PRU12 menandakan bahawa arus politik Malaysia telah berubah. Rakyat (secara majoriti) telah menolak, antara lain:
a) Politik perkauman yang sempit.
b) Isu kronisme dan nepotisme.
c) Amalan rasuah yang menjalar ke setiap sendi kehidupan bernegara.
d) Tafsiran agama yang hanya berlegar ibadat khusus dan menolak peranan agama dalam politik dan pentadbiran dan budaya.
e) Keadilan yang berpihak.
f) Dasar-dasar kebumipetaraan yang dijadikan alasan untuk kepentingan kuasa dan harta.
g) Suara rakyat yang disempitkan melalui beberapa akta yang disalah guna.
h) Institusi-institusi kerajaan umpama PDRM dan SPRM dijadikan instrumen untuk pengekalan kuasa.
PRU12 juga menjadi satu testimoni bahawa golongan pertengahan dan golongan muda mula memainkan peranan aktif dalam menentukan hala tuju, dan bentuk serta pengisian politik masa depan.
Satu hakikat yang tidak boleh ditolak untuk beberapa tahun akan datang (barang kali PRU13) bahawa golongan pertengahan dan generasi muda akan menentukan pihak mana yang akan menjadi teraju negara.
Parti-parti yang boleh menyentuh secara langsung hati nurani dan aspirasi serta harapan golongan ini akan menang dalam pemilu akan datang.
Orang Melayu dan rakyat khasnya sedang ditawarkan dengan dua pendekatan politik. Pertama, pendekatan politik yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat (PAS, PKR, DAP) dan keduanya, UBN.
Apabila membicarakan UBN, pembicaraan tentang bakal PM ke-6 tidak dapat dielak. UBN kini sebenarnya membawa beban yang cukup berat yang diwarisi daripada legasi dan era Maharithisme. Dan perubahan yang dijanjikan oleh Najib dan Muhyiddin bukanlah lagi perubahan kosmetik tetapi perubahan fundamental dan radikal.
Kita akui Mahathir merupakan seorang tokoh, perancang, penstrategis, dan pelaksana yang hebat. Namun ketokohan itu harus dibincangkan atau dinilai bersama dengan kerosakan institusi kerajaan sepanjang era pentadbirannya. Satu hakikat yang tidak dapat ditolak ialah:
"Jaringan kuasanya ada di mana-mana malah di setiap organ pemerintahan. Doktrin pemisahan kuasa pada era Mahathir tiada garis pemisah yang jelas. Ketaksubannya pada kemajuan ekonomi, sains dan teknologi telah menenggelamkan peranan bahasa dan agama dalam hidup bernegara."
Najib ialah anak didiknya. Mahathir ialah mentor Najib. Hakikat ini pun telah meyukarkan Najib menggarap dan melaksanakan perubahan radikal.
Salah satu syarat wajib untuk melakukan perubahan ke arah yang terbaik ialah kualiti dan integriti pemimpin atasan terutama peneraju perubahan iaitu PM. Kualiti dan integriti ini bersumberkan kekuatan intelektual dan moral yang berpaksikan kepada penghayatan agama yang mendalam sehingga terpancar dalam dirinya. Integriti ini memancar dan auranya boleh memukau khalayak. Kualiti dan integriti inilah yang memungkinkan lahirnya karisma.
Kalau kita analisiskan secara jujur dan profesional, integriti, kualiti dan karisma ini berada di pihak Pakatan Rakyat - TG Nik Aziz, TG Haji Hadi, Anwar Ibrahim, dan yang terbaru dan mula membentuk aura karisma ialah Ir Mohamad Nizar, dan Lim Guan Eng.
Baca seterysnya di sini.. Pencak Dimensi
Najib, Ke mana dan Di mana Pendirian Melayu?
Friday, 3 April 2009
11:59
|
Labels:
Najib
|
This entry was posted on 11:59
and is filed under
Najib
.
You can follow any responses to this entry through
the RSS 2.0 feed.
You can leave a response,
or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
h) Institusi-institusi kerajaan umpama PDRM dan SPRM dijadikan instrumen untuk pengekalan kuasa.
habis klu sape pun memerintah pun guna pendekatan yg sama.aritu di parlimen ko org juga bersetuju bahawa badan ini dijadikan badan bebas....siap ada pembaharuan polis dan SPRM.sekarang tak nak terima pulak...padahal ini telah di persetujui bulat2 di parlimen.
Pembaharuan POLIS dan SPRM kalau ikut bahasa kasarnya: PEMBAHARUAN TAIK KUCHINNN....
Mana ada 2 badan ni bebas dan telus...?? Persetujuan bulat2 di Parlimen anon...?? Check your facts right la....
Aku heran la dengan cara para penyokong UBN ni berfikir...?? Kenapa la terlampau tertutup sesangat pancaindera mereka ni..??
artikel yang menarik...
anonymous ni teruk laaa..cara berfikir mmg typical Umno punya. pada dasarnya PDRM dan SPRM mmg bagus tapi telah dikuasai oleh puak2 Umno. kalau PR terima cara PDRM dan SPRM mmg teruk laa..nampak sgt dua badan ni diperkudakan seadanya. pemimpin Umno yg terang2 bersalah lansung tak diambil tindakan oleh SPRM. adil kah namanya ni? takkan u nak harap PR nak terima perbuatan terkutuk camni?
sapa yg perintah pun guna pendekatan yg sama??porrraahhhh!!!ini ayat Umno dulu kini dan selamanya. kalau ayat camni zaman dulu org kampung terima laaa..tapi sekarang orang dah boleh berfikir. cuma puak2 yg bodoh saja masih percaya ayat bodoh camni..
mana ujud pemimpin berkarisma di tanah melayu ni.pemimpin berkarisma adalah pemimpin yang diterima pakai oleh semua golongan dan segenap lapisan masyarakat.Di Tanah Melayu ni, pemimpin yang ada hanyalah untuk golongan atau pun puak tertentu sahaja.Mahathir hanya diterima pakai oleh orang ameno, Nik Aziz hanya untuk PAS, Anwar hanya berfungsi didalam PKR, begitu juga dengan Lim Kit Siang yang laku kepada Dap.
Masih belum lahir lagi pemimpin dalam erti kata sebenar sebagai pemimpin kepada rakyat Tanah Melayu.Maka, jika ada anak, didiklah mereka supaya menjadi pemimpin sebenar.
Dajal bibir merah telah berada dipuncak langit....manusia dibumi menunggu bencana...
aku kena layan Black Sabbath ni..
mana mungkin ada pemimpin yg diterima semua orang. fitrah ciptaan manusia mmg macam tu. Cuma pemimpin yg betul2 berada atas landasan Islam yg Allah terima. landasan Melayu Allah lagi tak terima.
Allah kurniakan akal fikiran kepada manusia sbg satu ujian...salah satunya berfikir dlm memilih pemimpin. kalau memilih pemimpin yg salah, kita telah gagal dlm ujian sekecil ini.
Wujudnya pemimpin yg pelbagai membuktikan Allah itu maha adil lagi bijaksana.
Why lied on national TV my dear Calon BEBAS? Kenapa tidak bercakap benar siapa diri anda yg sebetulnya?
http://nmjnh.wordpress.com/2009/04/03/independents-undressed-at-bukit-selambau-by-election/
Sayonara dude.. u have done wht u r capable off... buzz off
http://nmjnh.wordpress.com/2009/04/03/selamat-tinggal-pak-lah-malaysiakini/
sian aku nengok si bodo2 ni masih menyokong pembangkang. kita tunggu je le ape si liwat nk ckp esok. dia kata ade hal besar psl najib. kita 2nggu je la..... zzzzzz
Jangan le kite bersedih dgn perlantikan PM baru tu, biarkan mereka berseronok di putra jaya, pemuda2 PAS turun ke bkt gantang.. kita ada kira2 4 hari lagi, byk perkara boleh kita rancang, berkara dh jd.. nak sedih pun tak guna.
Kita mesti turun ke bkt gantang dgn lebih bersemangat, blogger perlu lebih agresif dlm mencari dan menyampai maklumat. strategi 3M yg diumum pengarah pilihanraya PAS negeri aritu perlu di gerakkan sepenuhnya, kita takde masa lagi utk bersedih atau merungut ttg Najib, biarkan si luncai dgn labu-labunya.
kenapa MCA tuntut jawatan TPM?
http://becok.blogspot.com/2009/04/memahami-garis-politik-di-sebalik.html
Post a Comment