Sana sini...Umno berkokok pasal tanah. "Nizar bagi tanah kat Cina!" "Habis tanah orang Melayu di Perak digadaikan!" macam-macam lagi salakan yang dibuat untuk menipu dan memperdaya orang Melayu. Seolah-olah...bila Nizar jadi MB..habis tanah orang Melayu terlepas ketangan orang Cina.
Apabila Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan Perak pada 8 March 2008 lalu, mereka mengambil masa begitu lama untuk mengambil alih pentadbiran tanah negeri. Tetapi bila Umno merampas kuasa...dalam masa 20 hari, mereka telah melantik Jawatankuasa Pemilihan Tanah Daerah. Siap dengan ahli-ahlinya sekali.
Begitu rakus tindakan mereka apabila mengambil alih secara haram. Kerana mereka tahu...hayat mereka tidak akan kekal lama. Dalam masa yang singkat inilah ...kalau nak sapu pun, sapu lah.
Dalam mesyuarat yang diadakan pada 25 Februari 2009, Umno telah membincangkan beberapa perkara berkaitan dengan tanah...tapi tidak membincangkan tentang pemberian hak milik kekal kepada kampung setinggan ataupun untuk diberikan kepada orang-orang Cina. Tak kan Umno nak bagi tanah kat Cina kot?
Apa yang dibincangkan adalah perkara-perkara berikut:
(Hangpa tengok surat ini...aku malas nak tulis)
Boleh baca? kalau boleh baca, hangpa tentu paham. Memang tak ada yang salah pun. Tapi bila aku dapat surat kat bawah ni...timbul satu kemusykilan.
Setiausaha sulit Zamry...Rashidi bin Ibrahim...telah diarah oleh Menteri Besar Haram meminta Pengarah Tanah dan Galian untuk mengambil tindakan segera tentang permohonan hak milik kekal tanah setinggan di Kg. Simpang Halt.
Woit!! Hari tu hangpa tentang habis-habisan bila PR memberi hak milik kekal kepada penduduk-penduduk kampung baru yang telah bermastautin berpuluh tahun. Hangpa kata Nizar lelong negeri Perak kat Cina! La ni hangpa nak bagi geran hak milik kekal kat setinggan diKg. Simpang Halt di Bukit Gantang! Ptuih!!!
Hari tu hangpa ludah, hangpa kahak....la ni hangpa jilat balik. Hangpa tolong bagi tau kat aku...sapa yang duduk kat kampung setinggan kat Simpang Halt tu!!! Ahmad bin Abu ka? Ismail bin Sapian ka? Hangpa tolong check...sapa yang duduk kat Kg. Simpang Halt tu. Aku bukan orang Bukit Gantang. Tapi kalau orang Bukit Gantang pun tak tau atau mahu ditipu oleh Umno dan kuncu-kuncunya...aku tak tau la apa nak cakap.
Tak cukup dengan itu...ada lagi satu surat kat bawah ni.
Woit!!! dalam mesyuarat pasai tanah...tak ada pun bincang nak bagi geran milik kekal kepada penduduk setinggan. tak ada bincang pasai nak bagi tanah kat Sekolah Cina! Tapi pasai apa Zamry arahkan Pengarah Tanah dan Galian Perak untuk mengambil tindakan yang begitu cepat terhadap permohonan Sekolah Jenis Kebangsaan Poay Eng, Kuala Sepetang yang memohon tanah untuk dibuat padang?
Bila PR bagi tanah kat Sekolah Cina...hangpa kata Nizar lelong Perak kat Cina. Tapi bila hangpa buat...hangpa lah pejuang Melayu...mempertahankan hak Melayu!!! ptuih!!!
Kalau nak bagi...bagi juga kat sekolah-sekolah lain. tapi bila hanya bagi kat Sekolah di Bukit Gantang...itu sudah rasuah untuk memancing undi. Tapi biasa la....kalau tak rasuah...tu bukan Umno namanya.
Yang ni SPRM tak kan nampak....yang depa nampak kalau orang sedekah lembu.
Umno tipu Melayu
Saturday, 4 April 2009
03:47
|
Labels:
khutbah umno,
rasuah,
tanah
|
This entry was posted on 03:47
and is filed under
khutbah umno
,
rasuah
,
tanah
.
You can follow any responses to this entry through
the RSS 2.0 feed.
You can leave a response,
or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
Selagi inilah permainan UMNO, depa tak akan dapat memenangi hati rakyat. Ini taktik lama yang sudah tidak boleh dipakai dalam politik moden yang mana rakyat adalah tuan kepada politik demokrasi..Rakyat mahukan tanggungjawab kerjaaan sebagai pemberi kebajikan kepada rakyat, dasar yang telus dan adil, hak rakyat diberi, amanah kepada segala harta benda dan wang negara. Falsafah politik moden adalah dari rakyat untuk rakyat. Rakyat adalah tuan, pemerintah adalah pemegang amanah rakyat..
Whoa... matsamankati sudah jadi raja petra!
Lanun betina pun ada dalam puak ni abang mat.
Salam Mat,
Aku nak cakap sikit saja: Menteri Besaq haram (jadah) buat kerja haram (jadah).
ape ayor lemuju berdebik tak tentu pasei aje kala kome beri kat cina patriotik le kala PR bagi boneka DAP aje hawo kome ni
perangai puak BPN.. kalo takde isu yg boleh balas, depa kona kot lain.
salam my frenz...
errr kiranya la ni depa puppet sapa lak? depa kata mb nizar puppet dap? depa ni pulak lagi la!!! he he. tak ke betui kata ana ni?
Zambry haram ni satu hal, kakitangan kerajaan perak yang lama pun satu hal. diorang tu macam kakitangan kat selangor. ramai orang umno. buat baik pun diorang serang. buat apa pun diorang tentang.
pengajaran kepada kerajaan pakatan rakyat. kalau dah ambil kerajaan, kepala kat atas tu semua tukat. kalau tak mau tukar, letak kakitangan pro pr dan letak dalam bilik yang sama. perhatikan apa diorang buat.
mana yang umno karat tu buangkan saja. ramai lagi yang nak kerja.
diorang ingat kalau kerajaan umno, diorang boleh cari makan. pasang kroni semua. tu pasal kalau kerajaan pr, diorang cukup dengki.
Surat-surat ini jika dibaca begitu sahaja tidak membawa makna yang jelas seperti - adakah YAB MB memberi sokongan terhadap permohonan ke, memberi arahan untuk meluluskan ke... atau apa.
Yang jelas nampak pembohongan pihak matsamankati ialah mengapa ada bahagian2 tertentu surat itu ditutup. Tentu ada catatan atau apa-apa tulisan di bawahnya. Mungkin tulisan tangan MB yang menyebut: permohonan ditolak, keputusan permohonan ditangguh, tidak dipertimbangkan, untuk perbincangan lanjut, atau perlu kajian semula...
Banyak kemungkinan yang tidak terjawab.
Matsamankati boleh jadi lebih baik sedikit daripada RPK dengan memaparkan keseluruhan surat ini, jika tidak saya secara peribadi menganggap awak pembohong yang suka mengelirukan ahli-ahli Pas/PKR yang tidak pandai menggunakan akal.
Hendaklah lebih bijak daripada orang yang hendak dijatuhkan.
Aku nak menyampuk sikit...
Mungkin yg di tutup tu ada nama orang yg patut di rahsiakan untuk menyelamatkan mata pencarian dia. Hanya pendapat....
Post a Comment