PerakExpress

  • Entries
  • Comments

  • Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit

Zaid Ibrahim calon Pakatan Rakyat di Hulu S'gor

Tuesday, 13 April 2010

[MKini] Datuk Zaid Ibrahim hari ini dipilih sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Menurut sumber, pemilihan Zaid itu dibuat oleh biro politik PKR yang bermesyuarat di rumah ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini.

“Keputusan memilih Zaid buat sebulat suara,” kata sumber itu lagi kepada wartawan Malaysiakini di luar rumah ketua pembangkang di Segambut, Kuala Lumpur.

Sumber itu berkata PKR menamakan Zaid kerana beliau dilihat sebagai calon berwibawa yang mampu mempertahankan kerusi Hulu Selangor itu.

Zaid adalah bekas menteri yang bertanggungjawab mengenai hal-ehwal perundangan ketika dalam barisan kabinet bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum berpaling tadah ke PKR.

Beliau dijangka akan diperkenalkan secara rasmi sebagai calon Pakatan Rakyat di sebuah ceramah di Serendah, malam ini.

[lagi]

14:18 | Labels: hulu selangor |  

This entry was posted on 14:18 and is filed under hulu selangor . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

 

26 comments:

Anonymous said...

pengkhianat bangsa is return

13 April 2010 at 18:15
ikutCeramah said...

Pengkhianat bangsa? Siapa sebenarnya pengkhianat bangsa? Orang yang sanggup meletakkan jawatan menteri kerana menentang undang-undang zalim ISA itu kau kata dia pengkhianat bangsa?

Habis, yang Pencipta Slogan 1 Malaysia yang bersekongkol dengan Yahudi itu bukan pengkhianat bangsa?

13 April 2010 at 20:06
Anonymous said...

batman return he.he..

13 April 2010 at 20:37
Cfu Lan said...

pengkhianat bangsa sebenar ialah UMNO..UMNO...UMNO dulu,kini dan selama-lamanya....apa ylg yg tak dikhianati...biasiswa, sekolah agama, tanah-tanah melayu di bandar, felda dan luar bandar,bersekongkol dgn yahudi,membelasah duit negara berbilion2 ringgit,.....dan byk lg yg x tertulis...wahai org2 Melayu Islam....lihatlah dgn mata hati..bkn dgn mata nafsu.....jgn hanya gunakan akal semata2...gunakan juga 2 tinggalan Nabi s.a.w sbg panduan hidup kita...HIV, buang bayi, rasuah,disko, syabu siapa yg juara...UMNO salah siapa...? agama rakyat adalah berdasarkan agama pemimpinnya...akhlak rakyat adalah cerminan akhlak peminpinnya, gaya hidup rakyat adalah lambang gaya hidup peminpinnya...oleh itu pilihlah pemimpin yg dpat menyediakan persekitaran yg kondusif dan melambangkan M'sia sebuag negara Islam....ni nk rotan 6 X krn minum arak pun x berani...almaklumlah..ramai sgt pemimpin yg kaki tonggang arak...renung dan fikir2kan lah..semoga Allah memelihara negara kita drp bala angkara maksiat yg semakin bermaharajalela....

13 April 2010 at 20:43
ikutCeramah said...

Tengoklah lepas pengumuman rasmi nama calon PKR ni. Mesti ada juak-juak yang mengaku kononnya ahli PKR keluar parti kerana menentang pencalonan Zaid Ibrahim.

Pastu heboh kat media arus perdana, kononnya PKR berpecah.

13 April 2010 at 20:50
shamk1 said...

bg pendapat saya Zaid Ibrahim mmg seorang calon yg sgt berwibawa. Tapi saya rasa DZI lebih baik menjadi ahli pemikir (think tank) didalam PKR dan Pakatan Rakyat. Kalau jadi MP ni kena bergaduh dlm parlimen..lepas tu kena pulak berjumpa dgn MP yg suka bertekak dlm dewan..bertekak ja bukan berdebat sgt pon.. baik duk di luar dewan.. Zaid boleh jadi pengganti Anwar tapi tak perlu jadi ahli parlimen .. itu pandangan saya...

14 April 2010 at 00:09
My Guitar Wants To Kill Your Mama said...

umno+apco... 1malaysia... 1israel... hmmm... pengkhianat bangsa & negara!!!

14 April 2010 at 11:34
Anonymous said...

"Pengkianat bangsa?".

Ini pendapat mat gian kuuut..

Ataupun Mat Ketom..

14 April 2010 at 13:08
Anonymous said...

Awat la UMNO pilih syarikat Yahudi..aku tak faham sunggu. Syarikat lain di dunia, dan syarikat tempatan tak pandai mcm yahudi ?

Aku rasa..sebab utama mengapa APCO menjadi idaman hati..ialah kerana "desakan" yang kuat untuk menang semula - selepas kalah 5 negeri. Maksudnya..bagaimana nak memenangi semula hati rakyat..Nasihat yang berkaitan dgn persoalan itu yang hendak diperolehi dari syarikat yahudi. Kedua, ("Kununnya")..bagaimana memperbaiki imej Malaysia di mata dunia..

Aku rasa orang kampung pun boleh nasihatkan UMNO. UMNO bayar rm77 juta..dengan duit mereka..atau duit negara ? Aku tak tahu.

15 April 2010 at 09:48
ikutCeramah said...

Hakikat yang memang sukar untuk disangkal ialah, memang Yahudi pandai. Kepandaian Yahudi bukan kerana kebijaksanaan mereka. Tetapi kepandaian mereka terhasil atas kelemahan umat Islam.

15 April 2010 at 20:22
Anonymous said...

Jom ramai2 kita kita gi Hulu Selangor bantu kempen. Hanya dgn kerja kuat kejayaan dpt digapai.

Kita kna beri penjelasan kpd pengundi , mengapa pentadbiran yang korup mesti ditukar.

Kita mesti yakinkan mereka, mengapa PAS/Pakatan/DAP menjanjikan wawasan yg jauh lebih baik utk semua. Menjamin keadilan, ketelusan dan pentadbiran yg bersih dari penyelewengan dan rasuah ! Jom, jumpa anda di sana !

18 April 2010 at 09:31
Anonymous said...

Kalu APCOMONO kalah di Ulu Selangor, apa tuan-tuan semua fikir langkah yang akan diambil mereka seterusnya ? Geleng kepala ? Gigit jari, post mortem atas Gunung Kinabalu ? Mengikut "firasat" saya..mereka akan kalah, PKR mendapat majoriti lebih besar - sekitar 1,800 - 2,200, insyaAllah.

Wallahu a'llam.

18 April 2010 at 14:19
Anonymous said...

sokonglah anuar untuk menghalalkan gay,dan kembali kezaman nabi Luth di kota sodom.

18 April 2010 at 14:54
Anonymous said...

hanya orang yang buat salah saja yang takutkan ISA....

18 April 2010 at 15:01
Anonymous said...

buat apa gi hulu selangor,buang masa tolong PKR laknattullah..kalau PAS dicalonkan hamba rela demi menegakkan Islam.Takbir...Allah maha besar

18 April 2010 at 15:06
Anonymous said...

SATU LAGI ORANG UPAHAN PKR NAK BERTANDING SEBAGAI BIDAN TERJUN,ZAID NANTI JANGAN LUPA LOMPAT MACAM MANA HANG BUAT DULU OK....

18 April 2010 at 15:12
ikutCeramah said...

Anonymous pencacai UMNO bacul takdak teloq return..... Hentam PKR dan cuba laga-lagakan Pakatan Rakyat, tapi tak berani letak nama.

19 April 2010 at 08:39
ikutCeramah said...

Jangan sesekali berasa selesa, dan JANGAN sesekali berasa terlalu yakin Pakatan Rakyat akan menang di Ulu Selangor. Kerja keras yang berperancangan mesti diteruskan.

LAWAN TETAP LAWAN!!!!

19 April 2010 at 08:42
Anonymous said...

kalau kaki bangku xpa lagi,ini kaki botoi...sokonglah insyallah,akan banyak kedai arak akan dibuka sebagai stock sepanjang hayat...tahniah ikutceramah

19 April 2010 at 22:41
Anonymous said...

pabila dengar zaid nak tanding,masih terdengar lagi kata2nya dulu,dialah orang yang pertama akan menentang hukum hudud,subhanallah...

19 April 2010 at 23:41
ikutCeramah said...

Terima kasih kepada anon jahiliyyah yang ucap tahniah pada aku.

Kuasa menghapuskan lesen arak ada di tangan kerajaan UMNO. Apa tunggu lagi? Haramkanlah penjualan arak kat semua 7-Eleven SEKARANG...!!!

APCO-UMNO takkan berani buat macam tu kan???

20 April 2010 at 13:36
ikutCeramah said...

Lagi satu aku nak tanya kepada anon jahiliyyah yang satu lagi..,

Sejak bila UMNO beria-iya nak laksanakan hudud?

20 April 2010 at 13:38
Anonymous said...

ikut saja Ceramah tapi masih tak paham-paham lagi....ni aku nak bagi hang ingat balik.Tuan guru Nik Aziz dulu nak buat hukum hudud di kelantan tapi si zaid ni lah yang cakap dialah orang pertama yang akan tentang di negeri kelahirannya sendiri...tu la,aku bukan kata UMNO yang nak laksanakan....orang nak jadi pembangkang dia pun nak jadi...sudah la...pi bukak balik harakah....

20 April 2010 at 18:29
Anonymous said...

Betul ke 7-Eleven ada jual arak,Pada pendapat saya hanya orang kaki minum saja yang tahu ada jual arak...hai ikutCeramah x kan awak pun.....

20 April 2010 at 18:35
Anonymous said...

IkutCeramah....janganlah terlalu melengting,hang tau tak dia tu orang Umno...kalau bukan free je dapat dosa kering...nanti kubur pun x nak terima...fikir,fikirkanlah....

20 April 2010 at 18:41
ikutCeramah said...

Wahai Anonymous jahiliyyah sekalian,

Zaid Ibrahim dah tarik balik saman pada TG Nik Aziz, tak ingat? Dah lama dia tarik balik saman tu. Bahkan lepas tu depa berdua ni terus berkawan baik. Sengketa dilupakan. Itu yang nabi ajar. Islam itu bersaudara. Bukan selama-lamanya nak bersengketa sesama Islam macam UMNO.

7 Eleven tak jual arak? Nampak sangat hang ni pro-Yahudi. Macam UMNO jugak. Masih nak nafikan yang semua cawangan 7 Eleven tak jual arak?

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Barangsiapa melihat sesuatu kemungkaran, hendaklah dia mencegah (kemungkaran itu) dengan tangannya (yakni kuasanya). Jika ia tidak mampu, hendaklah ia mencegah dengan lidahnya (yakni menegur). Jika ia tidak mampu juga, hendaklah mencegah dengan hatinya. Maka mencegah dengan hati itu adalah selemah-lemah iman".

Siapa kata aku dapat dosa kering dengan "membelasah" anonymous-anonymous jahiliyyah yang datang menyibuk kat PerakEkspress ni? Dah memang dasar UMNO jahil, menjadi kewajipan aku untuk membelasah puak-puak ni.

Aku takkan berdiam diri dengan hanya menerbitkan rasa benci dalam hati melihat kemungkaran yang dilakukan oleh regim APCO-UMNO. Itu adalah selemah-lemah iman.

Kalau seorang sahabat boleh menegur kesilapan Umar al-Khattab dengan menghunus pedang, takkan aku berdosa menegur kejahilan pencacai murahan UMNO yang jauh lebih jahil dari Saidina Umar dengan jari di tangan aku, menaip dalam blog ni....

21 April 2010 at 15:27

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)


  • Blogger Templates

  • Blog Archive

    • ▼ 2010 (60)
      • ► 10/24 - 10/31 (1)
      • ► 10/03 - 10/10 (5)
      • ► 04/25 - 05/02 (4)
      • ► 04/18 - 04/25 (18)
      • ▼ 04/11 - 04/18 (9)
        • Skandal Kapal Selam : Perancis Mulakan Siasatan
        • Sah!Empat Calon bertanding Hulu Selangor
        • Kamalanathan Sah Calon BN Parlimen Hulu Selangor
        • Adun Bakar Arang umum keluar PKR
        • Pengundi perlu pandang serius isu APCO
        • Sejarah yang perlu dikenang... dan perlu kita habi...
        • Zaid Ibrahim calon Pakatan Rakyat di Hulu S'gor
        • PILIHAN RAYA NEGERI: ZAMBRY TAKUT KALAH
        • Melayu dengan krisis nilai
      • ► 04/04 - 04/11 (7)
      • ► 03/28 - 04/04 (1)
      • ► 03/21 - 03/28 (8)
      • ► 03/14 - 03/21 (7)
    • ► 2009 (56)
      • ► 04/12 - 04/19 (7)
      • ► 04/05 - 04/12 (41)
      • ► 03/29 - 04/05 (8)

    Edit here


PerakExpress © 2008 Free Premium Wordpress Themes and BlackQuanta | Bloggerized by : GosuBlogger