[erapakatan] KUALA LUMPUR : Pejabat Pendakwaraya Perancis telah diminta memulakan siasatan ke atas unsur rasuah dalam penjualan kapal selam kepada Malaysia semasa Najib Razak menjadi Menteri Pertahanan.
Siasatan itu turut membabitkan penjualan kapal selam oleh syarikat DCN dan anak syarikatnya Amaris kepada beberapa Negara lain termasuk India dan Pakistan.
Penjualan kapal selam membabitkan dakwaan sekutu Najib di bayar komisyen lebih lima ratus juta ringgit telah lama membelenggui perdana menteri.
Malah pembayaran komisyen itu dikaitkan kepada pembunuhan warga Mogolia Altantuya Sharibuu pada tahun 2006.
Menurut media, dua hakim Peranchis, Francoise Besset and Jean-Christophe Hullin, sedang menyiasat dakwaan pemimpin-pemimpin politik Peranchis terbabit dalam kegiatan rasuah dalam menjual peralatan ketenteraan kepada Negara-negara seperti Malaysia.
[lagi]
Skandal Kapal Selam : Perancis Mulakan Siasatan
Saturday, 17 April 2010
12:54 | Labels: erapakatan | 5 Comments
Sah!Empat Calon bertanding Hulu Selangor
[EraPakatan] KUALA LUMPUR : Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Nor Hisham Ahmad Dahalan telah mengumumkan empat orang calon akan bertanding di kerusi Parlimen Hulu Selangor.
Kira-kira 11.20 tadi, beliau telah mengesahkan Datuk Zaid Ibrahim dari Parti Keadilan rakyat (PKR), Vs Chandran dari bebas, P Kamalanathan dari Barisan Nasional (BN) dan Johan Md Diah dari bebas akan bertanding pada Pilihan raya kecil (PRK) 25 April ini.
Kira-kira 8.20 pagi tadi Ketua umum PKR, Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor tiba di pusat penamaan calon Kuala Kubu Baru dan disusuli calon PKR, Zaid Ibrahim.
[lagi]
12:16 | Labels: erapakatan | 3 Comments
Kamalanathan Sah Calon BN Parlimen Hulu Selangor
Thursday, 15 April 2010
[ARIFFUDDIN ISHAK/ mStar] RAWANG: Teka-teki siapa individu yang mewakili Barisan Nasional (BN)pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor terjawab apabila KetuaPenerangan MIC, P Kamalanathan diumumkan sebagai calon parti itu.
Pengumuman oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu dibuat di bilik operasi BN di sini, sebentar tadi.
"Ini adalah tanggungjawab yang besar yang perlu saya galas bagi pastikan BN menang dalam pilihan raya ini, bantulah saya untuk kemenangan ini.
"Saya menerima pencalonan ini, saya berjanji akan bekerja keras bagi memastikan kemenangan milik BN," kata Kamalanathan dalam ucapan ringkasnya selepas diumumkan sebagai calon.
Pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor akan diadakan pada 25 April manakala penamaan calon akan berlangsung Sabtu ini.
Pemilihan Kamalanathan mengenepikan dua lagi nama pemimpin MIC yang disebut-sebut sebagai calon yang layak iaitu Timbalan Presiden MIC,Datuk G. Palanivel dan Timbalan Ketua Pemuda MIC Pusat, V. Mugilan.
[lagi]
21:08 | Labels: akhbar online, berita, mstar | 4 Comments
Adun Bakar Arang umum keluar PKR
[MKini] Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Arang, Tan Wei Shu mengumumkan keluar PKR hari ini.
Beliau sebelum ini merupakan exco kerajaan Kedah yang digugurkan dalam rombakan exco pada 10 Mac lalu.
Tempatnya diambil alih oleh seorang lagi wakil PKR, ADUN Sidam, Tan Show Kang.
Pada sidang medianya di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada jam 3.00 petang ini, Wei Shu mendakwa tindakannya itu diambil kerana "dipermainkan oleh pemimpin parti demi kepentingan individu tertentu".
"Cakap besar saya tak pandai, cakap bohong saya tak pandai, cakap mengampu saya tak pandai, cakap manis janji saya tak pandai.
"Tetapi yang saya pandai, (sama ada) boleh buat atau tak boleh buat dan mahu buat atau tak mahu buat. Itu saja saya tahu.
"Saya cuma tahu bercakap benar, tak seperti orang lain (yang) bermuka dua dan lidah bercabang," katanya sambil membacakan kenyataan yang disediakan lebih awal.
[lagi]
21:06 | Labels: akhbar online, berita, mkini | 7 Comments
Pengundi perlu pandang serius isu APCO
Wednesday, 14 April 2010
[Ali Hashim/HarkahDaily] KEPALA BATAS, 14 April: Isu APCO Worldwide yang mencalarkan nama Umno dan kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) sepatutnya dipandang serius oleh para pengundi di kawasan parlimen Hulu Selangor.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Rosidi Hussain berkata, apa yang dibuktikan oleh kerajaan sekarang harus menjadi satu penilaian kepada rakyat khususnya di kawasan itu yang akan menghadapi pilihan raya kecil pada 25 April ini.
Menurutnya, ekoran daripada apa yang berlaku itu, maka rakyat khususnya dalam kawasan Parlimen Hulu Selangor harus menolak kerajaan Umno/BN daripada memenangi pilihan raya kecil tersebut.
Katanya, keangkuhan Umno/BN akan berterusan sekiranya mereka masih lagi mendapat mandat daripada rakyat walaupun tindakan yang telah dilakukan itu tidak selaras dengan apa yang dilaung-laungkan selama ini.
"Saya yakin, rakyat kawasan Hulu Selangor mampu untuk membuat perubahan dengan tidak memberi sokongan kepada BN sekali lagi sebagaimana yang telah mereka buktikan dalam pilihan raya umum yang lalu,"
[lagi]
16:22 | Labels: hrkh | 0 Comments
Zaid Ibrahim calon Pakatan Rakyat di Hulu S'gor
Tuesday, 13 April 2010
[MKini] Datuk Zaid Ibrahim hari ini dipilih sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.
Menurut sumber, pemilihan Zaid itu dibuat oleh biro politik PKR yang bermesyuarat di rumah ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini.
“Keputusan memilih Zaid buat sebulat suara,” kata sumber itu lagi kepada wartawan Malaysiakini di luar rumah ketua pembangkang di Segambut, Kuala Lumpur.
Sumber itu berkata PKR menamakan Zaid kerana beliau dilihat sebagai calon berwibawa yang mampu mempertahankan kerusi Hulu Selangor itu.
Zaid adalah bekas menteri yang bertanggungjawab mengenai hal-ehwal perundangan ketika dalam barisan kabinet bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum berpaling tadah ke PKR.
Beliau dijangka akan diperkenalkan secara rasmi sebagai calon Pakatan Rakyat di sebuah ceramah di Serendah, malam ini.
[lagi]
14:18 | Labels: hulu selangor | 26 Comments
PILIHAN RAYA NEGERI: ZAMBRY TAKUT KALAH
[DPPN Pk] Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) merasa lucu diatas penafian Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang membayangkan bahawa tiada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang terdekat walau pun kajian menunjukkan bahawa Barisan Nasional (BN) akan boleh memenanginya kembali adalah pandangan tidak tepat.
DPPN Pk merasakan BN sebenarnya takut dan bacul jika PRN diadakan walau pun ketika BN yang menjadi pentadbir kerajaan negeri kerana bimbang akan kalah teruk dengan kemarahan sebenar rakyat yang selama ini dipendam. Apa pun alasan yang diutarakan Datuk Seri Zambry, hanya rakyat boleh menentukan perkara sebenar.
Perkara yang menarik juga, adakah PRN bakal diadakan dalam masa yang terdekat? Adakah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak yang menjadi bebas tidak lagi menyokong BN? Mungkin perkara yang sama juga akan dilakukan oleh Datuk Seri Zambry untuk memohon Seri Paduka Sultan Perak membubarkan DUN Perak sepertimana yang telah pernah dilakukan oleh Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin dahulu.
Atau Seri Paduka Sultan Perak tidak memperkenan permohonan Datuk Seri Zambry sepertimana yang telah berlaku semasa Datuk Seri Nizar berbuat demikian. Apa pun, DPPN Pk dapat menghidu Umno / BN telah membuat persediaan bagi sebarang kemungkinan dan ahli serta penyokong Pakatan Rakyat (PR) harus bersedia daripada sekarang.
DPPN Pk bimbang dengan suasana yang tidak kukuh ini akan menyukarkan pertumbuhan ekonomi yang masih dilihat tidak bermaya dengan suasana kemelut Negeri Perak ini yang tiada kesudahannya. Lumpuh ekonomi, maka lumpuhlah kerajaan negeri kerana pelaburan tidak diterima dan masuk walau apa pun alasan yang diberikan atau lakonan yang ditayangkan.
DR RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
12:23 | Labels: dppn pk | 3 Comments
Melayu dengan krisis nilai
Monday, 12 April 2010
[Isham Rais/MKini]Saya selalu mendengar ucapan para politikus tentang betapa berbudi bahasanya manusia Melayu ini. Saya juga ada membaca dalam kitab dan buku-buku lama tentang nilai-nilai indah manusia Melayu.
Malah ada si polan dan si polan yang tanpa segan silu dan tanpa selidik yang dalam telah berani mengakui bahawa manusia Melayu - satu satunya manusia di dunia ini yang besopan santun dan berbudi bahasa.
Memang betul – ada kebenaran kenyataan ini. Manusia Melayu lima puluh tahun dahulu bersopan santun dan berbudi bahasa. Memang betul manusia Melayu tiga puluh tahun dahulu memiliki nilai kemanusiaan yang kukuh.
Tetapi hari ini semuanya telah berubah dan bertukar. Sedikit demi sedikit nilai budi bahasa sopan santun manusia Melayu itu telah berubah.
Perubahan ini muncul kerana asas sistem ekonomi manusia Melayu itu berubah.
Dari masyarakat feudal yang berasaskan ekonomi pertanian, manusia Melayu telah memasuki ke alam ekonomi kapitalis. Perubahan ini tidak dapat tidak telah juga mengubah pembudayaan manusia Melayu itu sendiri.
Satu ketika dahulu kenduri nikah kahwin adalah kerja bergotong-royong untuk sanak saudara dan jiran sekampung – kini semuanya dijalankan oleh kontraktor.
Tenaga dan masa yang satu ketika dahulu melimpah ruah dan diberikan secara percuma kini – masa dan tenaga - telah diukur dengan nilai wang ringgit.
Justeru kita tidak akan hairan kadangkala upacara keagamaan juga memerlukan perbayaran. Iman dan Tok Kadi kini perlu dibayar untuk doa dan kehadiran mereka. Tiga puluh tahun dahulu mustahil pekara ini berlaku.
[lagi]
10:49 | Labels: isham rais, mkini | 1 Comments