi yang terkenal menyeksa dan menzalimi orang Palestin diberi peluang untuk membentuk dasar-dasar sensitif Malaysia?
Dengan pengupahan APCO sebagai Firma Perunding kepada Kerajaan Malaysia, ini bermakna pengaruh Zionis, kini telah mula dibenarkan untuk menentukan hala tuju negara, serta mempunyai akses kepada semua kepentingan kerajaan termasuklah maklumat-maklumat yang berpotensi menjejaskan keselamatan dan kepentingan negara. Adakah ini tidak membimbangkan pihak Tuan Mufti?
Selain Israel dan Amerika Syarikat yang dapat mengakses maklumat-maklumat ini, perlu diketahui juga oleh pihak Tuan Mufti bahawa di antara pemimpin ASERO, satu-satu individu yang bukan warganegara Amerika, UK atau Israel adalah Kelvin Tan Wee Peng iaitu seorang bekas polis Singapura.
Kedua : Apakah Pendirian Tuan Mufti setelah mendengar penjelasan yang telah saya jelaskan di atas, adakah Tuan Mufti masih lagi menyokong usaha yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia pimpinan YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak atau akan bersama-sama kami menentang kerjasama antara Kerajaan Malaysia dengan Syarikat Firma Perunding APCO Worldwide. Dengan ini saya serta sahabat-sahabat yang cintakan keamanan dan keselamatan negara Malaysia memohon Tuan Mufti untuk menyatakan pendirian Tuan Mufti. (Kenyataan ini disiarkan didalam Blog Dewan Pemuda PAS Negeri Perak : dppperak.blogspot.com).

KESIMPULAN

1. Keputusan Perdana Menteri untuk bekerjasama dan berganding bahu serta membuka ruang Malaysia kepada pengaruh rejim Zionis dan anti-Islam wajib dipertikai oleh setiap rakyat yang cintakan Malaysia.
2. Perdana Menteri Malaysia mesti memohon maaf kepada seluruh masyarakat dunia umumnya dan Malaysia khususnya yang cintakan keamanan dan prihatin pada rakyat palestin kerana telah bekerjasama dengan rejim Zionis.
  1. Semua Ulama dan ahli fikir yg mengetahui tindakan Kerajaan Malaysia ini mesti memandang perkara ini sebagai suatu perkara yang besar. Ada seorang datang bertanya kepada Sayyidina Abdullah ibnu Umar Radhiyallahu ‘Anhu tentang hokum darah nyamuk yang terkena baju. Abdullah ibnu Umar Radiyallahu Anhu bertanya: “orang ini datang dari mana?“ mereka memberitahu bahawa dia datang dari Iraq. Kata Abdullah bin Umar:Darah Sayyidina Hussin Cucu Rasulullah SAW yang ditumpahkan dengan zalim kamu tidak tanya tetapi darah nyamuk yang terkena baju yang kamu tanya” Sepatutnya mufti jawab begitu kepada wartawan berita harian, kenapa tidak Tanya tentang APCO zionis busuk ceroboh Negara kita “ kamu datang dari akhbar yang besar untuk Tanya hokum telur busuk ?
4. Harapan kami agar mufti tegas dengan ilmunya seperti Imam Nawawi iaitu Penyusun Kitab Riadhus Solihin yang selalu Dato Mufti gunakannya ketika mengajar di Masjid dan Surau-surau. menurut riwayat bahawa apabila Baginda Sultan Az Zahir telah mengadakan persiapan perang untuk memerangi orang-orang Tatar(Monggol), timbul satu persoalan adakah diharuskan mengambil harta rakyat untuk kepentingan perang melawan musuh. Lalu Baginda bertitah meminta fatwa dari Imam Nawawi. Imam NAWAWI telah memberikan penjelasan seperti berikut:-
“Ampun Tuanku
Adalah patik sememangnya mengetahui bahawasanya tuanku dahulunya adalah seorang tawanan yang tidak ada sebarang harta benda, tetapi dengan pertolongan Allah dilimpahkan kurnianya kepada tuanku dengan dijadikan tuanku seorang raja.
Ampun Tuanku
Adalah patik telah mendengar bahawasanya tuanku ada memiliki seribu orang hamba, tiap-tiap seseorang ada mempunyai beberapa ketul emas. Manakala 200 org khadam wanita milik tuanku, masing-masing mempunyai barang-barang perhiasan yang bernilai.
Andaikata tuanku sendiri membelanjakan semua itu untuk keperluan perang sehingga mereka tidak lagi mempunyai barang-barang itu, maka patik bersedia memberikan fatwa untuk membenarkan tuanku mengambil harta rakyat”.


Kesimpulannya, beliau berfatwa bahawa baginda tidak dibenarkan mengambil harta rakyat selamamana kekayaannya sendiri masih dapat dipergunakan. Baginda sultan Az Zahir murka kepadanya kerana fatwanya yang amat menggemparkan sehingga baginda mengeluarkan perintah supaya Imam Nawawi segera keluar dari damsyik. Imam Nawawi menerima sahaja perintah pengusiran itu dengan girang hati. Lalu beliau pun keluar ke Nawa. Para ulama’ syam telah berusaha menjemput beliau balik semula ke Damsyik, tetapi beliau enggan sambil berkata ‘ saya tidak akan balik ke Damsyik selagi baginda masih berkuasa”
5. Harapan kamai agar mufti tidak seperti Ali Abdul Raziq seorang ulama Azhar suatu ketika dahulu yang menulis buku memisahkan agama dengan politik pemerintahan islam. yang mahu meletakan agama di masjid sahaja tanpa melibatkan politik islam. Politik islam perlu disangkut dipintu masjid. Akhirnya Majlis ulama azhar telah menarik balik segala anugerah akademik dan gelaran yang diberi oleh Al Azhar. Ini menunjukkan betapa hinanya ulama seperti itu.
Rasul pernah mengecam mereka yang mengetahui sesuatu perkara tetapi menyembunyikannya dgn sabdanya :
من سئل عن علم يعلمه فكتمه ألجم يوم القيامة بلجام من نار
Sesiapa yang ditanya tentang sesuatu ilmu yang diketahuinya maka dia menyembunyikannya nescaya pada hari kiamat kelak dia akan dikekang dengan tali kekangan dari api neraka.
(hadis riwayat ahmad)
MOHD AKMAL BIN KAMARUDIN
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Perak

18:45 | Labels: dppn pk |   20 Comments  

Lebih 2000 Anak Kelantan Hulu Selangor Hadir ke perjumpaan di Batang Kali

Kempen dihari terakhir oleh Pakatan Rakyat nampaknya telah memperolehi dokongan moral, apabila dianggarkan lebih 2000 orang telah menghadiri perjumpaan Anak-anak Kelantan Hulu Selangor di Batang Kali petang ini. Acara yang diadakan bertempat di Dewan Serbaguna Batang Kali itu turut dihadiri oleh Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat. Kami akan cuba membawakan laporan saterusnya.

18:37 | Labels: dap melayu |   5 Comments  

Zentrum: Pakatan 51.7 peratus, BN 48.3 peratus

[Hafiz Yatim/MKini] Kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor terpaksa melabuhkan tirainya tepat jam 12 tengah malam ini.

Apapun, yang pasti pertembungan antara Datuk Zaid Ibrahim yang mewakili PKR dan P Kamalanathan dari BN esok dijangka sengit.

Sehingga saat ini, kedua-dua parti menggunakan tempoh kurang daripada 10 jam berkempen untuk menggerakkan jentera masing-masing hingga ke saat terakhir dalam misi menawan hati pengundi, apabilah pengundian bermula jam 8 pagi esok.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak serta timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin terus mengetuai jentera BN menggempur kawasan-kawasan yang dipercayai kubu pembangkang.

Manakala Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta pemimpin lain bertungkus lumus cuba mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti tipis, 198 undi datipada jatuh ke tangan BN.

Mursyidul Am PAS yang jelas uzur dan terpaksa bertongkat juga sedang berkempen dan bertemu pengundi di Hulu Selangor.

Lim Kit Siang dan Nik Aziz bertungkus memainkan peranan untuk tawan hati pengundi.

Jika semalam Ilham Centre dalam kaji selidiknya mendakwa kemenangan akan memihak kepada Barisan Nasional, kajian sebuah lagi pertubuhan bebas menunjukkan pengundi Hulu Selangor mula mendekati Pakatan Rakyat.

Kajian Zentrum Future Studies Malaysia, mengenai Analisis Kajian Mikro Persepsi Kepercayaan Politik menunjukkan Pakatan Rakyat yang diwakili PKR berada di hadapan dengan sokongan 51.7 peratus berbanding 48.3 peratus yang diperolehi Barisan Nasional.

Perbezaan tipis 3.4 peratus itu masih membimbangkan kedua-dua Pakatan dan BN apabila menuju penghujung kempen yang mungkin akan pengaruhi bagaimana pengundi membuat keputusan esok.

[lagi]

17:35 | Labels: mkini |   5 Comments  

P094 Hulu Selangor: BN-6: PR-4






Oleh: MSK

Semalam…aku sakit perut. Pergi jamban 5 kali tapi masih tak habis-habis. Perut aku dah tak boleh terima bihun dan mee setiap pagi.

Pukul 10 pagi, aku cuba mencari daun senduduk untuk direbus..tapi mana nak cari dalam pekan Kuala Kubu?

Aku menyusur jalan ke Bukit Fraser..kot-kot boleh jumpa pokok senduduk ditepi jalan. Memang banyak..tapi kena park kereta tepi jalan dan masuk kedalam sikit. Dan semasa sedang mengutip pucuk senduduk, seorang tua melintas naik kapcai.

“Nak rebus pucuk betik ke?” dia tanya. Selalunya..orang kampung rebus pucuk betik untuk dimakan dengan sambal kelapa. Nak hilangkan pahit pucuk betik, depa rebus dengan pucuk senduduk.

“Tak…sakit perut. ” aku jawab. Kalau kena cirit birit…rebus pucuk senduduk dan minum airnya.

“Abang undi sapa hari Ahad ni?” aku tanya. Sempat juga nak berkempen.

“Ishh…tak guna dah. BN mesti menang.” kata dia.

“Cilaka!!” jawapan macam tu menambahkan sakit perut aku.

“Macam mana abang tau BN akan menang?” aku tanya dia.

“Sebab saya yang pilih calon!!” kata dia.

Aku tak pasti sama ada aku bercakap dengan orang yang waras atau tidak. Seorang tua di Kampong Gerachi, Pertak bertanggungjawab memilih calon BN!!.

“14/4 lalu, orang Najib datang jumpa saya minta tolong tengok sapa yang paling bagus untuk jadi calon BN.” kata dia.

Fuh!!! ini interesting. Sakit perut aku pun mula kurang bila dapat info macam tu. Dia ni mesti somebody kat sini. Kalau tidak, tak kan Najib jumpa dia untuk minta nasihat!!

“Bila PKR umumkan calon pada 13 haribulan…PKR silap langkah. Tarikh tu tak bagus. 1+3 jadi 4. Nombor tak baik.” kata dia.

Ha.ha…at last, ada juga pakar nombor kat Kampung Gerachi ni!! Ini interesting.

“Bila PKR umumkan nama Zaid, BN sudah gelabah. Zaid cukup kuat. Nombor peribadi dia 8194. Campur semua jadi 22. Ini nombor utama…macam 11, 33, 44. Siapa yang ada nombor utama..memang kuat. Macam Hj. Hadi. Da buat apa pun, tak ada sapa yang boleh lawan.

14 haribulan, orang Najib datang jumpa saya. Macam mana nak lawan PKR?” kata orang tua tu.” Najib minta saya atur strategi macam mana nak menang. Memang cukup susah. Itu pasal saya perlukan dua hari untuk membuat keputusan.”

Aku keluar rokok smuggle aku. Offer kat dia…dan dia ambil.

“Saya suruh BN umumkan calon pada 15 haribulan. Sebab 1+5 jadi 6. Tarikh yang sesuai….dan lebih dari tarikh PKR” orang tua tu menyambung.” Tapi yang susah…nak pilih sapa jadi calon. lebih susah dari pilih tarikh mengundi yang sesuai.”

“Tarikh pilihanraya pun kena tanya kat abang?” aku tanya dia.

“Aha…tarikh pilihanraya saya yang tentukan…bukan SPR” kata dia.

“What???”

“Rosmah minta tarikh yang sesuai dengan nombor dia. Nombor Rosmah 961418=29.2+9=11. Jadi jadi saya pilih 25/4. 2+5+4=11. Selesai!” kata orang tua tu.

“BN bagi kat saya tiga nama. Palanivel, Mugilan dan Kamalanathan. Palanivel tak boleh bertanding sebab nombor dia juga 11. 713159453=38. 3+8=11. Kalau dia bertanding, BN akan bergaduh. Antara Mugilan dan Kamalanathan, Kamalanathan lebih kuat sebab nombor dia 214131512815=34. 3+4=7. Mugilan, 4379315=32. 3+2=5.

Kalau Mugilan bertanding atas tiket MIC, nombor MIC 8. 8+5=13. 1+3=4. Mampus MIC.

Jadi, Kamalanathan adalah pilihan terbaik BN. 7+8=15. 1+5=6. Bila Zaid bertanding atas tiket PKR, nombor PKR 729=18.1+8=9 22+9=31. 3+1=4. Mampus PKR. Nasib BN baik sebab Zaid bertanding atas tiket PKR. Kalau Zaid bertanding atas tiket PR, 22+7=29.2+9=11!!! Bila dah selesai pemilihan calon, BN buat pengumuman. Saya yang pilih tarikh untuk buat pengumuman. 15 haribulan. 1+5 =6.”

Whoa!! Orang tua tu dah hafal nilai huruf mengikut nombor!!

“Dan bila tiba hari Penamaan Calon, tuah memihak kepada BN. Kamalanathan nombor 2, Zaid nombor 4. Nombor Zaid nombor mati. 1 dan 2 dapat kat calon Bebas.” tambah orang tua tu lagi.

“Kamalanathan bertanding atas tiket BN. 2+7=9. Zaid bertanding atas tiket PKR. 4+9=13. 1+3=4. ”

Peerrrgh!! Apa la nasib Zaid.

“Tapi BN juga ada masalah selepas Penamaan Calon!! Ada dua calon BEBAS. Dan nombor bagi BEBAS ialah 25211=11. Nombor utama!! Kalau BEBAS bertanding, BN boleh bungkus. Itu sebab, BN kena bayar kepada calon BEBAS untuk tarik diri!!”

“Jadi kalau perlawanan diantara parti…BN boleh menang. Tapi dari segi personaliti, Zaid merbahaya untuk Kamalanathan. Kekuatan Zaid perlu di tentang. Dan BN meminta pertolongan SPR untuk membantu BN.

Langkah pertama yang dilakukan oleh SPR ialah menambah Daerah Mengundi. Jumlah Daerah Mengundi yang lama ialah 45. 4+5=7. Berlaga dengan nombor Kamalanathan. Jadi SPR kena tambah lagi dua menjadi 47. 4+7=11. Nombor pilihan Rosmah. Dan untuk menjadikan Daerah Mengundi menjadi 47, SPR kena pindah dan ubah pengundi. Jadi..BN sudah tau seramai 14,000 pengundi dipindahkan. Tapi PKR hanya tau selepas penamaan calon!”

Habis dua batang rokok…cerita orang tua tu menjadi lebih menarik.

“Dengan kombinasi calon, Kamalanathan (7), BN(7) dan SPR (8).. BN memperolehi jumlah sebanyak 22. Sudah cukup untuk mengimbangi kekuatan Zaid.

Jadi….penentu kepada siapa yang menang dalam pilihanraya ini bergantung kepada SPR. Kalau BN menang…kerana SPR yang tolong. Kalau PKR kalah…juga kerana SPR. Akhirnya…yang menang dalam pilihanraya ini ialah SPR.”

“Kalau macam tu tak payah bertanding la kalau BN dah gerenti menang?” aku tanya dia.

“Tak jugak!!” kata dia. “Kalau PKR nak menang… kena cari jalan macam mana mengalahkan BN.”

“Macam mana?” aku tanya lagi.

“Kena bayar pengeras la.” Kata dia.

Peerrrgh!! Macam konsultan pulak.

“Memang saya konsultan” kata dia. “Tapi tak mahal. Bawa ibu kunyit dan duit pengeras lima ringgit suku.”

Ha.ha..ha. Nanti aku bagi tau kat Fuziah Salleh

11:58 | Labels: msk |   16 Comments  

Tuduhan rasuah: Bekas Adun PKR dibebaskan

Friday, 23 April 2010


[MKini] Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini membebaskan dua bekas ahli dewan undangan negeri PKR berhubung dakwaan rasuah tanpa dipanggil bagi membela diri.

Hakim Azhaniz Azman berkata pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie dan mengarahkan mereka dibebaskan serta mereta.

Mohd Osman Mohd Jailu, 58 (Changkat Jering) dan Jamaluddin Mohd Radzi, 53 (Behrang) didakwa bersama tiga yang lain - bekas adun PKR Usaili Alias, 56, bekas ahli majlis daerah Perak Tengah Zul Hassan, 46, dan kontraktor, Fairul Azrim Ismail, 31.

[lagi]

14:53 | Labels: mkini |   17 Comments  

5 ahli AMK ditahan, polis guna akta bahan letupan

Thursday, 22 April 2010

[TMI] HULU SELANGOR, 22 April — Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyelar tindakan polis kerana menahan lima ahli sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat itu atas alasan tidak masuk akal iaitu membawa senjata bahaya dan bahan letupan{.

Timbalan Ketua AMK, Fariz Musa berkata, kesemua ahli AMK termasuk dirinya telah ditangkap kira-kira 7 petang semalam dan kemudian dibawa ke Balai Polis Bukit Sentosa.

“Kami ditangkap kira-kira pukul 7 petang semalam oleh sekumpulan pihak polis dan menyelongkar kenderaan yang kami naiki sebelum dibawa ke Balai Polis Bukit Sentosa.

“Di sana setelah diambil keterangan kami turut digari dan diletakkan dalam lokap untuk satu malam,” katanya.

Pukul 10 pagi ini mereka dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Baru.

“Kami terkejut apabila mengetahui bahawa kami dicaj di bawah Seksyen 426 Kanun Keseksaan iaitu membawa senjata merbahaya dan bahan letupan,” katanya pada sidang media di Kuala Kubu Baru, petang tadi.

Beliau berkata, senjata merbahaya yang dibawa oleh mereka hanya pisau lipat berharga 20 sen untuk memotong poster-poster Barisan Nasional (BN) dan pihak tertentu yang berunsur provokatif dan fitah yang turut digunakan oleh murid-murid tadika.

[lagi]

23:20 | Labels: tmi |   11 Comments  

P094 - BN peralat JHEOA



Kuala Kubu Baru, 22 April: Sekumpulan orang Asal daripada Pahang yang datang ke Hulu Selangor untuk membantu kempen pilihanraya untuk PKR mengadakan sidang Media untuk menyatakan ketidak puasan hati mereka dengan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli kerana mereka telah diperalatkan oleh Barisan Nasional dalam kempen pilihanraya mereka di seluruh perkampungan orang Asal di kawasan Hulu Selangor.

Tidak cukup dengan pihak polis yang sebelum ini telah membina pondok polis hampir di setiap perkampungan orang asal di sini, BN dikatakan telah mempergunakan JHEOA untuk mengadakan program kempen mereka. Disamping pemberian wang dan juga anak benih pokok, mereka juga disajikan dengan konsert rock serta minuman keras kepada orang-orang di perkampungan orang asal semata-mata untuk meraih undi.

Perbuatan mereka ini dilihat, sebagai satu penghinaan kepada golongan orang asal di seluruh Malaysia, dan seolah-olah sedang memperbodohkan orang asal di Hulu Selangor. Tindakan mereka amat dikesali dan mereka akan bertindak dengan kempen yang lebih efektif dalam masa yang terdekat ini.

16:16 | |   9 Comments  

Usul ke atas Anwar diluluskan, MP Pakatan keluar dewan

Sam Ahmad | Usul untuk merujuk Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan telah diluluskan sebentar tadi. Sebelum diluluskan Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang lain telah beramai-ramai keluar dewan, kerana tidak berpuashati dengan usul tersebut.

Mereka berpendapat bahawa usul tersebut ada 'kecacatan' dan minta ia ditarik balik olehdan digantikan dengan usul yang baru oleh menteri yang mengemukakan usul tersebut. Datuk Seri Nazri Aziz, MP Padang Rengas bertegas tidak akan menarik balik usul tersebut.

Kerana keengganan menteri tersebut, ahli parlimen Pakatan Rakyat keluar dewan.

15:14 | |   15 Comments  

P094 - Zaid dan Fuziah Lawan SPR



Kuala Kubu Baharu, 21 April : GARA-GARA lebih 50 pengundi dari Kampung Tanjong mengadu bahawa nama mereka tidak terdapat dalam Buku Daftar Pemilih mengakibatkan inisiatif Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengubah nama pengundi Hulu Selangor ke Parlimen Selayang terus dibongkarkan.

Datuk Zaid Ibrahim, calon Pakatan Rakyat berkata, SPR seharusnya bersikap lebih adil dalam menguruskan pilihan raya kecil kali ini.

Beliau yang juga Koordinator Pakatan Rakyat berkata, SPR sewajarnya bertindak pantas memindahkan semula para pengundi terbabit ke senarai asal dalam Buku Daftar Pemilih sebelum Hari Pembuangan Undi, Ahad ini.

Gesaan Zaid itu, termasuk membuka banyak kaunter SPR di sekitar Parlimen Hulu Selangor supaya para pengundi boleh membetulkan kesilapan teknikal yang dilakukan oleh SPR sendiri.

Berita Penuh di sini

09:09 | |   9 Comments  

Dua Wanita PKR cuba meraih publicity murahan - Mustaffa Kamil



Kuala Kubu Baharu, 21 April : Pengerusi Perhubungan Negeri, Keadilan Perak Sdr. Mustaffa Kamil Ayub hari mengesahkan bahawa kedua-dua ahli Wanita Keadilan Perak yang baru sahaja keluar daripada parti dan menyertai UMNO mempunyai keahlian yang tergantung. Mereka juga tidak lagi menyandang jawatan dalam parti seperti yang digembar-gemburkan oleh mereka.

Ketua Wanita Keadilan Perak, Pn Hjh. Fatmawaty Yusoff juga mengesahkan tentang status keahlian kedua-dua ahli Wanita Keadilan.

08:27 | |   4 Comments  

P094 - Norizan cari Hishamuddin di Hulu Selangor

Wednesday, 21 April 2010



Berita asal...

NORiZAN Salleh, 30, wanita yang ditembak oleh Polis sebanyak 5 das pada Oktober lalu mengambil keputusan turun sendiri ke Hulu Selangor untuk bertemu dengan menteri-menteri berwajib dan bertanya tentang nasib yang menimpai dirinya.

norizan-tangan“Saya berada di (Parlimen) Hulu Selangor ini kerana saya yakin banyak Menteri turun berkempen di sini (sempena) pilihan raya ini, jadi kedatangan saya ke sini untuk bertanya kepada menteri-menteri terbabit tentang kes saya.”

“Kenyataan Menteri (Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein) kata tidak ada apa-apa yang berlaku (sedangkan) Polis menembak saya dan sebab itu saya di sini,” jelas beliau dalam suatu kenyataan media di Pusat Informasi dan Media, Kuala Kubu Baru, pagi tadi.

Bercakap pada sidang media yang sama, N. Surendran, peguam kepada Norizan mendesak Hishamuddin supaya bertanggungjawab atas penyalahgunaan kuasa oleh Polis ke atas anak guaman beliau.

“Kita cuma nak tanya, apa sudah jadi dengan Norizan, mengapa Polis yang melepaskan lima das tembakan hidup-hidup kepada Norizan sehingga hari ini tidak dikenakan tindakan,” soal beliau.

Dalam pada itu, beliau turut menyuarakan rasa kecewa dengan sikap Hishamuddin yang dilihat tidak ikhlas serta prihatin terhadap nasib yang menimpai anak guamannya.

“Menteri telah berjanji kepada saya dan Norizan di Parlimen bahawa beliau akan siasat kes ini, mengapa dalam suatu kenyataan media (yang lain), dia menghina Norizan pula.”

“Sepatutnya menteri menjaga rakyat, tetapi (kenyataan) Hishamuddin seolah-olah tidak memperlihatkan keikhlasannya kepada Norizan.”

Katanya lagi, Hishamuddin sepatutnya menyiasat anggota polis terbabit kerana polis terbabit turut mengheret Norizan keluar dari keretanya di ibu negara, lalu menendang Norizan sehingga patang tulang rusuk.

Meneliti laporan Norizan, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa kes tembakan Norizan tersebut sebenarnya bermotif membunuh (shoot-to-kill).

Tegas beliau lagi, sekiranya pegawai Polis yang menembak Norizan tidak disoal siasat dan dihukum, beliau berkata, sesiapa pun rakyat selepas ini boleh sewenang-wenangnya ditembak oleh Polis tanpa usul periksa.

Menyambut kenyataan Norizan dan Surendran, Ketua Penerangan PKR Latheefa Koya pula menyifatkan Hishamuddin tidak layak menjadi Menteri kerana langsung tidak bertanggungjawab dan prihatin terhadap keselamatan rakyat Malaysia.

Bagi beliau, kes Norizan merupakan salah satu kes yang membuktikan bahawa rakyat di Malaysia tidak keterlaluan dikatakan seperti tidak selamat di bawah pengawasan Polis.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat di Hulu Selangor supaya mempertahankan kemenangan di Parlimen Hulu Selangor dengan memberi undi kepada calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim. -END

Norizan sedang menjelaskan tekadnya untuk bertemu Hishamuddin.  Bersediakan Hishamuddin bersemuka dengan mangsa kezaliman Polis ini?

Norizan sedang menjelaskan tekadnya untuk bertemu Hishamuddin. Bersediakan Hishamuddin bersemuka dengan mangsa kezaliman Polis ini?

18:58 | |   5 Comments  

KEMPEN BARISAN NASIONAL BERBAUR LUCAH DAN HASUTAN

Tuesday, 20 April 2010

KENYATAAN MEDIA

Tarikh : 19 April 2010

KEMPEN BARISAN NASIONAL BERBAUR LUCAH DAN HASUTAN

Srikandi Keadilan Malaysia ingin menyatakan bantahan terhadap bahan-bahan kempen yang dikeluarkan oleh Barisan Nasional (BN) sama ada di billboard atau dalam bentuk risalah yang berbaur lucah dan hasutan.

Tinjauan Srikandi mendapati bahawa billboard-billboard yang dipasang oleh BN mempunyai unsur-unsur hasutan dan provokasi seperti:

1. Terdapat gambar Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang dicop sebagai pengkhianat Negara

2. Provokasi dalam kes kuil India di Seksyen 3, Shah Alam

3. Kata-kata yang memperlekehkan hak dan keputusan pengundi Hulu Selangor oleh Puteri UMNO

Selain daripada itu, risalah berbaur lucah yang disebarkan kepada umum seperti

1. Gambar kes YB Elizabeth Wong

2. Gambar palsu Dato’ Zaid Ibrahim meminum arak

3. Gambar YB Elizabeth Wong dan Dato’ Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim

Tindakan ini menunjukkan bahawa BN tidak mempunyai isu untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat kerana Kerajaan Selangor membuktikan prestasi yang cemerlang dalam pentadbiran negeri.

Selain itu juga, BN dilihat tidak matang dalam melaksanakan kempen pilihanraya walaupun telah 50 tahun terlibat dalam proses pilihanraya, namun masih gentar dengan kekuatan PR.

Srikandi mengecam tindakan ini sebagai tindakan yang tidak professional dan provokatif yang menyerang peribadi pimpinan dan individu tertentu.

Srikandi KEADILAN memberi masa 48 Jam kepada SPR dan pihak Polis untuk menurunkan semua Bilboard yang berbaur Fitnah dan sekiranya ia tidak berlaku Srikandi KEADILAN akan mengambil tindakan.

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) harus bertindak terhadp situasi ini. Pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor harus berlangsung dalam keadaan yang aman, adil dan bersih.

SITI AISHAH SHAIKH ISMAIL

Ketua Srikandi Keadilan Malaysia

[gambar]

21:16 | Labels: srikandi, sya |   10 Comments  

P094 - Selamat berambus, selamat datang

[Anaz] Nak heran apa... Bila aku hentam PKR sebagai Parti Katak Ramai, deme sekarang dah jadi tak kisah dah... Sepanjang minggu PRK nih banyak kita dengor cerita lompat-melompat nih... Macam yang Anwar cakap masa pengumuman calon kat Dewan Komuniti Serendah aritu, bersedia dengan berita orang keluar parti masuk UMNO... silap-silap gaya ahli yang lompat tu lagi ramai daripada ahli PKR itu sendiri...

Serba sedikit profil pelompat-pelompat terhebat abad ini...

Ketua AMK Shah Alam, Nor'isham Manap dan Timbalannya, Muhammad Ali Mukhtar... Pertamanya deme masuk sebab ikut Ezam... dari dulu dah mengeletek nak keluar cuma Ezam cakap rilek dulu... Berita yang disahkan oleh Bro Faris, PKR Shah Alam, Budak dua ekor nih deme cari sejak 6 bulan lepas... hilang tanpa dikesan... calling tak dapat, sms tak jawab... So deme tak heran bila berita nih keluar... Kemudian, yang paling klasiknya, menurut Setiausaha AMK Shah Alam, Wan Loqman Hakim Wan Aminuddin, member deme sendiri, deme nih cuma mangku jer jawatan ketua dan timbalan AMK Shah Alam... So memang tidak menjejaskan perjalanan Parti dari dulu sampai ke la nih...

So tutup kes cerita mangkuk hayun 2 ekor nih...

Next, Dr Halili... Aku menghela nafas kelegaan masa dia tak dipilih menjadi calon. Dari awai lagi aku dah tahu masalah mangkuk hayun sekor nih... Masa nama dia dipetik untuk jadi calon, ada sikit panik aku dengan berita tu... Mangkuk hayun nih hanya mengangguk di air yang keroh... Kecewa bila dia tak pilih sebagai calon... Elok la pun. Ada orang cakap dia nih species Mohsin tambah dengan Zul Nordin. Orang rapat DSAI tapi keje serupa takde... Dah yang paling kita semua nak tahu, dia adalah rakan baik kepada Datuk Salehuddin Hashim. Mantan Setiausaha Agung PKR yang menafikan dia jadi dalang kepada ADUN dan MP PKR yang melompat sebelum ditanya tentang soal tu.

Ok hangpa kenai dah kan... Aku rasa elok la depa ni berambus pun...

[lagi]

21:14 | Labels: anaz |   0 Comments  

Ketua Penerangan Wanita PKR Perak keluar parti

[TMI/Bernama] HULU SELANGOR, 20 April — Ketua Penerangan Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak Soraya Sulaiman dan Timbalan Ketua Wanita PKR Bahagian Bagan Serai Roshanita Mohd Basir hari ini mengumumkan keluar daripada parti itu.

Soraya, yang juga Ketua Wanita PKR Tanjong Malim dan Roshanita membuat pengumuman itu di Rumah Wanita Umno Perak di Hulu Selangor yang terletak di Kampung Masjid Sungai Selisik di sini.

Turut hadir Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

15:47 | Labels: tmi |   8 Comments  

Snap jadi parti ke 4 dalam Pakatan Rakyat

Sudah lama berita ini berkumandang tapi belum benar-benar sah.

Hari ini Parti Nasional Sarawak (Snap)telah dengan secara rasmi menganggotai Pakatan Rakyat, - sebagai parti keempat yang menyertai pakatan itu. Berita ini dijangkan akan menaikkan lagi semangat Pakatan Rakyat (Pakatan) - yang diwakili oleh Democratic Action Party (DAP) - menjelang pilihan raya kecil parlimen Sibu pada 16 April ini.

[berita penuh]

15:37 | Labels: berita |   0 Comments  

Pengundi Hulu Selangor Perlu Selamatkan Malaysia

Monday, 19 April 2010

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Selangor
Parti Keadilan Rakyat


19hb April 2010

Pengundi Hulu Selangor Perlu Selamatkan Malaysia

Angkatan Muda Keadilan Selangor bersama rakyat Malaysia kini yakin kebijaksanaan pengundi di Parlimen Hulu Selangor untuk membawa agenda Selamatkan Malaysia. Situasi cemas dan kritikal tahap keselamatan negara dalam isu APCO, pembelian senjata dan kehilangan 2 buah enjin pesawat F5 adalah isu releven yang berkait rapat dengan keselamatan rakyat.

Secara telitinya isu keselamatan negara tidak boleh dipandang ringan. Rakyat berhak diyakini tahap keselamatan pada tahap terbaik kerana ia mempengaruhi keadaan ekonomi dan kestabilan politik. Jika rakyat hilang keyakinan terhadap keselamatan negara ianya menjejaskan sentimen pelabur asing untuk melabur ke negara ini dan seterusnya memberi kesan negatif kepada perkembangan ekonomi negara.

Kesannya ialah rakyat terpaksa berhadapan dengan situasi sukar dan tidak menentu yang boleh menjejaskan kehidupan seharian. Pengundi di Hulu Selangor diberi peluang untuk memberikan ‘isyarat kecemasan’ ke Putrajaya ada sesuatu yang tidak kena apa yang berlaku hari ini. Jika pengundi di Hulu Selangor menghantar isyarat yang salah maka kesan dan impaknya adalah seluruh rakyat negara ini.

Justeru ditegaskan kemampuan calon dari Pakatan Rakyat,Datuk Zaid Ibrahim adalah individu paling layak dihantar ke Parlimen. Gagasan yang dibawa ke Hulu Selangor adalah sinar baharu ke kawasan ini di mana beliau amat memahami, prihatin dan kehendak rakyat. Suara beliau mampu membawa nada pembelaan rakyat dan generasi muda khususnya cabaran yang berlaku di tanah rancangan FELDA.

Mohd Ezli Mashut
Ketua Penerangan AMK Selangor

22:48 | Labels: kenyataan media |   10 Comments  

Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)


  • Blogger Templates

  • Blog Archive

    • ▼ 2010 (60)
      • ► 10/24 - 10/31 (1)
      • ► 10/03 - 10/10 (5)
      • ► 04/25 - 05/02 (4)
      • ▼ 04/18 - 04/25 (18)
        • SURAT TERBUKA BUAT MUFTI PERAK
        • Lebih 2000 Anak Kelantan Hulu Selangor Hadir ke pe...
        • Zentrum: Pakatan 51.7 peratus, BN 48.3 peratus
        • P094 Hulu Selangor: BN-6: PR-4
        • Tuduhan rasuah: Bekas Adun PKR dibebaskan
        • 5 ahli AMK ditahan, polis guna akta bahan letupan
        • P094 - BN peralat JHEOA
        • Usul ke atas Anwar diluluskan, MP Pakatan keluar d...
        • P094 - Zaid dan Fuziah Lawan SPR
        • Dua Wanita PKR cuba meraih publicity murahan - Mus...
        • P094 - Norizan cari Hishamuddin di Hulu Selangor
        • KEMPEN BARISAN NASIONAL BERBAUR LUCAH DAN HASUTAN
        • P094 - Selamat berambus, selamat datang
        • Ketua Penerangan Wanita PKR Perak keluar parti
        • Snap jadi parti ke 4 dalam Pakatan Rakyat
        • Pengundi Hulu Selangor Perlu Selamatkan Malaysia
        • Dr Halili keluar PKR masuk Umno
        • Tindakan Ahli Keluar Parti PKR Tidak Jejas Semanga...
      • ► 04/11 - 04/18 (9)
      • ► 04/04 - 04/11 (7)
      • ► 03/28 - 04/04 (1)
      • ► 03/21 - 03/28 (8)
      • ► 03/14 - 03/21 (7)
    • ► 2009 (56)
      • ► 04/12 - 04/19 (7)
      • ► 04/05 - 04/12 (41)
      • ► 03/29 - 04/05 (8)

    Edit here


PerakExpress © 2008 Free Premium Wordpress Themes and BlackQuanta | Bloggerized by : GosuBlogger