Nasr Hamid Abu Zaid telah dipaksa meninggalkan Universiti Kaherah kerana dianggap tersesat. jenayahnya? Nasr menyebut dalam tulisannya bahawa sejarah dan budaya turut diambil kira dalam mentafsirkan al-Quran. Selain itu Nasr juga menghujahkan bahawa dalam penafsiran al-Quran, ayat-ayat suci itu harus difahami secara tamsilan (metafora) dan bukan secara kaku dan hurufiah.
Pada Jun 1995, Mahkamah Rayuan Kaherah menjatuhkan hukum bahawa tulisan-tulisan di dalamnya dan dengan sendirinya membuktikan beliau sebagai seorang murtad. Golongan Islamis mengancam nyawanya Dia tidak lagi dapat mengajar. Para pengawal lengkap bersenjata berkawal sekeliling rumahnya. Para peguam cuba memisahkan Nasr dan isterinya, juga seorang profesor di Universiti Kaherah. Semuanya bersandarkan alasan bahawa seorang wanita Muslim tidak boleh berkahwin dengan Non-Muslim. Nasr Justeru telah diisytiharkan sebagai murtad tidak boleh lagi dikira sebagai seorang Muslim. Urutan dari itu kedua-dua mereka tslah melarikan diri ke Belanda. Sejak itu Nasr mengajar bahasa arab dan pengajian Islam di Universiti Leiden.
Dengan terbitnya buku ini dunia berpeluang mendengar cerita dari yang empunya badan. Nasr Hamid yang telah terlibat dalam salah satu kontroversi paling ribut di abad ke 20. Selain penjelasan tentang kontroversi berkenaan, menerusi buku ini Nasr juga mencatatkan renungannya tentang Islam yang digeluti dan dialaminya sejak kecil.
Buku: Suara Orang Buangan Renungan-renungan tentang Islam
Penulis: Nasr Hamid Abu Hamid dan Esther R.Nelson
Terjemahan: Ammar Gazali dan Al-Mustaqeem Mahmod Radhi
Penerbit: Middle Eastern Graduate Center
Harga: RM 30 by hand dan RM33 by pos
Muka surat: 326 halaman
Suara Orang Buangan Renungan-renungan tentang Islam
Monday, 25 October 2010
20:30 | Labels: buku, nasr abu hamid | 0 Comments
Tiada Paksaan dalan Agama
Friday, 8 October 2010
22:11 | Labels: buku, taha jabir al-alwani | 0 Comments
Metafizik dan Kosmopolitanisme
21:59 | Labels: buku, khalid jaafar | 0 Comments
Ibnu Rushd dan mazhabnya
21:55 | Labels: buku, Ernest Renan | 0 Comments
Kembara seorang reformis
21:43 | Labels: rashid ridha | 0 Comments
Islam dan dasar pemerintahan
21:07 | Labels: ali abdul raziq, buku | 0 Comments
Anwar Dalam Bicara 10
Thursday, 29 April 2010
Hulu Selangor kembali kepada BN.
Beberapa hari sebelum penamaan calon, saya sempat berkunjung ke sana. Terdapat sejumlah pemidang yang mahukan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib menjadi calon di sana. Tetapi kita tahu akhirnya P.Kamalanathan dipilih di pihak BN dan Datuk Zaid Ibrahim bertanding di pihak PKR-PR.
DS Najib mengatakan bahawa keputusan Pilihan Raya Kecil P094 Parlimen Hulu Selangor adalah satu referendum kepada kepimpinan beliau sejak peralihan kuasa Perdana Menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Ramai menjangkakan ia satu referendum kepada kedua-dua gabungan – Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR). Ia boleh jadi benar dan boleh jadi tersasar. Kita boleh lihat misalnya kes Pilihan Raya Kecil DUN Ijok dulu.
Sebelum ia berlangsung, saya menganggap PR adalah underdog di kawasan tersebut. Hujah saya ialah kerana:
1. Semua DUN di bawah Parlimen Hulu Selangor dimenangi oleh BN.
2. Khidmat arwah Dato’ Dr. Zainal selepas dipilih dalam PRU-12 tidak dapat diberikan secara optimum kerana beliau jatuh sakit yang akhirnya menjadi asbab kematian beliau.
Mungkin ramai yang mengatakan bahawa PR tidak sepatutnya dianggap begitu kerana dalam PRU-12 menunjukkan rakyat di kawasan tersebut sedia memilih PR. Hakikat sebenar ialah kemenangan tipis PR sebelum ini disandarkan kepada faktor berikut:
1. Sentimen nasional yang menolak UMNO-BN yang saya nisbahkan banyak dipengaruhi imej lemah Tun Abdullah Ahmad Badawi (mungkin kerana tiada APCO, hehe).
2. Penolakan kepada Datuk G. Palanivel sebagaimana yang dizahirkan semasa pemilihan calon BN pada kali ini.
Kenapa BN menang dan kenapa PR kalah?
Saya berpendapat bahawa BN menang berdasarkan beberapa faktor iaitu:
1. Sebagaimana dinyatakan di atas, arwah Dato’ Dr. Zainal tidak dapat berkhidmat secara optimum dalam tempoh 2 tahun (dan saya percaya itu bukan pilihan beliau). Ini sekaligus menjadikan gerak kerja PR dan Kerajaan Negeri Selangor tidak lebih daripada dilihat sebagai hanya mahu meraih undi meskipun program-program Kerajaan Negeri Selangor itu sebahagiannya dirancang jauh lebih awal.
2. Isu serangan peribadi kepada Datuk Zaid yang diambil sebagai sentimen peribadi orang Melayu-Muslim di sana khususnya di kalangan mereka yang berada di atas pagar.
3. Jentera yang lebih kukuh dari sudut chain of command dengan segala kekuatan kewangan untuk melaksanakannya. (hal ini ada saya jelaskan sedikit di blog saya: www.becok.blogspot.com).
Saya tidak nampak P.Kamalanathan adalah seorang calon yang kuat untuk disandarkan sebagai sebab undi harus diberikan kepadanya. Pengundi dari kaum India mungkin memilih beliau atas faktor kaum tetapi BN terpaksa menggunakan gabungan mereka iaitu BN itu sendiri sebagai jenama kempen. Orang Melayu khususnya diingatkan bahawa mengundi P.Kamalanathan beerti mendokong BN yang didominasi oleh UMNO sebagai ‘parti orang Melayu’.
Ternampak PR masih banyak bergantung kepada isu nasional. Saya memuji usaha Kerajaan Negeri Selangor hadir dengan penerangan dasar dan program-program mereka yang lebih bersifat setempat. Isu nasional bukanlah tidak penting tetapi mungkin upaya merakyatkan bahasa-nya barangkali sukar untuk dihadam oleh kaum Orang Asli dan penduduk kampung.
Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) ialah Pihak Berkuasa Tempatan yang prestasinya diberi 2 bintang oleh Kementerian yang menguruskan hal ehwal Kerajaan Tempatan. Kita tentu ingat Khir Toyo pernah menganugerahkan penyapu kepada Yang Dipertua MDHS yang baru masuk berkhidmat beberapa bulan. Sejak 2 tahun lalu, prestasi MDHS telah meningkat berkali ganda meskipun sudah tentu banyak yang perlu dilakukan.
Penduduk di Hulu Selangor patut mengambil masa melihat sendiri bagaimana penuhnya projek terbengkalai di sana. Bukankah ini adalah simbol paling nyata kelemahan BN? Kini mereka ada tiga orang ADUN, apa peranan mereka – dulu, kini dan selamanya?
Arwah Dato’ Dr. Zainal ditekan oleh kerajan persekutuan melalui sekatan peruntukan kepada Ahli Parlimen daripada PR. Saya difahamkan nilainya sebanyak RM1.5 juta setahun. Khabarnya seperti Wang Ehsan di Terengganu dan Kelantan, ia disalurkan melalui Bahagian UMNO-BN. Ini adalah satu sikap biadab dan tidak menghormati pilihan rakyat yang telah lama diamalkan UMNO-BN.
Ya, saya tahu ada yang mahu mengatakan bahawa Kerajaan Negeri Selangor juga tidak memberi peruntukan kepada wakil rakyat UMNO-BN di Selangor. Apa yang mereka tidak nyatakan ialah wakil-wakil rakyat ini telah mendapat peruntukan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor telah dihadkan peruntukan meskipun menjadi penyumbang kepada 21% KDNK negara.
Prinsipnya, adakah mereka pernah peduli dengan sekatan bantuan kepada Ahli Parlimen dan Negeri selama ini?
Setidak-tidaknya, sekitar RM167 juta yang dikatakan telah dilimpahkan untuk PRK kali ini cukup untuk menampung peruntukan 100 orang Ahli Parlimen dalam masa setahun!
Apapun, saya tidak melihat Datuk Zaid Ibrahim tewas dalam erti kata sebenar. Undi kepada PR meningkat, mungkin sedikit berbanding BN. Tetapi itu cukup untuk menunjukkan kesetiaan pengundi di samping sejumlah pengundi yang dilaporkan gagal mendapatkan hak mengundi mereka kerana telah dialih tempat dan kawasan mengundi selain yang hilang namanya di senarai pengundi.
Kelemahan gerak kerja jentera PR juga harus diterima secara terbuka di mana disiplin mesti diterapkan sambil mengusung agenda kebebasan.
Apapun, tahniah kepada yang menang. Untuk saya, yang menang atau kalah sebenarnya ialah rakyat Hulu Selangor.
17:44 | | 1 Comments
PRK P094: BN mng 2k undi
Sunday, 25 April 2010
Muhyiddin dlm perjalanan ke tempat kira undi. Dia kelihatan gembira.
Unofficial Result BN menang
Ada sumber yang mengatakan BN akan mng dgn majoriti hampir 3000 undi.
Terbaru 20 827 - BN, PKR - 20 293
Segala keputusan adalah tidak rasmi
kemaskini 7:31 mlm
Dari DAP Melayu, Keputusan tak rasmi 21 saluran, PKR mendahului dengan majoriti 284 undi.
kemaskini 7:15
kemaskini MKini 7:12
Tidak rasmi: PKR 8,557 BN 7,116 pada 7.08 malam
kemaskini 7:00 mlm
Laporan MSK, PKR lead BN, lebih 1000 undi.
kemaskini 6:40
Undian dikira, BN menang undi pos.
kemaskini 5:00 ptg
Proses undian bagi PRK P094 tamat. Peluang masih samar-samar bagi kedua-dua belah pihak, dari telahan wakil kami dilokasi mengatakan bahawa Datuk Zaid Ibrahim akan kalah dengan lebbih dari 2000 undi, namun undi protes yang dibuat terhadap P. Kamalanathan tidak boleh ditolak. Peluang juga masih ada bagi Zaid untuk menang PRK kali ini.
kemaskini 4: 30
Setakat jam 4 tadi SPR berkata peratusan keluar mengundi mencecah seramai 47 615 orang atau lebih 73.82% sudah keluar mengundi.
kemas kini 3:21
Setakat jam 3 tadi SPR berkata peratusan keluar mengundi mencecah seramai 43 333 orang atau lebih 67.18% sudah keluar mengundi.
kemaskini 2:35
Setakat jam 2 tadi peratusan keluar mengundi mencecah seramai 41 112 orang atau lebih 64% sudah keluar mengundi.
kemaskini 2:32
Memetik sebuah laporan di dalam MKini, Datuk Seri Muhyiddin Yassin yakin bahawa BN akan dapat memenangi semula kerusi yang telah dirampas oleh PKR di Hulu Selangor.
kemaskini 2:00
Menurut twitter TMInsider, P. Kamalanathan, beliau mengatakan bahawa beliau yakin untuk menang, memandangkan sokongan para pengundi yang nampak memihak kepadanya.
kemaskini 1:50
Setakat jam 1 tadi, seramai 36, 650 atau 57% keluar mengundi di semua bahagian di Hulu Se
kemaskini 12:47
Hari ini penentuan bagi siapa akan menduduki kerusi P094 Hulu Selangor. Adakah milik PKR atau milik BN? PRK ini diadakan kerana kematian penyandangnya Datuk Zainal Abidin Hassan dari PKR akibat sakit kanser. Perlawanan satu lawan satu antara calon Pakatan, Datuk Zaid Ibrahim dan calon BN, P. Kamalanathan.
Pada pukul 11 tadi, SPR telah mengeluarkan peratusan keluar mengundi adalah sebanyak 38.31 peratus ataau 24 645 orang.
Keadaan kecoh pada sejam tadi, - penyokokong kecoh, pemuda UMNO serbu masuk pondok petugas wanita PKR - telah mula beransur pulih, kerana kedatangan FRU. Tetapi perang mulut antara kedua-dua penyokong parti yang bertanding masih berlaku. Keadaan masih lagi panas walaupun telah mula beransur pulih.
SPR secara rasmi mengeluarkan peratusan keluar mengundi adalah sebanyak 31,632 atau 49.04% setakat pukul 12 tadi.
20:34 | Labels: P094 | 21 Comments
Hulu Selangor: PKR 6: BN 4
"Syiriiikkkk!!!!" kata Fuziah bila aku bagi tau ada orang tua nak tolong dengan memanipulasi nombor.
"Tapi Kak Gee..." kata Hj. Mail. "Election is a number game. We are not manipulating people, but manipulating numbers." Lega aku bila Hj. Mail defend aku.
"No.no.no " kata Fuziah." I tak mau terlibat dengan kerja you all."
"Carry on, Mat." kata Hj. Mail. "Hang buat sorang-sorang, aku tak boleh campur. Nanti mengamuk Kak Gee."
Leceh sungguh. Kita nak tolong...tapi depa pulak takut.
Petang semalam, aku balik ke Kg. Gerachi...cari orang tua tu. Dan aku bawa dia balik ke Bilik Gerakan di Ampang Pecah. Ibu kunyit tak ada..jadi aku suruh dia sendiri cari. Cuma kena tambah kos pengeras menjadi sepuluh ringgit keseluruhan. campur duit minyak aku...aku claim 20 ringgit kat Kak Gee.
Sebaik sampai kat Kem Ampang Pecah...orang tua tu menggeleng kepala.
"Ngape bang?" aku tanya.
"Tempat ni keras. Nama pun Ampang Pecah. 147157 75318. Campur semua jadi 49. 4+9=13. 1+3=4.!!!"
Fuiyo!! Semua yang melibatkan PKR berakhir dengan nombor 4!!
Aku bawa orang tua tu masuk kedalam Bilik Gerakan. Matanya tercangak-cangak...melihat kertas-kertas dan carta-carta yang tertampal di dinding. Tiba-tiba dia terhenti bila melihat carta organisasi Jawatankuasa Pilihanraya Kecil Hulu Selangor.
"Mat!..cuba tengok pada nama-nama yang ada pada kertas tu." kata orang tua tu kat aku. "Tengok pada nama-nama yang ada kat atas tu. Disitulah punca masalah PKR."
Aku tengok pada senarai nama-nama yang ada.
Pengarah Pilihanraya: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Timbalan Pengarah: YB Abdullah Sani
Bendahari: Tengku Maraziyah.
Pengarah Strategi: Fuziah Salleh.
"Wrong people at the wrong place.!" Whoa!!! tiba-tiba orang tua tu cakap orang putih!!.
"Abang kerja apa?" aku tanya.
"Jaga Banglo orang putih kat Bukit Fraser." kata dia. Patut la!!
"Kita tengok nama semua tu.
Abdul Khalid: 12433 281394 = 40. 4+0=4. Peeergh!!!
Abdullah Sani: 1243318 1159 = 38. 3+8=11.
Tengku Maraziyah: 255222 419181718 = 56. 5+6=11
Fuziah: 638918 = 35. 3+5=8.
"Kamu nampak masalahnya?" orang tua tu tanya kat aku.
Aku dah semakin expert tentang nombor. Orang tua tu tak cakap pun aku dah tau masalah yang melanda PKR. Semuanya kerana orang yang tak sesuai diletakkan ke jawatan-jawatan yang penting.
Dari mula-mula lagi...sejak kematian Dato Zainal, PKR Hulu Selangor sudah dilanda masalah. Masing-masing mengaku hebat tapi kerja tak jalan. Semuanya kerana nombor.
"Nak buat macam mana bang?" aku tanya orang tua tu.
"Tak susah... Khalid Ibrahim tak sesuai jadi Pengarah. Ini Politik...bukan bisnis. Ini PKR bukan Guthrie. Nombor Khalid ialah 4. Kalau dia memimpin, tempat yang boleh menang pun boleh kalah..macam Ijok dulu. Kena tukar...kalau tidak, PKR akan kalah."
"Macam mana aku nak cakap? Tak kan Anwar nak dengar cakap aku. Tak mungkin Anwar nak percaya ramalan nombor-nombor ini!" aku kata.
"Tak apa...jangan risau. Yang itu kerja aku. Itu pasal aku minta kunyit." kata orang tua tu. "Tapi ada satu lagi masalah!!"
"Apa dia?" aku tanya.
"Kalau tolak Khalid, Abdullah Sani tak boleh ambil tempat dia. Sebab dia akan bersaing dengan Tengku Maraziyah. Dua-dua bernombor 11. Dua-dua kuat. Dua-dua akan bergaduh. Dan PKR akan kalah juga."
"Habis...nak lantik sapa?" aku tanya.
"Fuziah Salleh kena ambil alih." kata orang tua tu.
"Macam mana?" aku tanya.
"Jangan risau. Itu kerja aku." kata dia.
Orang tua tu mengeluarkan ibu kunyit dari poket dia. "Ambil pisau kejap!!" dia suruh aku. Mana la aku nak cari pisau dalam Bilik Gerakan. Terpaksa la aku melilau cari pisau...nasib baik ada paper cutter. jadi la.
Orang tua membelah ibu kunyit kepada empat bahagian. digenggam...digoncang dan kemudian menaburkan kunyit yang sudah dibelah macam melempar buah dadu. Tiga terlentang...satu terlungkup.
"Ada harapan!!" kata dia.
"Macam mana?" aku tanya.
"PKR tak boleh buat kerja secara solo. Kalau buat secara solo, PKR akan mati. PKR kena bergabung untuk menghasilkan nombor 22 untuk mengimbangi kekuatan BN. PKR kena bergabung tenaga dengan PAS dan DAP untuk menghasilkan nombor 22, nombor kekuatan Zaid. PAS=711=9. PKR=729=18.1+8=9. DAP= 417=13. 1+3=4.
9+9+4=22.!!!!" Yabedabedu!!!!!!
"Ada lagi satu masalah yang belum selesai." aku kata.
"Apa dia?" orang tua tu tanya.
"Duit....kita tak ada duit. Ramai petugas dah lari pasai tak ada duit nak belanja. BN pulak pakai duit untuk beli orang-orang kita. Tiap hari...ada saja orang PKR yang keluar parti pasai duit."
"Yang tu tak ada masalah. Kalau kita nak lawan duit dengan duit...kita kalah. Lagi pun, duit bukan besar sangat. DUIT;4392=18. 1+8=9. Jadi kita kena fikirkan apa dia faktor yang cukup kuat yang sukar untuk dikalahkan." kata orang tua tu.
"Apa dia?"
"RAKYAT. 912712=22!!!"
Pannnnggg!!!! Aku tepuk meja. UREKA!!!!! Kita dah ada formula untuk menang.
1. Kepimpinan Jentera Pilihanraya perlu dirombak. Khalid perlu digugurkan dan digantikan dengan Fuziah.
2. PKR perlu bergabung dengan Pas dan DAP untuk menghasilkan kekuatan.
3. Rakyat adalah faktor utama untuk menang. Dekati pengundi. Gerakkan kekuatan rakyat.
Esok aku kena jumpa Anwar. Sama ada dia nak ikut atau tidak..tu dia punya pasal.
03:33 | Labels: msk | 10 Comments
Said Zahari: Anwar Musuh Utama UMNO dan PM
01:07 | Labels: tvselangor | 3 Comments
SURAT TERBUKA BUAT MUFTI PERAK
Saturday, 24 April 2010
Protokol Kedua
- Setiap muslim yang beriman pasti mahukan kemanisan iman. Terdapat tiga perkara yang menjaminkan seseorang mendapat kemanisan iman. Salah satu nya sebagaimana yang disebut dalam kitab Sahih Bukhari dan Muslim ialah seseorang itu membenci maksiat (kemungkaran) seperti ia benci jika di campakkan ke dalam api neraka. Oleh yang demikian, sebab itulah kita guna halaman luar masjid kerana ia berkaitan dengan iman kerana mempertahankan agama dari ancaman musuh laknatullah adalah wajib. Jesteru itu, Allah menjanjikan jaminan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
- salah satu cara membenci ialah seperti yang diriwayatkan bahawa ketika Nabi Ibrahim a.s sedang berjalan-jalan di suatu tempat, maka dia digoda iblis dan syaitan. Lalu, junjungan besar itu telah membaling batu ke arah iblis tersebut.
- Ulama meletakkan satu kaedah iaitu sesuatu perkara yang ingin dijadikan hukum, hakim atau mufti mesti terlebih dahulu ada gambaran sesuatu perkara itu, maknanya ia mesti ada gambaran dan suasana himpunan seperti di manakah himpunan itu diadakan, guna telur busuk atau tidak, apa tujuan mereka berhimpun , apakah objek yg mereka lontar dan sebagainya.
- Berkenaan dengan perlantikan Ahli JawatanKuasa Masjid tanpa mengikut tatacara perlantikan yang betul dengan membelakangi peraturan yang diguna pakai sebelum ini, adalah merupakan pencemaran terhadap masjid yang di lakukan oleh Parti UMNO dan Barisan Nasional. Pegawai Penyelaras Masjid Daerah (PPMD) seluruh Perak yang dilantik hanya mereka yg menyokong Parti UMNO sahaja. Terdapat di kalangan pengerusi masjid jarang- jarang datang ke masjid malahan ada yg tak pernah datang ke masjid. Dan yang paling memalukan mereka ini mempunyai masalah moral. Sebenar nya, inilah pencemaran yang paling besar pernah yang di lakukan umno pada masjid seterusnya membunuh peranan institusi masjid yang sebenar iaitu sebagai rumah ibadah dan gedung ilmu.
Dengan pendedahan yang telah dijelaskan di atas maka disini saya ingin bertanya kepada Tuan Mufti dan agar saya diberikan PENJELASAN secara Ilmiah dari pihak Tuan Mufti :
KESIMPULAN
- Semua Ulama dan ahli fikir yg mengetahui tindakan Kerajaan Malaysia ini mesti memandang perkara ini sebagai suatu perkara yang besar. Ada seorang datang bertanya kepada Sayyidina Abdullah ibnu Umar Radhiyallahu ‘Anhu tentang hokum darah nyamuk yang terkena baju. Abdullah ibnu Umar Radiyallahu Anhu bertanya: “orang ini datang dari mana?“ mereka memberitahu bahawa dia datang dari Iraq. Kata Abdullah bin Umar:Darah Sayyidina Hussin Cucu Rasulullah SAW yang ditumpahkan dengan zalim kamu tidak tanya tetapi darah nyamuk yang terkena baju yang kamu tanya” Sepatutnya mufti jawab begitu kepada wartawan berita harian, kenapa tidak Tanya tentang APCO zionis busuk ceroboh Negara kita “ kamu datang dari akhbar yang besar untuk Tanya hokum telur busuk ?
18:45 | Labels: dppn pk | 20 Comments