Sejak krisis Perak bermula, Umno tidak henti-henti menuduh DS Nizar Jamaludin sebagai penderhaka. Tuduhan tersebut dibuat hanya diatas andaian semata-mata. umno dengan secara salah dan tidak wajar mengandaikan DS Nizar derhaka kerana enggan mematuhi keputusan YM Tuanku Sultan Perak.
Meski pun Umno sedar tuduhan derhaka tersebut tidak mempunyai asas sama sekali, namun diatas prinsip 'matlamat menghalalkan cara' yang menjadi teras atau rukun politik Umno, gendang derhaka tersebut terus menerus di palu oleh Umno bagi mendapat undi dengan cara yang tidak bermaruah.
Sejak dari awal, DS Nizar dan Pakatan rakyat (PR) tidak pernah berniat jauh sekali menderhaka kepada YM Tuanku Sultan. Hakikatnya PR boleh dan telah pun mengemukakan bukti-bukti sahih dan kuat yang secara jelas menunjukkan Umno adalah penderhaka kepada Sultan. bukti-bukti yang PR kemukakan adalah bukti-bukti yang diperolehi secara mudah dari rekod-rekod awam dan rasmi. Apa yang berlaku sebenarnya adalah penderhaka Umno menuduh DS Nizar yang tidak derhaka sebagai penderhaka.
Seperti yang dimaklumi, DS Nizar telah memfailkan saman (semakan kehakiman) keatas dato Zamry di mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mendapatkan antara lain perintah bahawa DS Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah. Memandangkan beliau masih sebagai menteri besar Perak yang sah maka Dato Zambry tidak berhak memegang jawatan tersebut.
Semasa pendengaran saman tersebut pada 2/4/09 yang lalu, pihak Peguam Negara telah membantah saman DS Nizar tersebut di atas alasan DS Nizar sebenarnya mencabar keputusan YM Tuanku Sultan Perak dan keputusan Sultan, menurut Peguam Negara, tidak boleh dipertikaikan atau disemak oleh mahkamah.
Pasukan Peguam Nizar berhujah bahawa DS nizar tidak pernah berniat jauh sekali mencabar keputusan Sultan Perak. Peguam DS Nizar juga bersetuju bahawa kuasa Sultan tidak boleh dicabar di mahkamah. Namun bagi mereka yang mahir didalam undang-undang pentadbiran (administrative law), mereka tentu arif bahawa undang-undang membenarkan mahkamah bertanyakan kepada mana-mana penjawat awam seperti Dato Zambry atas kuasa apakah beliau layak memegang jawatan tersebut di bawah undang-undang Tubuh Negeri Perak didalam keadaan Nizar mendakwa masih lagi Menteri Besar yang sah.
Pada 2/4/09 iaitu pada jam 5.30 petang. YA Hakim dato Abdul aziz Abdul Rahim menolak bantahan Peguam negara dan memutuskan permohonan DS Nizar bukan permohonan yang remeh (not frivolous). sebaliknya permohonan tersebut mempunyai merit dan asas yang kuat. Mahkamah menolak hujah Peguam Negara bahawa DS Nizar mencabar keputusan Sultan kerana berdasarkan saman yang DS Nizar failkan di Mahkamah adalah jelas DS Nizar tidak menyaman Sultan atau mempertikaikan keputusan Sultan.
Keputusan Mahkamah tersebut jelas dan terang menunjukkan bahawa sejak dari awal Nizar tidak pernah mempertikaikan keputusan Sultan. Keputusan tersebut sekaligus menyangkal dakwaan tidak berasas Umno bahawa nizar adalah penderhaka.
Keputusan Mahkamah membuktikan secara jelas bahawa isu derhaka yang Umno mainkan selama ini adalah satu politik jahat, politik murahan dan politik putar belit Umno. beginilah politik Umno dulu, kini dan tak tahu sampai bila.
Hanipa Maidin.
Mahkamah Buktikan Nizar Tidak Derhaka.
Saturday 4 April 2009
23:45 | Labels: krisis perak, nizar | 2 Comments
Pelancaran Banner BloggersNetwork
Pada hari penamaan calon yang lalu...tidak banyak gambar-gambar penyokong yang disiarkan oleh media pengampu Umno/BN. Ini kerana penyokong BN terlalu sedikit jumlahnya berbanding penyokong PR.
Apa yang ditulis hanyalah angka-angka yang tidak dapat dibuktikan.
Ibnibrahim...seorang jurugambar bebas dari Tanjong Malim telah merakamkan detik bersejarah itu dalam bentuk panorama. dan hasil karya beliau telah kami abadikan dalam bentuk banner sepanjang 12 kaki dan di lancarkan oleh DS Nizar dalam satu majlis ringkas disebuah restoran di Bukit Gantang. Cerita selanjutnya boleh di perolehi dari perisik-rakyat.
Gambar hasil karya Ibnibrahim...yang belum lagi kami kenali secara peribadi. Hanya berkomunikasi melalui internet.
Dugong Darat menggubah gambar tersebut tetapi apa yang menarik ialah...tiada siapa yang tahu siapa yang membayar kos percetakan tersebut. Menurut yang membayar...dia hanya rakyat Malaysia.
Terima kasih semua.
23:12 | Labels: banner bloggers network | 0 Comments
Umno tipu Melayu
Sana sini...Umno berkokok pasal tanah. "Nizar bagi tanah kat Cina!" "Habis tanah orang Melayu di Perak digadaikan!" macam-macam lagi salakan yang dibuat untuk menipu dan memperdaya orang Melayu. Seolah-olah...bila Nizar jadi MB..habis tanah orang Melayu terlepas ketangan orang Cina.
Apabila Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan Perak pada 8 March 2008 lalu, mereka mengambil masa begitu lama untuk mengambil alih pentadbiran tanah negeri. Tetapi bila Umno merampas kuasa...dalam masa 20 hari, mereka telah melantik Jawatankuasa Pemilihan Tanah Daerah. Siap dengan ahli-ahlinya sekali.
Begitu rakus tindakan mereka apabila mengambil alih secara haram. Kerana mereka tahu...hayat mereka tidak akan kekal lama. Dalam masa yang singkat inilah ...kalau nak sapu pun, sapu lah.
Dalam mesyuarat yang diadakan pada 25 Februari 2009, Umno telah membincangkan beberapa perkara berkaitan dengan tanah...tapi tidak membincangkan tentang pemberian hak milik kekal kepada kampung setinggan ataupun untuk diberikan kepada orang-orang Cina. Tak kan Umno nak bagi tanah kat Cina kot?
Apa yang dibincangkan adalah perkara-perkara berikut:
(Hangpa tengok surat ini...aku malas nak tulis)
Boleh baca? kalau boleh baca, hangpa tentu paham. Memang tak ada yang salah pun. Tapi bila aku dapat surat kat bawah ni...timbul satu kemusykilan.
Setiausaha sulit Zamry...Rashidi bin Ibrahim...telah diarah oleh Menteri Besar Haram meminta Pengarah Tanah dan Galian untuk mengambil tindakan segera tentang permohonan hak milik kekal tanah setinggan di Kg. Simpang Halt.
Woit!! Hari tu hangpa tentang habis-habisan bila PR memberi hak milik kekal kepada penduduk-penduduk kampung baru yang telah bermastautin berpuluh tahun. Hangpa kata Nizar lelong negeri Perak kat Cina! La ni hangpa nak bagi geran hak milik kekal kat setinggan diKg. Simpang Halt di Bukit Gantang! Ptuih!!!
Hari tu hangpa ludah, hangpa kahak....la ni hangpa jilat balik. Hangpa tolong bagi tau kat aku...sapa yang duduk kat kampung setinggan kat Simpang Halt tu!!! Ahmad bin Abu ka? Ismail bin Sapian ka? Hangpa tolong check...sapa yang duduk kat Kg. Simpang Halt tu. Aku bukan orang Bukit Gantang. Tapi kalau orang Bukit Gantang pun tak tau atau mahu ditipu oleh Umno dan kuncu-kuncunya...aku tak tau la apa nak cakap.
Tak cukup dengan itu...ada lagi satu surat kat bawah ni.
Woit!!! dalam mesyuarat pasai tanah...tak ada pun bincang nak bagi geran milik kekal kepada penduduk setinggan. tak ada bincang pasai nak bagi tanah kat Sekolah Cina! Tapi pasai apa Zamry arahkan Pengarah Tanah dan Galian Perak untuk mengambil tindakan yang begitu cepat terhadap permohonan Sekolah Jenis Kebangsaan Poay Eng, Kuala Sepetang yang memohon tanah untuk dibuat padang?
Bila PR bagi tanah kat Sekolah Cina...hangpa kata Nizar lelong Perak kat Cina. Tapi bila hangpa buat...hangpa lah pejuang Melayu...mempertahankan hak Melayu!!! ptuih!!!
Kalau nak bagi...bagi juga kat sekolah-sekolah lain. tapi bila hanya bagi kat Sekolah di Bukit Gantang...itu sudah rasuah untuk memancing undi. Tapi biasa la....kalau tak rasuah...tu bukan Umno namanya.
Yang ni SPRM tak kan nampak....yang depa nampak kalau orang sedekah lembu.
03:47 | Labels: khutbah umno, rasuah, tanah | 10 Comments
Khutbah Jumaat ...sokong calon BN!!
Umno betui-betui haprak!! Hari tu...depa kata Nizar rampas mikrofon masjid. Tapi bila kita siarkan pengakuan imam yang bertugas yang menceritakan hal yang sebenar...Zamry ubah cakap. Tapi tak mengaku dia berbohong!! Orang macam ni hangpa nak pilih jadi wakil hangpa?
Awal pagi tadi...aku post satu suratkhabaq lama. Tu yang berlaku tahun 1996...maka adalah puak-puak yang menyalak mengatakan yang tu cerita basi.
Hari ni..aku post pulak yang terbaru..baru dapat semalam. hangpa tengok sendiri macam mana Umno berlindung disebalik Raja untuk menyalahgunakan mimbar Jumaat untuk berkempen pilihanraya. Sapa yang menyalahgunakan masjid? Hangpa tengok sendiri.
Satu salinan teks khutbah Jumaat telah diedarkan kepada semua Imam masjid didalam kawasan Bukit Gantang...untuk dibacakan ketika sembahyang Jumaat hari ini. (3/4/09)
Boleh dikatakan hampir semua orang-orang yang memegang jawatan dalam masjid dah meluat dengan perangai pemimpin Umno. Bila tiba pilihanraya...semuanya nak guna masjid. Habis pilihanraya...tak nampak muka.
Hari tu...Imam masjid Simpang pun dah meluat kat pemimpin Umno...sampai sanggup kedepan untuk bercakap perkara yang sebenar...walaupun dia tau, dia mungkin akan dikenakan tindakan macam Ramlang Porigi.
Hari ni...sorang lagi imam tampil kedepan untuk memberitahu kebobrokan Umno...sampai sanggup mengeluarkan arahan untuk membaca khutbah Jumaat yang meminta orang ramai menyokong calon Umno. Awat la teruk sampai lagu tu?
Tadi...kami semua pi sembahyang Jumaat di masjid berlainan...tapi tak ada satu pun imam yang baca khutbah yang diarahkan oleh Umno. Tapi bila habis sembahyang Jumaat..kami tanya kat imam.
Jawapannya hampir sama...."Tak kebuloq!!!"
Bila kami tanya pasai apa....rupa-rupanya depa dapat arahan dari JAIP supaya jangan baca khutbah Umno. ha..ha..ha... baru ada akai! Dulu masa Jumry jadi Pengarah JAIP...boleh la hangpa katuk kepala imam. La ni Ust. Mohd. Nor Mansor...
Bagi yang tak boleh nak baca jawi...aku salin balik dalam rumi.
Muka depan.
Sempena pilihanraya kecil Bukit Gantang.
Kesetiaan kepada raja dan negara.
7 Rabiulakhir 1430h 3 April 2009
Disediakan oleh Biro Agama Umno Bahagian Bukit Gantang Perak Darul Ridzuan
Ertinya, Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (Orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah dan (sunnah) Rasulullah. Jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok kesudahannya. Ayat diatas jelas menunjukkan bahawa umat islam wajib mentaati Allah, juga mentaati Rasulullah dan pemimpin-pemimpin yang berkuasa. Dalam konteks negeri Perak iaitu negeri kita ini, maka ulil-amri yang dimaksudkan ialah Sultan. Ini adalah kerana Sultanlah yang menjaga urusan agama, Sultanlah yang menentukan tarikh puasa dan hari raya, Sultanlah yang meluluskan enakmen pentadbiran agama dan Sultanlah yang melantik mufti, para imam dan memberi tauliah mengajar. Oleh itu, kita tidak boleh menderhakai Sultan dan pemimpin-pemimpin negara terutama pemimpim-pemimpin Umno yang telah banyak berjasa kepada negara. Sesiapa yang menderhakai Sultan dan pemimpin negara, maka dia telah melanggar dan menyalahi rukun negara iaitu kesetiaan kepada Raja dan Negara. Penderhaka atau bughah menurut hukum hudud Islam halal darah mereka untuk diperangi. Muka 3.
Sidang Jumaat sekelian, Merujuk kepada ucapan Perdana Menteri kita baru-baru ini, janganlah kita menjadi ekstremis agama dan kaum. Ekstremis agama bererti memperalatkan agama untuk kepentingan diri sendiri. Sikap ini akan menyebabkan seseorang itu menjadi Pak Turut kepada nafsu dan sanggup mengada-adakan ajaran yang bukan dari ajaran Islam. Contohilah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita yang telah memperkenalkan Islam Hadhari sebagai satu ajaran yang sangat menepati ajaran Islam sebenarnya. Islam Hadhari adalah suatu prinsip alternatif terbaik untuk manusia bagi mencapai kebahagiaan didunia dan akhirat. Sesungguhnya tujuan Islam Hadhari dirangka diantaranya untuk merangsang cara hidup sihat dan bersih dari amalan-amalan negatif seperti rasuah dan politik wang. Rakyat memang amat memerlukan pemimpin dan penguasa yang bersih dari rasuah dan politik wang. Oleh itu, mimbar menyeru kepada seluruh ahli jemaah supaya terus menyokong perlaksanaan Islam Hadhari dinegara yang kita cintai ini. Sidang Jumaat yang dihurmati sekelian, Rasulullah S.A.W ada bersabda: "Hubbul watani minal iman" Cintakan tanah air adalah sebahagian dari iman. Muka 4.
Hadith ini mengajar tentang erti keimanan. Iman bukan hanya sembahyang dan puasa tetapi sifat patriotik terhadap negara juga adalah juga sebahagian dari iman. Negara kita pernah dijajah sejak tahun 1511 lagi. Portugis, belanda, Inggeris, jepun, semuanya telah dihalau dari bumi tanah air kita melalui semangat patriotik dan semangat kebangsaan pemimpin-pemimpin melayu kita. Itulah jasa besar mereka, itulah jihad mereka. Perkara ini telah dipertegaskan oleh Menteri Pelajaran Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn, baru-baru ini bahawa sejarah telah menyaksikan hanya pemimpin-pemimpin Umno lah sahaja yang bertungkus lumus memerdekakan tanah air kita. Oleh itu, marilah kita terus memperteguhkan perjuangan Melayu dengan menyokong dan mengundi calon Barisan Nasional dalam pilihanraya yang sedang berlangsung ini. Barokallahuliwalakum filquranil azim......
(Aku tak suka merumikan ayat-ayat Quran kerana boleh memberikan sebutan yang tak betul)
02:36 | Labels: khutbah umno | 18 Comments
Najib, Ke mana dan Di mana Pendirian Melayu?
Friday 3 April 2009
PRU12 menandakan bahawa arus politik Malaysia telah berubah. Rakyat (secara majoriti) telah menolak, antara lain:
a) Politik perkauman yang sempit.
b) Isu kronisme dan nepotisme.
c) Amalan rasuah yang menjalar ke setiap sendi kehidupan bernegara.
d) Tafsiran agama yang hanya berlegar ibadat khusus dan menolak peranan agama dalam politik dan pentadbiran dan budaya.
e) Keadilan yang berpihak.
f) Dasar-dasar kebumipetaraan yang dijadikan alasan untuk kepentingan kuasa dan harta.
g) Suara rakyat yang disempitkan melalui beberapa akta yang disalah guna.
h) Institusi-institusi kerajaan umpama PDRM dan SPRM dijadikan instrumen untuk pengekalan kuasa.
PRU12 juga menjadi satu testimoni bahawa golongan pertengahan dan golongan muda mula memainkan peranan aktif dalam menentukan hala tuju, dan bentuk serta pengisian politik masa depan.
Satu hakikat yang tidak boleh ditolak untuk beberapa tahun akan datang (barang kali PRU13) bahawa golongan pertengahan dan generasi muda akan menentukan pihak mana yang akan menjadi teraju negara.
Parti-parti yang boleh menyentuh secara langsung hati nurani dan aspirasi serta harapan golongan ini akan menang dalam pemilu akan datang.
Orang Melayu dan rakyat khasnya sedang ditawarkan dengan dua pendekatan politik. Pertama, pendekatan politik yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat (PAS, PKR, DAP) dan keduanya, UBN.
Apabila membicarakan UBN, pembicaraan tentang bakal PM ke-6 tidak dapat dielak. UBN kini sebenarnya membawa beban yang cukup berat yang diwarisi daripada legasi dan era Maharithisme. Dan perubahan yang dijanjikan oleh Najib dan Muhyiddin bukanlah lagi perubahan kosmetik tetapi perubahan fundamental dan radikal.
Kita akui Mahathir merupakan seorang tokoh, perancang, penstrategis, dan pelaksana yang hebat. Namun ketokohan itu harus dibincangkan atau dinilai bersama dengan kerosakan institusi kerajaan sepanjang era pentadbirannya. Satu hakikat yang tidak dapat ditolak ialah:
"Jaringan kuasanya ada di mana-mana malah di setiap organ pemerintahan. Doktrin pemisahan kuasa pada era Mahathir tiada garis pemisah yang jelas. Ketaksubannya pada kemajuan ekonomi, sains dan teknologi telah menenggelamkan peranan bahasa dan agama dalam hidup bernegara."
Najib ialah anak didiknya. Mahathir ialah mentor Najib. Hakikat ini pun telah meyukarkan Najib menggarap dan melaksanakan perubahan radikal.
Salah satu syarat wajib untuk melakukan perubahan ke arah yang terbaik ialah kualiti dan integriti pemimpin atasan terutama peneraju perubahan iaitu PM. Kualiti dan integriti ini bersumberkan kekuatan intelektual dan moral yang berpaksikan kepada penghayatan agama yang mendalam sehingga terpancar dalam dirinya. Integriti ini memancar dan auranya boleh memukau khalayak. Kualiti dan integriti inilah yang memungkinkan lahirnya karisma.
Kalau kita analisiskan secara jujur dan profesional, integriti, kualiti dan karisma ini berada di pihak Pakatan Rakyat - TG Nik Aziz, TG Haji Hadi, Anwar Ibrahim, dan yang terbaru dan mula membentuk aura karisma ialah Ir Mohamad Nizar, dan Lim Guan Eng.
Baca seterysnya di sini.. Pencak Dimensi
11:59 | Labels: Najib | 10 Comments
Isu Altantuya: Polis nafi larang, Umno kata 'keras kepala'
Thursday 2 April 2009
Umno menyifatkan gabungan pembangkang "keras kepala" apabila tidak mengendahkan larangan polis agar tidak membangkitkan isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan keputusan Sultan Perak semasa berkempen dalam pilihanraya kecil sekarang.
"Isu ini ada kaitan dengan kes mahkamah yang sedang berjalan. Sebenarnya tidak boleh menggunakan isu ini tetapi pembangkang memilih untuk bersikap berdegil dan meneruskan isu ini.
"Ini menunjukkan mereka bersikap keras kepala dan tidak mempedulikan undang-undang, sikap pembangkang ini perlu dinilai oleh rakyat.
"Mereka (pembangkang) akan menggunakan apa sahaja perkara, asalkan mereka dapat sokongan," Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhamad Taib dipetik berkata hari ini.
Bercakap selepas program bersama rakyat di Kampung Larut Tin dalam kawasan parlimen Bukit Gantang, beliau berkata kedegilan pembangkang itu boleh menyebabkan mereka didakwa menghina mahkamah, lapor Bernama.
Selain Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak juga sedang menghadapi pilihanraya kecil dari Ahad hingga 7 April.
Di kawasan parlimen itu, calon BN Ismail Saffian berdepan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS) dan Khairul Ramizu Idris (bebas).
Muhammad juga dilaporkan berkata pembangkang melemparkan tuduhan tidak berasas dengan mendakwa "kerajaan BN zalim" menerusi kain rentang, poster dan bahan kempen lain dan menyifatkannya "perbuatan yang melampau".
Kelmarin, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengeluarkan larangan mengejut kepada parti-parti bertanding di tiga kawasan pilihanraya itu agar tidak mengulas isu pembunuhan wanita Mongolia itu dan keputusan kontroversi Sultan Perak memecat Mohammad Nizar, waktu itu menteri besar Pakatan Rakyat.
Timbalan pesuruhjaya PAS Perak, Asmuni Awi semalam menegaskan, parti itu tidak akan akur arahan KDN itu.
Dalam perkembangan berkaitan, ketua polis negara menafikan larangan tersebut dan seterusnya menyalahkan pegawai polis daerah Taiping yang mengeluarkannya, 30 Februari lalu.
Tan Sri Musa Hassan menegaskan, arahan polis itu merujuk ulasan yang boleh dianggap subjudis atau mencampuri urusan mahkamah bagi kes-kes perbicaraan yang sedang berjalan.
22:54 | Labels: mkini | 0 Comments
Umno: Pembela agama? Khak tuih!
Jumpa lagi. Hangpa punya pasai..aku terpaksa cuti.
Pada 29/3...hari penamaan calon,ramai yang direct kat perakexpress...menyebabkan hits melonjak sehingga lebih dari 5 juta hits. Akibatnya...server tak boleh tahan dan crashed. Jangan pulak kata aku marah....sebenarnya aku suka. Lagi banyak website aku crashed...menunjukkan lebih banyak peminat.ha..ha.
Yang aku marah...dengan puak belah nun. Tak habih-habih buat fitnah. Depa buat kerja kotoq...depa kata kita buat. Kalau boleh tunjukkan bukti tak pa...ni cuma tau maki hamun.Sampaikan cerita kat masjid pun boleh dijadikan modal untuk menipu.
Depa kata kita pergunakan masjid. Memang la kita pergunakan masjid untuk beribadat..bukan nak cari modal politik. Tapi depa yang salahguna masjid...yang tu depa cuba tutup.
Posting pertama dalam blog baru ini...aku nak flashback kepada apa yang berlaku tahun 1996. Yang ni berlaku kat Kapar, Selangor. Aku tuliskan semula, surat arahan kepada ketua-ketua cawangan Umno, yang dikeluarkan oleh Umno Bahagian Kapar.
Semua Ketua Umno Cawangan-Cawangan,
Dalam bahagian Kapar.
Tuan-Tuan,
GARIS PANDUAN PROGRAM AGAMA.
Dengan hormatnya dimaklumkan, saya diarah untuk menarik perhatian Ketua-Ketua Cawangan mengenai perkara di atas. Adalah diperhatikan akhir-akhir ini ada cawangan-cawangan UMNO dalam bahagian Kapar yang menganjurkan program-program agama seperti ceramah-ceramah, pengajian, forum dan sebagainya. tuan-tuan adalah diminta supaya lebih berhati-hati apabila mengundang para penceramah/ustaz untuk mengisi program-program tersebut kerana terdapat penceramah-penceramah agama yang menggunakan ayat-ayat al-Quran dan Hadith sebagai dalil dan hujjah untuk merendah-rendahkan perjuangan UMNO.
Sebagai contoh, pada 7hb. September 1996 yang lepas, satu majlis forum telah diadakan di bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang. Salah seorang ahli penal forum itu telah menghuraikan ayat 36 Surah Al0Ahzab yang menjelaskan kesesatan mereka yang "memilih hukum selain dari hukum Allah", termasuk juga mereka yang menolak hukum hudud dalam al-Quran.
Kita tidak boleh menerima hujjah dari Quran seperti itu kerana ini akan menjauhkan sokongan rakyat kepada Umno.Kita menolak hukum Quran kerana ianya bersesuaian dengan semangat Barisan Nasional bagi mengekalkan kuasa dalam negara ini. Kejahilan masyarakat dalam agama bererti keuntungan kepada perjuangan kita.
Sebagai garis panduan, sila ambil langkah-langkah berikut apabila menganjurkan program-program agama:
1. Sila berbincang dengan Nazir Masjid/Pengerusi surau supaya tidak menjemput ustaz-ustaz yang menentang dasar kerajaan. Pengajian tafsir Quran dan hadith hendaklah dielakkan kerana biasanya Quran dan hadith menjelaskan sifat-sifat munafiq, syirik dan sebagainya. Ini mungkin "terkena kepada kita"
2. Pilihlah ustaz yang sesuai dengan perjuangan kita. Sekiranya meragui latarbelakang mereka, sila rujuk kepada Ketua Biro Agama bahagian. Adalah diingatkan supaya tuan-tuan lebih berhati-hati. Terdapat ramai para ustaz termasuk kadhi yang menentang dasar kerajaan.
3. Sila nasihatkan ahli-ahli Umno agar meeka tidak terpengaruh dengan hujjah agama selain dari apa yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan pada masa ini. Memadailah sekiranya masyarakat diajak untuk turut serta bersama kita dalam majlis-majlis tahlil dan membaca yassin yang diadakan di masjid/surau.
Sekian, terima kasih.
Hormat dari saya,
SAMAN BIN HAJI AHMAD
Setiausaha, Umno Bahagian Kapar.
s.k.
YB Dato' Ketua UMNO Bahagian Kapar,
Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kapar,
Ketua Biro Agama Bahagian Kapar.
00:23 | Labels: agama, umno | 8 Comments
Pakatan worries about low-voter turnout
Wednesday 1 April 2009
Andrew Ong | Apr 1, 09 11:34am
Ousted Perak menteri besar Mohd Nizar Jamaluddin is one of the rare PAS leaders who enjoy broad support from the non-Malay community.
MCPX
For the Bukit Gantang by-election, where Mohd Nizar is the PAS candidate, pundits believe that his popularity should translate to votes, and rake in the lion’s share of the 14,955 Chinese and 5,526 Indian Malaysian votes.
Sources in PAS and PKR - the two Pakatan Rakyat coalition members tasked with campaigning for non-Malay votes - however are not entirely confident that victory is already in the bag in this Barisan Nasional stronghold.
In the 2008 general election, the late Roslan Shahrom of PAS scored an upset against Umno heavyweight Abdul Azim Zabidi with a majority of 1,566 votes.
Both BN and PAS officials have estimated that Roslan garnered only 47 percent of the Malay votes and that he rode to victory by bagging an estimated 65 percent of non-Malay votes.
This time round, by PAS estimates, Umno will again have an upper hand among the Malay votes, and non-Malay votes would again be crucial to secure a PAS victory.
"We are targeting 70 percent of non-Malay votes," the DAP source told Malaysiakini.
The source however conceded that this would be a tall order given that polling day falls on a Tuesday, a working day, and thus the turnout among non-Malay voters could be lower.
'Come back and vote'
Many of them are believed to be residing outside the constituency in cities, and these opposition-inclined voters who are a valuable cache of voters for Pakatan Rakyat, are likely to give the polls a skip.
One of the factors which handed Roslan the parliamentary seat in 2008 was the high turnout rate of 72 percent. This time round, the Election Commission predicts that the turnout could be as high as 75 percent.
However, Malay turnout rate is often higher than non-Malays in Bukit Gantang - in 2008, the Malay turnout was 75.4 percent, while non-Malay turnout was 62.2 percent.
bukit gantang by election nomination day crowd people shots 300309 02"What the casual observers fail to see is that if the out-of-town voters don't come back, and the turnout is less than 75 percent, things will get dicey for us," said the source.
In fact, the looming possibility of a low voter turnout has driven DAP to produce a YouTube-based public service announcement urging out-of-towners to make the trip back home on April 7.
The video reminds voters about their role during the March 2008 'political tsunami' and that they are needed to reprise that role on April 7.
DAP leaders are worried they will see a repeat of the Kuala Terengganu by-election last year, where many Chinese voters did not return to vote as it was just a little over a week before Chinese New Year.
Bookmakers predict PAS win
Head of DAP's Bukit Gantang campaign machinery, Nga Kor Ming, is taking pains to emphasise this issue during his nightly ceramah rounds.
"Ask your children to come back for ‘Cheng Beng’ (Chinese All Souls’ Day, which falls on April 5) and ask them to stay for two more days," urged Nga, who is also Pantai Remis state assemblyperson.
On the other hand, Bukit Gantang may be different from Kuala Terengganu as the constitutency lies along the North-South Highway, which allows quick access to major cities such as Ipoh, Penang and Kuala Lumpur. This will make it easier for voters who are working in these cities to return home.
A second factor that has DAP and PKR worried is the prevalence of gambling in this by-election, particularly among the Chinese voters.
The talk is that bookmakers are handicapping BN by between 3,000 to 5,000 votes - a sign that they are confident of a PAS victory.
Given the generous odds, punters are likely to bet and vote for a BN win. History has shown that a significant number of punters is capable of influencing election results.
Nga has also been consistently raising this issue in his ceramah and blamed BN for the bookmaking activities.
"If you vote Umno just (to win) RM500, then Nizar might as well go to Kuala Sepetang and jump into the sea. This is Umno's trap," he told some 500 people during a ceramah in Taman Kaya, Simpang, on Monday.
19:14 | | 5 Comments