Foto kredit MKini
Muhyiddin dlm perjalanan ke tempat kira undi. Dia kelihatan gembira.
Unofficial Result BN menang
Ada sumber yang mengatakan BN akan mng dgn majoriti hampir 3000 undi.
Terbaru 20 827 - BN, PKR - 20 293
Segala keputusan adalah tidak rasmi
kemaskini 7:31 mlm
Dari DAP Melayu, Keputusan tak rasmi 21 saluran, PKR mendahului dengan majoriti 284 undi.
kemaskini 7:15
Tough fight. Tight race. PKR masih mengatasi BN, tp kali ini dgn hampir 2k.
kemaskini MKini 7:12
Tidak rasmi: PKR 8,557 BN 7,116 pada 7.08 malam
kemaskini 7:00 mlm
Laporan MSK, PKR lead BN, lebih 1000 undi.
kemaskini 6:40
Undian dikira, BN menang undi pos.
kemaskini 5:00 ptg
Proses undian bagi PRK P094 tamat. Peluang masih samar-samar bagi kedua-dua belah pihak, dari telahan wakil kami dilokasi mengatakan bahawa Datuk Zaid Ibrahim akan kalah dengan lebbih dari 2000 undi, namun undi protes yang dibuat terhadap P. Kamalanathan tidak boleh ditolak. Peluang juga masih ada bagi Zaid untuk menang PRK kali ini.
kemaskini 4: 30
Setakat jam 4 tadi SPR berkata peratusan keluar mengundi mencecah seramai 47 615 orang atau lebih 73.82% sudah keluar mengundi.
kemaskini 3:50
Harakahdaily melaporkan bahawa Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Badrul Hisham Shahrin telah ditahan selepas membuat laporan polis bahawa beliau diserang dengan parang oleh penyokong BN.
Beliau tengah hari tadi diserang dengan sebilah parang selepas beliau melawat pusat pengundian di Felda Sungai Buaya.
+ SMS kemenangan Zaid tersebar.
Mungkin ini strategi BN untuk membuatkan para pengundi yang menyokong Zaid dan masih tak undi lagi untuk tidak keluar mengundi, kerana kemenangan sudah berpihak kepada Zaid kononnya.
Menurut Harakahdaily, SMS dari risikan tentera itu juga mendakwa Zaid mungkin mendapat majoriti 3,725 undi dengan pecahan undi Melayu 55 peratus, Cina 75 Peratus dan India 60 Peratus.
kemas kini 3:21
Setakat jam 3 tadi SPR berkata peratusan keluar mengundi mencecah seramai 43 333 orang atau lebih 67.18% sudah keluar mengundi.
kemaskini 2:35
Setakat jam 2 tadi peratusan keluar mengundi mencecah seramai 41 112 orang atau lebih 64% sudah keluar mengundi.
kemaskini 2:32
Memetik sebuah laporan di dalam MKini, Datuk Seri Muhyiddin Yassin yakin bahawa BN akan dapat memenangi semula kerusi yang telah dirampas oleh PKR di Hulu Selangor.
Beliau yang merupakan Timbalan Presiden UMNO, Timbalan Perdana Menteri juga turut melahirkan rasa optimis beliau bahawa kerusi P094 Hulu Selangor akan memihak BN disebabkan pada pilihan raya umum yang lang lalu BN berjaya memenangi ketiga-tiga DUN dibawah Parlimen ini.
Hulu Bernam, Batang Kali dan Kuala Kubu Baharu telah dimenangi oleh BN pada pru yang lalu, tetapi Parlimen telah dimenangi oleh Datuk Zainal Abidin Hassan dari PKR. Beliau telah memenanginya dengan majoriti tipis, iaitu sebanyak 198 undi.
kemaskini 2:00
kemaskini 2:00
Menurut twitter TMInsider, P. Kamalanathan, beliau mengatakan bahawa beliau yakin untuk menang, memandangkan sokongan para pengundi yang nampak memihak kepadanya.
kemaskini 1:50
Setakat jam 1 tadi, seramai 36, 650 atau 57% keluar mengundi di semua bahagian di Hulu Se
kemaskini 12:47
Hari ini penentuan bagi siapa akan menduduki kerusi P094 Hulu Selangor. Adakah milik PKR atau milik BN? PRK ini diadakan kerana kematian penyandangnya Datuk Zainal Abidin Hassan dari PKR akibat sakit kanser. Perlawanan satu lawan satu antara calon Pakatan, Datuk Zaid Ibrahim dan calon BN, P. Kamalanathan.
Pada pukul 11 tadi, SPR telah mengeluarkan peratusan keluar mengundi adalah sebanyak 38.31 peratus ataau 24 645 orang.
Keadaan kecoh pada sejam tadi, - penyokokong kecoh, pemuda UMNO serbu masuk pondok petugas wanita PKR - telah mula beransur pulih, kerana kedatangan FRU. Tetapi perang mulut antara kedua-dua penyokong parti yang bertanding masih berlaku. Keadaan masih lagi panas walaupun telah mula beransur pulih.
SPR secara rasmi mengeluarkan peratusan keluar mengundi adalah sebanyak 31,632 atau 49.04% setakat pukul 12 tadi.
21 comments:
akhirnya Allah maha adil..........
Salam
Terima jer laa kekalahan....dari apa yang aku perhatikan memang sebahagian besar kaum melayu masih sayang pada BN... terutama melayu yang tinggal di kampung. Cakaplah apa saja keburukkan Umno/BN tak beri kesan kepada mereka.
Ini ditambah lagi dengan segala propanganda dari TV, surat khabar, dan segala habuan yang dijanjikan... berapa kerat orang kampung guna internet...yang pasti TV dan surat khabar menjadi sumber utama..memang susah nak ubah..kalau trend begini berterusan sampai bila pun pakatan tak akan berjaya.
Aku pun sedih kekalahan ini..tapi aku kena akur susah nak lawan UMNO BN kalau penduduk Melayu di kampung atau di felda masih sayangkan UMNO..ini termasuk bila PRU13...
Pandangan aku dalam masa 10 tahun akan datang belum tentu pakatan berupaya mengambil pemerintahan dari UMNO/BN..sebab diorang mempunyai segala-galanya untuk menang... terima lah hakikat ini....
BN banyak saloran media mempengaruhi orang2 kampong. Projek2, bantuan dan pembayaran ganti rugi masa nilah jadi tunaian mereka. Jadi cara ini dpt juga mengalih pandangan pengundi2. apakah rakyat akan mendoakan wakilrakyat meninggal awal dan adakan pilihanraya kecil?... atak untung lo....
lain kali jangan percaya kepada SMS risik tentera tu namanya serangan sikologi..... syabas kepada penyebar SMS tu kerana telah mempengaruhi ramai pengundi.. Apa pun PRK boleh menang sekiranya tiada campurtangan pihak ketiga.. wasalam
alhamdulliah rakyat dah mula nampak...kebenarannya,....
Ha ha ha ha...
Berpuluh puluh juta tu janji BN kat Felda..macamana orang Felda tak Undi BN...
Berjuta-juta di janjikan kepada penduduk Hulu Selangor..tapi kalau tak tunaikan nangis ler korang..kalau rasa bagus sangat buatler Laporan Polis Bila BN Tak tunai Janji macam Kong-kang yang buat kat PR dulu..katakan emosi anda telah terganggu kerana janji tak tertunai...ha ha ha..Ayuh apa tunggu lagi tunjukkan Kuasa Rakyat..Rakyat Choose YOU and U should work with Rakyat not Others..ha ha ha.
Salammm
melayu bangang jer yg support BN!!
melayu yg bengap je yg sokong PKR parti kelentong rakyat ni...haha sengal..
Peneroka felda sokong BN, tapi anak peneroka belum tentu sokong. sebab yang pewaris hanya yang sulung, yang bawah-bawah ni melopong la. bukan nak comdemn, tapi hak tetap hak.
Syabas BN atas kemenangan merampas Hulu Selangor dari tangan PKR!
Lepas ni, Murujib akan luluskan lebih banyak lesen judi dan pusat hiburan dengan arak. Terpaksa bai, nak cover dan dapatkan balik duit rakyat yang dah hangus berpuluh juta di Hulu Selangor.
melayu yg support pkr pandai sgt ke????
Taklah sebangang Melayu yang sokong BN....
Aku setuju dengan Kamalias.
Memang BN memiliki segala kekuatan. Mungkin(mungkin)Pakatan Rakyat tidak mampu mengalahkan BN. Tetapi itu tidak bermakna kita tidak melawan.
LAWAN TETAP LAWAN..!!!
Betul kalah tetap kalah ..kalau BN menang dengan kelebihan satu undi sekalipun pemenang adalah BN..
Tapi penyokong UMNO/BN kena ingat kalau dikaji jumlah majority yang BN memang hanya lebih kurang 1700 termasuk undi pos dan selebihnya undi dari penduduk felda yang takut janji duit dan kerajaan ditarik balik...
Kerajaan menggunakan segala apa saja jentera yang mereka ada..pun masih tak dapat majority yang besar...1700 adalah majority yang sangat kecil kalau dibandingkan dengan jumlah pengundi yang membuang undi..itu pun termasuk undi pos yang memang lazimnya memihak kepada BN..
Ya memang tetap menang...but apa yang boleh aku cakap Bn tak boleh menganggap rakyat telah beralih kepada BN...Kelebihan BN masa p94 hanya bergantung penuh pada media mereka, habuan 1+ 49 dan isu arak.. itu saja..dan benda ini tak akan sama dengan pilihanraya yang mungkin ada pada masa akan datang..
Honestly BN menang lebih kepada nasib...memang hardcore BN tak setuju..but seperti penyokong Pakatan akur dengan kekalahan ..penyokong BN perlu akur sebenarnya mereka tak sekuat mana pun..mereka menang kerana duit Felda dan isu arak..itu saja sebenarnya...
naper xder update?
Aikk, kalaaah... Pilihanraya dalam Negeri sendiri pun kalah...
Ada yang dah tak kena ni...MSK kena buat post mortem cepat< PRU13 dah dekat yop.
Salam dari JEBONKUALE
malaysiabaru.com said
ada 10 sebab pkr kalah
KENAPA PERAK EXPRESS LAMBAT UPDATE BERITA?????
Memang tak update. ada banyak kerja lain. Tak lama lagi...perakepress ni pun akan ditutup.
Biar betul MSK ni....
aku penyokong kuat perak express...tp untuk lawan umno bn jer, kalu medium utk bertelagah sesama sendiri mmg aku menyampah kat perak express.
semoga perakexpress terus maju...
Post a Comment