Oleh Mkini
Akhbar harian Cina, China Press hari ini menggantung ketua pengarangnya, Teoh Yong Khoon selama dua minggu berikutan keputusannya menyiarkan laporan peletakkan jawatan Tan Sri Musa Hassan sebagai Ketua Polis Negara, Sabtu lalu.
Akhbar itu juga dalam permohonan maaf sebanyak empat perenggan di muka hadapannya hari ini berkata mereka menyesali tindakan berkenaan.
"Laporan yang tidak tepat itu mengakibatkan kesulitan kepada perdana menteri, kementerian dalam negeri dan menterinya, ketua piolis negara serta timbalannya. Perkara itu tidak dijangkakan dan kami amat menyesalinya.
“Justeru, kami ingin memohon maaf kepada mereka yang terbabit,” kata laporan itu.
Semalam, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Ahmad Fuad Abdul Aziz dalam satu kenyataan akhbar berkata pihaknya berpuas hati dengan penjelasan bertulis China Press mengenai isu berkenaan.
Sehubungan itu, menurut Ahmad Fuad, KDN tidak akan mengambil sebarang tindakan kecuali menyerahkan kepada China Press untuk mengambil tindakan dalaman terhadap pengarang yang bertanggung jawab.
Pada laporannya Sabtu lalu, China Press menyiarkan laporan bahawa Musa (kanan) telah mengemukakan surat peletakan jawatannya kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Beberapa jam selepas berita itu disiarkan, Musa dan Hishamuddin segera menafikannya.
Bagaimanapun, Hishamuddin selepas perasmian Penggal Ketiga Parlimen Ke-12 oleh Yang di-Pertuan Agong, Isnin lalu mendedahkan bahawa rombakan barisan pimpinan tertinggi pasukan polis akan dilakukan.
Katanya lagi, rombakan berkenaan bukan sahaja akan membabitkan KPN tetapi juga pegawai kanan yang lain, termasuk empat pengarahnya.
Ketua Pengarang kena gantung dua minggu
Friday, 19 March 2010
16:15
|
Labels:
mkini
|
This entry was posted on 16:15
and is filed under
mkini
.
You can follow any responses to this entry through
the RSS 2.0 feed.
You can leave a response,
or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
gantung kerja tak per, jangan gantng gaji udahler!
Elokgak digantung..tp 2 minggu tu ringan sangat. Kita tak mahu brita2 yg bohong mcm Usetan Meloya.
Kita nak brita yg benar sahaja. Press freedom bukan bermakna crita dan brita boleh dibuat2, bohong, spekulatif buta tuli, dsb. Kena bertanggungjawab. Jabgan dok sebar yang bohong dan tak benar.
tolong siasat yang ni skali!!!
part 1 of 2
PESURUHJAYA,
BAHAGIAN SIASATAN,
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,
Aras 2, Blok D6, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Peti Surat 6000, Tel: 03 - 8886 7000
62007 Putrajaya Malaysia. Fax: 03 – 8888 9489
(U/P: Y.Bhg. Datuk Hj. Mohd Shukri bin Abdull) 24 Mac 2010
Y.Bhg. Datuk,
Per: CADANGAN PEMBANGUNAN SEMULA HOSPITAL QUEEN ELIZABETH,
KOTA KINABALU, SABAH (PAKEJ 4) – TOWER BLOK:
MEMOHON DIADAKAN SIASATAN TENTANG CAMPURTANGAN /
SALAHGUNA KUASA MENTERI KESIHATAN MALAYSIA,
DATUK SERI LIOW TIONG LAI.
Perkara di atas dengan ini dirujuk.
2. Untuk makluman pihak tuan, projek ini sebelum ini telah dianugerahkan kepada satu syarikat kontraktor bumiputera tempatan Sabah namun kemudiannya telah dibatalkan atas arahan Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai (tel. no: 0122907280 / 0388833888) tanpa dinyatakan sebarang alasan yang munasabah. Menteri Kesihatan sebelum ini ada memaksa kontraktor bumiputera tersebut supaya subkontrak projek ini kepada syarikat kroni beliau tetapi kontraktor tersebut tidak mahu.
3. Projek ini kemudiannya telah dibuka untuk proses tender terhad tetapi yang menimbulkan persoalan di sini ialah kenapa kontraktor asal tidak dijemput sekali untuk menyertai proses tender ini sebaliknya hanya 4 kontraktor baru yang dijemput. Keempat-empat syarikat tersebut adalah:
i. Techbay Sdn. Bhd
ii. Sri Lantasmas Sdn. Bhd
iii. Exodaya Sdn. Bhd.
iv. Para Cemerlang Sdn Bhd.
Keempat-empat kontraktor ini biarpun bumiputera adalah kontraktor “alibaba” dan dikawal oleh satu syarikat iaitu Imej Warisan Sdn. Bhd. milik kroni Menteri terbabit bernama Choo Chee Kun (tel no: 088723833). Keempat syarikat ini juga tiada pengalaman dalam pembinaan hospital. Choo Chee Kun ini juga merupakan individu yang mengawal 4 syarikat kontraktor yang lain dan ini dapat dibuktikan apabila nilai harga tender yang dikemukakan oleh keempat-empat syarikat tersebut kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia adalah hampir sama. Nilai harga ini juga hampir mencapai limit budget maksimum yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan untuk projek ini. Keadaan ini berlaku adalah kerana Choo Chee Kun telah dimaklumkan tentang nilai budget maksimun kerajaan oleh Menteri tersebut dan keempat-empat syarikat ini telah diarahkan untuk mengemukakan nilai tender yang hanya rendah sedikit daripada nilai budget maksimum kerajaan untuk memastikan projek ini akan dianugerahkan kepada mereka dengan nilai yang tinggi dan mereka dapat menipu kerajaan serta makan duit kerajaan.
4. Sedikit maklumat tentang Choo Chee Kun, beliau adalah merupakan individu yang sama telah dianugerahkan projek kerja pembaikan Bangunan QEH sedia ada dan juga merupakan individu yang terlibat dalam urusan penjualan Sabah Medical Center kepada Kementerian Kesihatan Malaysia. Beliau juga dipercayai memberi komisyen kepada Menteri Kesihatan untuk kedua-dua projek tersebut. Selain beliau, kami juga percaya individu-individu berikut terlibat sama dalam merancang dan dipercayai telah menerima komisen untuk memastikan projek ini dianugerahkan kepada syarikat kroni Menteri tersebut:
a. Datuk Edward Khoo –
Pembantu Menteri, JKM Negeri Sabah (tel. no: 0198136333)
b. Datuk Chin Goo Chai –
Pengarah, Bah. Perkhidmatan Kejuruteraan, KKM (tel. no: 0388833888)
c. En. Jagjit Singh a/l Nashatar Singh –
Bah. Perancang & Pembangunan, KKM. (tel.no: 0388832019)
part 2 of 2
5. Untuk makluman tuan juga, pihak kontraktor asal projek ini telah berjaya mendapatkan sokongan Y.B. Perdana Menteri Malaysia untuk menyertai proses tender terhad ini tetapi arahan Y.B. Perdana Menteri ini telah diabaikan oleh pihak Kementerian Kesihatan. Menteri Kesihatan sebaliknya cuba mengelirukan Y.B. Perdana Menteri dengan memaklumkan proses tender ini telah pun selesai sedangkan pada masa yang sama beliau telah mengarahkan pegawai-pegawai di Kementerian Kesihatan untuk mempercepatkan proses kelulusan tender dan penganugerahan projek ini kepada syarikat kroni beliau. Ini adalah kerana Menteri tersebut takut sekiranya ada satu kontraktor lain yang menyertai sebut harga tender terhad ini, beliau tidak dapat mengawal @ menentukan harga yang bakal dikemukakan oleh kontraktor tersebut.
6. Terdapat keraguan adanya unsur campurtangan dan salahguna kuasa Menteri Kesihatan Malaysia dalam urusan kelulusan tender dan penganugerahan projek ini dan kami dengan ini memohon satu kertas siasatan terhadap menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan pihak-pihak yang terlibat dapat dibuka dengan kadar segera berdasarkan fakta-fakta diatas. Kami juga mencadangkan siasatan dilakukan terhadap akaun bank Menteri tersebut di Singapura dan Malaysia serta pemeriksaan di rumah dan pejabat beliau kerana mungkin terdapat banyak wang yang disimpan disitu.
7. Disini ingin juga disyorkan supaya proses tender terhad tersebut dibatalkan dan dilakukan semula dengan memanggil kontraktor-kontraktor lain yang berwibawa untuk mengelakkan kerugian yang besar dialami oleh pihak kerajaan akibat tindakan menteri tersebut.
8. Kami juga akan memaklumkan perkara ini kepada parlimen supaya satu siasatan yang telus dapat dijalankan dan semua hasil siasatan akan dimaklumkan kepada masyarakat umum sesuai dengan visi 1Malaysia ilham Y.B. Perdana Menteri iaitu “Pencapaian Diutamakan, Rakyat Didahulukan.”
Sekian. Terima kasih.
Yang Benar,
Rakyat Prihatin
s.k.
i. Y.A.B DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK,
PERDANA MENTERI MALAYSIA
Pejabat Perdana Menteri Malaysia,
Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya
ii. Y.BHG. TAN SRI WAN ABDUL AZIZ WAN ABDULLAH
KETUA SETIAUSAHA PERBENDAHARAAN
Kementerian Kewangan,
No. 5, Persiaran Perdana,
Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya
jangan susah hati,spr akan siasat tapi hang p la buat repot dulu.mungkin adik beradik hang salah seorang yang tak dapat kot...jangan camtu bro.
Post a Comment