PerakExpress

  • Entries
  • Comments

  • Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit

Suara Orang Buangan Renungan-renungan tentang Islam

Monday, 25 October 2010

Nasr Hamid Abu Zaid telah dipaksa meninggalkan Universiti Kaherah kerana dianggap tersesat. jenayahnya? Nasr menyebut dalam tulisannya bahawa sejarah dan budaya turut diambil kira dalam mentafsirkan al-Quran. Selain itu Nasr juga menghujahkan bahawa dalam penafsiran al-Quran, ayat-ayat suci itu harus difahami secara tamsilan (metafora) dan bukan secara kaku dan hurufiah.

Pada Jun 1995, Mahkamah Rayuan Kaherah menjatuhkan hukum bahawa tulisan-tulisan di dalamnya dan dengan sendirinya membuktikan beliau sebagai seorang murtad. Golongan Islamis mengancam nyawanya Dia tidak lagi dapat mengajar. Para pengawal lengkap bersenjata berkawal sekeliling rumahnya. Para peguam cuba memisahkan Nasr dan isterinya, juga seorang profesor di Universiti Kaherah. Semuanya bersandarkan alasan bahawa seorang wanita Muslim tidak boleh berkahwin dengan Non-Muslim. Nasr Justeru telah diisytiharkan sebagai murtad tidak boleh lagi dikira sebagai seorang Muslim. Urutan dari itu kedua-dua mereka tslah melarikan diri ke Belanda. Sejak itu Nasr mengajar bahasa arab dan pengajian Islam di Universiti Leiden.

Dengan terbitnya buku ini dunia berpeluang mendengar cerita dari yang empunya badan. Nasr Hamid yang telah terlibat dalam salah satu kontroversi paling ribut di abad ke 20. Selain penjelasan tentang kontroversi berkenaan, menerusi buku ini Nasr juga mencatatkan renungannya tentang Islam yang digeluti dan dialaminya sejak kecil.

Buku: Suara Orang Buangan Renungan-renungan tentang Islam

Penulis: Nasr Hamid Abu Hamid dan Esther R.Nelson

Terjemahan: Ammar Gazali dan Al-Mustaqeem Mahmod Radhi

Penerbit: Middle Eastern Graduate Center

Harga: RM 30 by hand dan RM33 by pos

Muka surat: 326 halaman

20:30 | Labels: buku, nasr abu hamid |   0 Comments  

Tiada Paksaan dalan Agama

Friday, 8 October 2010


Tiada Paksaan dalan Agama 
Penulis: Taha Jabir al-Alwani
Penerbit: IKD
Harga: RM 23 by hand
RM30 secara pos
Tebal: 192 

22:11 | Labels: buku, taha jabir al-alwani |   0 Comments  

Metafizik dan Kosmopolitanisme

 

Metafizik dan Kosmopolitanisme, Penulis: Khalid Jaafar, Penerbit: IKD, Harga: RM 25 by hand, RM30 secara pos, Tebal: 91

21:59 | Labels: buku, khalid jaafar |   0 Comments  

Ibnu Rushd dan mazhabnya

 

Ibnu Rushd dan mazhabnya, Catatan: Ernest Renan, Penerbit: IKD, Harga: RM 30 by hand, RM35 secara pos, Tebal: 210

21:55 | Labels: buku, Ernest Renan |   0 Comments  

Kembara seorang reformis



Kembara seorang reformis, Catatan: Syeikh Rashid Ridha, Penerbit: IKD, Harga: RM 25 by hand, RM30 secara pos, Tebal: 210

21:43 | Labels: rashid ridha |   0 Comments  

Islam dan dasar pemerintahan

Islam dan dasar pemerintahan, Penulis: Ali Abdul Raziq, Penerbit: IKD, Harga: RM 20 by hand, RM25 secara pos, Tebal: 124 halaman

21:07 | Labels: ali abdul raziq, buku |   0 Comments  

Anwar Dalam Bicara 10

Thursday, 29 April 2010

Hulu Selangor kembali kepada BN.

Beberapa hari sebelum penamaan calon, saya sempat berkunjung ke sana. Terdapat sejumlah pemidang yang mahukan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib menjadi calon di sana. Tetapi kita tahu akhirnya P.Kamalanathan dipilih di pihak BN dan Datuk Zaid Ibrahim bertanding di pihak PKR-PR.

DS Najib mengatakan bahawa keputusan Pilihan Raya Kecil P094 Parlimen Hulu Selangor adalah satu referendum kepada kepimpinan beliau sejak peralihan kuasa Perdana Menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ramai menjangkakan ia satu referendum kepada kedua-dua gabungan – Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR). Ia boleh jadi benar dan boleh jadi tersasar. Kita boleh lihat misalnya kes Pilihan Raya Kecil DUN Ijok dulu.

Sebelum ia berlangsung, saya menganggap PR adalah underdog di kawasan tersebut. Hujah saya ialah kerana:

1. Semua DUN di bawah Parlimen Hulu Selangor dimenangi oleh BN.
2. Khidmat arwah Dato’ Dr. Zainal selepas dipilih dalam PRU-12 tidak dapat diberikan secara optimum kerana beliau jatuh sakit yang akhirnya menjadi asbab kematian beliau.

Mungkin ramai yang mengatakan bahawa PR tidak sepatutnya dianggap begitu kerana dalam PRU-12 menunjukkan rakyat di kawasan tersebut sedia memilih PR. Hakikat sebenar ialah kemenangan tipis PR sebelum ini disandarkan kepada faktor berikut:

1. Sentimen nasional yang menolak UMNO-BN yang saya nisbahkan banyak dipengaruhi imej lemah Tun Abdullah Ahmad Badawi (mungkin kerana tiada APCO, hehe).
2. Penolakan kepada Datuk G. Palanivel sebagaimana yang dizahirkan semasa pemilihan calon BN pada kali ini.

Kenapa BN menang dan kenapa PR kalah?

Saya berpendapat bahawa BN menang berdasarkan beberapa faktor iaitu:

1. Sebagaimana dinyatakan di atas, arwah Dato’ Dr. Zainal tidak dapat berkhidmat secara optimum dalam tempoh 2 tahun (dan saya percaya itu bukan pilihan beliau). Ini sekaligus menjadikan gerak kerja PR dan Kerajaan Negeri Selangor tidak lebih daripada dilihat sebagai hanya mahu meraih undi meskipun program-program Kerajaan Negeri Selangor itu sebahagiannya dirancang jauh lebih awal.
2. Isu serangan peribadi kepada Datuk Zaid yang diambil sebagai sentimen peribadi orang Melayu-Muslim di sana khususnya di kalangan mereka yang berada di atas pagar.
3. Jentera yang lebih kukuh dari sudut chain of command dengan segala kekuatan kewangan untuk melaksanakannya. (hal ini ada saya jelaskan sedikit di blog saya: www.becok.blogspot.com).

Saya tidak nampak P.Kamalanathan adalah seorang calon yang kuat untuk disandarkan sebagai sebab undi harus diberikan kepadanya. Pengundi dari kaum India mungkin memilih beliau atas faktor kaum tetapi BN terpaksa menggunakan gabungan mereka iaitu BN itu sendiri sebagai jenama kempen. Orang Melayu khususnya diingatkan bahawa mengundi P.Kamalanathan beerti mendokong BN yang didominasi oleh UMNO sebagai ‘parti orang Melayu’.

Ternampak PR masih banyak bergantung kepada isu nasional. Saya memuji usaha Kerajaan Negeri Selangor hadir dengan penerangan dasar dan program-program mereka yang lebih bersifat setempat. Isu nasional bukanlah tidak penting tetapi mungkin upaya merakyatkan bahasa-nya barangkali sukar untuk dihadam oleh kaum Orang Asli dan penduduk kampung.

Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) ialah Pihak Berkuasa Tempatan yang prestasinya diberi 2 bintang oleh Kementerian yang menguruskan hal ehwal Kerajaan Tempatan. Kita tentu ingat Khir Toyo pernah menganugerahkan penyapu kepada Yang Dipertua MDHS yang baru masuk berkhidmat beberapa bulan. Sejak 2 tahun lalu, prestasi MDHS telah meningkat berkali ganda meskipun sudah tentu banyak yang perlu dilakukan.

Penduduk di Hulu Selangor patut mengambil masa melihat sendiri bagaimana penuhnya projek terbengkalai di sana. Bukankah ini adalah simbol paling nyata kelemahan BN? Kini mereka ada tiga orang ADUN, apa peranan mereka – dulu, kini dan selamanya?

Arwah Dato’ Dr. Zainal ditekan oleh kerajan persekutuan melalui sekatan peruntukan kepada Ahli Parlimen daripada PR. Saya difahamkan nilainya sebanyak RM1.5 juta setahun. Khabarnya seperti Wang Ehsan di Terengganu dan Kelantan, ia disalurkan melalui Bahagian UMNO-BN. Ini adalah satu sikap biadab dan tidak menghormati pilihan rakyat yang telah lama diamalkan UMNO-BN.

Ya, saya tahu ada yang mahu mengatakan bahawa Kerajaan Negeri Selangor juga tidak memberi peruntukan kepada wakil rakyat UMNO-BN di Selangor. Apa yang mereka tidak nyatakan ialah wakil-wakil rakyat ini telah mendapat peruntukan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor telah dihadkan peruntukan meskipun menjadi penyumbang kepada 21% KDNK negara.

Prinsipnya, adakah mereka pernah peduli dengan sekatan bantuan kepada Ahli Parlimen dan Negeri selama ini?

Setidak-tidaknya, sekitar RM167 juta yang dikatakan telah dilimpahkan untuk PRK kali ini cukup untuk menampung peruntukan 100 orang Ahli Parlimen dalam masa setahun!

Apapun, saya tidak melihat Datuk Zaid Ibrahim tewas dalam erti kata sebenar. Undi kepada PR meningkat, mungkin sedikit berbanding BN. Tetapi itu cukup untuk menunjukkan kesetiaan pengundi di samping sejumlah pengundi yang dilaporkan gagal mendapatkan hak mengundi mereka kerana telah dialih tempat dan kawasan mengundi selain yang hilang namanya di senarai pengundi.

Kelemahan gerak kerja jentera PR juga harus diterima secara terbuka di mana disiplin mesti diterapkan sambil mengusung agenda kebebasan.

Apapun, tahniah kepada yang menang. Untuk saya, yang menang atau kalah sebenarnya ialah rakyat Hulu Selangor.

17:44 | |   1 Comments  

PRK P094: BN mng 2k undi

Sunday, 25 April 2010

Foto kredit MKini

Muhyiddin dlm perjalanan ke tempat kira undi.  Dia kelihatan gembira.

Unofficial Result BN menang

Ada sumber yang mengatakan BN akan mng dgn majoriti hampir 3000 undi.

Terbaru 20 827 - BN, PKR - 20 293

Segala keputusan adalah tidak rasmi

kemaskini 7:31 mlm

Dari DAP Melayu, Keputusan tak rasmi 21 saluran, PKR mendahului dengan majoriti 284 undi.

kemaskini 7:15

Tough fight.  Tight race.  PKR masih mengatasi BN, tp kali ini dgn hampir 2k.

kemaskini MKini 7:12

Tidak rasmi: PKR 8,557 BN 7,116 pada 7.08 malam

kemaskini 7:00 mlm

Laporan MSK, PKR lead BN, lebih 1000 undi.

kemaskini 6:40

Undian dikira, BN menang undi pos.

kemaskini 5:00 ptg

Proses undian bagi PRK P094 tamat.  Peluang masih samar-samar bagi kedua-dua belah pihak, dari telahan wakil kami dilokasi mengatakan bahawa Datuk Zaid Ibrahim akan kalah dengan lebbih dari 2000 undi, namun undi protes yang dibuat terhadap P. Kamalanathan tidak boleh ditolak.  Peluang juga masih ada bagi Zaid untuk menang PRK kali ini.

kemaskini 4: 30

 Setakat jam 4 tadi SPR berkata peratusan keluar mengundi mencecah seramai 47 615 orang atau lebih 73.82% sudah keluar mengundi.

kemaskini 3:50
Harakahdaily melaporkan bahawa Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Badrul Hisham Shahrin telah ditahan selepas membuat laporan polis bahawa beliau diserang dengan parang oleh penyokong BN.
Beliau tengah hari tadi diserang dengan sebilah parang selepas beliau melawat pusat pengundian di Felda Sungai Buaya.
  
+ SMS kemenangan Zaid tersebar.

Mungkin ini strategi BN untuk membuatkan para pengundi yang menyokong Zaid dan masih tak undi lagi untuk tidak keluar mengundi, kerana kemenangan sudah berpihak kepada Zaid kononnya. 

Menurut Harakahdaily, SMS dari risikan tentera itu juga mendakwa Zaid mungkin mendapat majoriti 3,725 undi dengan pecahan undi Melayu 55 peratus, Cina 75 Peratus dan India 60 Peratus.

kemas kini 3:21

 Setakat jam 3 tadi SPR berkata peratusan keluar mengundi mencecah seramai 43 333 orang atau lebih 67.18% sudah keluar mengundi.

kemaskini 2:35

Setakat jam 2 tadi peratusan keluar mengundi mencecah seramai 41 112 orang atau lebih 64% sudah keluar mengundi.

kemaskini 2:32

Memetik sebuah laporan di dalam MKini, Datuk Seri Muhyiddin Yassin yakin bahawa BN akan dapat memenangi semula kerusi yang telah dirampas oleh PKR di Hulu Selangor.
Beliau yang merupakan Timbalan Presiden UMNO, Timbalan Perdana Menteri juga turut melahirkan rasa optimis beliau bahawa kerusi P094 Hulu Selangor akan memihak BN disebabkan pada pilihan raya umum yang lang lalu BN berjaya memenangi ketiga-tiga DUN dibawah Parlimen ini.
Hulu Bernam, Batang Kali dan Kuala Kubu Baharu telah dimenangi oleh BN pada pru yang lalu, tetapi Parlimen telah dimenangi oleh Datuk Zainal Abidin Hassan dari PKR.  Beliau telah memenanginya dengan majoriti tipis, iaitu sebanyak 198 undi.
kemaskini 2:00

Menurut twitter TMInsider, P. Kamalanathan, beliau mengatakan bahawa beliau yakin untuk menang, memandangkan sokongan para pengundi yang nampak memihak kepadanya.

kemaskini 1:50

Setakat jam 1 tadi, seramai 36, 650 atau 57% keluar mengundi di semua bahagian di Hulu Se

kemaskini 12:47

Hari ini penentuan bagi siapa akan menduduki kerusi P094 Hulu Selangor.  Adakah milik PKR atau milik BN?  PRK ini diadakan kerana kematian penyandangnya Datuk Zainal Abidin Hassan dari PKR akibat sakit kanser.  Perlawanan satu lawan satu antara calon Pakatan, Datuk Zaid Ibrahim dan calon BN, P.  Kamalanathan.


Pada pukul 11 tadi, SPR telah mengeluarkan peratusan keluar mengundi adalah sebanyak 38.31 peratus ataau 24 645 orang.

Keadaan kecoh pada sejam tadi, - penyokokong kecoh, pemuda UMNO serbu masuk pondok petugas wanita PKR - telah mula beransur pulih, kerana kedatangan FRU.  Tetapi perang mulut antara kedua-dua penyokong parti yang bertanding masih berlaku.  Keadaan masih lagi panas walaupun telah mula beransur pulih.

SPR secara rasmi mengeluarkan peratusan keluar mengundi adalah sebanyak 31,632 atau 49.04% setakat pukul 12 tadi.

20:34 | Labels: P094 |   21 Comments  

Hulu Selangor: PKR 6: BN 4

Oleh: MSK

"Syiriiikkkk!!!!" kata Fuziah bila aku bagi tau ada orang tua nak tolong dengan memanipulasi nombor.

"Tapi Kak Gee..." kata Hj. Mail. "Election is a number game. We are not manipulating people, but manipulating numbers." Lega aku bila Hj. Mail defend aku.

"No.no.no " kata Fuziah." I tak mau terlibat dengan kerja you all."

"Carry on, Mat." kata Hj. Mail. "Hang buat sorang-sorang, aku tak boleh campur. Nanti mengamuk Kak Gee."

Leceh sungguh. Kita nak tolong...tapi depa pulak takut.

Petang semalam, aku balik ke Kg. Gerachi...cari orang tua tu. Dan aku bawa dia balik ke Bilik Gerakan di Ampang Pecah. Ibu kunyit tak ada..jadi aku suruh dia sendiri cari. Cuma kena tambah kos pengeras menjadi sepuluh ringgit keseluruhan. campur duit minyak aku...aku claim 20 ringgit kat Kak Gee.

Sebaik sampai kat Kem Ampang Pecah...orang tua tu menggeleng kepala.

"Ngape bang?" aku tanya.

"Tempat ni keras. Nama pun Ampang Pecah. 147157 75318. Campur semua jadi 49. 4+9=13. 1+3=4.!!!"

Fuiyo!! Semua yang melibatkan PKR berakhir dengan nombor 4!!

Aku bawa orang tua tu masuk kedalam Bilik Gerakan. Matanya tercangak-cangak...melihat kertas-kertas dan carta-carta yang tertampal di dinding. Tiba-tiba dia terhenti bila melihat carta organisasi Jawatankuasa Pilihanraya Kecil Hulu Selangor.

"Mat!..cuba tengok pada nama-nama yang ada pada kertas tu." kata orang tua tu kat aku. "Tengok pada nama-nama yang ada kat atas tu. Disitulah punca masalah PKR."

Aku tengok pada senarai nama-nama yang ada.

Pengarah Pilihanraya: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Timbalan Pengarah: YB Abdullah Sani
Bendahari: Tengku Maraziyah.
Pengarah Strategi: Fuziah Salleh.

"Wrong people at the wrong place.!" Whoa!!! tiba-tiba orang tua tu cakap orang putih!!.

"Abang kerja apa?" aku tanya.

"Jaga Banglo orang putih kat Bukit Fraser." kata dia. Patut la!!

"Kita tengok nama semua tu.

Abdul Khalid: 12433 281394 = 40. 4+0=4. Peeergh!!!
Abdullah Sani: 1243318 1159 = 38. 3+8=11.
Tengku Maraziyah: 255222 419181718 = 56. 5+6=11
Fuziah: 638918 = 35. 3+5=8.

"Kamu nampak masalahnya?" orang tua tu tanya kat aku.

Aku dah semakin expert tentang nombor. Orang tua tu tak cakap pun aku dah tau masalah yang melanda PKR. Semuanya kerana orang yang tak sesuai diletakkan ke jawatan-jawatan yang penting.

Dari mula-mula lagi...sejak kematian Dato Zainal, PKR Hulu Selangor sudah dilanda masalah. Masing-masing mengaku hebat tapi kerja tak jalan. Semuanya kerana nombor.

"Nak buat macam mana bang?" aku tanya orang tua tu.

"Tak susah... Khalid Ibrahim tak sesuai jadi Pengarah. Ini Politik...bukan bisnis. Ini PKR bukan Guthrie. Nombor Khalid ialah 4. Kalau dia memimpin, tempat yang boleh menang pun boleh kalah..macam Ijok dulu. Kena tukar...kalau tidak, PKR akan kalah."

"Macam mana aku nak cakap? Tak kan Anwar nak dengar cakap aku. Tak mungkin Anwar nak percaya ramalan nombor-nombor ini!" aku kata.

"Tak apa...jangan risau. Yang itu kerja aku. Itu pasal aku minta kunyit." kata orang tua tu. "Tapi ada satu lagi masalah!!"

"Apa dia?" aku tanya.

"Kalau tolak Khalid, Abdullah Sani tak boleh ambil tempat dia. Sebab dia akan bersaing dengan Tengku Maraziyah. Dua-dua bernombor 11. Dua-dua kuat. Dua-dua akan bergaduh. Dan PKR akan kalah juga."

"Habis...nak lantik sapa?" aku tanya.

"Fuziah Salleh kena ambil alih." kata orang tua tu.

"Macam mana?" aku tanya.

"Jangan risau. Itu kerja aku." kata dia.

Orang tua tu mengeluarkan ibu kunyit dari poket dia. "Ambil pisau kejap!!" dia suruh aku. Mana la aku nak cari pisau dalam Bilik Gerakan. Terpaksa la aku melilau cari pisau...nasib baik ada paper cutter. jadi la.

Orang tua membelah ibu kunyit kepada empat bahagian. digenggam...digoncang dan kemudian menaburkan kunyit yang sudah dibelah macam melempar buah dadu. Tiga terlentang...satu terlungkup.

"Ada harapan!!" kata dia.

"Macam mana?" aku tanya.

"PKR tak boleh buat kerja secara solo. Kalau buat secara solo, PKR akan mati. PKR kena bergabung untuk menghasilkan nombor 22 untuk mengimbangi kekuatan BN. PKR kena bergabung tenaga dengan PAS dan DAP untuk menghasilkan nombor 22, nombor kekuatan Zaid. PAS=711=9. PKR=729=18.1+8=9. DAP= 417=13. 1+3=4.

9+9+4=22.!!!!" Yabedabedu!!!!!!

"Ada lagi satu masalah yang belum selesai." aku kata.

"Apa dia?" orang tua tu tanya.

"Duit....kita tak ada duit. Ramai petugas dah lari pasai tak ada duit nak belanja. BN pulak pakai duit untuk beli orang-orang kita. Tiap hari...ada saja orang PKR yang keluar parti pasai duit."

"Yang tu tak ada masalah. Kalau kita nak lawan duit dengan duit...kita kalah. Lagi pun, duit bukan besar sangat. DUIT;4392=18. 1+8=9. Jadi kita kena fikirkan apa dia faktor yang cukup kuat yang sukar untuk dikalahkan." kata orang tua tu.

"Apa dia?"

"RAKYAT. 912712=22!!!"

Pannnnggg!!!! Aku tepuk meja. UREKA!!!!! Kita dah ada formula untuk menang.

1. Kepimpinan Jentera Pilihanraya perlu dirombak. Khalid perlu digugurkan dan digantikan dengan Fuziah.
2. PKR perlu bergabung dengan Pas dan DAP untuk menghasilkan kekuatan.
3. Rakyat adalah faktor utama untuk menang. Dekati pengundi. Gerakkan kekuatan rakyat.

Esok aku kena jumpa Anwar. Sama ada dia nak ikut atau tidak..tu dia punya pasal.

03:33 | Labels: msk |   10 Comments  

Said Zahari: Anwar Musuh Utama UMNO dan PM

Dari TVSelangor.com

Kerajaan UMNO-BN pimpinan Najib Tun Razak akan menggunakan apa jua ruang yang ada untuk “menyerang” keperibadian Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana beliau adalah musuh politik utama UMNO dan Perdana menteri .

Bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu Said Zahari berkata, Umno tidak akan melepaskan peluang menggunakan seluruh kekuatan media dan institusi kawalannya untuk memburukan Anwar.

Malah UMNO menggunakan pilihanraya Hulu Selangor bukan untuk menangani isu-isu setempat tetapi untuk mencantas Anwar dalam apa cara sekali pun.

Anwar menjadi sasaran poster-poster dan risalah yang mengaibkan di pilihanraya kecil Hulu Selangor.

Hari ini Utusan Malaysia milik Umno melabelkan Anwar sebagai boneka Israel pula selepas beliau mendedahkan kerajaan UMNO-BN mengupah syarikat Zionis Apco serta polis menggunakan khidmat pakar-pakar Zionis untuk merombak sistem keselamatannya.

Akibat pendedahan itu yang dibuat lemgkap dengan dokumen, Umno membawa usul supaya Parlimen mengenakan tindakan displin terhadap Anwar.

[lagi]

01:07 | Labels: tvselangor |   3 Comments  

SURAT TERBUKA BUAT MUFTI PERAK

Saturday, 24 April 2010

Dengan penuh rasa insaf dan tanggungjawab saya mewakili sahabat-sahabat yang cintakan keamanan dan membenci kekejaman rejim Zionis Laknatullah ingin melontarkan pandangan berdasarkan jika benar laporan didalam naskhah Berita Harian keluaran 17 April 2010 yang dipaparkan di muka hadapan atau di laman web :
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/2010041705331320100417053313/Article/
PENDAHULUAN
Matlamat Yahudi Yang Utama : Memerintah Setiap Negara
Pada tahun 1897 di Basle, Swirtzeland 300 sarjana Yahudi telah berkumpul secara sulit untuk merancang beberapa agenda atau Protokol Yahudi. Perhimpunan ini dipimpin oleh Teodrl Hezl. Matlamat utama perhimpunan ini adalah untuk memastikan bahawa bangsa Yahudi akan kekal memerintah di setiap negara walaupun negara itu diperintah oleh bangsa selain Yahudi.
Protokol Yahudi ini akhirnya telah dibawa ke pengetahuan umum pada tahun 1901M, apabila seorang wanita Perancis telah berjaya mencuri naskhah protokol ini daripada seorang pemimpin tertinggi Freemasonary. Wanita tersebut telah mencurinya diakhir Muktamar Rahsia (Jewish Masonic Conspiracy) yang diadakan di Perancis. Protokol-protokol ini telah diterjemahkan ke Bahasa Arab oleh Ust Mohd Khalifah Attunisi. Di bawah tajuk “Protokol Hukama Sohyuni”
Salah satu protokolnya ialah:
Protokol Kedua
Bantuan-bantuan yang diberikan oleh bangsa Yahudi melalui agen-agen Yahudi akan memperkuatkan kaum Yahudi. Yahudi akan memerintah bangsa lain seperti bangsa itu memerintah negaranya sendiri, tanpa disedari bahawa mereka telah berada di bawah genggaman Yahudi. Ketua pentadbir yang dilantik untuk mengatur pentadbiran negara, mestilah terdiri daripada orang-orang yang berjiwa budak, yang mudah diarah untuk kepentingan Yahudi. Melalui akhbar, Yahudi menggerakkan fikiran orang ramai serta mengambil kesempatan untuk mendapatkan emas, meskipun dari lautan darah dan airmata. Pengorbanan adalah perlu, kerana setiap nyawa dikalangan Yahudi berharga seribu orang bukan Yahudi.
PENDEDAHAN APCO WORLDWIDE DI PARLIMEN OLEH MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
Dalam jawapan secara bertulis kepada YB Tian Chua (PKR Batu), Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz telah mendedahkan di Dewan Rakyat bahawa satu kontrak telah dimeterai antara Kerajaan Malaysia dengan Firma Perunding Perhubungan APCO Worldwide bernilai hampir RM77 juta setahun.
Syarikat Firma Perunding Perhubungan APCO Worldwide ini telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan “Strategi Komunikasi” dan “Membina Imej” Negara serta mengagongkan Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’ Seri Najib Tun Razak.
SIAPAKAH APCO?
Perkara ini telah didedahkan Ketua Pembangkang YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim di dalam Parlimen yang mulia .
Ahli Lembaga APCO termasuk dua bekas duta Israel iaitu:-

1. Shimon Stein (bekas duta kepada Jerman)
2. Itamar Rabinovich (bekas duta kepada Amerika Syarikat)
3. Doron Bergerbest-Eilon, bekas ketua keselamatan Agensi Keselamatan Israel (Israeli Security Agency, ISA) yang lebih dikenali sebagai Shabak atau Shin Bet. Jawatan ini adalah bersamaan dengan pangkat Mejar Jeneral dalam tentera Israel.
Shin Bet bertanggungjawab menjaga keselamatan dalam negeri Israel, termasuk menghadapi Intifada Palestin. Semasa intifada Al-Aqsa, Shin Bet memainkan peranan untuk mengenalpasti identiti dan lokasi pemimpin-pemimpin Palestin yang dijadikan mangsa pembunuhan oleh serangan udara tentera Israel.
Shin Bet turut terkenal dengan kaedah-kaedah menyeksa tahanan mereka semasa soal-siasat. Seorang wartawan Palestin, Mohammed Omer, mendakwa beliau ditahan oleh Shin Bet pada tahun 2008 dan dibogelkan, dibelasah oleh lapan pegawai Shin Bet yang bersenjatamengakibatkan beliau terpaksa dirawat seminggu di hospital. Makhamah Tertinggi Israel sendiri memutuskan bahawa kaedah-kaedah soalsiasat Shin Bet adalah berketerlaluan, melanggar hak asasi manusia, dan bersifat menyeksa.
APCO dan ASERO seumpama satu keluarga, dengan pemimpin-pemimpin yang sama. Doron Bergerbest-Eilon adalah presiden ASERO, manakala Mara Hedgecoth anak kepadaMargery Kraus, Presiden APCO – merupakan Naib Presiden di kedua-dua APCO dan ASERO. Denise Teeling pula, adalah Ketua Kewangan (CFO) bagi kedua-dua APCO danASERO juga. Menurut laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Denise Teeling dan Margery Kraus adalah direktor APCO Worldwide Sdn Bhd, yang ditubuhkan di Malaysia.
APCO tidak hanya terlibat dengan aktiviti Zionis dan pencabulan hak asasi sahaja, malah juga dengan aktivisme anti-Islam.
1. Jonathan Winer yang merupakan Naib Presiden APCO di Washington DC. Pada 2003, Winer memberi keterangan di Jawatankuasa Senat Amerika Syarikat di mana diamenuduh gerakan Ikhwan Muslimin (Muslim Brotherhood) serta beberapa badan kebajikan Islam sebagai pengganas, dan berusaha untuk menghentikan segala aktiviti kewangan badan-badan ini.
2. Marc Ginsberg pula, ahli lembaga APCO dan bekas duta Amerika Syarikat, memanggil tokoh pemikir Islam Sayyid Qutb (inspirasi kepada Ikhwan Muslimin dan penulis karya Ma’alim Fil Tariq dan Fi Zilal Al-Qur’an) seorang “musuh” dan membandingkan beliau dengan Adolf Hitler.
Peranan APCO di Negara-negara lain

1. Klien dan bekas klien APCO juga termasuk beberapa ‘tokoh’ yang cukup terkenal. Di antaranya adalah Jeneral Sani Abacha, yang mencuri hampir RM 10 billion duit rakyatnya semasa menjadi Presiden Nigeria. Jeneral Sani Abacha turut dikenali kerana pencabulan hak asasi manusia yang cukup parah, termasuk penahanan danpembunuhan aktivis-aktivis.
2. Nursultan Nazarbayev, diktator Kazakhstan yang didakwa bersama keluarganya terlibat dalam rasuah yang cukup besar serta beberapa pembunuhan, turut merupakan seorang klien APCO. Di antara strategi APCO adalah untuk “membeli” beberapa laporan dari institusi pengajian tinggi untuk mengharumkan nama Kazakhstan di Barat.
3. Narenda Modi pula, Ketua Menteri Gujarat di India yang dikatakan membiarkan rusuhan kaum berlaku antara rakyat Hindu dan Muslim, mengakibatkan hampir 2,000 kematian – kebanyakannya Muslim – juga pernah mengupah APCO untuk mengharumkan balik imejnya.
ISU DEMONSTRASI BANTAHAN HUBUNGAN KERAJAAN MALAYSIA DENGAN APCO DI PERKARANGAN MASJID SULTAN IDRIS SHAH II
  1. Setiap muslim yang beriman pasti mahukan kemanisan iman. Terdapat tiga perkara yang menjaminkan seseorang mendapat kemanisan iman. Salah satu nya sebagaimana yang disebut dalam kitab Sahih Bukhari dan Muslim ialah seseorang itu membenci maksiat (kemungkaran) seperti ia benci jika di campakkan ke dalam api neraka. Oleh yang demikian, sebab itulah kita guna halaman luar masjid kerana ia berkaitan dengan iman kerana mempertahankan agama dari ancaman musuh laknatullah adalah wajib. Jesteru itu, Allah menjanjikan jaminan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
  2. salah satu cara membenci ialah seperti yang diriwayatkan bahawa ketika Nabi Ibrahim a.s sedang berjalan-jalan di suatu tempat, maka dia digoda iblis dan syaitan. Lalu, junjungan besar itu telah membaling batu ke arah iblis tersebut.
Tindakan peserta himpunan tempohari itu sebenarnya warisan daripada sunnah Nabi Ibrahim a.s.
Yahudi Zionis adalah iblis besar abad ini. Maka.. sikap pesrta himpunan hanya luahan daripada fitrah, sunnatullah dan sunnah Nabi Ibrahim ke atas musuh-musuh Allah seperti Iblis dan kaum-kaum yang ingkar kepada suruhan Allah.
Sesiapa yang pergi menunaikan fardhu haji, mereka tentunya pernah merasai pengalaman membaling batu di Mina ini. Kita diminta bermalam di Mina sebelum melontar batu-batu kepada 'iblis' di ketiga-tiga tiang; Jamratul Aqabah, Jamratul Wusta dan Jamratus Sughra. Bermalam di Mina itu bertujuan persediaan untuk meneruskan agenda besar ini; simbolik baling batu kepada iblis.
Maka, apabila tiba zaman Nabi Musa a.s (Taurat) hingga ke zaman Nabi Muhammad s.a.w. (al-Quran), maka terteralah satu hukum; lelaki dan wanita yang berzina sesudah berkahwin, maka hukumannya adalah direjam (dibaling) dengan batu sampai mati.
Kesimpulannya, inilah antara contoh-contoh sunnatullah yang telah diterjemahkan dalam bentuk hukum rejam dan sunnah nabi. Ia sesuai dengan fitrah asal kesemulajadian manusia. Iaitu, apabila kita mula membenci sesuatu perkara, hati kita akan terdorong untuk baling dan mencampakkan sesuatu kepada sesuatu yang kita benci itu. maka bidapkah kami yang hanya membaling telur ke arah papan yang tertera lambang zionis.

3. Isu penggunaan telur busuk : ? Telur busuk itu hanyalah laungan dibibir kami sahaja, sesuai dengan Yahudi dan Israil yang lebih busuk dari telur busuk .Dalam demontrasi ini kami tidak gunakan batu sebab mungkin akan terkena kepada orang ramai dan ada yang tercedera, Telur adalah simbolik penentangan kami terhadap isu APCO. Disini juga kami ingin memaklumkan bahawa pihak kami tidak menggunakan telur busuk seperti yang didakwa dan hanya melibatkan 7 biji telur ayam yang baru dibeli dikedai berdekatan. kami juga menggunakan kasut sebagai ganti kepada batu yang boleh membahayakan orang ramai ke arah papan yang tertera lambang Israel dan Umno, peristiwa lontaran ini berlaku berdekatan pintu pagar luar masjid dan agak jauh dari org ramai. Perbuatan inikah yang menyebabkan Tuan Mufti kata kami biadab dan hukumnya haram. Dan yang peliknya kenapakah Tuan Mufti orang yang pertama menghidu bau telur busuk sedangkan kami peserta demonstrasi tidak dapat menghidu bau busuk tersebut.
  1. Ulama meletakkan satu kaedah iaitu sesuatu perkara yang ingin dijadikan hukum, hakim atau mufti mesti terlebih dahulu ada gambaran sesuatu perkara itu, maknanya ia mesti ada gambaran dan suasana himpunan seperti di manakah himpunan itu diadakan, guna telur busuk atau tidak, apa tujuan mereka berhimpun , apakah objek yg mereka lontar dan sebagainya.
Para ulama menyebut kalau berhukum tanpa ada gambaran maka hukum itu salah seperti yang sabit dari hadis Nabi SAW bahawa hakim yang berhukum tanpa pengetahuan dan gambaran terlebih dahulu maka tempatnya di neraka
  1. Berkenaan dengan perlantikan Ahli JawatanKuasa Masjid tanpa mengikut tatacara perlantikan yang betul dengan membelakangi peraturan yang diguna pakai sebelum ini, adalah merupakan pencemaran terhadap masjid yang di lakukan oleh Parti UMNO dan Barisan Nasional. Pegawai Penyelaras Masjid Daerah (PPMD) seluruh Perak yang dilantik hanya mereka yg menyokong Parti UMNO sahaja. Terdapat di kalangan pengerusi masjid jarang- jarang datang ke masjid malahan ada yg tak pernah datang ke masjid. Dan yang paling memalukan mereka ini mempunyai masalah moral. Sebenar nya, inilah pencemaran yang paling besar pernah yang di lakukan umno pada masjid seterusnya membunuh peranan institusi masjid yang sebenar iaitu sebagai rumah ibadah dan gedung ilmu.
Mengapa pencemaran dan penghinaan terhadap masjid yang dilakukan oleh Umno danBarisan Nasional tidak dikritik oleh SS Mufti, sedangkan ini adalah suatu yang lebih besar tidah dilihat oleh Mufti
Almarhum Dato’ Fadhil Nor pernah menceritakan, seorang murid yang belajar sepuluh tahun dengan seorang guru tetapi tidak pernah naik darjah. Suatu hari dia bertanya kepada gurunya. “ Tuan, saya telah belajar hampir sepuluh tahun tetapi kenapa tidak naik darjah?” maka tuan guru itu pun pergi dekat satu tembok lalu dia mengambil arang dan membuat titik pada tembok tersebut. Maka beliau bertanya kepada muridnya itu, “ apakah yang kamu nampak di hadapan kamu?” Jawab murid itu: “ Titik hitam” . “ Sebab itulah kamu tidak naik darjah, tembok yang besar kamu tidak nampak tetapi titik hitam yang kecil itu kamu nampak.”
Telur yang dilontar ke arah lambang zionis di luar masjid sekitar 5 minit dikritik hebat dan diiktiraf sebagai biadab. Pengerusi dan jawatankuasa masjid yang tidak berakhlak dan terlalu jarang datang masjid sehingga ada yang tak pernah peduli untuk meningkatkan peranan masjid tetapi masih dilantik untuk tempoh tiga tahun tidak dikritik dan tidak biadab
6. Sekiranya pihak Tuan Mufti merasakan bahawa dengan menyokong kami akan menjejaskan Tuan Mufti, maka diam adalah sebaik-baik jawapan. Rasulullah s.a.w pernah bersabda :
ومن كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليقل خيرا أو ليصمت
“Sesiapa yg beriman dgn Allah dan hari akhirat maka berkatalah perkara yg baik atau diam”
(Hadis riwayat bukhari dan muslim)
Perjuangan kami ada fakta melalui hadis yang pernah diungkapkan oleh Junjungan besar Nabi SAW :
أفضل الجهاد كلمة حق عند سلطان جائر
“Jihad yang paling afdhal perkataan yg benar di hadapan pemerintah yg zalim”
Persoalan jihad ini mesti didahulukan bagi yang mampu dan pihak kami mampu sertasanggup menerima ancaman dari pemerintah dan sama sekali tidak sanggup menerima ancaman Allah seperti firman Allah :
ö@è% bÎ) tb%x. öNä.ät!$t/#uä öNà2ät!$oYö/r&ur öNä3çRºuq÷zÎ)ur ö/ä3ã_ºurø—r&ur óOä3è?uŽ�ϱtãur îAºuqøBr&ur $ydqßJçGøùuŽtIø%$# ×ot�»pgÏBur tböqt±øƒrB$ydyŠ$|¡x. ß`Å3»|¡tBur !$ygtRöq|Êö�s? ¡=ymr& Nà6ø‹s9Î) šÆÏiB «!$# ¾Ï&Î!qß™u‘ur 7Š$ygÅ_ur ’Îû ¾Ï&Î#‹Î7y™ (#qÝÁ/uŽtIsù 4Ó®Lymš†ÎAù'tƒ ª!$# ¾ÍnÍ�öDr'Î/ 3 ª!$#ur Ÿw “ωöku‰ tPöqs)ø9$# šúüÉ)Å¡»xÿø9$# ÇËÍÈ
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda Yang kamu usahakan, dan perniagaan Yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal Yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara Yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang Yang fasik (derhaka).
(Surah Taubah ayat 24)

Dengan pendedahan yang telah dijelaskan di atas maka disini saya ingin bertanya kepada Tuan Mufti dan agar saya diberikan PENJELASAN secara Ilmiah dari pihak Tuan Mufti :

Pertama : Mengapakah Kerajaan Malaysia sanggup melantik sebuah Syarikat Firma Perunding yang mempunyai hubungan yang amat rapat dengan Rejim Zionis dan dipimpin oleh individu yang terlibat dengan organisasi yang terkenal menyeksa dan menzalimi orang Palestin diberi peluang untuk membentuk dasar-dasar sensitif Malaysia?
Dengan pengupahan APCO sebagai Firma Perunding kepada Kerajaan Malaysia, ini bermakna pengaruh Zionis, kini telah mula dibenarkan untuk menentukan hala tuju negara, serta mempunyai akses kepada semua kepentingan kerajaan termasuklah maklumat-maklumat yang berpotensi menjejaskan keselamatan dan kepentingan negara. Adakah ini tidak membimbangkan pihak Tuan Mufti?
Selain Israel dan Amerika Syarikat yang dapat mengakses maklumat-maklumat ini, perlu diketahui juga oleh pihak Tuan Mufti bahawa di antara pemimpin ASERO, satu-satu individu yang bukan warganegara Amerika, UK atau Israel adalah Kelvin Tan Wee Peng iaitu seorang bekas polis Singapura.
Kedua : Apakah Pendirian Tuan Mufti setelah mendengar penjelasan yang telah saya jelaskan di atas, adakah Tuan Mufti masih lagi menyokong usaha yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia pimpinan YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak atau akan bersama-sama kami menentang kerjasama antara Kerajaan Malaysia dengan Syarikat Firma Perunding APCO Worldwide. Dengan ini saya serta sahabat-sahabat yang cintakan keamanan dan keselamatan negara Malaysia memohon Tuan Mufti untuk menyatakan pendirian Tuan Mufti. (Kenyataan ini disiarkan didalam Blog Dewan Pemuda PAS Negeri Perak : dppperak.blogspot.com).

KESIMPULAN

1. Keputusan Perdana Menteri untuk bekerjasama dan berganding bahu serta membuka ruang Malaysia kepada pengaruh rejim Zionis dan anti-Islam wajib dipertikai oleh setiap rakyat yang cintakan Malaysia.
2. Perdana Menteri Malaysia mesti memohon maaf kepada seluruh masyarakat dunia umumnya dan Malaysia khususnya yang cintakan keamanan dan prihatin pada rakyat palestin kerana telah bekerjasama dengan rejim Zionis.
  1. Semua Ulama dan ahli fikir yg mengetahui tindakan Kerajaan Malaysia ini mesti memandang perkara ini sebagai suatu perkara yang besar. Ada seorang datang bertanya kepada Sayyidina Abdullah ibnu Umar Radhiyallahu ‘Anhu tentang hokum darah nyamuk yang terkena baju. Abdullah ibnu Umar Radiyallahu Anhu bertanya: “orang ini datang dari mana?“ mereka memberitahu bahawa dia datang dari Iraq. Kata Abdullah bin Umar:Darah Sayyidina Hussin Cucu Rasulullah SAW yang ditumpahkan dengan zalim kamu tidak tanya tetapi darah nyamuk yang terkena baju yang kamu tanya” Sepatutnya mufti jawab begitu kepada wartawan berita harian, kenapa tidak Tanya tentang APCO zionis busuk ceroboh Negara kita “ kamu datang dari akhbar yang besar untuk Tanya hokum telur busuk ?
4. Harapan kami agar mufti tegas dengan ilmunya seperti Imam Nawawi iaitu Penyusun Kitab Riadhus Solihin yang selalu Dato Mufti gunakannya ketika mengajar di Masjid dan Surau-surau. menurut riwayat bahawa apabila Baginda Sultan Az Zahir telah mengadakan persiapan perang untuk memerangi orang-orang Tatar(Monggol), timbul satu persoalan adakah diharuskan mengambil harta rakyat untuk kepentingan perang melawan musuh. Lalu Baginda bertitah meminta fatwa dari Imam Nawawi. Imam NAWAWI telah memberikan penjelasan seperti berikut:-
“Ampun Tuanku
Adalah patik sememangnya mengetahui bahawasanya tuanku dahulunya adalah seorang tawanan yang tidak ada sebarang harta benda, tetapi dengan pertolongan Allah dilimpahkan kurnianya kepada tuanku dengan dijadikan tuanku seorang raja.
Ampun Tuanku
Adalah patik telah mendengar bahawasanya tuanku ada memiliki seribu orang hamba, tiap-tiap seseorang ada mempunyai beberapa ketul emas. Manakala 200 org khadam wanita milik tuanku, masing-masing mempunyai barang-barang perhiasan yang bernilai.
Andaikata tuanku sendiri membelanjakan semua itu untuk keperluan perang sehingga mereka tidak lagi mempunyai barang-barang itu, maka patik bersedia memberikan fatwa untuk membenarkan tuanku mengambil harta rakyat”.


Kesimpulannya, beliau berfatwa bahawa baginda tidak dibenarkan mengambil harta rakyat selamamana kekayaannya sendiri masih dapat dipergunakan. Baginda sultan Az Zahir murka kepadanya kerana fatwanya yang amat menggemparkan sehingga baginda mengeluarkan perintah supaya Imam Nawawi segera keluar dari damsyik. Imam Nawawi menerima sahaja perintah pengusiran itu dengan girang hati. Lalu beliau pun keluar ke Nawa. Para ulama’ syam telah berusaha menjemput beliau balik semula ke Damsyik, tetapi beliau enggan sambil berkata ‘ saya tidak akan balik ke Damsyik selagi baginda masih berkuasa”
5. Harapan kamai agar mufti tidak seperti Ali Abdul Raziq seorang ulama Azhar suatu ketika dahulu yang menulis buku memisahkan agama dengan politik pemerintahan islam. yang mahu meletakan agama di masjid sahaja tanpa melibatkan politik islam. Politik islam perlu disangkut dipintu masjid. Akhirnya Majlis ulama azhar telah menarik balik segala anugerah akademik dan gelaran yang diberi oleh Al Azhar. Ini menunjukkan betapa hinanya ulama seperti itu.
Rasul pernah mengecam mereka yang mengetahui sesuatu perkara tetapi menyembunyikannya dgn sabdanya :
من سئل عن علم يعلمه فكتمه ألجم يوم القيامة بلجام من نار
Sesiapa yang ditanya tentang sesuatu ilmu yang diketahuinya maka dia menyembunyikannya nescaya pada hari kiamat kelak dia akan dikekang dengan tali kekangan dari api neraka.
(hadis riwayat ahmad)
MOHD AKMAL BIN KAMARUDIN
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Perak

18:45 | Labels: dppn pk |   20 Comments  

Lebih 2000 Anak Kelantan Hulu Selangor Hadir ke perjumpaan di Batang Kali

Kempen dihari terakhir oleh Pakatan Rakyat nampaknya telah memperolehi dokongan moral, apabila dianggarkan lebih 2000 orang telah menghadiri perjumpaan Anak-anak Kelantan Hulu Selangor di Batang Kali petang ini. Acara yang diadakan bertempat di Dewan Serbaguna Batang Kali itu turut dihadiri oleh Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat. Kami akan cuba membawakan laporan saterusnya.

18:37 | Labels: dap melayu |   5 Comments  

Zentrum: Pakatan 51.7 peratus, BN 48.3 peratus

[Hafiz Yatim/MKini] Kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor terpaksa melabuhkan tirainya tepat jam 12 tengah malam ini.

Apapun, yang pasti pertembungan antara Datuk Zaid Ibrahim yang mewakili PKR dan P Kamalanathan dari BN esok dijangka sengit.

Sehingga saat ini, kedua-dua parti menggunakan tempoh kurang daripada 10 jam berkempen untuk menggerakkan jentera masing-masing hingga ke saat terakhir dalam misi menawan hati pengundi, apabilah pengundian bermula jam 8 pagi esok.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak serta timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin terus mengetuai jentera BN menggempur kawasan-kawasan yang dipercayai kubu pembangkang.

Manakala Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta pemimpin lain bertungkus lumus cuba mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti tipis, 198 undi datipada jatuh ke tangan BN.

Mursyidul Am PAS yang jelas uzur dan terpaksa bertongkat juga sedang berkempen dan bertemu pengundi di Hulu Selangor.

Lim Kit Siang dan Nik Aziz bertungkus memainkan peranan untuk tawan hati pengundi.

Jika semalam Ilham Centre dalam kaji selidiknya mendakwa kemenangan akan memihak kepada Barisan Nasional, kajian sebuah lagi pertubuhan bebas menunjukkan pengundi Hulu Selangor mula mendekati Pakatan Rakyat.

Kajian Zentrum Future Studies Malaysia, mengenai Analisis Kajian Mikro Persepsi Kepercayaan Politik menunjukkan Pakatan Rakyat yang diwakili PKR berada di hadapan dengan sokongan 51.7 peratus berbanding 48.3 peratus yang diperolehi Barisan Nasional.

Perbezaan tipis 3.4 peratus itu masih membimbangkan kedua-dua Pakatan dan BN apabila menuju penghujung kempen yang mungkin akan pengaruhi bagaimana pengundi membuat keputusan esok.

[lagi]

17:35 | Labels: mkini |   5 Comments  

Older Posts
Subscribe to: Posts (Atom)


  • Blogger Templates

  • Blog Archive

    • ▼ 2010 (60)
      • ▼ 10/24 - 10/31 (1)
        • Suara Orang Buangan Renungan-renungan tentang Islam
      • ► 10/03 - 10/10 (5)
      • ► 04/25 - 05/02 (4)
      • ► 04/18 - 04/25 (18)
      • ► 04/11 - 04/18 (9)
      • ► 04/04 - 04/11 (7)
      • ► 03/28 - 04/04 (1)
      • ► 03/21 - 03/28 (8)
      • ► 03/14 - 03/21 (7)
    • ► 2009 (56)
      • ► 04/12 - 04/19 (7)
      • ► 04/05 - 04/12 (41)
      • ► 03/29 - 04/05 (8)

    Edit here


PerakExpress © 2008 Free Premium Wordpress Themes and BlackQuanta | Bloggerized by : GosuBlogger