PerakExpress

  • Entries
  • Comments

  • Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit

Tipu Melayu...ugut Cina. Janji Umno menang.

Monday, 6 April 2009

Pilihanraya kecil Bukit Gantang merupakan benteng terakhir Najib untuk mempertahankan kredibiliti beliau sebagai Perdana Menteri yang boleh diterima rakyat. Sejak dilantik sebagai Piem,
reputasi Najib semakin hari semakin merudum. Bukan setakat didalam negeri..malah turut dikecam diseluruh dunia.

Dan bagi Najib, Bukit Gantang perlu dimenangi walau dengan apa cara sekali pun. By hook or by crook. Dan yang terbaru..laporan polis yang dibuat oleh Barisan Bertindak Melayu seperti yang dilaporkan oleh Anje-Online.

Kes ini sama macam kes yang berlaku terhadap Tengku Razaleigh dulu yang dikatakan menghina Islam dengan memakai tengkolok Kadazan yang bertanda salib. dan komen-komen mufti-mufti pun diperolehi untuk membantu mengukuhkan dakwaan mereka. Dan mufti-mufti yang tidak sedar mereka dipergunakan..hanya sedar apabila kenyataan mereka itu diputarbelitkan.

Laporan polis itu memang dirancang...petang buat laporan..malam siap dengan kenyataan Mufti. Tak kisah la apa orang lain cakap. Tak kisah la berapa ramai orang-orang bukan Islam yang hafal Quran. Tak mengapa kalau Ong Tee Kiat menyebut ayat-ayat Quran kerana dia memang lulus Pengajian Islam. Tak kisah kalau Yahudi pun boleh baca Quran. Tapi bila Nga Kor Ming membaca ayat Quran...itu sudah menjadi satu kesalahan besar.

Siapa yang berhak untuk memastikan seseorang itu Islam atau tidak?

Dan siapa yang berhak untuk memutuskan seseorang itu boleh membaca ayat Quran atau tidak? Mufti? Jakim? atau Najib?

Pedulikan lah apa orang kata...asalkan undi orang Melayu akan beralih kepada Umno. Itu prinsip Umno.

Petang tadi, aku diberitahu oleh rakan-rakan nelayan Cina di Kuala Sepetang. Setiap hari...ada saja bot polis marin menahan bot-bot nelayan Cina. Bukan nak check sama ada nelayan-nelayan ni ada lesen memukat atau tidak. Bukan nak check sama ada nelayan ini smuggle barang-barang atau tidak. Tapi untuk memberitahu nelayan-nelayan ini....sekiranya mereka menyokong Calon Pas dan Umno kalah...naya hangpa!

Bukan takat Mufti dipergunakan...polis marin juga dipergunakan. Itu belum lagi jentera kerajaan yang lain, hampir apa saja dipergunakan untuk memastikan kemenangan BN. Cuma satu saja lagi agensi kerajaan yang aku nampak masih belum dapat dipergunakan oleh BN....BOMBA.

MSK

09:48 | Labels: bukit gantang, umno |  

This entry was posted on 09:48 and is filed under bukit gantang , umno . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

 

12 comments:

Malaysian Joe said...

Bukan aje bomba beb... POS Malaysia hah! Tak guna lagi... taupun mrk tau tarak bole guna... kah kah kah...

6 April 2009 at 10:04
matsamankati said...

Pos Malaysia digunakan untuk buat duit. Ingat lagi rebet RM625 untuk roadtax kereta? Pos Malaysia buat berapa juta?

6 April 2009 at 10:21
bawean termenung said...

blog bawean termenung manani tk ditautkan lagi link pls

6 April 2009 at 10:50
Anonymous said...

BUKAN SETAKAT ISLAM DIPERGUNAKAN ALQURAN JUGA DIPERGUNAKAN ASALKAN MENANG PRK BKT GANTANG
HIDUP NZARRR!!!!! MAKKAL SAKTHI!!!!

6 April 2009 at 10:59
IbnAbdHalim said...

Salam Mat,

Bukan setakat agensi kerajaan yang sanggup digunakan oleh UMNO untuk menang, hatta anak dan isteri juga mungkin akan dilacurkan oleh UMNO bagi memastikan kemenangan.

6 April 2009 at 11:09
Huzaifah Ahmad Yamani said...

Apa nak heran, sebabnya Umno ni saki baki Yahudi, Islam macam hak ekslusif depa, tu yang tak iktiraf bangsa lain pun ada hak ke atas Islam. Konon depalah penjaga agama...piierahh...agama sangkut kat jambul Shahrizat adala...

6 April 2009 at 11:12
blues untuk rakyat said...

bro MAT SAMAN....

teori RAHMAN sudah lengkap....

R ahman

A bdul razak

H ussien onn

M madey

A bdulah badawi

N ajib razak


mak aku cakap lepas RAHMAN umno da tak memerintah lagi lepas tu......


so.... mak aku ajak pulak main TEORI " ANWAR "


A nwar

N izar

W an ........... ( mungkin dari terengganu) ho..ho..ho..

A zmin kot.... tak pon aku kot " AZMIR " ho..ho...ho...

R .................


halamak.... niat aku nak tengok KHAIRY jadi PM tak tercapai....

tapi yang pasti MAT SAMAN KATi tak tersenarai....

sebab da berumur.... ho...ho...ho...ho...



BRO MAT tak nak ke main teori ANWAR,,.....

6 April 2009 at 11:22
RAMLIKMTG said...

Adakah PRK ini memperlihatkan kepada kita bahawa parti sedang berlawan dengan kerajaan?
Inilah yang menjadi tanda tanya kepada kita sebagai rakyat,sebab nya bukan BN yang berkempen tapi kerajaan BN yang turun berkempen.Berbeza kalau parti yang bertanding ianya melibat kan hanya parti saja yang bertanding tetapi tidak...itulah demokrasi Malaysia kalau diluar sana dinegara-negara lain kalau parti yang bertanding ia nya tidak melibatkan kerajaan...ini memang pelik,seluruh jentera kerajaan di kerah untuk berkempen untuk BN.

6 April 2009 at 11:40
RAMLIKMTG said...

Perlu kita ketahui bahawa parti hanya sebagai simbol untuk rakyat mencipta sesebuah kerajaan,dan bila ia berjaya membentuk sebuah kerajaan parti tidak timbul lagi sebalik nya kerajaan yang di lantik olih rakyat mempunyai hubungan terus kepada rakyat tanpa mengira ideologi parti,barulah bolih dikatakan dari rakyat kepada rakyat.
Yang pelik nya disini jentera kerajaan sebagai alat perhubungan diantara rakyat dengan kerajaan itu telah di cabuli olih pihak BN demi untuk mencapai cita-cita politik mereka yaitu pemimpin-pemimpin BN.
Inilah senario yang dapat kita lihat sekarang,dimana BN telah mengerahkan jentera-jentera kerajaan berkempen untuk BN.

6 April 2009 at 11:50
Prof. Era Pasca said...

tipu melayu, ugut cina dan bg mamak naik... apara...

to:PR people..
stakat baca quran PUTRI tau baca

linknye:
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/04/penghormatan-yang-di-beri-penghinaan.html

6 April 2009 at 12:22
Amri Mat Saaid said...

http://www.telokbakong.com/?p=727

Baca artikel ni deme gunakan orang tua ni pulak

6 April 2009 at 12:44
hjbard said...

Ampun Tuanku,
Sehubungan dengan itu patik dengan rendah diri memohon jasa perkenan dari Tuanku pertimbangkanlah keputusan Persidangan DUN Perak pada 03 Mac 2009 yang lalu untuk membubarkan DUN Negeri Perak

8 April 2009 at 11:47

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)


  • Blogger Templates

  • Blog Archive

    • ► 2010 (60)
      • ► 10/24 - 10/31 (1)
      • ► 10/03 - 10/10 (5)
      • ► 04/25 - 05/02 (4)
      • ► 04/18 - 04/25 (18)
      • ► 04/11 - 04/18 (9)
      • ► 04/04 - 04/11 (7)
      • ► 03/28 - 04/04 (1)
      • ► 03/21 - 03/28 (8)
      • ► 03/14 - 03/21 (7)
    • ▼ 2009 (56)
      • ► 04/12 - 04/19 (7)
      • ▼ 04/05 - 04/12 (41)
        • Autopsy Bukit Gantang 2
        • Autopsy Bukit Gantang 1
        • Ir Nizar: PM Malaysia Masa Hadapan
        • Pengaruh Najib Tidak Sebanding Pak Lah
        • Status tiga Adun Perak masih belum diputuskan mahk...
        • Terima kasih daun keladi.
        • Nak tau apa kelemahan Umno…(pasai depa asyik dok n...
        • Kemenangan paling bermakna
        • Ciao dulu.
        • Laporan tak rasmi
        • 8.41pm
        • 8.30pm
        • Komputer rosak
        • 8.10pm
        • 7.55pm
        • 7.52pm
        • 7.41pm
        • 7.25pm
        • 7.18pm
        • Live interview with MSK
        • 7.10 pm
        • 7.04 pm
        • Terkini
        • Keputusan PRK Bukit Gantang
        • Video penyokong PAS kena gas pemedih mata
        • Pemecah berita: Menteri balik!
        • 3.45 pm: Peratus mengundi
        • Get it done....NOW!!!
        • Permintaan Terakhir!!
        • Polis lepas gas pemedih mata
        • Pengundian bermula.
        • Pesta menangkap hantu bermula
        • Pesanan Anwar
        • Dr M Kembali (Hati-hati…jangan sakit jantung lagi)
        • Tipu Melayu...ugut Cina. Janji Umno menang.
        • Pendedahan Eksklusif Bekas Pegawai Khas Jamal.
        • Calon BN P59 Bukit Gantang
        • Khas untuk ahli PEKIDA Bukit Gantang
        • Black Operation @ Bukit Gantang. Bah. 3
        • Black Operation @ Bukit Gantang. Bah. 2
        • Black Operation @ Bukit Gantang. Bah. 1
      • ► 03/29 - 04/05 (8)

    Edit here


PerakExpress © 2008 Free Premium Wordpress Themes and BlackQuanta | Bloggerized by : GosuBlogger