Sejak krisis Perak bermula, Umno tidak henti-henti menuduh DS Nizar Jamaludin sebagai penderhaka. Tuduhan tersebut dibuat hanya diatas andaian semata-mata. umno dengan secara salah dan tidak wajar mengandaikan DS Nizar derhaka kerana enggan mematuhi keputusan YM Tuanku Sultan Perak.
Meski pun Umno sedar tuduhan derhaka tersebut tidak mempunyai asas sama sekali, namun diatas prinsip 'matlamat menghalalkan cara' yang menjadi teras atau rukun politik Umno, gendang derhaka tersebut terus menerus di palu oleh Umno bagi mendapat undi dengan cara yang tidak bermaruah.
Sejak dari awal, DS Nizar dan Pakatan rakyat (PR) tidak pernah berniat jauh sekali menderhaka kepada YM Tuanku Sultan. Hakikatnya PR boleh dan telah pun mengemukakan bukti-bukti sahih dan kuat yang secara jelas menunjukkan Umno adalah penderhaka kepada Sultan. bukti-bukti yang PR kemukakan adalah bukti-bukti yang diperolehi secara mudah dari rekod-rekod awam dan rasmi. Apa yang berlaku sebenarnya adalah penderhaka Umno menuduh DS Nizar yang tidak derhaka sebagai penderhaka.
Seperti yang dimaklumi, DS Nizar telah memfailkan saman (semakan kehakiman) keatas dato Zamry di mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mendapatkan antara lain perintah bahawa DS Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah. Memandangkan beliau masih sebagai menteri besar Perak yang sah maka Dato Zambry tidak berhak memegang jawatan tersebut.
Semasa pendengaran saman tersebut pada 2/4/09 yang lalu, pihak Peguam Negara telah membantah saman DS Nizar tersebut di atas alasan DS Nizar sebenarnya mencabar keputusan YM Tuanku Sultan Perak dan keputusan Sultan, menurut Peguam Negara, tidak boleh dipertikaikan atau disemak oleh mahkamah.
Pasukan Peguam Nizar berhujah bahawa DS nizar tidak pernah berniat jauh sekali mencabar keputusan Sultan Perak. Peguam DS Nizar juga bersetuju bahawa kuasa Sultan tidak boleh dicabar di mahkamah. Namun bagi mereka yang mahir didalam undang-undang pentadbiran (administrative law), mereka tentu arif bahawa undang-undang membenarkan mahkamah bertanyakan kepada mana-mana penjawat awam seperti Dato Zambry atas kuasa apakah beliau layak memegang jawatan tersebut di bawah undang-undang Tubuh Negeri Perak didalam keadaan Nizar mendakwa masih lagi Menteri Besar yang sah.
Pada 2/4/09 iaitu pada jam 5.30 petang. YA Hakim dato Abdul aziz Abdul Rahim menolak bantahan Peguam negara dan memutuskan permohonan DS Nizar bukan permohonan yang remeh (not frivolous). sebaliknya permohonan tersebut mempunyai merit dan asas yang kuat. Mahkamah menolak hujah Peguam Negara bahawa DS Nizar mencabar keputusan Sultan kerana berdasarkan saman yang DS Nizar failkan di Mahkamah adalah jelas DS Nizar tidak menyaman Sultan atau mempertikaikan keputusan Sultan.
Keputusan Mahkamah tersebut jelas dan terang menunjukkan bahawa sejak dari awal Nizar tidak pernah mempertikaikan keputusan Sultan. Keputusan tersebut sekaligus menyangkal dakwaan tidak berasas Umno bahawa nizar adalah penderhaka.
Keputusan Mahkamah membuktikan secara jelas bahawa isu derhaka yang Umno mainkan selama ini adalah satu politik jahat, politik murahan dan politik putar belit Umno. beginilah politik Umno dulu, kini dan tak tahu sampai bila.
Hanipa Maidin.
Mahkamah Buktikan Nizar Tidak Derhaka.
Saturday, 4 April 2009
23:45
|
Labels:
krisis perak,
nizar
|
This entry was posted on 23:45
and is filed under
krisis perak
,
nizar
.
You can follow any responses to this entry through
the RSS 2.0 feed.
You can leave a response,
or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
hari nie baru 05/04/2009....apsal artikel nie tertulis satu perkara di masa depan??...
tersalah tarikh kot??..
Terima kasih Tuan...kesilapan teknikal
Post a Comment