Pemimpin Umno dalam Dewan Rakyat melenting kemarahan apabila Ahli Parlimen Machang mencelah semasa perbahasan titah Yang Dipertuan Agong oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mengingatkan betapa beberapa pemimpin Umno tertidur di mesin slot dalam kasino judi di Las Vegas dalam satu lawatan beberapa tahun lalu.
Kejadian bertikam lidah bermula apabila menantu mantan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin bangun untuk memalukan Anwar dengan menimbulkan insiden beliau menari dengan "anak tauke judi".
Anwar dengan tenang berkata, "kita menari sikit dia bising tapi pemimpin Umno muntah kedarah arak takpe".
Saifuddin meminta laluan yang diberi Ketua Pembangkang lalu menyatakan keberanian Khairy berdebat dengan Anwar adalah disebabkan beliau dipinggirkan daripada mennganggotai kabinet Datuk Seri Najib Razak.
"Memang jawatan Ketua Pemuda Umno tapi tak dapat jadi menteri. Itu je supaya nak naik markah sikit kerana Perdana Menteri menyaksi perbahasan ini," kata beliau Khamis lalu.
Khairy yang tidak berpuas hati terhadap kata-kata sinis Saifuddin terus "mengamuk" seolah-olah hilang akal dan berusaha keras untuk terus memalukan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
"Dosa besar dalam Umno kalau menegur dan berkata benar kepada pemimpin Umno dan ini berdosa besar kepada parti agama, bangsa, negara. Judi ok, arak ok.
"Jangan cabar kita, kita boleh tunjuk berapa kerat dalam (Dewan Rakyat) ini, berapa banyak botol arak dia togok dalam lawatan-lawatan Pemuda Umno dulu. Jangan sebut, kita boleh sebut, Jangan cabar kita, kita boleh sebut.
"Jangan cabar, kita tahu, pejabat pemimpin Umno mana yang ada tong arak dalam pejabat. Jangan cabar, waktu "wedding anniversary", pemimpin pemuda Umno dihidangkan botol arak, jangan cabar kita,” kata Saifudin.
Ketika itu Timbalan Speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar cuba menenangkan kerajaan apabila Ahli Parlimen Pasir Salak turut terasa tempias daripada ucapan Saifuddin.
“Apakah Permatang Pauh bersetuju kalau saya katakan bahawa, dalam satu forum beberapa tahun lalu, selepas Ahli Parlimen Permatang Pauh di pecat (dari parti dan kerajaan), di University John New Hopkins Amerika Syarikat, pemimpin Pemuda Umno itu pun ada di sini, Bendahari Umno Malaysia pun ada di sini, berapa banyak botol arak dia togok, kita tahu, jangan cabar,” sambung Saifuddin lagi.
Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang turut mengikuti perbahasan itu melahirkan rasa terkejut beliau di atas sikap hipokrit pemimpin Umno yang sering bercakap mengenai Islam tetapi melanggar hukum agama.
"Tu dia, baru kami tahu. Allah Akhbar, apa pasal teruk sangat ni," kata Mahfuz.
Saifuddin seterusnya berkata beliau sanggup mengulangi di luar Dewan jika dicabar dan akan mendedahkan lagi banyak keburukan peribadi pemimpin Umno yang bertopengkan Islam.
Pemimpin Umno Melenting Didakwa Kaki Arak
Saturday, 20 March 2010
18:05
|
|
This entry was posted on 18:05
You can follow any responses to this entry through
the RSS 2.0 feed.
You can leave a response,
or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
28 comments:
dah cantik la tu, bola dah di lambung tapi takut nak sambut la, bukannya apa nak tanduk depa tersalah tanduk kena hidung da...........
itulah realiti sikap pemimpin UMNO....hasil didikan British ......kena bg tau kat org kampung...sbb...hanya org kampung je lg yg percaya kat pemimpin UMNO lidah bercabang ni....masuk kg bkn main baik..ka KL dia lah Setan paling besar...
Bukan nak defend la...
Tapi kalau dah ada bukti/betul, aku ingat kalau PKR la... dah lama dah keluar cerita ni.
Tak yah tunggu cabar.
Ni macam cerita 6 kotak & 16 sept la....
Sampai la abok pun tak dak.
Apa-apa pun, siasat dulu.
Saja nak alihkan cerita anwar dok bohong pasai 16 sept tu...
Arakpun depa metakedarah..kita lantik orang mcm tu jadi pemimpin pulak. jahannam.
aku dgaq crita..katanya dah cukup ahli2 parlimen yg nak lompat katak ke kem anwar masa tu. bilang2 tengok..kalu dicampur..jumlah AP non-muslim lebih ramai ataupun hmpir sama banyak dgn AP Melayu/Islam.. (campur Sabah Sarawak-di Smenanjung, dlm PKR sendiripun ramai gak bukan Melayu/Islam. Maka ia terpaksa dibatalkan hasrat itu. Wallahu a'llam. Aku tak tau betui ke tidak..khabar angin bertiup kencang gitulah..Boleh jadi tak betul. Boleh jd betul.
salam
NI pasai apa MP kita dok bercerita pasal peribadi pemimpin dalam Dewan Parlimen dia nak minum arak ke cerita luar dewan. Rakyat terbanyak yang dah merempat macam kucing kurap siapa yang nak bela. Isu Kapal selam yang tak boleh menyelam, royalti minyak 5 persen, MRR2 retak darimana datang duit kroni siapa yang dapat kontrak menyelangara, jambatan runtuh, stadium runtuh siapa nak pikir untuk perbaiki mana nak cari duit siapa yang nak kena saman sebab benda ni runtuh??
Semua ni duit rakyat,
aku bayar gaji MP
aku bayar macam macam cukai yang ada di Malaysia
aku nak MP buat kerja depa bukan membebel pasal peribadi MP yang lain.
alfaberlian,
PR dah fight dah pasal korupsi UBN nih kat parlimen & akan terus fight. tak perlu risau. pe salahnya sekali sekala stop utk 'iklan' jap.
zaman munafik sejak zaman nabi...seperti abdullah bin Ubaiy kalau tak silap saya...kerana kemaruk nak jadi raja yathrib kerasulan Nabi pun dia nafikan. bersekongkol dengan yahudi bagi menjatuhkan Nabi. mereka menganut Islam bukan dasar taqwa tetapi atas dasar trend semasa. para pejuang agama jangan leka jangan lalai, munafik ini telah bersekutu dengan kaum Quraisy yang menyembah berhala, bersekutu dengan kaum Yahudi untuk umat Mukmin. apabila mereka kalah mereka bermuka-muka kembali beriman.
zaman munafik sejak zaman nabi...seperti abdullah bin Ubaiy kalau tak silap saya...kerana kemaruk nak jadi raja yathrib kerasulan Nabi pun dia nafikan. bersekongkol dengan yahudi bagi menjatuhkan Nabi. mereka menganut Islam bukan dasar taqwa tetapi atas dasar trend semasa. para pejuang agama jangan leka jangan lalai, munafik ini telah bersekutu dengan kaum Quraisy yang menyembah berhala, bersekutu dengan kaum Yahudi untuk menjatuhkan umat Mukmin. apabila mereka kalah mereka bermuka-muka kembali beriman.
Khairy Jamaluddin nak cari publisiti murahan. Budak hingusan yang semakin dipinggirkan Najib dan kroninya.
Siapa yang makan cili, dia yang terasa pedasnya. Awatyang MP-MP UMNO melenting semacam ni, apasai? Yang melenting tak tentu pasai tu kaki tonggang todi la tu!!!
Kalau depa tak tonggang todi, mesti depa tak marah...
Apa nak hairankan kalau depa togok arak? Yang lainpun depa bantai kecuali daging babi. Itupun sebab dilatih dari kecil supaya jijik. Kalau tidak yang tu pun depa kebas. Daging celah kangkangpun depa kebas sebab tak haram kerana suka sama suka. Rasuahpun tak haram hanya kesalahan teknikal. Bukan aku kata. Pink Lips kata.
khairy barua singapore... sudah hilang identitinya
umno.. arak, judi, rasuah dan perempuan perkara biasa la.. arak dianggap minuman, judi dianggap permainan, rasuah dianggap nadi kehidupan dan perempuan dianggap kemegahan
cik alfaberlian, izinkn saya memperbetulkan statement anda. Tujuan keperibadian pemimpin2 UMNO diperkatakan adalah utk memberi gambaran jelas kepada rakyat tentang sikap pemimpin tersebut. Ada sesetengah rakyat tidak tahu menahu sikap pemimpin mereka...bagi saya tidak salah isu keperibadian ini ditonjolkan..utk mentabdir negara perlu lah mentabdir diri sendiri...kepimpinan melalui teladan...kalo pemimpin pon minum arak, rakyat pulak mcmana??
dalam masa yg sama ia adalah satu bentuk nasihat..dakwah cik alfaberlian...jgn marah kalo org nk nasihat menasihati
kadang2 orm melayu kita ni ada satu sikap....Tak kisah....Mcm iklan Aiman tak kisah...tu lah ibu segala punca bangsa sendiri dilanyak dan dipijak oleh bangsanya sendiri.....pilih pemimpin yg tiada akhlak....Allah dh tunjukkan kat kita ciri2 pemimpin yg layak dipilih...Ingat lg kat Bagan Pinang...sapa calon yg menang...terang2 dh dijatuhkan hukuman rasuah...menang jg...menang besar pulak....undi sape tu...MELAYU/ISLAM ....sbb org melayu nama je islam...perangai dan akhlak lg teruk drp bukan islam...sape paling ramai buang bayi? paling ramai merempit...hisap dadah...oleh itu tugas ustaz?ustazah...ibubapa...didik dan dakwahlah anak2 muda cenderung kpd isalm...insyaallah...islam akan menang.....kpd PAS....tugas kita sgt besar...kerja2 dakwah perlu dipertingkatkan khususnya kpd org2 UMNO krn mereka telah lama dipesongkan dan dilalaikan oleh UMNO...jgn benci dan musuhimrk....tp kita tarik mrk cenderung kpd Islam...akhirnya dgn mudah mereka akan bersama2 dgn perjuangan PAS...insyaallah ini lah yg paling ditakuti oleh UMNO...itu sbb ceramah/tazkirah dan kuliah di surau dan masjid diharamkan/disekat......renung2kan lah...
Aku setuju dengan Cfu Lan. Majoriti orang Melayu masih dengan sikap ambik mudah, segala-galanya ambik mudah sampai bila PRU pun tak ambik kisah.
"Buat apa nak mengundi, politik semua sama"
"Macam mana nak undi? Tak tau nak undi siapa..."
"Aku keluar mengundi ke, tak keluar mengundi ke, sama aje. Kerja macam ni jugak..."
Itulah antara kata-kata dangkal pengundi/orang Melayu. Tak keluar mengundi bermakna memberi kemenangan mudah pada BN. Memberi kemenangan mudah pada BN memudahkan lagi BN menambahkan beban rakyat.
Yelah, nama pun BN kan, Barang Naik, Banyak Naik, Bila-Bila Naik.
Bila semua dah naik, puak-puak yang malas keluar mengundi ni jugak yang mengeluh. Salah siapa? SAlahkan diri sendiri la....
jom kita undi bn....
wahai melayu sedaqlah,anua selalu cari jalan nak pelingkup bangsa dia sendiri,hampa jangan ikut dia....nanti nyesal
Memang Melayu mudah lupa, terutamanya lupa kpd Allah & segala suruhannya. Hasil didikan penjajah, kita lihat sendiri apa dah jadi dengan bangsa & negara kita, memang teruk kalau dilihat pada hakikat yang sebenar-benarnya, baik drp pemimpin hingga kpd rakyat bawahan. Oleh itu, bangunlah dari lena yang telah sekian lamanya ini, dan kembali kepada Islam yang suci kerana "Islam itu tinggi, dan tiada yang lebih tinggi daripadanya".
mari kita ramai-ramai tolak Be eNd....
Aku yakin rakyat malaysia sedang silent.....dan pasti PR akan mengantikan BN pada PRU-13...
Wahai kawan2 di dalam BN, PR adalah platform yang terbaik untuk kita....semua dakyah palsu yang dilontarkan oleh BN kepada PR adalah kerana sokongan rakyat sudah terhakis....
jangan harap la PR akan gantikan BN.Kalau PR ganti BN hang nak sapa jadi PM.Anua ka atau tok menakan hang Kit Siang atau pak menakan hang Guan Eng atau tok menakan tiri hang ka,karpal Singh.Tiada lagi peluang ke 2 untuk 16 sept.2008.....apa yang kita tunggu sekarang ni hanya kemenangan demi kemenagan....hidup melayu,hidup umno....(hang sorang saja yang silent sebab rakyat malaysia dah sedar).
hello JKKKP ini adalah salah satu tekanan yang hang takleh terima.....fikir melayu je......hang bukak minda sikit buang sifat perkauman, klu nak melayu....cari melayu yang menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai cara hidup...itu baru betul...tolong fikir kehadapan yang positif....Kalau hang kata pemimpin melayu hang tu bagus, minta mereka jadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan dlm kerajaaan....aku rasa ramai akan masuk umno dan BN
Aku rasa dia nie...ada masukkkkk.....kot...
codik sikit tuan alfaberlian oiii...
betui tu...setuju dengan komen yang menasihati alfaberlian..
perangai buruk itu harus dinasihati..kalau nak nasihat mestilah disebutkan apa perkara buruknya..
kalau dah perangai buruk nak buat apa jadi pemimpin..kemana arah yang akan dibawanya nanti..
macam saudara alfa berlian sendiri...
boleh ke jadi pemimpin kepada masyarakat saudara..akhlak saudara? pegangan ugama saudara? ilmu yang saudara miliki?
terlebih baik koreksi diri sendiri dan perbaiki mana yang perlu..kalau hitam kita putihkan..kalau kotor kita bersihkan..
Post a Comment