Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Selangor
Parti Keadilan Rakyat
18hb April 2010
Tindakan Ahli Keluar Parti PKR Tidak Jejas Semangat Menjana Kemenangan di PRK Hulu Selangor
Angkatan Muda Keadilan Selangor yakin tindakan keluar parti ahli PKR yang kononnya mendakwa dirinya Ketua dan Timbalan AMK Cabang Shah Alam langsung tidak memberikan kesan kepada jentera dan kekuatan AMK di Hulu Selangor. Sebenarnya individu tersebut sudah lama tidak aktif dalam gerak kerja parti semenjak 2 tahun lebih.Malahan jawatan tersebut telah dipangku oleh individu lain.
AMK Selangor yakin ianya sebahagian perancangan jijik UMNO/BN untuk menghilangkan kenyakinan rakyat kepada PKR. Namun tindakan tersebut sebenarnya langsung tidak memberi kesan apa-apa kepada keyakinan pengundi Hulu Selangor kepada calon berwibawa Datuk Zaid Ibrahim.
Tindakan jijik keluar parti itu sebenarnya episod ulangan yang digunakan oleh UMNO/BN yang sudah ketandusan idea-idea pembaharuan dan gagasan membela rakyat. Justeru isu lapok yang dibawa ialah fitnah, adu-domba dan keganasan politik lantaran penolakan total rakyat kepada Barisan Nasional sebelum ini.
AMK Selangor menegaskan calon yang ditampilkan oleh Parti Keadilan Rakyat adalah individu yang akan membawa suara pembelaan rakyat ke Parlimen. Integriti tinggi dan berprinsip yang dibawa oleh Datuk Zaid Ibrahim mencerminkan gagasan pembaharuan yang di bawa oleh Pakatan Rakyat.
Rakyat di Parlimen Hulu Selangor amat bertuah Datuk Zaid Ibrahim adalah insan hebat yang memegang prinsip dan memahami denyut nadi perjuangan rakyat pelbagai agama dan bangsa serta menjadi harapan baru kepada suara rakyat Hulu Selangor. Justeru untuk membawa agenda Selamatkan Malaysia, beliau adalah individu yang paling layak membawa obor perjuangan rakyat ini.
Mohd Ezli Mashut
Ketua Penerangan AMK Selangor
Tindakan Ahli Keluar Parti PKR Tidak Jejas Semangat Menjana Kemenangan di PRK Hulu Selangor
Sunday, 18 April 2010
23:01
|
Labels:
kenyataan media
|
This entry was posted on 23:01
and is filed under
kenyataan media
.
You can follow any responses to this entry through
the RSS 2.0 feed.
You can leave a response,
or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Kami penoh yakin rakyat Ulu Selangor akan tetap memilih Datuk Zaid,sebagai wakil mereka diParlimen Malaysia walaupun serangan demi serangan peribadi dilepaskan terhadap Dato.Mereka UM NOBN sanggup buat apasaja menipu,merasuah dan memfitnah. (ingat janji Allah adalah benar)Ini semua duniawi,kepada Dato kuatkan semangat,kami percaya Allah akan memenang dato di Ulu Selangor untuk membantu rakyat (amalmakruf nahimunkar)Insyaallah
ini la dikatakan proses membentuk persepsi bahawa ada berlaku peralihan arah, termasuklah YB2 katak tu
tapi ini tak membantu kemenangan BN
ia hanyalah alat nak justifi kemenangan yang akan ditentukan oleh SPR,
penipuan proses pilihanrayalah kerja sebenar depa
kalau pakatan boleh buat rakyat tak percaya BN boleh menang barulah susah sikit depa nak menang dengan cara penipuan ini macam kat manik urai
ini pandangan aku saja tak tau la betui ka tak
sepatutnya pkr telah mengenalpasti keadaan sebenar dalamannya. kumpulkan fakta sebagai persediaan untuk menjawab. sediakan ajen-ajen yang boleh mengenalpasti individu yang akan melompat/keluar. jangan kita bercakap tanpa bukti, sediakan bukti secara bergambar, dokumen atau audio. sudah sampai masa kita perlu bertindak secara kolektif dan pro.
aku yakin dengan calon PKR dlm PRK Hulu Selangor ni. Semoga kemenangan dpt dicapai dlm pemilihan tersebut.
Dan aku tgk suasana di Hulu Selangor ni terutama sekali di Sungai Buaya cukup pesat membangun sejak terjadinya PRK ni. Kalu la tadak PRK ni.. rasanya tadak sekoq haboq pun yg nak ambik peduli. Kena ada hilang nyawa baru ada pembangunan.
Bayang tengok la...
1- Sebelum adanya PRK ni, depan Sekolah Keb. Bandar Sungai Buaya di tambak tanah punya la lama. Kalu time hujan tu belodiaq habih tanah2 tatkala hantaq anak ke sekolah. Dan secara magiknya mengkala org2 besar mai dok bekempen dan dan tu juga depa boh tar... ni la pukulan PRK
2- Jalan jalan pun bnyk berwajah baru...Dan secara magiknya mengkala org2 besar mai dok bekempen dan memberikan beberapa janji dan dan tu juga depa bagi elok jalan tu... ni la pukulan PRK
3- Dulu kat simpang Koskan nak masuk ke Sungai Buaya tadak pun sapa sapa atau pihak yang berkenaan nak boh lampu isyarat. dah bopa nyawa yg melayang kat situ. Dan secara magiknya mengkala org2 besar mai dok bekempen dan dan tu juga depa boh lampu isyarat .. ni la pukulan PRK
4- Ni topik yg hebat - interchange. Dah bopa kali ngundi baik kecil or besaq tak jadi jadi juga nak buat. Janji dah bermacam macam. Tunggu bajet la, tunggu kelulusan la, nanti kami buat la... arghhhh suma tu tak bley pakai. Dan secara magiknya mengkala org2 besar dok keluaq masuk mai program itu la ini la, mai dok bekempen dan dan tu juga depa kata akan di bina.....punya la baguih depa bagi stetment. Entah betui ka dak tatau la... ni la pukulan PRK
5- Masaalah peneroka Felda Sungai Buaya kena tipu tu pun dah berlarutan bopa punya... sapa pun pihak yg berkenaan mai tgk dan tolong... hanya janji saja. Kesian aku tgk depa... sampaikan dah jadi org susah dek keran penipuan tersebut. Hat tipu tu makin senang dan lenang sambey dok gelak hahahahahaha...Mana dia hat jadi pemerintah selangor dulu. Mana pi dia. aku tau dia senang dan kaya dan mewah. Takmau nak ambik tau org org susah ni... Dan secara magiknya mengkala org2 besar mai dok bekempen dan dan tu kata akan tolong... ni la pukulan PRK
6- dan yg paling sadisnya, dulu kalu kata nak minta bantuan polis utk hal hal keselamatan penduduk dan segala benda yg ada di Sungai Buaya depa kata depa tak cukup anggota nak berkawal dan memantau. Tapi tai aku lalu pondok polis boleh palak depa buat dan ada polis 2-3 org dok tunggu situ. Boleh plak depa buat time time PRK ni.. Time jenayah dok berlaku depa kata payah... huhuhuhuhu... Dan secara magiknya mengkala org2 besar mai dok bekempen dan dan tu juga depa buat pondok polis dan letak anggota depa dok situ... ni la pukulan PRK
Tu la bahananya bila ada PRK. Baguih punya depa layan. Kalu sebelum ni sapa sekoq haboq pun nak amik tau. Pandai pandai para penduduk Sungai Buaya nak hidup. Susah ka senang ka, settle la sendiri. Tapi la.. aku rasa kalu kata nak minta tanah ka, universiti ka, agak agaknya boleh paa....
Zaid akan menang majoriti ,1800 - 2,100 aku rasa.
Apco punya pasal, sukar, amt sukar diterima orang Islam (wlaupun ada segelintir tak kisah - buang bayi tak sisah, murtad tak kisah, judi no problem..).
Moga2 kita tak terpengaru dgn mainan media haprak seperti Usetan Meloya dll. Mereka cuba tayang balik sejarah lama..ucapan2 Zaid membidas PAS, kaki botol dll. Itu sejarah. Kalu nak dikrakan sejarah..dulu Khalid Al-Walid, Omar Al-Khottab dll semuanya "kafir". Tapi itu sejarah. Mereka telah "melompat" meninggal kekufuran dan menerima Islam, sehingga asalnya seorang yg beperwatakan bengis, ganas dan kufur menjadi muslimin yang terbaik. Boleh ke kita ambilkira sejarah lama mereka ? Bukan mcm APKOMONO, dulu, sekarang dan selama2nya tak mahu berhijrah dari kebusukan (hingga ke usus) !
Jadi, "bukan semua yg melompat itu buruk. Lompat (meninggalkan keburukan)kerana insaf dan mencari
kebaikan (dan redha Allah) adalah "lompat" yang terbaik, wajib bagi sesiapa saja (umat Islam).
Usetan Meloya sebok dan gelabah.."Zaid kaki botol" kata mereka. Bila taku kalah, macam2 terkeluar dari lidah mereka. Kalau nak kira kaki botol (yg belum bertobat)..aku rasa dlm APKOMONO
lah yang paling banyak..
Sejarah lama tak relevan lagi.
Awat sikit sangat,aku rasa kalau Zaid belanja minum arak mesti menang 100% .Cayalah...
biasalah dah lumrah,walau jahat cam no pun,kalau dipihak kita,kita akan pertahankan.kalau dia jahat kita akan kata dia baik.semuga allah membuka minda pada orang-orang seperti ini...Amin..
aminn..... arak tu haram zaid pun haram la hahaha...
Post a Comment