Oleh Matkeri
Ameno gila 'outsource' sekarang ni. Untuk orang yang menjajah negara dan menguruskannya secara korporat seperti ameno, outsource adalah penyelesaian mudah untuk meletakkan masalah dalaman difikir oleh pihak luaran.
Satu ketika beberapa tahun dulu, ada syarikat yang 'gila outsource' sampai ke tahap yang tinggal cuma CEO dan sekretari. Department yang lain habis dioutsourcenya. Secara umum, tujuan utama outsource ialah 1) syarikat boleh tumpu kepada perkara yang lebih mustahak - cari duit, 2) dipercayai outsource dapat menjimatkan sumber syarikat terutama kewangan dan sumber manusia.
Outsource jugak boleh berlaku dengan cara 'mengkorporatkan jabatan'. Contohnya syarikat yang rasa bahawa jabatan IT banyak sangat sedut duit syarikat, maka syarikat koroporatkan (swastakan) jabatan tersebut dan IT, instead of buat kerja buta cukup bulan ambik gaji, akan charge syarikat setiap job yang dilakukan. IT tadi juga boleh keluar buat bisnes di luar. Maka syarikat sudah tidak perlu fikirkan tentang IT budget dan staff IT.
Tertarik dengan idea outsource ini agaknya, maka ameno cuba mengharung 'lautan biru' (blue ocean) dalam politik negara dengan mencuba kaedah ini.
Lately, kalau diamati dengan teliti, ameno telah outsourcekan core perjuangannya - rasis - kepada PERKOSA PERKASA. PERKASA sekarang, yang diketuai oleh Ibrahim 'putera katak' Ali, berjaya membawa PERKASA untuk menjadi lidah rasis ameno. Ameno sekarang tidak perlu fikirkan lagi tentang perjuangan rasisnya yang mendapat bantahan, bukan saja dari bangsa sendiri, malah dari ahli sendiri, sebab ianya telah dioutsourcekan kepada PERKASA. Apa saja perkara2 bangang berkaitan rasisme dan hasutan, Brahim akan men'champion'inya. Ameno boleh terus tumpu kepada rambut Rosmah perkara lain.
Perkara yang kedua ialah fitnah. Telah terbukti bahawa ameno gagal dalam usahanya menabur fitnah bilamana mereka membeli seketul dua mangkaq sengkek dari PR untuk memfitnah PR melalui pentas rasmi ameno. Terbukti dengan kemasukan Ezam dan gerombolan lainnya ke dalam ameno tidak lansung dipedulikan orang. Outsource ialah menyerahkan urusan kepada pihak lain, bukan urusan itu diuruskan oleh orang dalam. Maka Ezam gagal melaksanakan fitnah - kerana ianya tidak dioutsourcekan.
Sebab itu 4 MP terpaksa dibeli dan diternak di dalam kandang 'Bebas' untuk menfitnah. Jika mereka dalam kandang ameno, mereka akan sama seperti Ezam, tidak menyengat dan kurang kredibiliti. Hanya outsourcing sahaja yang - bagi ameno - dapat menarik perhatian rakyat. Nah, ameno boleh terus tembunkan Rosmah tumpu kepada perkara lain. Tugas fitnah telah pun dioutsource pada 'Bebas'.
Ameno akan mula berkata PERKASA dan Bebas tiada kaitan dengan mereka. Malah, pada satu2 masa, mereka akan 'bergaduh' sesama sendiri untuk menampakkan ke'real'annya perkara ini. Harapannya rakyat akan terbodoh sekali lagi dengan trik outsource - yang kebetulan sangat digemari oleh mereka yang berada dalam bisnes perbankan (*hint*) - dan mula melihat ameno sebagai 'liberal' dan tidak rasis. Fitnah itu Bebas, rasis itu Perkasa. Ameno adalah wira. Ewwwaahhh.
Aku ada masalah dengan outsourcing? Tadak. Sebab aku pun sokong outsourcing. Mudahkan kerja aku. Ada masalah? Angkat talipon, jerkah saja. Ada permintaan? Angkat talipon, mintak saja. Kita bayaq. Nak apa, mintak. Janji ongkosnya cukup. Dan outsource ni lebih inovatif, sebab mereka yang bekerja dlm bisnes outsource ni harus sentiasa peka dan kreatif sebab kalau tidak, kompetitor lain akan hulur kepala. Terpaksa la diterminate kontrak. Bebas dan PERKASA akan lebih inovatif dan kreatif dalam approachnya demi untuk memastikan kelansungan kontrak dengan ameno.
Cuma masalah outsource ni satu jer, terlampau bergantung pada mereka yang akhirnya mengakibatkan mereka naik lemak dan menekan. Tambahan bila banyak rahsia diketahui dan ada dalam tangan. Bila2 saja, secara tiba2, ianya boleh 'bocor sebab kecuaian staff' atau 'kelemahan kontrak' jika tidak 'ditangani dengan segera'. Ini akan bagi tekanan.
Ameno mungkin boleh atasi masalah PERKASA dan Bebas yang telah dioutsourcekan daripada menekan ameno untuk berada dalam keadaan payah. Mereka boleh outsourcekan C4.
Tetapi dengan syarikat yahudi laknatullah bernama APCO yang telah dioutsourcekan PR negara pada syarikat ini? How? Bagaimana jika betul 1Israel itu memang kerja APCO. Harus diingat bahawa orang kuat APCO juga adalah orang2 kuat Israel. Apakah strategi Malaysia untuk mengurangkan tekanan syarikat yang sayang Israel ini bilamana mereka mula menekan kita? Mereka dah tak main C4....
Outsoure telah mula menampakkan kelemahannya dan banyak syarikat perbankan dan syarikat korporat yang gila outsource dulu sudah mula realise bahawa ianya lebih banyak keburukan dari kebaikan. Operasi utama tidak boleh dioutsourcekan kerana tekanan kepada kerahsiaan adalah sangat tinggi. Kemungkinan ianya akan digunakan sebagain 'ransom' tidak dapat dielakkan.
Rasis, fitnah, dan jaringan bisnes dan contact adalah operasi utama ameno. Bila operasi utama ini mereka outsourcekan, tunggulah masa senak nanti bila masing2 perlukan sumber dan ameno sudah tidak sanggup menurutinya lagi.
Ingat, mereka ada C4 untuk selesaikan masalah dalaman negara. Tetapi untuk masalah yang disimpan di Israel?
Selamat bersidang kepada semua rakan2 di Parlimen Monggolia Malaysia!
Outsource Rasis, Fitnah, dan Rahsia Negara
Thursday, 25 March 2010
09:01
|
Labels:
matkeri
|
This entry was posted on 09:01
and is filed under
matkeri
.
You can follow any responses to this entry through
the RSS 2.0 feed.
You can leave a response,
or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Fitnah dan pembohongan nampaknya menjadi2. Padahal semuanya mengaku "beriman".
Yang jelas kepada saya ialah..gara2 memburu kedudukan, dan wang ringgit yang tidak berapa bernilai apabila kita mati nanti. $$$$$$! Tak kurang jugak yang bertegang leher menegakkan benang basah. Juga...mereka2 yang tidak tahupun kebenaran, tidakpun faham isu pokok. Ego tak ketahuan.
macam kes altantuya 2,kalau tuduhan 2 kita dengar dari mulut orang saja pun kira bedosa jugak.fitnah jugak namanya.macam mana dengan kes liwat anuar,pun betul jugak.....
Aku rasa pm kita dah tersilap amik APCO. Kalu stakat nak dapat nasihat bagaimana nak memenangi semula hati rakyat (pengundi)..di negara kita pun ramai para intelek yang boleh membantu. Tak payah keluarkan jutaan ringgit melanggan khidmat APCOpun..takpa. Akupun boleh bagi nasihat. Banyak duit umno..jangan libas duit negara dah lah. La ni negara belum pulih sepenuhnya dari lemas kemelesetan ekonomi dunia.
"Nasihat" aku mudah je. Praktikal:
1) Rakyat tak suka rasuah. So, jangan bergelumang dgn rasuah atau politik wang
2) Rakyat benci penyalahgunaan kuasa, memfitnah, ketidakadilan/ ketidaktelusan dlm pembahagian kekayaan negara. Nasihat aku: Jalankan dan tadbirlah secara adil
3) Rakyat menyampah dengan pembohongan, cover-up media pro umno. Remedinya..ikut ajaran Islam. Bohong, dusta mesti dijauhi at all cost.
4) Rakyat mahu syiar Islam dimartabatkan, bukan
melupakannya. Remedinya: Hayati dan taatlah ajaran agama nescaya rakyat sokong, Allah berkati
Dan pelbagi lagi yg semua orang sedia maklum. APCO bukannya arif mana dgn keadaan setempat di negara kita. Buat apa bayar juta2 RM kat depa?
UMNO dpt manfaat sakan kah dgn melantik APCO Yahudi ?
I don't think so, frankly.
Salam semua,
Fatwa Prof Dr. Yusuf Qardhawi mengenai sesiapa yangmenyebarkan fitnah kes liwat Anwar akan menjadi fasik dan munafik..
Ini berat. Ini bukan mainan bagi mana-mana orang Islam yang faham. Ini kes berat.
Tetapi bagi para pelaku dosa-dosa besar..ia tak ada apa bendapun..tak kisah. Mcm orang jahiliah...tanam anak perempuan hidup2..itu biase je.. nothing wrong !
Munafik, fasik !
Yusuf Qardhawi adalah Pengerusi Majlis Ulamak Sedunia. Bukan calang2 orang yang bercakap ikut sedap mulut..(mcm aku?..no man ! ) Beliau bercakap berdasarkan ilmu dan nas-nas Al-Quran dan hadis..
Hadis ?? "Tak de pa benda kut.. biasa la.. Itu mungkin alasan atau pandangan mereka2 tertentu yang bertuhankan wang ringgit, yg menjadikan kemewahan hidup di dunia sebagai matlamat hidup nombor wahid.. dan materialistik. Mereka2 yg...tak guna cakappun..
janganlah terima fitnah itu terlalu mudah.janganlah mengangap anua tu sebagai tuhan.semua perkara dia tahu.dulu dia duduk dalam kerajaan mungkin dia tahu semua perkara, takan mudah2 rahsia kerajaan boleh dibocorkan.fikir2lah.....
Korang semua takkan tak tau they all yang sokong ubn tu semua guna motto ni 'BIAR BURUK SANGKA JANGAN BURUK RUPA'
Kalau kita kutuk UBN pun tak guna. Cuba fikirkan cara untuk memberitahu kepada penyokong tegar UBN ini yang terdiri dari orang-orang kampung yang hanya tahu layan TV1, TV2, dan TV3 tu. Yang hanya baca UM, BH dan Sinar harian tu.Kasihani lah mereka-mereka yang miskin idea ini. Hanya mendapat maklumat dari satu sumber sahaja. Saya pun begitu juga dulu. Mujur dapat pendedahan dari para-blogger. TQ. Korang ingat penyokong UBN ini nak percaya ke? Cuba cari jalan untuk menyelamatkan Malaysia dari dikuasai oleh para Yahudi kafir yang licik ini. Orang-orang di USA yang cerdik itu pun tak mampu menolak dakyah dan muslihat mereka....
Post a Comment