PerakExpress

  • Entries
  • Comments

  • Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit

Pemuda Pas Perak: BAIDURI PENIPU!

Tuesday, 6 April 2010

Kenyataan Media (6 April 2010)

BAIDURI PENIPU

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) meminta Polis menyiasat Badan Amal dan Usaha Isteri-isteri Wakil Rakyat Barisan Nasional negeri Perak (BAIDURI) kerana masih menggunakan nama lamanya iaitu Badan Amal Dan Usaha Isteri-isteri Wakil rakyat negeri Perak (BAIDURI) sedangkan mereka telah meminda dengan menukar nama barunya daripada Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Negeri Perak yang telah diluluskan tahun 2008 lagi.

DPPN Pk merasakan BAIDURI yang boleh disifatkan sebagai badan politik tidak boleh menerima sumbangan daripada pihak Kerajaan Negeri mengikut etikanya. BAIDURI jelas telah menipu semua agensi Kerajaan Negeri yang telah menyalurkan sumbangan kepadanya, ini jelas telah menyalahgunakan kewangan rakyat dan kerajaan. DPPN Pk juga merasakan Surujanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu memperjelaskan berkaitan perkara ini kerana DPPN Pk telah membuat aduan pada 27 Jun 2008 lagi.

DPPN Pk meminta supaya pihak Polis dan juga SPRM telus di dalam memastikan sumber kewangan rakyat dan juga kerajaan tidak disalahgunakan. Rakyat sudah tentu mempertikaikan BAIDURI yang jelas menggunakan nama sebuah parti politik mendapat kewangan rakyat dan kerajaan dan ini tidak sepatutnya berlaku.


SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

20:13 | Labels: kenyataan media |  

This entry was posted on 20:13 and is filed under kenyataan media . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

 

6 comments:

Anonymous said...

yang murtad bersepah, yang sesat bertambah, yang jadi mufti pun turut rebah. pak menteri gelak sakan, orang melayu dibudak-budakkan. bukan nak tolong bagi ilmu, tapi dibebankan nafsu setan biar bengap, bangang dan bahlol.

6 April 2010 at 21:18
Anonymous said...

Aku tak puah hati sungguh, blog-blog anti BN diserang oleh hacker upahan UMNGOK. Awat UMNO tak gentlement ? Orang sokong kita , OK. Orang kritik kita, kita tak mau terima, upah hacker pi serang sistem IT mreka. Di mana letaknya keadilan wahi umgok ????

7 April 2010 at 10:23
ha ha ha said...

Ha ha ha ha ha..

Hang mahu Keadilan...Mana ada keadilan wahi zaman akhir zaman nih..orang ramai mahu adil tapi dok pangkah calon senget buat apa...la ni dok tunggu Dajjal keluaq je..Dajjai Kecik dah lama keluaq kat Tanah Melayu nih ..sejak belum Merdeka lagi ..ha ha ha ha ha..

7 April 2010 at 11:52
Anonymous said...

sesipa yang ingin mengatakan BA itu bagus , mereka akan diserang, olih serang meraka sebelum mereka menyerang kita , pertahankan apa yang dikatakan , kotakan apa yang telah dijanjikan, dengan itu BA akan terus berdaya maju ...maju ... dan maju

8 April 2010 at 22:13
Anonymous said...

x siapa pun upah baik UMNO atau BN,itu pun fitnah namanya..dosa besar,tapi atas kesedaran dan keinsafan semuga allah selamatkan mereka yang sesat kembali ke pangkal jalan...

12 April 2010 at 23:43
Anonymous said...

tak yah nak lok lak la..DIAM TAK SEMESTINYA KALAH UMNO TERUS MAJU!! HAHAHA

13 August 2010 at 23:46

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)


  • Blogger Templates

  • Blog Archive

    • ▼ 2010 (60)
      • ► 10/24 - 10/31 (1)
      • ► 10/03 - 10/10 (5)
      • ► 04/25 - 05/02 (4)
      • ► 04/18 - 04/25 (18)
      • ► 04/11 - 04/18 (9)
      • ▼ 04/04 - 04/11 (7)
        • Pecah berita: MP Sibu meninggal dunia
        • Ini hal peribadi!
        • Agen Israel Kuasai Putrajaya?
        • Guang Eng bagi RM 100 setahun, BN bagi RM 100 untu...
        • Pemuda Pas Perak: BAIDURI PENIPU!
        • Perisik Israel ada dalam PDRM - Anwar
        • Pemecah Berita: Idham Lim masuk hospital
      • ► 03/28 - 04/04 (1)
      • ► 03/21 - 03/28 (8)
      • ► 03/14 - 03/21 (7)
    • ► 2009 (56)
      • ► 04/12 - 04/19 (7)
      • ► 04/05 - 04/12 (41)
      • ► 03/29 - 04/05 (8)

    Edit here


PerakExpress © 2008 Free Premium Wordpress Themes and BlackQuanta | Bloggerized by : GosuBlogger