Oleh Mkini
Ahli parlimen Hulu Selangor, Datuk Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada jam 9.27 malam tadi di rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang akibat barah otak.
Beliau meninggalkan isteri Datin Siti Zaharah Mohd Zin dan empat orang anak.
Zainal Abdidin, 71 adalah juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor.
Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor pada 1999, beliau merupakan orang kuat Umno Selangor dan pernah menjadi Exco kerajaan negeri selama lapan tahun dan Ketua Umno Bahagian Hulu Langat selama 14 tahun.
Antara jawatan exco yang dipegangnya termasuk
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Penyelidikan dan Pengerusi Jawatankuasa Perjawatan, Pendidikan dan Sumber Manusia.
Pada Mac 2005, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Umno dan menyertai PKR.
Zainal Abidin berjaya memenangi kerusi Hulu Selangor dengan mengalahkan calon BN dari pari MIC, P Palanivel pada pilihan raya umum yang lalu.
Kerusi itu berjaya dirampasnya untuk PKR dengan hanya majoriti 198 undi.
[baca lagi]
MP Hulu Selangor meninggal dunia
Friday, 26 March 2010
01:01
|
Labels:
mkini
|
This entry was posted on 01:01
and is filed under
mkini
.
You can follow any responses to this entry through
the RSS 2.0 feed.
You can leave a response,
or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
17 comments:
takziah.....
harap bn dapat merampas semula....
insyaAllah.....
harap pengganti arwah seorang beragama beriman berakhlak. kalau setakat beragama sahaja tak perlulah sokong. orang beriman tidak akan berdusta, amanah, dan tidak pula mengejar kekayaan. tetapi orang Islam banyak yang dah "melancong" ke hujung dunia sampai lupa jalan pulang. setelah sesat mereka mereka-reka jalan yang mereka perbuat sendiri. jalan yang tak tahu hala tuju.
Bila ada Adun atau MP meninggal dunia, SPR tidak mempunyai apa-apa alasan untuk tidak mengadakan Pilihanraya Kecil. Betapa meluatnya SPR dengan Pilihanraya Kecil (PRK), pengganti Adum atau MP yang meninggal itu mesti dilaksanakan juga.
Lainlah kalau Adun atau MP tu masih hidup, dan hanya mengemukakan surat perletakan jawatan seperti yang berlaku di Perlis baru-baru ini. Dalam kes Adun Titi Tinggi dari MCA yang meletakkan jawatan sebagai Adun itu, SPR masih boleh berpakat dengan Speaker, berdolak dalik dengan rakyat dengan macam-macam alasan supaya PRK tidak diadakan.
Tapi kalau Adun atau MP mati, diaorang tak boleh buat apa-apa. Melainkan kalau diaorang ada kuasa nak menangguhkan "mati" itu. Apatah lagi kalau yang nak mati tu Adun atau MP dari BN. Habis segala ikhtiar puak-puak Umngok ni nak pastikan kawan mereka ni panjang umur.
Itu cakap pasal ajal yang kita tidak ada upaya untuk menentukannya (melainkan pemimpin-pemimpin UMNO yang tak lena tidur malam sejak PRU-12 menunggu giliran "siapa pulak lepas ni" agaknya, aku ke?). Aku ada cerita menarik untuk dikongsi bersama penyokong Pakatan Rakyat dan aku harap pihak admin PerakEkspress.com dapat siasat dan dedahkan dakwaan aku ini.
Pada 25 Februari 2010 (kalau tak silap), aku dengar radio BFM, yang aku rasa stesen ni milik BERNAMA. Sekitar jam 3:50 petang satu temubual diadakan.
Aku tak pasti temubual itu berkisar tentang apa kerana aku dengar pun sesi temubual tu dah nak habis. Tetapi apa yang cukup menarik perhatian aku ialah antara inti pati temuramah itu ialah berkenaan pelaksanaan e-voting dalam pilihanraya....
APA...!!! E-VOTING dalam pilihanraya?!! Gilo apo...!!!
Aku pasti ramai yang terkejut dengan apa yang aku tulis ni. Kalau tak caya, tanyalah kawan-kawan yang korang percaya yang dengar siaran radio BFM pada masa dan tarikh yang aku beritahu tadi. Itupun kalau diaorang ada onnkan radio lah.
Kepada admin dan kolumnis PerakEkspress, tolong dedahkan disini, siapa ANAS ZUBEDI (atau ejaannya Anas Zubaidi ke, atau Anaz Jubaideiy ke aku tak pasti). Tapi lebih kurang tu lah nama yang juruhebah BFM tu sebut semasa temubual tu.
Si Anas Zubedi ni cakap, mungkin pada peringkat awal, sistem ni boleh dipraktikkan dalam Pilihanraya Kecil (PRK) sebelum dilaksanakan sepenuhnya dalam Pilihanraya Umum! Gilost...!!!
ANAS ZUBEDI ni dikatakan dari ZUBEDI SDN. BHD. satu consultant yang dikatakan sedang membangunkan perisian untuk membolehkan pengundi-pengundi di Malaysia membuang undi secara on-line! Fuh... Dahsyat...Dahsyat...!!!
Hebat sangatkah internet kat Malaysia ni sampaikan dalam pilihanraya kecil pun nak mengundi menerusi internet! Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat ada guna internet tak? Agak-agakmya berani tak Barrack Obama nak cadang guna internet dalam pilihanraya presiden akan datang?
Paling aku meluat, si Anas Zubedi ni cakap (dalam Bahasa Inggeris la, puak-puak ni mana main cakap Melayu) kalau berlaku masalah dalam e-voting bukanlah kerana ketidak-telusan, tetapi masalah teknikal. Hotak kau!!!!!!!
Sekali lagi aku minta jasa baik PerakEkspress.com, tolong dedahkan siapa ANAS ZUBEDI ni, dan apa agenda disebalik pelaksanaan e-voting dalam PRK dan PRU.
Allahyarham seorang ahli politik yg baik dan sederhana. Tidak terbabit dgn sebarang skandal, dan punyai pekerti mulia. Innalillahi wainna ilahirojiuuun. Alfatihah
fatwa Yusuf Qardhawi menyatakan mereka yang melakukan fitnah kepada anwar ibrahim dah jatuh munafik manakala yang menyokong pula adalah fasik. Justeru itu jgnlah menyokong kepimpinan yg munafik krn hukumnya fasik!
sejak tukar wajah perak exe ni tak semenarik dulu berita yg ada pun dah tak segar lagi.
masa yg sesuai utk bn merampas semula hulu selangor....
"selangor bangkit" tolak PR......
ada harapan ke idak BN dpt merampas semula hulu selangor.... entah ler... isyk...
tak mengharap pada BN, takde maknanya kalau diaorang menang. orang melayu tetap sama hidup terhimpit anak merempit. hidup melarat anak merempat. hidup terabai maruah anak tergadai. tangan di atas tidak semulia di zaman Nabi, tangan dibawah menadah tangan, bukan memohon doa terhadap tuhan, tetapi memohon habuan dunia. bukan bergondong-gondong wang melimpah tetapi cukup menutup dua belah mata, itu pun iman sanggup digadai. melayu Islam tanpa iman dan ihsan.
MSK. Roger2x.
salam....
Diharapkan arwah akan ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman, takziah kepada keluarga arwah,janganlah kita terlalu pilu,kerana semua ini ada hikmahnya tersendiri, kami mengharapkan kerajaan Pakatan akan meletakkan calon peganti yang telah ditinggalkan arwah biarlah orang yang beriman,orang yang bertanggungjawab,dan orang yang benci rasuah serta sayangkan pengundinya.
perakex ni dh mcm hidup segan mati xmau...siannn aku tgk
nwa
Hang punya blog pulak macam mana..? dah mati ke sedang nazak ?
Apapun..saya syorkan PerakExpress dapat kembali ke format asal..ia lebih ceria. yang ni hitam putih je..susun aturnya pulak yg ni simple sangat..kurang daya tarikan. Tapi serangan 'spam' 'hacker' dan penjenayah siber upahan..yg tu patut pihak berkuasa ambil tindakan. Kalu blog yg tak sebulu dgn kita, kita serang dia..mana boleh. Ia bertentangan dgn freedom of speech, dgn. undang2 sejagat.
Sampai masa..kita kan pergi juga. Qulunafsin zaa ikatulmaut. Setiap yg hidup akn merasai mati!
Yang pergi..semoga Allah cucuri rahhmat ke atas ruhnya.
Mari kita bercakapmengani yg belum mati. Betul ke, semasa perbahasan di Dewan Rakyat, ketika Anwar membidas UMNO kerana mendapatkan APCO..ada seorang "pemimpin" (pemimpin "kunun"nya) bernama
Nasha tidak ikut serta menyerang UMNO? Sebaliknya..dilaporkan beliau bersembang di luar dewan dgn seorang ahli parlimen UMNO ?
Baru2 ini, bila ramai blogger yg hentam Nasha dari segenap penjuru (kerana beliau pergi jumpa UMNO dlm gelap utk kemungkinan wujudkan Kerajaan Perpaduang)..aku kata: Tak begitu kut. Jangan tuduh yang bukan2. Ust. Nasha ni nampak jujur...
Kalu betul berita terbaru ni..munkin dah sah dah beliau berminat sungguh menyertai UMNO. Kalu minat..pergi je la ustaz. Satu pergi sepuluh yg datang ! Kut2 dpt jadi menteri UMNO..mana tau..itu rezeki tuh..
PRU ke 13 nanti, tolong jangan bertanding di Bachok lagi. Guna bendera UMNO lebih baik kut..
Bertandinglah di luar Kelantan..di bawah bendera UMNO..tengok bintang Ustaz kita ni cerah atau malap..
Aku ada baca dalam satu blog PAS yang anti-UG. Wartawan PAS yang "menyergah" Ustaz Nasa tu bernama Zainulfaqar kalau tak silap.
Pada aku tak salah kalau Ustaz Nasa nak berbual-bual dengan Ahmad Husni Hanadzlah dari UMNO. Setakat berborak, apa salahnya.
Cuma masa berborak itu yang tak kena. Munurut Zainulfaqar, ketika beliau menegur Ustaz Nasa yang sedang rancak berbual dgn Husni, pada waktu yang sama sedang berlaku "perang" perbahasan dalam dewan.
Perang antara BN dan Pakatan Rakyat yang dimaksudkan adalah serangan DSAI terhadap KERAjaan M.Najis yang melantik fraksi Yahudi sebagai Penasihat Kerajaan Malaysia. Aku juga sependapat dengan Zainulfaqar, ketika perbahasan ini sedang berlangsung, Ustaz Nasa seharusnya berada dalam dewan, bersama-sama dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat yang lain "menelanjangkan" BN yang rupa-rupanya selama ini bersekongkol dengan Yahudi. Bukan bersembang di lobi parlimen.
Apatah lagi jika beliau bersembang dengan MP UMNO yang UMNO itu dah terang-terang bekerjasama dengan Yahudi, keadaan itu akan menimbulkan persepsi yang amat negatif dikalangan ahli dan penyokong PAS sendiri.
Apa salahnya, Ustaz Nasa buat "appointment" dengan Husni, sambung borak selepas tamat perbahasan mengenai Consultant APCO ini. Kan lebih bagus begitu. Lepas tamat perbahasan, berboraklah kau puas-puas dengan Husni. Aku yakin kalau itu situasinya, Zainulfaqar dan kumpulan anti UG tak kisah.
Soalnya, penting sangatkah isu yang nak dibualkan oleh Ustaz Nasa dan Husni, hinggakan ketika perbahasan yang cukup penting dalam dewan pun sanggup diketepikan oleh Ustaz Nasa, demi nak mengutamakan "bual-bual" bersama Husni?
Apapun, selepas membaca kritikan lantang Zainulfaqar (hinggakan beliau tak takut dipecat dari PAS!), aku masih bersangka baik dengan Ustaz Nasa, seperti yang pernah aku nyatakan sebelum PerakEkspress diupdate berwajah baru seperti sekarang.
Cuma nasihat aku kepada Ustaz Nasa, berhati-hatilah. Jerangkap samar UMNO berada dikeliling "enta" sekarang.
Orang yang dah gila kuasa, tak kenal halal atau haram semuanya dia nak sebat....semuanya pelakon yang baik...umno sekarang tak macam dulu2.....sedarlah semua, umno bukan tuhan..nak takut apa..takut tak dapat projek?...yang dah pegang amanah tu...ingat rumah kata pergi kubur kata mari...
Aku percaya 100 peratus. Keadaan negara kita akan menjadi jauh lebih baik jika parti selain UMNO, MCA, MIC yg menang PRU ke 13 nanti dan berjaya menubuhkan kerajaan baru di Malaysia nanti. Aku tidak percaya kpd gerombolan yang cuba berlakon menjadi orang baik, tak rasuah, tak berhajat kpd kemewahan dunia, wang ringgit atau jawatan,.. berlakon menjadi ikhlas.
Aku rasa mereka tidak memberitahu kita, kenapa mereka
beriya-iya, bermati-matian mahu terus berkuasa. Apa motifnya ? Apa SEBENARNYA yang mereka mahukan ?
Post a Comment