Dengan penuh rasa insaf dan tanggungjawab saya mewakili sahabat-sahabat yang cintakan keamanan dan membenci kekejaman rejim Zionis Laknatullah ingin melontarkan pandangan berdasarkan jika benar laporan didalam naskhah Berita Harian keluaran 17 April 2010 yang dipaparkan di muka hadapan atau di laman web :
PENDAHULUAN
Matlamat Yahudi Yang Utama : Memerintah Setiap Negara
Pada tahun 1897 di Basle, Swirtzeland 300 sarjana Yahudi telah berkumpul secara sulit untuk merancang beberapa agenda atau Protokol Yahudi. Perhimpunan ini dipimpin oleh Teodrl Hezl. Matlamat utama perhimpunan ini adalah untuk memastikan bahawa bangsa Yahudi akan kekal memerintah di setiap negara walaupun negara itu diperintah oleh bangsa selain Yahudi.
Protokol Yahudi ini akhirnya telah dibawa ke pengetahuan umum pada tahun 1901M, apabila seorang wanita Perancis telah berjaya mencuri naskhah protokol ini daripada seorang pemimpin tertinggi Freemasonary. Wanita tersebut telah mencurinya diakhir Muktamar Rahsia (Jewish Masonic Conspiracy) yang diadakan di Perancis. Protokol-protokol ini telah diterjemahkan ke Bahasa Arab oleh Ust Mohd Khalifah Attunisi. Di bawah tajuk “Protokol Hukama Sohyuni”
Salah satu protokolnya ialah:
Protokol Kedua
Protokol Kedua
Bantuan-bantuan yang diberikan oleh bangsa Yahudi melalui agen-agen Yahudi akan memperkuatkan kaum Yahudi. Yahudi akan memerintah bangsa lain seperti bangsa itu memerintah negaranya sendiri, tanpa disedari bahawa mereka telah berada di bawah genggaman Yahudi. Ketua pentadbir yang dilantik untuk mengatur pentadbiran negara, mestilah terdiri daripada orang-orang yang berjiwa budak, yang mudah diarah untuk kepentingan Yahudi. Melalui akhbar, Yahudi menggerakkan fikiran orang ramai serta mengambil kesempatan untuk mendapatkan emas, meskipun dari lautan darah dan airmata. Pengorbanan adalah perlu, kerana setiap nyawa dikalangan Yahudi berharga seribu orang bukan Yahudi.
PENDEDAHAN APCO WORLDWIDE DI PARLIMEN OLEH MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
Dalam jawapan secara bertulis kepada YB Tian Chua (PKR Batu), Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz telah mendedahkan di Dewan Rakyat bahawa satu kontrak telah dimeterai antara Kerajaan Malaysia dengan Firma Perunding Perhubungan APCO Worldwide bernilai hampir RM77 juta setahun.
Syarikat Firma Perunding Perhubungan APCO Worldwide ini telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan “Strategi Komunikasi” dan “Membina Imej” Negara serta mengagongkan Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’ Seri Najib Tun Razak.
SIAPAKAH APCO?
Perkara ini telah didedahkan Ketua Pembangkang YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim di dalam Parlimen yang mulia .
Ahli Lembaga APCO termasuk dua bekas duta Israel iaitu:-1. Shimon Stein (bekas duta kepada Jerman)
2. Itamar Rabinovich (bekas duta kepada Amerika Syarikat)
3. Doron Bergerbest-Eilon, bekas ketua keselamatan Agensi Keselamatan Israel (Israeli Security Agency, ISA) yang lebih dikenali sebagai Shabak atau Shin Bet. Jawatan ini adalah bersamaan dengan pangkat Mejar Jeneral dalam tentera Israel.
Shin Bet bertanggungjawab menjaga keselamatan dalam negeri Israel, termasuk menghadapi Intifada Palestin. Semasa intifada Al-Aqsa, Shin Bet memainkan peranan untuk mengenalpasti identiti dan lokasi pemimpin-pemimpin Palestin yang dijadikan mangsa pembunuhan oleh serangan udara tentera Israel.
Shin Bet turut terkenal dengan kaedah-kaedah menyeksa tahanan mereka semasa soal-siasat. Seorang wartawan Palestin, Mohammed Omer, mendakwa beliau ditahan oleh Shin Bet pada tahun 2008 dan dibogelkan, dibelasah oleh lapan pegawai Shin Bet yang bersenjatamengakibatkan beliau terpaksa dirawat seminggu di hospital. Makhamah Tertinggi Israel sendiri memutuskan bahawa kaedah-kaedah soalsiasat Shin Bet adalah berketerlaluan, melanggar hak asasi manusia, dan bersifat menyeksa.
APCO dan ASERO seumpama satu keluarga, dengan pemimpin-pemimpin yang sama. Doron Bergerbest-Eilon adalah presiden ASERO, manakala Mara Hedgecoth anak kepadaMargery Kraus, Presiden APCO – merupakan Naib Presiden di kedua-dua APCO dan ASERO. Denise Teeling pula, adalah Ketua Kewangan (CFO) bagi kedua-dua APCO danASERO juga. Menurut laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Denise Teeling dan Margery Kraus adalah direktor APCO Worldwide Sdn Bhd, yang ditubuhkan di Malaysia.
APCO tidak hanya terlibat dengan aktiviti Zionis dan pencabulan hak asasi sahaja, malah juga dengan aktivisme anti-Islam.
1. Jonathan Winer yang merupakan Naib Presiden APCO di Washington DC. Pada 2003, Winer memberi keterangan di Jawatankuasa Senat Amerika Syarikat di mana diamenuduh gerakan Ikhwan Muslimin (Muslim Brotherhood) serta beberapa badan kebajikan Islam sebagai pengganas, dan berusaha untuk menghentikan segala aktiviti kewangan badan-badan ini.
2. Marc Ginsberg pula, ahli lembaga APCO dan bekas duta Amerika Syarikat, memanggil tokoh pemikir Islam Sayyid Qutb (inspirasi kepada Ikhwan Muslimin dan penulis karya Ma’alim Fil Tariq dan Fi Zilal Al-Qur’an) seorang “musuh” dan membandingkan beliau dengan Adolf Hitler.
Peranan APCO di Negara-negara lain1. Klien dan bekas klien APCO juga termasuk beberapa ‘tokoh’ yang cukup terkenal. Di antaranya adalah Jeneral Sani Abacha, yang mencuri hampir RM 10 billion duit rakyatnya semasa menjadi Presiden Nigeria. Jeneral Sani Abacha turut dikenali kerana pencabulan hak asasi manusia yang cukup parah, termasuk penahanan danpembunuhan aktivis-aktivis.
2. Nursultan Nazarbayev, diktator Kazakhstan yang didakwa bersama keluarganya terlibat dalam rasuah yang cukup besar serta beberapa pembunuhan, turut merupakan seorang klien APCO. Di antara strategi APCO adalah untuk “membeli” beberapa laporan dari institusi pengajian tinggi untuk mengharumkan nama Kazakhstan di Barat.
3. Narenda Modi pula, Ketua Menteri Gujarat di India yang dikatakan membiarkan rusuhan kaum berlaku antara rakyat Hindu dan Muslim, mengakibatkan hampir 2,000 kematian – kebanyakannya Muslim – juga pernah mengupah APCO untuk mengharumkan balik imejnya.
ISU DEMONSTRASI BANTAHAN HUBUNGAN KERAJAAN MALAYSIA DENGAN APCO DI PERKARANGAN MASJID SULTAN IDRIS SHAH II
- Setiap muslim yang beriman pasti mahukan kemanisan iman. Terdapat tiga perkara yang menjaminkan seseorang mendapat kemanisan iman. Salah satu nya sebagaimana yang disebut dalam kitab Sahih Bukhari dan Muslim ialah seseorang itu membenci maksiat (kemungkaran) seperti ia benci jika di campakkan ke dalam api neraka. Oleh yang demikian, sebab itulah kita guna halaman luar masjid kerana ia berkaitan dengan iman kerana mempertahankan agama dari ancaman musuh laknatullah adalah wajib. Jesteru itu, Allah menjanjikan jaminan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
- salah satu cara membenci ialah seperti yang diriwayatkan bahawa ketika Nabi Ibrahim a.s sedang berjalan-jalan di suatu tempat, maka dia digoda iblis dan syaitan. Lalu, junjungan besar itu telah membaling batu ke arah iblis tersebut.
Tindakan peserta himpunan tempohari itu sebenarnya warisan daripada sunnah Nabi Ibrahim a.s.
Yahudi Zionis adalah iblis besar abad ini. Maka.. sikap pesrta himpunan hanya luahan daripada fitrah, sunnatullah dan sunnah Nabi Ibrahim ke atas musuh-musuh Allah seperti Iblis dan kaum-kaum yang ingkar kepada suruhan Allah.
Sesiapa yang pergi menunaikan fardhu haji, mereka tentunya pernah merasai pengalaman membaling batu di Mina ini. Kita diminta bermalam di Mina sebelum melontar batu-batu kepada 'iblis' di ketiga-tiga tiang; Jamratul Aqabah, Jamratul Wusta dan Jamratus Sughra. Bermalam di Mina itu bertujuan persediaan untuk meneruskan agenda besar ini; simbolik baling batu kepada iblis.
Maka, apabila tiba zaman Nabi Musa a.s (Taurat) hingga ke zaman Nabi Muhammad s.a.w. (al-Quran), maka terteralah satu hukum; lelaki dan wanita yang berzina sesudah berkahwin, maka hukumannya adalah direjam (dibaling) dengan batu sampai mati.
Kesimpulannya, inilah antara contoh-contoh sunnatullah yang telah diterjemahkan dalam bentuk hukum rejam dan sunnah nabi. Ia sesuai dengan fitrah asal kesemulajadian manusia. Iaitu, apabila kita mula membenci sesuatu perkara, hati kita akan terdorong untuk baling dan mencampakkan sesuatu kepada sesuatu yang kita benci itu. maka bidapkah kami yang hanya membaling telur ke arah papan yang tertera lambang zionis.3. Isu penggunaan telur busuk : ? Telur busuk itu hanyalah laungan dibibir kami sahaja, sesuai dengan Yahudi dan Israil yang lebih busuk dari telur busuk .Dalam demontrasi ini kami tidak gunakan batu sebab mungkin akan terkena kepada orang ramai dan ada yang tercedera, Telur adalah simbolik penentangan kami terhadap isu APCO. Disini juga kami ingin memaklumkan bahawa pihak kami tidak menggunakan telur busuk seperti yang didakwa dan hanya melibatkan 7 biji telur ayam yang baru dibeli dikedai berdekatan. kami juga menggunakan kasut sebagai ganti kepada batu yang boleh membahayakan orang ramai ke arah papan yang tertera lambang Israel dan Umno, peristiwa lontaran ini berlaku berdekatan pintu pagar luar masjid dan agak jauh dari org ramai. Perbuatan inikah yang menyebabkan Tuan Mufti kata kami biadab dan hukumnya haram. Dan yang peliknya kenapakah Tuan Mufti orang yang pertama menghidu bau telur busuk sedangkan kami peserta demonstrasi tidak dapat menghidu bau busuk tersebut.
- Ulama meletakkan satu kaedah iaitu sesuatu perkara yang ingin dijadikan hukum, hakim atau mufti mesti terlebih dahulu ada gambaran sesuatu perkara itu, maknanya ia mesti ada gambaran dan suasana himpunan seperti di manakah himpunan itu diadakan, guna telur busuk atau tidak, apa tujuan mereka berhimpun , apakah objek yg mereka lontar dan sebagainya.
Para ulama menyebut kalau berhukum tanpa ada gambaran maka hukum itu salah seperti yang sabit dari hadis Nabi SAW bahawa hakim yang berhukum tanpa pengetahuan dan gambaran terlebih dahulu maka tempatnya di neraka
- Berkenaan dengan perlantikan Ahli JawatanKuasa Masjid tanpa mengikut tatacara perlantikan yang betul dengan membelakangi peraturan yang diguna pakai sebelum ini, adalah merupakan pencemaran terhadap masjid yang di lakukan oleh Parti UMNO dan Barisan Nasional. Pegawai Penyelaras Masjid Daerah (PPMD) seluruh Perak yang dilantik hanya mereka yg menyokong Parti UMNO sahaja. Terdapat di kalangan pengerusi masjid jarang- jarang datang ke masjid malahan ada yg tak pernah datang ke masjid. Dan yang paling memalukan mereka ini mempunyai masalah moral. Sebenar nya, inilah pencemaran yang paling besar pernah yang di lakukan umno pada masjid seterusnya membunuh peranan institusi masjid yang sebenar iaitu sebagai rumah ibadah dan gedung ilmu.
Mengapa pencemaran dan penghinaan terhadap masjid yang dilakukan oleh Umno danBarisan Nasional tidak dikritik oleh SS Mufti, sedangkan ini adalah suatu yang lebih besar tidah dilihat oleh Mufti
Almarhum Dato’ Fadhil Nor pernah menceritakan, seorang murid yang belajar sepuluh tahun dengan seorang guru tetapi tidak pernah naik darjah. Suatu hari dia bertanya kepada gurunya. “ Tuan, saya telah belajar hampir sepuluh tahun tetapi kenapa tidak naik darjah?” maka tuan guru itu pun pergi dekat satu tembok lalu dia mengambil arang dan membuat titik pada tembok tersebut. Maka beliau bertanya kepada muridnya itu, “ apakah yang kamu nampak di hadapan kamu?” Jawab murid itu: “ Titik hitam” . “ Sebab itulah kamu tidak naik darjah, tembok yang besar kamu tidak nampak tetapi titik hitam yang kecil itu kamu nampak.”
Telur yang dilontar ke arah lambang zionis di luar masjid sekitar 5 minit dikritik hebat dan diiktiraf sebagai biadab. Pengerusi dan jawatankuasa masjid yang tidak berakhlak dan terlalu jarang datang masjid sehingga ada yang tak pernah peduli untuk meningkatkan peranan masjid tetapi masih dilantik untuk tempoh tiga tahun tidak dikritik dan tidak biadab
6. Sekiranya pihak Tuan Mufti merasakan bahawa dengan menyokong kami akan menjejaskan Tuan Mufti, maka diam adalah sebaik-baik jawapan. Rasulullah s.a.w pernah bersabda :
ومن كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليقل خيرا أو ليصمت
“Sesiapa yg beriman dgn Allah dan hari akhirat maka berkatalah perkara yg baik atau diam”
(Hadis riwayat bukhari dan muslim)
Perjuangan kami ada fakta melalui hadis yang pernah diungkapkan oleh Junjungan besar Nabi SAW :
أفضل الجهاد كلمة حق عند سلطان جائر
“Jihad yang paling afdhal perkataan yg benar di hadapan pemerintah yg zalim”
Persoalan jihad ini mesti didahulukan bagi yang mampu dan pihak kami mampu sertasanggup menerima ancaman dari pemerintah dan sama sekali tidak sanggup menerima ancaman Allah seperti firman Allah :
ö@è% bÎ) tb%x. öNä.ät!$t/#uä öN à2ät!$oYö/r&ur öNä3çRºuq÷zÎ)ur ö/ä3ã_ºurø—r&ur óOä3è?uŽ�ϱtã ur îAºuqøBr&ur $ydqßJçGøùuŽtIø %$# ×ot�»pgÏBur tböqt±øƒrB$ydy Š$|¡x. ß`Å3»|¡tBur !$ygtRöq|Êö �s? ¡=ymr& Nà6ø‹s9Î) šÆÏiB «!$ # ¾Ï&Î!qß™u‘ur 7Š$ygÅ_ur ’Îû ¾ Ï&Î#‹Î7y™ (#qÝÁ/uŽtIsù 4Ó®Lymš †ÎAù'tƒ ª!$# ¾ÍnÍ�öDr'Î/ 3 ª!$ #ur Ÿw “ωöku‰ tPöqs)ø9$# šúüÉ )Å¡»xÿø9$# ÇËÍÈ
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda Yang kamu usahakan, dan perniagaan Yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal Yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara Yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang Yang fasik (derhaka).
(Surah Taubah ayat 24)
Dengan pendedahan yang telah dijelaskan di atas maka disini saya ingin bertanya kepada Tuan Mufti dan agar saya diberikan PENJELASAN secara Ilmiah dari pihak Tuan Mufti :
Pertama : Mengapakah Kerajaan Malaysia sanggup melantik sebuah Syarikat Firma Perunding yang mempunyai hubungan yang amat rapat dengan Rejim Zionis dan dipimpin oleh individu yang terlibat dengan organisasi yang terkenal menyeksa dan menzalimi orang Palestin diberi peluang untuk membentuk dasar-dasar sensitif Malaysia?
Dengan pengupahan APCO sebagai Firma Perunding kepada Kerajaan Malaysia, ini bermakna pengaruh Zionis, kini telah mula dibenarkan untuk menentukan hala tuju negara, serta mempunyai akses kepada semua kepentingan kerajaan termasuklah maklumat-maklumat yang berpotensi menjejaskan keselamatan dan kepentingan negara. Adakah ini tidak membimbangkan pihak Tuan Mufti?
Selain Israel dan Amerika Syarikat yang dapat mengakses maklumat-maklumat ini, perlu diketahui juga oleh pihak Tuan Mufti bahawa di antara pemimpin ASERO, satu-satu individu yang bukan warganegara Amerika, UK atau Israel adalah Kelvin Tan Wee Peng iaitu seorang bekas polis Singapura.
Kedua : Apakah Pendirian Tuan Mufti setelah mendengar penjelasan yang telah saya jelaskan di atas, adakah Tuan Mufti masih lagi menyokong usaha yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia pimpinan YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak atau akan bersama-sama kami menentang kerjasama antara Kerajaan Malaysia dengan Syarikat Firma Perunding APCO Worldwide. Dengan ini saya serta sahabat-sahabat yang cintakan keamanan dan keselamatan negara Malaysia memohon Tuan Mufti untuk menyatakan pendirian Tuan Mufti. (Kenyataan ini disiarkan didalam Blog Dewan Pemuda PAS Negeri Perak : dppperak.blogspot.com).
KESIMPULAN
1. Keputusan Perdana Menteri untuk bekerjasama dan berganding bahu serta membuka ruang Malaysia kepada pengaruh rejim Zionis dan anti-Islam wajib dipertikai oleh setiap rakyat yang cintakan Malaysia.
2. Perdana Menteri Malaysia mesti memohon maaf kepada seluruh masyarakat dunia umumnya dan Malaysia khususnya yang cintakan keamanan dan prihatin pada rakyat palestin kerana telah bekerjasama dengan rejim Zionis.
- Semua Ulama dan ahli fikir yg mengetahui tindakan Kerajaan Malaysia ini mesti memandang perkara ini sebagai suatu perkara yang besar. Ada seorang datang bertanya kepada Sayyidina Abdullah ibnu Umar Radhiyallahu ‘Anhu tentang hokum darah nyamuk yang terkena baju. Abdullah ibnu Umar Radiyallahu Anhu bertanya: “orang ini datang dari mana?“ mereka memberitahu bahawa dia datang dari Iraq. Kata Abdullah bin Umar:Darah Sayyidina Hussin Cucu Rasulullah SAW yang ditumpahkan dengan zalim kamu tidak tanya tetapi darah nyamuk yang terkena baju yang kamu tanya” Sepatutnya mufti jawab begitu kepada wartawan berita harian, kenapa tidak Tanya tentang APCO zionis busuk ceroboh Negara kita “ kamu datang dari akhbar yang besar untuk Tanya hokum telur busuk ?
4. Harapan kami agar mufti tegas dengan ilmunya seperti Imam Nawawi iaitu Penyusun Kitab Riadhus Solihin yang selalu Dato Mufti gunakannya ketika mengajar di Masjid dan Surau-surau. menurut riwayat bahawa apabila Baginda Sultan Az Zahir telah mengadakan persiapan perang untuk memerangi orang-orang Tatar(Monggol), timbul satu persoalan adakah diharuskan mengambil harta rakyat untuk kepentingan perang melawan musuh. Lalu Baginda bertitah meminta fatwa dari Imam Nawawi. Imam NAWAWI telah memberikan penjelasan seperti berikut:-
“Ampun Tuanku
Adalah patik sememangnya mengetahui bahawasanya tuanku dahulunya adalah seorang tawanan yang tidak ada sebarang harta benda, tetapi dengan pertolongan Allah dilimpahkan kurnianya kepada tuanku dengan dijadikan tuanku seorang raja.
Ampun Tuanku
Adalah patik telah mendengar bahawasanya tuanku ada memiliki seribu orang hamba, tiap-tiap seseorang ada mempunyai beberapa ketul emas. Manakala 200 org khadam wanita milik tuanku, masing-masing mempunyai barang-barang perhiasan yang bernilai.
Andaikata tuanku sendiri membelanjakan semua itu untuk keperluan perang sehingga mereka tidak lagi mempunyai barang-barang itu, maka patik bersedia memberikan fatwa untuk membenarkan tuanku mengambil harta rakyat”.
Kesimpulannya, beliau berfatwa bahawa baginda tidak dibenarkan mengambil harta rakyat selamamana kekayaannya sendiri masih dapat dipergunakan. Baginda sultan Az Zahir murka kepadanya kerana fatwanya yang amat menggemparkan sehingga baginda mengeluarkan perintah supaya Imam Nawawi segera keluar dari damsyik. Imam Nawawi menerima sahaja perintah pengusiran itu dengan girang hati. Lalu beliau pun keluar ke Nawa. Para ulama’ syam telah berusaha menjemput beliau balik semula ke Damsyik, tetapi beliau enggan sambil berkata ‘ saya tidak akan balik ke Damsyik selagi baginda masih berkuasa”
5. Harapan kamai agar mufti tidak seperti Ali Abdul Raziq seorang ulama Azhar suatu ketika dahulu yang menulis buku memisahkan agama dengan politik pemerintahan islam. yang mahu meletakan agama di masjid sahaja tanpa melibatkan politik islam. Politik islam perlu disangkut dipintu masjid. Akhirnya Majlis ulama azhar telah menarik balik segala anugerah akademik dan gelaran yang diberi oleh Al Azhar. Ini menunjukkan betapa hinanya ulama seperti itu.
Rasul pernah mengecam mereka yang mengetahui sesuatu perkara tetapi menyembunyikannya dgn sabdanya :
من سئل عن علم يعلمه فكتمه ألجم يوم القيامة بلجام من نار
Sesiapa yang ditanya tentang sesuatu ilmu yang diketahuinya maka dia menyembunyikannya nescaya pada hari kiamat kelak dia akan dikekang dengan tali kekangan dari api neraka.
(hadis riwayat ahmad)
MOHD AKMAL BIN KAMARUDIN
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Perak
20 comments:
Mufti terkedu tak mampu nak berhujah. Mungkin beliau akan mengeluarkan fatwa HARRUUUSSSSS sana.
Saya harap Tuan Mufti Perak dapat memberi pandangan kepada artikel ini agar rakyat tidak keliru dengan keadaan ini.
apa lah nak jad dgn mufti sorang ni....
betul lah, selayaknya jadi mufta aja.
sesat lagi menyesatkan orang aja
ular dlm semak bukannya ulamak!
aku dulu sangat suka dengar kuliah/tazkirah beliau dalam tv. aku bawa pen dan kertas depan tv untuk tulis isi yang dibicarakan. lepas dapat tokoh maal hijrah nadanya dah lain macam. sekarang ni kalau muka dia keluar dalam tv aku........
Kepada pencacai dan bajingan UMNO anonymous jahiliyyah, harap baca dan fahami ulasan Pemuda PAS Perak ini.
Ketepikanlah sentimen politik. Letakkanlah kepentingan Islam itu diatas segala-galnya, kerana Islam menjamin keamanan sejagat, termasuk golongan bukan Islam.
Islam cintakan kedamaian.
bukan mencari sape yg hebat ilmu agamanya... tapi buat SS mufti... cuba la jawab soalan soalan yg dutanya... takkan nak jawab soal jawab agama hari jumaat pagi ye dak SS MUFTI...satu ketika dulu cukup dihormati SS MUFTI kite ni... tapi sekarang macam dah getik lak... dah tak ade roh... something is wrong SS MUFTI...
mungkin tuan mufti akan berkata, yang kita tentang bukan yahudi tapi zionis. tidak salah bersahabat dengan yahudi, tetapi harus menentang zionis. kalau zaman Nabi S.A.W, ekonomi yahudi dilumpuhkan dengan sekatan-sekatan di laluan perdagangan, tetapi zaman Najib lain cerita. mereka membuat perniagaan dengan Yahudi. agar Yahudi terus menindas umat Islam. sikap Najib tak ubah si Dajjal, menjadi khalifah tetapi penuh dengan tipu daya.
Aku tertarik dengan satu point dalam surat Dewan Pemuda PAS Perak ni.
Seorang Wanita Perancis telah mencuri naskhah Protokol Yahudi di akhir Muktamar Rahsia Jewish Masonic Conspiracy yang telah diadakan di Perancis pada tahun 1901.
Jika benar AGM ini diadakan pada tahun 1901, bermakna bangsa Yahudi dari serata dunia berkumpul dalam satu perhimpunan raksasa kedua selepas Protokol Yahudi dirangka pada tahun 1897 di Switzerland oleh 300 sarjana Yahudi.
Aku mohon jasa baik cendekiawan Muslim yang membaca artikel Dewan Pemuda PAS ni, jika anda tahu, apa yang boleh kita kaitkan Yahudi dengan Perancis. Sementara itu, aku sendiri akan melakukan "search" jugak. Apa-apa info, aku akan tulis kat sini.
Kenapa Perancis dipilih diadakan Perhimpunan Besar itu. Apa istimewanya Perancis di kaca mata orang Yahudi.
Aku rasa ada baiknya pihak admin PerakEkspress membuka kolum khas bagi para pengunjung PerakEkspress berdiskusi tentang Zionis ni.
sgt menarik artikal ini. aku nak print keluar buat bahn sembang kat ofis
saya harap mufti harun sani boleh jawab surat tersebut,
dengan kadar segera. utk memberi faham rakyat perak khusus nye. adakah boleh demo dan protes tersebut, betul kah hukum nye haram???? klu HARAM ape keee nas2 nye???
TUAN MUFTIE TENTU ARIF DAN BIJAKSINI KERNA DAH LAME PEGANG JAWATAN NIE.......
jawab segera mufti....jgn tak jawab,,, jgn tau jawab biadab jer
tlg jwb dgn ikhlas tuan mufti. saya juga rasa terkilan dgn tuan mufti dan mufti-mufti seluruh negara kerana membisu tentang aqidah org silam dan mengaibkan orang tiada seorang mufti pun yg bersuara. wahai mufti-mufti dlm malaysia takut lah pd allah swt dan jgn kamu takut pada manusia. manusia kita hormat yg menghormati antara satu sama lain, klau bab aqidah di permainkan masih hendak menyokong pd hemat saya lebih baik letak jawatan...minta maaf ini kenyataan.
Aku tetap berterima kasih kepada Sohibus Samahah Mufti Perak ini bila beliau ada meminta kerajaan menghadkan siaran filem bollywood di kaca TV. Kenyataan beliau ini dikeluarkan beberapa tahun lepas (kalau tak silap sekitar tahun 2001), yang kemudian mendapat reaksi kurang senang beberapa pemimpin MIC.
Selang beberapa bulan selepas itu, aku mengikuti ceramah beliau di salah satu masjid di Langkawi. Beliau ulang sekali lagi kenapa beliau meminta kerajaan menyekat siaran filem hindi yang semakin menjadi kegilaan orang Melayu-Islam.
Aku juga takkan lupa apabila beliau secara terbuka mendedahkan beratus ribu orang Melayu-Islam telah murtad dalam tempoh satu dekad lepas. Satu tindakan yang pemimpin UMNO sendiri tak berani lakukan, dan mereka takkan lakukan pun!
Kemuncak kepada pendedahan itu telah membawa kepada demonstrasi aman orang-orang Islam disalah sebuah gereja di Ipoh, apabila berita tersebar luas di internet yang mangatakan Dato' Azhar Mansor telah murtad dan hendak membawa sekumpulan orang Melayu untuk di"baptis"kan di gereja berkenaan.
Walaupun Azhar Mansor menyatakan kpd PM ketika itu (Pak Lah) yang dia masih Islam, tetapi berita yang aku dengar dari beberapa pemimpin UMNO Langkawi menyatakan sebaliknya. Tak ada siapa pun yang percaya dia masih Islam.
Panas isu murtad itu tidak berpanjangan, malah semakin sejuk menjelang PRU-12. Aku sendiri tak pasti kenapa SS Datuk Mufti tidak lagi membangkitkan masalah ini kepada umum pada ketika itu.
Isu Yahudi kemudian dilihat seolah-olah akan menjadi hangat seperti mana isu orang Melayu Murtad dahulu. Namun aku juga hairan, kenapa SS Datuk Mufti berdiam diri dalam hal ini. Adakah SS Datuk Mufti takut kehilangan jawatan?
Datuk takut menerima nasib yang sama seperti Almarhum Sohibus Samahah Datuk Ishak Baharom, yang dipecat selepas mengkritik Tun Dr. Mahthir?
SS Datuk Mufti tentu lebih alim daripada saya dalam persoalan ini. Cuma tak salah kalau saya nak ingatkan SS Datuk Mufti, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, "Seafdhal-afdhal jihad, adalah berkata benar terhadap pemimpin yang zalim".
*p/s : Tolong sebut betul-betul; afdhal / afdhol. Bukan AP-DAL macam yang biasa disebut oleh geng-geng Melayu APCO-UMNO kampungan.
Jap, Muktamar Rahsia Jewish Conspiracy diadakan pada 1901?
Lagi satu point yang kita kena cari. Aku rasa sebahagian dari kita tau rangkaian restoran makanan segera 1901 Hotdog.
Aku tengok dlm blog depa, ada 42 cawangan di Malaysia, 5 di Singapore dan 3 di Indonesia. HQ di sect.15 Shah Alam. Founder syarikat, cuma sebut dua nama, Tengku Rozidar dan Ahmad Zakir.
Adakah benar syarikat ini syarikat bumi-tempatan? Kenapa pilih 1901 sebagai "Hallmark"? Secara kebetulan? Atau ada rahsia lain disebalik itu?
Para pengunjung PerakEkspress boleh tengok sendiri blog/website tu. Daripada 42 cawangan di Malaysia, 3 di Penang, dan 1 di Taiping.
aku setuju dgn pandangan ikutceramah, perkara ini mesti diperhalusi krn kegiatan zionis ini sgt bahaya, byk rahsia mereka telah dibongkarkan, kita mesti korek lg terutama dr poket najib tun razak, byk peristiwa aneh berlaku spt pembunuhan altantuya, kehilangan enjin jet, kematian beng hock, pembelian kapal selam dgn komisyen yg terlalu tinggi dan tak tenggelam,pembunuhan misteri siva kelab penyokong pas,tuduhan liwat melampau terhadap ds anwar,rampasan kuasa perak,adun dan mp lompat, kematian aminurrashid dan byk lg kejadian misteri sejak akhir2 ni. apakah ada kaitan dgn zionis yg berada dibelakang mereka atau......
dan....kenapa mufti perak membisu isu ini
Jawab Tuan Mufti.. jgn x Jawab!!!
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Bernam Datuk Mohamad Idris Abu Bakar menafikan dakwaan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad bahawa beliau memberikan tazkirah, lebih-lebih lagi tanpa tauliah ketika berada di sebuah masjid di Hulu Bernam ketika Ramadan lalu.
“Bila masa pula saya beri tazkirah? Mana beliau (Khalid) tahu saya cakap pasal hal hal agama?
“Saya cuma berucap untuk merasmikan program yang dianjurkan sahaja. Bagi saya tidak ada isu, cuma ia sengaja diperbesarkan,” katanya kepada The Malaysian Insider ketika ditemui pada program Hari Raya Bersama Perdana Menteri anjuran Badan Perhubungan Umno Selangor di sini malam tadi.
NOTA:
SEKARANG BARU KAU TAHU APA ITU TAZKIRAH WAHAI ADUN UMNGOK?
Post a Comment