Adalah dimaklumkan bahawa kami telah berpindah ke http://perakexpress.com. Sekiranya anda tidak dibawa kesana secara otomatik...sila klik disini.
Fairus letak jawatan ADUN Penanti
Thursday, 16 April 2009
Bekas timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin hari ini mengumumkan keputusannya meletak jawatan ADUN Penanti, berkuatkuasa hari ini.
Katanya, keputusan itu dibuat untuk membolehkan beliau memberi tumpuan penuh terhadap usaha bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat siswazah lanjutan.
Ia juga, katanya, untuk memberi masa kepadanya untuk bersama-sama dengan keluarga "yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasan saya".
Kenyataan Fairus itu dikeluarkan oleh Biro Penerangan PKR.
"Ruang ini juga akan saya manfaatkan untuk menumpukan usaha bagi membersihkan nama baik saya dari segala tohmahan yang dilemparkan terhadap saya selama ini," tambahnya.
Fairus yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berhubung satu projek kuari di Pulau Pinang, meletakkan jawatan timbalan ketua menteri pada 8 April lalu.
Berikutan peletakan jawatannya itu, pilihanraya kecil perlu diadakan bagi kerus tersebut dalam tempoh 60 hari.
DUN Penanti terletak dalam kawasan parlimen Permatang Pauh yang diwakili oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketika diwawancara dengan akhbar berbahasa Cina - Nanyang - Fairus
memberi masa dua minggu kepada pucuk pimpinan PKR supaya membersihkan namanya.
Beliau juga dilaporkan mendakwa segala tohmahan itu difitnah oleh orang dalaman parti itu sendiri.
Mengenai masa depannya, Fairus memberitahu akhbar berkenaan bahawa beliau ada banyak pilihan - keluar parti, letak jawatan, lompat parti atau menjadi ADUN bebas.
Beliau juga menyatakan akan menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang minggu depan.
Manakala timbalan pengerusi PKR negeri, Dr Mansor Othman pula berkata Anwar dijadual pulang ke Permatang Pauh esok.
Difahamkan, beliau mungkin berbincang dengan kepimpin PKR Pulau Pinang berhubung calon yang bakal dipilih bertanding di Penanti.
Dr Mansor disebut-sebut bakal dipilih mewakili Pakatan Rakyat, khususnya PKR bertanding dalam pilihanraya kecil itu.
Apabila ditanya kepadanya, Dr Mansor berulangkali mengatakan beliau akan patuh keputusan parti.
Beliau pernah bertanding di DUN Pulau Betong dalam pilihanraya umum tahun lalu, tetapi tewas.
Berikut adalah kenyataan penuh Fairus hari ini:
Setelah memberikan pertimbangan dengan sewajarnya, mengambilkira landasan perjuangan dan kepentingan rakyat yang saya wakili, saya dengan ini mengambil keputusan demi memelihara kepentingan Parti Keadilan Rakyat untuk melepaskan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti berkuatkuasa hari ini 16hb April 2009.
Keputusan ini bertujuan untuk membolehkan saya memberikan tumpuan penuh terhadap usaha bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca siswazah dan sekaligus memberikan masa kepada saya untuk bersama dengan keluarga yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasan saya.
Ruang ini juga akan saya manfaatkan untuk menumpukan usaha bagi membersihkan nama baik saya dari segala tohmahan yang dilemparkan terhadap saya selama ini.
Khususnya kepada pengundi dan rakyat Penanti yang saya wakili, saya ingin merakamkan jutaan penghargaan di atas kasih sayang dan sokongan yang diberikan selama saya memegang amanah selaku wakil rakyat Penanti.
Keputusan ini adalah untuk kebaikan semua, Parti Keadilan Rakyat dan perjuangan serta kepimpinan di bawah teraju Dato' Seri Anwar Ibrahim (selaku Penasihat Parti) demi menegakkan kebenaran dan keadilan. - MKini
15:39 | Labels: fairus, penanti | 12 Comments
PRK Penanti? Yee..haa!!!
Ada berita menarik malam nanti. Dikhabarkan...ADUN Penanti, akan mengumumkan perletakan jawatan beliau dan pilihanraya kecil DUN Penanti akan diadakan dalam masa 60 hari.
Tunggu malam nanti untuk pengesahan. Takat ni cuba khabar angin.
11:53 | Labels: msk, penanti | 33 Comments
Naam Annaivarum ooru kodumbum
Wednesday, 15 April 2009
Tiga hari kami melarikan diri untuk berehat dan bermuhasabah diri di Port Dickson. Terima kasih banyak-banyak kepada Chaah yang menyediakan semuanya. Dan hari ini, aku balik ke Bukit Gantang untuk mengemas barang-barang. Belum tau...kemana lagi selepas ini.
Banyak perkara menarik berlaku semasa PRK Bukit Gantang yang lalu. Politik menemukan kami tetapi ikatan yang terlahir...bukan kerana kepentingan politik. Tetapi ingin melihat kehidupan yang lebih baik. Aman dan harmoni. Tidak ada batasan fahaman ugama atau politik. Tidak ada batasan bangsa atau suku kaum. Kita semua satu keluarga.
Tidak ada baju Pas, baju PKR atau baju DAP. Tak ada bendera Pas, PKR atau DAP. Tidak ada slogan One Malaysia, Ketuanan Rakyat, Ketuanan Melayu atau Pas for All. Cuma ada satu persefahaman yang lahir dari dalam jiwa masing-masing. Wo men tou shi i jia ren.
Politik negara bukan lagi politik perkauman..bukan politik ugutan dan bukan politik wang. Politik negara juga akan diterajui oleh mereka yang bukan lagi menjuarai sesuatu kelompok. Sebaliknya politik negara akan diterajui oleh sesiapa sahaja yang berfahaman bahawa kita semua satu keluarga.
Ketika menjamu selera di Pasir Panjang malam tu, kami tak bercakap tentang Pas, PKR atau DAP. Tapi kami bercakap tentang persefahaman dan harmoni. Kami tak cakap tentang apa perbezaan kami..tapi kami berbincang tentang masa depan kami...masa depan anak-anak kami.
Parti mana yang akan memerintah...pemimpin mana yang akan dijulang...itu tidak penting. Tapi kami akan menyokong parti yang akan membawa kepada persefahaman dan keharmonian rakyat Malaysia. Dan kami akan menyokong pemimpin yang sealiran dengan hasrat ini.
Dan kami menaruh harapan bahawa pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat akan terus berusaha untuk merealisasikan hasrat ini dan aku yakin..masanya akan tiba bila kita tidak lagi bercakap tentang Melayu, Cina atau India...sebaliknya menggunakan hanya satu perkataan...rakyat Malaysia.
Kerana....
kita semua satu keluarga
Wo men tou shi i jia ren
Naam annaivarum ooru kodumbum.
11:28 | Labels: msk | 21 Comments
Autopsy Bukit Gantang 3
Monday, 13 April 2009
PRK Bukit Gantang diadakan serentak dengan Bukit Selambau dan Batang Ai. Bukit Gantang: Pas. Bukit Selambau: PKR. Batang Ai: PKR
Maka dengan itu..PKR terpaksa membahagikan jentera pilihanraya mereka ketiga-tiga tempat, dan sudah tentu tumpuan diberikan kepada tempat dimana PKR bertanding. DiBukit Gantang, keseluruhan jentera pilihanraya PKR Perak diberikan tugas untuk membantu Pas manakala sebahagian besar jentera pilihanraya PKR Pusat bertumpu ke Bukit Selambau.
PRK Bukit Gantang membuka peluang kepada PKR Perak untuk menilai kemampuan jentera pilihanraya negeri beroperasi dan setakat ini..aku masih belum mendapat statistik atau laporan tentang prestasi jentera pilihanraya PKR. Oleh itu..apa yang aku tulis dan nilai..adalah berdasarkan apa yang aku nampak dan alami.
Dalam setiap pilihanraya...yang aku tengok paling kuat bekerja ialah Wanita PKR. Cara kerja pun sistematik..ada perancangan yang tersusun dan team yang berani masuk kemana saja. Kat mana yang Pas tak boleh masuk..kat situ Wanita PKR masuk. Yang tu aku boleh bagi tabik kat depa.
Tapi ..bila tiba berkempen dengan Muslimat Pas...mesti ada kontroversi. Dan isu utama ialah penampilan dan imej. Ada yang masuk kampung pakai cermin mata hitam..ada yang berkempen terlalu robust...yang ni kena perbaiki. Duduk berbincang baik-baik.
Angkatan Muda Keadilan (AMK)..perlu lebih menonjol. Apa yang aku nampak...AMK macam unit Amal saja. Jadi tukang escort pemimpin...gantung poster dan banner. Aku tak masuk bilik Gerakan AMK dan tak tau apa yang ada kat dalam sana. Ada berapa komputer..ada berapa mesin fotokopi..wallahualam. Tapi bila aku tengok ramai AMK dok lepak kat Bilik Gerakan Utama...aku dok tertanya jugak. Sapa jaga Bilik Gerakan AMK?
Srikandi PKR...aku tak boleh nak kritik teruk-teruk sangat sebab masih baru. Tapi bila aku tengok Srikandi dijadikan macam social escort..aku rasa PKR mensia-siakan peranan anak-anak muda ni. Sepatutnya...inilah masa nak latih anak muda ni buat kerja-kerja pengurusan...ataupun buat apa yang Wanita dan AMK tak buat.
Pasai apa setiap kali ada pemimpin Wanita turun..Srikandi mesti jadi tukang escort?
Pengarah Pilihanraya, Hj. Mail dan Pengarah Bilik Gerakan, Mejar Latif ada banyak kerja yang perlu dibuat kalau ada pilihanraya lagi. Bagi aku..Bilik Gerakan PKR di Taman Molek tu cuma tak ada meja mahjung... kalau ada meja mahjung...dah tentu orang kata kelab lumba kuda.
PA system tak ada. Bila ada taklimat dari pemimpin..yang didepan saja yang dengar. Video yang aku ambil...semua tak boleh pakai sebab jadi macam wayang Charlie Chaplin. Maklum la videocam cokia...harap built-in microfon saja.
Komputer cuma ada sebiji dalam bilik...selepas pukul 5 petang..ada orang datang nak check daftar pemilih...ramai yang balik begitu saja. Bubuh la petugas dari AMK ka...Srikandi ka...supaya bilik Gerakan tu nampak class sikit. Tak kan Hj. Osman tak boleh cari duit sikit kot?
Masa kempen pilihanraya ni..maklumat sangat penting. Program-program patut dihebahkan, bukan setakat tulis kat whiteboard. Tak kan orang Matang Gelugor nak datang ke Bilik Gerakan kalau nak tau program terkini! Aku cuma dapat sekali saja email tentang program PKR dari Zakuan..lepas tu terus senyap. Nak salahkan dia pun aku tak sampai hati...sebab pasai nak cari nasi bungkus pun dia kena buat.
Satu perkara penting yang wajib ada dalam jentera pilihanraya masa ini ialah unit IT... dan yang ni PKR gagal.
Wanita dah pi keluar buat culaan undi...buat BKS..tapi bila balik, borang-borang BKS berlonggok tak ada sapa yang buat analisis. Tak kan tak ada sorang pun yang boleh buat data analysis? Nasib baik Pas yang bertanding..kalau PKR yang bertanding dan keadaan jentera pilihanraya PKR masih tahap macam ni...aku rasa PKR lebih teruk kena belasah.
Setiap kali aku pergi kat Bilik gerakan PKR...kat depan tu mesti ramai orang. Sembang dari pagi sampai malam...tak dak kerja ka? Atau pun dah memang kerja depa...bersembang. Ada 4-5 orang yang aku tengok tiap-tiap hari mesti ada..dari pagi sampai malam..tapi buat apa?
Apa yang aku tengok...petugas ramai...tapi tak dak kerja.
Dan yang sakit hati..ada pemimpin yang hanya tunjuk muka bila Anwar atau Wan Azizah datang. Bila nampak muka Anwar atau Wan Azizah...muka pemimpin ni la yang kedepan. Tapi bila Anwar balik...depa pi lepak dengan geng Umno. Ada yang lepak dengan Hamdan Taha..ada yang lepak dengan Osman Jailu. Kalau Hj. Mail nak tau sapa...aku boleh bagi tau.
Last sekali..aku tak seronok tengok pemimpin-pemimpin PKR..bila nak masuk kampung kena escort ramai-ramai. Dulu aku meluat bila tengok Nazri Aziz masuk kampung...sebab bila depa ni masuk..berderet kenderaan 4WD yang ikut. La ni..bila pemimpin PKR masuk kampung...berderet Estima..Alphard...Merc. Pemimpin keluar kereta pun siap dengan escort Srikandi berbaju hitam...AMK berbaju biru.
Nak tayang pun...buat la kat tempat lain. Ni bila hangpa masuk kampung yang miskin-miskin...dan hangpa mai dengan kereta-kereta mewah...tak ada beza hangpa dengan pemimpin Umno.
09:33 | | 28 Comments
Satu Malaysia dah tahu...
sumber: Dango Mamamat
Satu Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.
Pening teman memikiokannya. Tinggi benor base Najib ni. Kalo teman yang sekolah atap inipun tak berapa nak paham, macam maneler agaknye daya pahaman tok ngah dan opah wan di kampung. Tapi deme tetap sengeh dan lagut bebenor nengor Najib berwawasan di tv 14 inci . Lagi deme tak paham, lagi kuat deme nyokong Najib. Isk, takkanler Najib nak bagi slogan macam base orang kampung. Takkanler Najib nak bagi slogan ‘Moh kite ngundi UMNO weh’. Nanti nampak sangatler yang Najib ngaji tak tinggi.
Teman cubaler pahamkan slogan Najib tu. Betui ker tak betui, komeler yang tolong betuikan. Kalo Najib yang tolong betuikan, lagi baguih.
Satu Malaysia
Satu Malaysia udah tahu dan heboh yang Najib dituduh bersubahat munuh Altantuya. Satu Malaysia tahu yang Najib udah jawab tak kenai Altantuya. Satu Malaysia perasan yang Najib tak berani saman dan tak berani report orang yang nuduh Najib munuh Altantuya. Satu Malaysia tahu yang Najib hanya berani nafi di mulut, bukannya di mahkamah. Satu Malaysia tahu UMNO kalah dalam PRK. PR menang majoriti. Majoriti membawa maksud satu Malaysia. Satu Malaysia mahu Najib menyaman Liberation.
Sekarang bukan lagi satu Malaysia yang tahu. Satu dunia udah tahu. Satu dunia mahu Najib mengheret pihak yang menuduhnya ke mahkamah. Berani kerana benar, takut kerana salah. Udah lebih seminggu Najib jadi PM, tetapi takde pemimpin negara lain yang ucap tahniah secara rasmi pada Najib. Rakyat satu Malaysia teramat sedih kerana Altantuya dibunuh ketika sedang mengandung. Ringkasnya rakyat satu Malaysia merasa malu dan hilang maruah kepada satu dunia kerana berPMkan Najib.
Rakyat didahulukan
Takkan Najib tak paham-paham. Takkan Najib buat-buat tak paham. Takkan Najib tak tahu yang rakyat mahukan penjelasan siapa Altantuya. Kenapa celupar bebenor Bala menuduh yang Najib meronjang Altantuya depan dan belakang. Rakyat nak tahu kemana hilangnya Bala. Takkan polis Malaysia tak gheti cari orang hilang. Takkan Najib tak nak dahulukan kehendak ingin tahu rakyat. Najibpun udah janji yang kehendak rakyat mesti didahulukan. Inilah kehendak rakyat. Rakyat bukan mintak projek juta-juta RM. Rakyat bukan mintak komisen kapai selam. Rakyat cuma mintak sape yang nyuruh Sirul dan Azilah munuh Altantuya itu sama-sama digantung hingga mati. Itu jer. Susahker?
Pencapaian diutamakan
Pencapaian ini maksudnya kualiti. Kalo takat udah tercapai tapi takde kualiti, buat peronjang aper. Kalo takat jatuhkan hukuman gantung pada Sirul dan Azilah kerana munuh Altantuya, ianya tak selesaikan masalah. Takkanler Sirul dan Azilah yang tak peghonah berurusan dengan Altantuya tetiba sajer-sajer nak munuh Altantuya. Ape pekdah deme munuh Altantuya. Takkan mudah bebenor deme mawak keluar C4 tanpa kebenaran menterinya. Ternyata hukuman yang dijatuhkan tiada kualiti. Patutler satu Malaysia dan satu dunia ternganga kehairanan. Hairan kenapa mahkamah tak mahu siasat orang yang nyuruh deme berdua munuh Altantuya. Jikalau Najib mengutamakan kualiti, cepatler arahkan polis siasat semula sape yang nyuruh deme munuh Altantuya. Kalo Najib tak buat camni, satu Malaysia dan satu dunia akan percaya yang PM Malaysia bersubahat membunuh Altantuya.
Kalo teman sorang jer yang tak puashati takper. Tapi kalo kome semua udah puashati tentang hukuman kes Altantuya ni, biorler teman terojun dengan labu-labu teman ke Sungai Peghak.
00:07 | Labels: dango mamamat | 6 Comments
2 Ahli Parlimen Terengganu akan Letak Jawatan?
Sunday, 12 April 2009
Oleh salehgong
"Salam,
Khabarnya setelah ramai yang kecewa dengan pengumuman barisan kabinet yang baru,2 Ahli Parlimen dari Terengganu,1 Ahli Parlimen dari Sabah,1 Ahli Parlimen dari Perak,dan 1 Ahli Parlimen dari Johor akan letak jawatan sebagai Ahli Parlimen.
Mereka ialah Dato Mohd Nasir-Kuala Nerus-,Dato Mohd Jidin-Setiu-,Dato Tajuddin Rahman-Pasir Salak,Dato Bung Mokhtar-Kinabatangan-,dan Datuk Halimah Sadiuqe-Tenggara.
Mereka dikatakan akan meletak jawatan sebagai langkah awal dan akan diikuti oleh ahli parlimen lain.Ini berlaku berikutan Y.A.B PM yang baru telah membentuk suatu barisan kabinet yang goyah dan tidak stabil dan mereka telah hilang kepercayaan terhadap Y.A.B PM yang baru"
sumber: Ambuyat el-Binangkit
18:15 | Labels: ambuyat, terengganu | 32 Comments