Oleh Amin Ahmad
Kemelut politik dalam PKR bukan baru. Sebagai sebuah parti yang wujud dalam keriuhan tuntutan reformasi dalam negara, kerencaman kelompok yang masuk ke dalam arusnya tidaklah sedikit. Saya bertemu Hasmi Hashim dan berbual tentang keutamaan yang tenggelam dalam arus reformasi, penulis-seniman yang saya mula kenal beliau pada tahun 2001 dan selalu mencabar akal-fikir dan memanggil kesedaran saya dalam melihat sesuatu meski sebahagiannya tidak saya persetujui.
Memang wujud kelompok pemimpin pertengahan dan tokoh muda dalam UMNO yang bersama DS Anwar. Namun, selain mereka juga hadir pelbagai tokoh NGO yang pelbagai bidang tumpuan mereka. Selepas itu juga tokoh-aktivis PRM bergabung untuk membentuk ketumbukan. Itu belum termasuk mereka yang mula bergiat dengan politik. Justeru, cakap-cakap bahawa PKR didirikan oleh ‘sisa-sisa’ UMNO tidak tepat sepenuhnya.
Kita tahu misalnya ramai tokoh-tokoh ABIM yang bersama reformasi di awalnya mula meminggirkan diri. ABIM telah dihimpit oleh kerajaan dalam banyak bentuk termasuk kekangan kewangan. Sebagai organisasi belia yang memang memilih jalan non-partisan sejak mula, menjarakkan organisasi ABIM dari mempunyai perkaitan rapat dengan PKR bagi saya wajar. Tetapi untuk ABIM bersikap diam terhadap segala kebobrokan UMNO-BN saya fikir tidak tepat. Ya, tentu saja apabila saya menulis kebobrokan UMNO-BN, itu tidak bermaksud PR tidak ada kelemahan yang ABIM boleh kritik. Di sana ABIM boleh menampilkan semula sikap non-partisannya. Jika tidak, ABIM tidak akan dilihat lebih daripada ‘pejuang’ yang mengharapkan ehsan kerajaan, biarpun atas nama strategi.
Saya mengambil contoh ABIM hanya kerana kebetulan pernah timbul krisis yang menyebabkan tokoh-tokoh mereka yang pernah bersama PKR memilih untuk mengungsi buat beberapa waktu. Sebenarnya saya memaksudkan semua organisasi dan individu yang terlibat dengan PKR.
Politik wujud kerana manusia tidak boleh bersetuju dengan semua perkara. Sebab itu kita harus memahami bahawa dalam ikatan kerjasama, kebebasan itu harus disertai dengan disiplin. Ramai yang berpendapat bebas itu boleh tanpa disiplin, konon atas nama prinsip. Adakalanya sesuatu hal yang bukan prinsip atau Nabi s.a.w. sendiri perbolehkan pun ia dipegang secara berbeza oleh muslim misalnya.
Adakalanya lucu dan kesal saling bersilih ganti. Beban pergeseran semua hero-hero ini akhirnya memerlukan DS Anwar untuk datang menyelesaikannya. Jika DS Anwar perlu menyelesaikan semua perkara ini, ternyata bahawa pimpinan barisan depan, kedua atau ketiga perlu bermuhasabah akan fungsi mereka.
Disiplin perlu diwujudkan. Bagaimana? Realiti perjuangan semasa misalnya berbeza dengan realiti yang pernah wujud sebelum ini. Rakyat tidak lagi merasa ada keperluan untuk kerap turun berdemonstrasi. Saya tidak memaksudkan tidak perlu buat langsung, tetapi kesakitan-kesakitan hidup yang pernah berlaku bermula 1998 dan mereka rasakan tidak terbela itu mendorong mereka memilih kesedaran lain untuk bergerak. Itu bukan bermakna jiwa mereka telah tunduk mengalah tetapi ia adalah sebahagian realiti yang perlu mereka depani. Berundur selangkah tidak mengapa jika itu yang membolehkan seseorang bergerak ke depan lagi beberapa langkah.
Saya fikir, di sinilah peranan Angkatan Muda Keadilan (AMK). Sekurang-kurangnya, AMK harus membangun modul latihan kepada ahli untuk digerakkan di peringkat cabang dan ranting. AMK tidak wajar membiarkan parti bergerak hanya dengan keputusan pemimpin. Perkara-perkara asas berkaitan perjuangan parti sepatutnya telah selesai dari sudut pemahaman ahli. Ahli di peringkat cabang dan ranting tidak akan mampu bergerak jauh tanpa asas pemahaman yang kukuh. AMK tidak wajar mengharapkan ahli bergantung kepada maklum balas semasa pemimpin untuk hal-hal berbangkit. AMK tidak wajar membina kekuatan ahli hanya sekadar melalui rasa tidak puas hati mereka akan tindakan kerajaan. Ahli harus dibangunkan kapasiti mereka dengan latihan pemahaman terhadap ideal kenegaraan dan di sana nanti mereka akan menjadi penggerak dengan sendirinya.
Hari ini kita lihat beberapa mantan tokoh PKR yang ‘gila talak’. Mereka sangka apa yang mereka telah buat untuk parti dan gerakan reformasi itu paling hebat dan cukup. Kita tidak mengatakan bahawa mereka tidak ada sumbangan, tetapi apa yang mereka buat pada hari ini cukup untuk menghilangkan semua ‘jasa-jasa’ mereka sebelum ini. Ya, saya katakan menghilangkan ‘jasa-jasa’ ini kerana jelas bahawa mereka telah memilih keyakinan baru. Justeru, keyakinan lama tentu tidak bernilai buat mereka.
Saya masih ingat ketika pulang ke kampung lebih setahun lalu di mana beberapa orang tua-tua datang bertanya saya “betulkah YB Zul Noordin itu Special Branch?”. Saya tidak tahu. Apa yang boleh saya katakana ialah beliau ialah salah seorang peguam DS Anwar. Tetapi memang ada sebahagian Special Branch yang masuk ke pelbagai sektor untuk mendapatkan maklumat dan saya pasti DS Anwar tentu saja lebih lagi wujud cubaan mendapatkan maklumat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Bahkan saya yang memang tidak dikenali pun pernah dikunjungi dan dihubungi oleh Special Branch.
Saya masih ingat ketika mogok lapar sempena 365 hari tahanan ISA, sebilangan aktivis sampai ke tahap boleh mengenal Special Branch. Ada seorang daripada mereka merapati saya dan menawarkan saya ruang untuk membuat kerja amal di luar negara jika benar saya suka membantu masyarakat. Saya tolak dengan baik kerana pada waktu itu saya masih belajar di kampus dan cukup untuk saya bergiat dalam negara. Ada yang terus cuba berhubung dengan saya untuk mendapatkan maklumat. Sebenarnya banyak yang menarik daripada pengalaman ini termasuk hal-hal yang pada saya lucu.
DS Anwar akan terus dihakimi oleh kumpulan yang pelbagai ini termasuk rakyat umumnya. Ada beza antara mereka yang aktif berparti dan tidak. Biar apa pun, kita harus mengingati pesan Saidina Ali k.w. bahawa “kebaikan yang tidak diuruskan dengan baik akan dikalahkan dengan kebatilan yang diuruskan dengan baik”. Reformasi tidak harus tewas hanya kerana ego kita, sama ada secara intelektual, aktivisme dan apa juga.
Jika kita menganggap keluarnya sebilangan tokoh PKR yang pernah ikut arus reformasi itu sebagai proses pembersihan, ia tidak harus menjadikan kita lalai akan keperluan memperbaiki diri secara berterusan. Kita tidak mahu nanti ada yang rasa dipinggirkan selepas berjuang sedangkan mereka tidak pernah dibangunkan kapasiti untuk mengisi ruang-ruang perlu bagi menghidupkan agenda perjuangan selepas berjaya mengambil alih kerajaan persekutuan, insyaAllah.
Anwar Dalam Bicara 9
Tuesday, 23 March 2010
08:37
|
Labels:
amin ahmad
|
This entry was posted on 08:37
and is filed under
amin ahmad
.
You can follow any responses to this entry through
the RSS 2.0 feed.
You can leave a response,
or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
mintak maaf saudara AMIN....
ni luar tajuk sikit....
ceq tak tau nak masuk saluran mana.....
cuma nak tau dari MSK je.....
BRO MSK.....
BANNER kat tepi tu memang tak boleh klik ke....
untuk pameran je ke.....
BLUES UNTUK RAKYAT....
buat masa sekarang, perakexpress ni ada masalah.... yang ada ni pun untuk sementara jak.... yang penting maklumat tu sampai.... tak jadi hal punya.... kalau minat, boleh jugak masuk "http://perisik-rakyat.com/", lepas tu, anda boleh rujuk banyak saluran kat sini (tepi kanan). Banner kat tepi ni tak aktif.... tapi untuk ruangan yang lama, boleh.... tunggu jak MSK kasi update....
Bukan setakat SB yang PKR berdepan. Aku pasti ramai pencacai upahan UMNO menyusup masuk dalam PKR, menyamar sbg ahli PKR tegar. Bila sampai masa yang sesuai, umum diri keluar parti, dan hentam PKR habis-habisan, seperti mana gila meroyannya Zahrain hentam Anwar di Parlimen baru-baru ni.
Aku juga cukup yakin yang eje-ejen UMNO turut menyusup masuk dalam PAS. Menyamar konon-kononnya ahli PAS yang "wala" membuta-tuli, kemudian cuba melaga-lagakan PAS dan PKR menerusi agenda Kerajaan Perpaduan. Kalau tengok blog-blog tertentu yang link dengan blog PAS, memang ketara ada "Munafik Besar" yang berselindung disebalik nama penyokong PAS.
Cukuplah aku bagi contoh, kes Tian Chua terbabit kemalangan di Mersing. Johor baru-baru ni. Ada blog yang link dengan blog ahli PAS yang tulisannya berbaur hasutan mengatakan Tian Chua sengaja melanggar anggota tentera Melayu yang terbunuh tu. Sengaja langgar sebab Tian Chua nampak (dalam kegelapan malam pulak tu)yg penunggang motosikal tu Melayu. Logik ke? Sempat ke kita tengok muka penunggang motosikal pada waktu malam, penunggang motosikal pakai helmet, datang dari arah bertentangan, pada kelajuan purata 80km/jam? Ditambah lagi kalau kita yang memandu ni memakai cermin mata (sebab Tian Chua pakai cermin mata).
Blogger tu tak tau agaknya, yang memandu kereta Tian Chua pada masa itu adalah pemandunya yang berbangsa Melayu, bukan Tian Chua!
Aku tak heran kalau Zul Kulim-Bandar Baharu dicap munafik. Semua orang dah tau, semua orang dah kenal munafik sekor ni. Tapi yang kita kena lebih berhati ialah Munafik yang tidak dikenali yang berselindung disebalik topeng Pakatan. Rakyat.
Salam Amin.
Artikel ini berkisar sekitar reformasi/gagasan yang dibawa saudara Anwar yang mana kerajaan tidak ada lagi hubungan kait dengan ABIM seandainya saudara Anwar keluar dari Umno.Dokumen berterbangan entah kemana.
Ismail Faruqi ?
Saya syorkan Amin selidik mereka2 yang berduyun-duyun keluar menentang Umno(B)setelah Umno diharamkan.
Mereka-mereka ini ada prinsip dan tidak terus ikut serta bersama Semangat46.
Juga mereka2 yang meninggalkan Semangat46 tanpa menyetai Umno.
Saya rasa mereka2 ini yang lantang mempertahankan Anwar biarpun hati mereka terluka apabila Anwar menyertai Umno dan Umno(B)
Perjuangan Umno diharamkan dan reformasi Anwar jauh beza dari segi jati diri Melayu yang tidak senang dibawah ketua yang tidak seratus peratus melayu. Rasis ? Polemik dan politik.
Apakah dasar Umno(B) ciptaan Mahathir ?
Apabila sesuatu dasar itu kita setuju maka selarilah perjuangan demi agama bangsa dan tanah-air.
Pada saya, dasar Umno(B) jauh menyimpang agar semangat agama didahulukan.
Bila ini dimengertikan kita dapat berlaku adil keatas manusia tanpa mengira ras.
tu la p dengaq ceramah lagi,dah la 2,pakai ambik sebijik-sebijik lak2,bukan nak pikiq dulu..kalau ceramah agama x pa jugak.kalau dah otak karat 2 karat jugak.yang mana kawan,yang mana lawan pun tak tau...
Post a Comment