PRK Bukit Gantang diadakan serentak dengan Bukit Selambau dan Batang Ai. Bukit Gantang: Pas. Bukit Selambau: PKR. Batang Ai: PKR
Maka dengan itu..PKR terpaksa membahagikan jentera pilihanraya mereka ketiga-tiga tempat, dan sudah tentu tumpuan diberikan kepada tempat dimana PKR bertanding. DiBukit Gantang, keseluruhan jentera pilihanraya PKR Perak diberikan tugas untuk membantu Pas manakala sebahagian besar jentera pilihanraya PKR Pusat bertumpu ke Bukit Selambau.
PRK Bukit Gantang membuka peluang kepada PKR Perak untuk menilai kemampuan jentera pilihanraya negeri beroperasi dan setakat ini..aku masih belum mendapat statistik atau laporan tentang prestasi jentera pilihanraya PKR. Oleh itu..apa yang aku tulis dan nilai..adalah berdasarkan apa yang aku nampak dan alami.
Dalam setiap pilihanraya...yang aku tengok paling kuat bekerja ialah Wanita PKR. Cara kerja pun sistematik..ada perancangan yang tersusun dan team yang berani masuk kemana saja. Kat mana yang Pas tak boleh masuk..kat situ Wanita PKR masuk. Yang tu aku boleh bagi tabik kat depa.
Tapi ..bila tiba berkempen dengan Muslimat Pas...mesti ada kontroversi. Dan isu utama ialah penampilan dan imej. Ada yang masuk kampung pakai cermin mata hitam..ada yang berkempen terlalu robust...yang ni kena perbaiki. Duduk berbincang baik-baik.
Angkatan Muda Keadilan (AMK)..perlu lebih menonjol. Apa yang aku nampak...AMK macam unit Amal saja. Jadi tukang escort pemimpin...gantung poster dan banner. Aku tak masuk bilik Gerakan AMK dan tak tau apa yang ada kat dalam sana. Ada berapa komputer..ada berapa mesin fotokopi..wallahualam. Tapi bila aku tengok ramai AMK dok lepak kat Bilik Gerakan Utama...aku dok tertanya jugak. Sapa jaga Bilik Gerakan AMK?
Srikandi PKR...aku tak boleh nak kritik teruk-teruk sangat sebab masih baru. Tapi bila aku tengok Srikandi dijadikan macam social escort..aku rasa PKR mensia-siakan peranan anak-anak muda ni. Sepatutnya...inilah masa nak latih anak muda ni buat kerja-kerja pengurusan...ataupun buat apa yang Wanita dan AMK tak buat.
Pasai apa setiap kali ada pemimpin Wanita turun..Srikandi mesti jadi tukang escort?
Pengarah Pilihanraya, Hj. Mail dan Pengarah Bilik Gerakan, Mejar Latif ada banyak kerja yang perlu dibuat kalau ada pilihanraya lagi. Bagi aku..Bilik Gerakan PKR di Taman Molek tu cuma tak ada meja mahjung... kalau ada meja mahjung...dah tentu orang kata kelab lumba kuda.
PA system tak ada. Bila ada taklimat dari pemimpin..yang didepan saja yang dengar. Video yang aku ambil...semua tak boleh pakai sebab jadi macam wayang Charlie Chaplin. Maklum la videocam cokia...harap built-in microfon saja.
Komputer cuma ada sebiji dalam bilik...selepas pukul 5 petang..ada orang datang nak check daftar pemilih...ramai yang balik begitu saja. Bubuh la petugas dari AMK ka...Srikandi ka...supaya bilik Gerakan tu nampak class sikit. Tak kan Hj. Osman tak boleh cari duit sikit kot?
Masa kempen pilihanraya ni..maklumat sangat penting. Program-program patut dihebahkan, bukan setakat tulis kat whiteboard. Tak kan orang Matang Gelugor nak datang ke Bilik Gerakan kalau nak tau program terkini! Aku cuma dapat sekali saja email tentang program PKR dari Zakuan..lepas tu terus senyap. Nak salahkan dia pun aku tak sampai hati...sebab pasai nak cari nasi bungkus pun dia kena buat.
Satu perkara penting yang wajib ada dalam jentera pilihanraya masa ini ialah unit IT... dan yang ni PKR gagal.
Wanita dah pi keluar buat culaan undi...buat BKS..tapi bila balik, borang-borang BKS berlonggok tak ada sapa yang buat analisis. Tak kan tak ada sorang pun yang boleh buat data analysis? Nasib baik Pas yang bertanding..kalau PKR yang bertanding dan keadaan jentera pilihanraya PKR masih tahap macam ni...aku rasa PKR lebih teruk kena belasah.
Setiap kali aku pergi kat Bilik gerakan PKR...kat depan tu mesti ramai orang. Sembang dari pagi sampai malam...tak dak kerja ka? Atau pun dah memang kerja depa...bersembang. Ada 4-5 orang yang aku tengok tiap-tiap hari mesti ada..dari pagi sampai malam..tapi buat apa?
Apa yang aku tengok...petugas ramai...tapi tak dak kerja.
Dan yang sakit hati..ada pemimpin yang hanya tunjuk muka bila Anwar atau Wan Azizah datang. Bila nampak muka Anwar atau Wan Azizah...muka pemimpin ni la yang kedepan. Tapi bila Anwar balik...depa pi lepak dengan geng Umno. Ada yang lepak dengan Hamdan Taha..ada yang lepak dengan Osman Jailu. Kalau Hj. Mail nak tau sapa...aku boleh bagi tau.
Last sekali..aku tak seronok tengok pemimpin-pemimpin PKR..bila nak masuk kampung kena escort ramai-ramai. Dulu aku meluat bila tengok Nazri Aziz masuk kampung...sebab bila depa ni masuk..berderet kenderaan 4WD yang ikut. La ni..bila pemimpin PKR masuk kampung...berderet Estima..Alphard...Merc. Pemimpin keluar kereta pun siap dengan escort Srikandi berbaju hitam...AMK berbaju biru.
Nak tayang pun...buat la kat tempat lain. Ni bila hangpa masuk kampung yang miskin-miskin...dan hangpa mai dengan kereta-kereta mewah...tak ada beza hangpa dengan pemimpin Umno.
Autopsy Bukit Gantang 3
Monday, 13 April 2009
09:33
|
|
This entry was posted on 09:33
You can follow any responses to this entry through
the RSS 2.0 feed.
You can leave a response,
or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
28 comments:
kah...kah...kah......
DEMOKRASI......
DEMOKRASI......
kah...kah...kah......
DEMOKRASI......
DEMOKRASI......
lepaih tu hangpa pon macam UMNO.....
MOHON RESTU RAKYAT......
kah...ka...kah....
moga-moga ada pemimpin yang buka mata dan ambil perhatian ttg perkara di atas..
untuk menguatkan barisan kita perlu buat post mortem setiap kali ada pilihanraya utk memperbaiki mana-mana bahagian yang masih belum mantap..
harapan rakyat amat tinggi utk satu pembaharuan..
PJ
org pkr ni boleh di percayai ke? siap boleh lepak lagi ngan geng2 umno apa cerita...kalau bukan time pilihan raya ok laaa...ni time pilihan raya....memang betoi laa pkr ni bermasalah...
bagus pak msk buat bedah siasat ni, biaq gheti sket puak2 pemimpin PR yg xsedar diri ni..smg pemimpin PR xjadi cam pemimpin UMNO/BN..
hayati surah al-'asr, sama2 tegur menegur dgn kebenaran dan kesabaran.
Kalau ada orang PKR siap boleh lepak lg dengan geng UMNO masa PRK ini dah kira bahaya untuk Parti.Jadi tak hairanlah jika dapat mandat rakyat jadi YB teruas lompat parti..Geng2 PKR kena monitor yang ini supaya PRU13 nanti jangan bagi muka calon yang "pelanduk dua serupa".
PKR adalah bekas UMNO...so mentaliti masih lagi UMNO...masuk kampong dengan kenderaaan yang beso2....org kampong tak minat dengan pertunjukan kereta yang mewah....org kampong lebih berminat apa yang boleh diberikan kalau undi PKR......berubahlah....
Salam Mat,
Maaf yer, naperlah peghange deme seiras UMNO? Ia boleh membawe padah. Buanglah jauh-jauh peghange tu.
BAwak keluo semua bang Mat... benda camni nmpak jer kecik.. tapi impak dia beso..
Yang mane ghaser berpangkat tu buatlah sesuatu..
Klon Umno agaknye deme nih... Bio bebenor yeop.....
MSK
Kritikan yg bagus.PKR perlu nilai dgn sikap terbuka..Kritikan begini perlu dilihat sebagai kritikan membina.
Yg menarik perhatian saya adalah pasal org2 PKR pergi lepak dgn pemimpin pemimpin UMNO didalam keadaan kita sdg sibuk dgn PRK ni.Bab ni saya rasa mcm ada yg tak kena aje dgn sebahagian ahli PKR..
PKR jangan dok tidoq lagi....orang kampung dok perhati....nasib baik cina mau bagi undi depa la ni kalau depa kaliiihhh
satu nasihat yang baik untuk kita memperbaiki tahap kedudukan dan prestasi kerja kita. Pak MSK sepatutnya hebahkan nama individu terbabit supaya semua orang tahu dan lebih berhati-hati terhadap gunting dalam lipatan ni terutamanya DSAI, kalau tak nanti silap2 boleh terpilih orang bangsa pengkhianat cam ni jadi wakil utk pilihan raya Umum/kecil akan datang.
Tu sebab masa kempen petugas PAS susah nak bagi org PKR masuk markas...dah depan mata bleh dok skali ngan org umno..pas tu yg lompat parti pun org PKR...jadi tak salah le kalau dalam komen abg mat sblm ni kata susah nak masuk markas PAS sbb PAS dah byk kali terkena..
Tu sebab masa kempen petugas PAS susah nak bagi org PKR masuk markas...dah depan mata bleh dok skali ngan org umno..pas tu yg lompat parti pun org PKR...jadi tak salah le kalau dalam komen abg mat sblm ni kata susah nak masuk markas PAS sbb PAS dah byk kali terkena.
Pigirahh!! Memang jenis berlagak tak tentu pasai! (Bukan semua) Aku kerja pilihan raya PAS sejak 1978. Tok sah nak kelentong. Memang berlambak jenis berlagak tak tengtu pasai. Jakun!
Hang ingat tak dak pemimpin tertinggi PAS dok bertepuk tampaq dengan pemimpin Umno? Hang ingat tak dak pemimpin tertinggi PAS main-main telefon dengan Najib Tun Razak? Aku fitnah? Ni keluaq dari mulut dia sendiri. Aku bersedia bersumpah dengan kalimah qasam dengan dia.
Siapa rajin sangat cerita kelemahan pemimpin PAS yang lain kpd kawan-kawan dia, pembesar-pembesar Umno tu? Masuk Dewan Rakyat empat lima belas minit, kalau soalan dia naik hari tu dia tunggu utk kata "Yang Dipertua, soalan nombor.." dan mungkin tanya soalan tambahan yang tidak menampakkan dia cerdik, lepas tu keluaq Dewan pi bersembang dengan pembesar-pembesar Umno. Yg ahli-ahli Parlimen PAS tak berenti dok bersungut, awat dia tak nak langsung berkawan dgn kita?!! Dok berkawan dgn pembesar-pembesar Umno termasuk menteri-menteri ja...
Kalau hang nak sangat tau siapa org itu, pi tanya ahli-ahli Parlimen PAS.
Bab bilik gerakan. Tak pa kalau tak bagi masuk bilik gerakan. Memang bangang la kalau bagi org yg bukan petugas masuk bilik gerakan. Aku dulu pun tak buat lagu tu.
Tapi adakah tak dak akai nak layan org cara elok? Terlupa ka Nabi s.'a.w.w. diutuskan utk menyempurnakan akhlaq? Layan mcm manusia yang bertamadun. Ni cara mata sesetengah puak tu tengok yang bukan musuh pun mcm tengok musuh.
Paranoid tak tentu hala. Hasil tak tara mana. Kadang-kadang habuk pun tarak!
Aku cadang kpd yg nak buat kerja supaya himpun duit dari la ni. Kalau perlu berpuluh ribu, himpun berpuluh ribu. Kita buat utk PAS dgn cara kita - asal boleh dapat undi. Tak payah dok tanya pengarah pilihan rayalah kalau macam di Ayaq Kunin baru ni.
Lepas tu jalan kerja sendiri. Kerja yg boleh dapat undi utk PAS. Guna akai utk buat kerja yg berhasil.
Tak dak coordination? Coordination apa?!! Depa tau ka coordination tu menatang apa?!!
Pigirah! Sesetengah tu, baru jadi pak guard markas Ayaq Kunin dah jakun lebih pada babun!
Asmuni, hang kena resign! Dengan Unit Amal pun nak bergaduh!
Dalam hal ni, semua kena muhasabah diri. Siapa yang bersedia untuk berubah, merekalah peneraju masa hadapan. Kalau masih jakun macam jerankung dalam almari, tak kemana kita.
Katalah Dun Perak dibubarkan, apa strategi dan rancangan kita untuk memenangi hati pengundi-pengundi Umno. Kalau setakat ceramah, yang pergi memang hardcore-hardcore sahaja. Kena berfikir camana nak gerakkan jentera supaya orang-orang kampung start boleh berfikir. Takkan nak harap semua yang dah tua gol, baru kita menang.
Pengarah pilihanraya kenalah lebih terbuka. Bagi kerjasama kepada semua orang. PRK kena berubah! Pas pun kena berubah! Kalau nak memerintah Malaysia. Kalau tak kita lena sahajalah dalam lena yang panjang.
Salam
Yang hangpa marah sangat kat Asmuni Alwi ni pasai pa dia dah memang macam tu perangai dia dah begitu biak pi laa dia dengan labu labunya. Dulu orang Kuala pun tolak dia masa PRU nak bertanding ngan Opah Pidahnasib baik PAS kalah masa tu kalau tidak lagi merak la si Mat Labu ni
Lawan Tetap Lawan
Mana yang nampak tak elok tu jangan simpan dalam hati tembak dalam blog biar semua orang boleh nilai.
Bab pergi kempen pakai kereta besar tu aku rasa tak jadi masalah asalkan guna wang halal bukan wang suply.Lagipun PR mesti menonjolkan imej bahawa kita bukan parti orang kampung.Kalau tak boleh naik kereta mewah kena import kereta lembu dan kereta kuda pulaklah dari India pergi kempen rumah kerumah.
Kita lawan dalam blog ejer tau.PRU atau PRK kita bersatu balik.OK.
Saya harap teguran ini dpt menyedarkan sesetengah pihak. Jalankan kerja2 yg diamanahkan dgn baik, dalam bab kerja-kerja begini saya lebih tabik DAP berbanding dgn yg lain sbb walaupon bukan calon mereka yang bertanding tetapi sumbangan tenaga dan masa yg mereka curahkan dlm usaha menjayakan kempen PRK bg calon2 Pas dan Keadilan mmg bagus dalam menjayakan usaha ini.
Salam.. satu perkara yang aku nak sentuh, PR khususnya PAS dan PKR tak boleh harap undi bukan Melayu semata-mata, aku harap pimpinan PAS bagi tumpuan kat 3 Parlimen (Larut, K.kangsar dan Parit) utk PRU akan dtg,
Kat situ kita kalah sikit ja, tak percaya hampa pi cek, majoriti Melayu pulak ramai kat situ, semuanya lebih 80%, kat situ PAS tak boleh nak harap undi bukan Melayu, perkara ni kena bagi perhatian,
jentera penerangan PAS di ketiga-tiga kawasan ni kena kerja kuat untuk bagi faham kat org Melayu di situ ttg isu sebenar. PAS mesti pantas mendaftarkan pengundi2 muda dan baru di situ yg condong pada PR, Pastu kena sentiasa mengikuti dan sampaikan maklumat dan sedarkan pengundi muda yg duduk diluar supaya depa dpt balik mengundi bila ada pilihanraya.
bab sombong aku setuju, maleh nak cite- komen pun tak boleh nanti depa melenting..
dlm pkr yg perasan star pun ramai, tak habeh2 guna nama Anwarlah tan sri khalid lah..tapi bak kata msk lah..bukan buat keje pon..menempelje..
salam'alaik,
org2 tua dlm pkr yg majoritinya dari umno adlh mereka2 yg berpotensi utk mmbahayakan org2 muda dlm pkr.
mentaliti umno yg masih melekat sebati dlm diri mereka ini akn jd virus yg akn merosakkan golongan muda pkr.
lihat je mana2 pkr di malaysia ni, boleh nmpk bhwa xde keserasian antara bhgn perhubungan dan golongan muda kerana matlamat dan cara kerja yg berbeza.
golongan tua ni matlamatnya adlh kuasa, manakala golongan muda matlamatnya adlh prinsip keadilan yg menjadi tunjang parti.
namun ada juga golongan muda yg telah dijangkiti virus dr golongan tua ni. lama2 boleh hancur pkr kalu dibiarkan berlarutan.
golongan muda dari kalangan reformis adlh mereka yg masih setia dgn prinsip parti. mereka inilah yg byk membuat kerja dan mempunyai kredibiliti dan karisma yg agak baik.
wassalam'alaik.
Assalamualaikum,
Pak Mat Saman Kati,
Saya nak join geng Pak Mat. Saya blogger Tulang BEsi dan email saya cabearth4@yahoo.ca
Saya, kalau boleh nak chat dengan Pak Mat buleh tak.
Saya nak jadi ahli keluarga blogger@Perak dan membantu usaha2 Abg Mat.
Inshaalah saya menunggu. Blog saya www.malaysiawaves.com
Yahoo ID saya ialah cabearth4. Saya menunggu dengan sabar sebab ada kerja yang paling besar dalam dunia skrg ni.
mmm..sama lak theme kita pakai..Bro msk,logo header punya border tu boleh adjust lagi utk sama kan color dengan main header..tgk contoh macam kawe punyo..http://pakatanblogger.blogspot.com
memang aku setuju hampa tibai asmuni si sombong tu..dia memang sombong, ramai yg dah jadi mangsa dia. dia ingat dia bagus sangat..dia tak layak jadi org atasan PAS. cara dia mcm umno
Salam,
aku jumpa si Labu asmuni ni masa kat KT. bila dia dtg, tak nak join makan sekali. Kena hidang special utk dia, kita dtg utk buat amal (utk kerja parti)aku pun bg sumbangan kederat, salah ka kalau makan sekali, tegur sapa.
Kalau dia ghaser dah bagus sgt, dia buat sorang2 dgn balaci2nya.
Aku harap sangat pimpinan pusat ambil perhatian serius ttg perkara ini sebab ramai dh fade up.
Bab pakaian muslimah, ghaser nya jauh ok dari pkr. bertudung, berjubah atau asas menutup aurat selesai. Pkr punya org, lebih kurang umno jer pakaiannya, rambut color2, pakaian sendat apa kejadahnya?? Pj
srikandi bawah sayap wanita ke angkatan muda ?
Salam MSKilo,
La ni kati tak main no...Srikandi kesayangan Bang Mat yang kata bukan saya kata..saya suka dengan autopsy ini.Saya baca semua autopsy.Saya setuju dengan apa yang Bang Mat dedah.Saya harap pimpinan PR baca.Ambil ikhtibar ubah gaya dan stail,sikap dan sifat,tutur dan kata,layan dan mesra.
Saya petugas PAS semasa PRK Bkt Gantang,semasa Wan Azizah datang saya ada di DUN Trong amboiii ramainya yang escort dia..kita masuk kampung beb buat apa ramai sangat escort..Orang kampung tengok pun takut..Cubalah localizekan diri anda.
Ada satu kisah betul-betul berlaku depan saya.Seorang wanita PKR merangkap pengiring Kak Wan,semasa di Markas PAS Trong "Kenape they serve lunch pada Kak Wan like this?"Kak Wan tak suka makan macam ni?"
Kami petugas PAS tak kisah makan macam mana.Alhamdulillah dapat makan.Menu hari tu ayam masak merah,kari kambing,sayur kobis dan buah tembikai.Wanita PKR nak menu macamana lagi?
Saya pernah singgah di bilik gerakan PKR Simpang waktu lunch.."saya tanya nak lunch kat mana?"No problem jom kita pi cari Markas PAS..bolehlah nak makan..diorang ni lecehlah masak ikut selera diorang je..masaklah special sikit..Astghafirullah..dah nak pi makan tempat orang..banyak pula songelnya.
Bab solat pun Wanita PKR tak jaga..Nauzubillah hi min za lik..Balik tempat I nanti I cover la.Rimas la dalam Markas ni panas..badan rasa lekit..Nak kata Jamak dah 4 hari di Bkt Gantang.
Bab pakaian jangan sebut la.Wanita UMNO kalah.Yang tak bertudung pun ada.Saya ingatkan cina.Rupanya Melayu...Wahai Bro Anwar praktik semula tarbiyyah masa dalam ABIM dulu dalam PKR ni..Sedih la macam ni..
Apa yang hangpa ingat nak balun...balun.
Pasai itu lah saya ini tak nak jadi ahli PKR ke, PAS ke, DAP ke...sebab kalo ada jawatan dalam parti, iri & kedengkian akan muncul. Kerana saya tak berparti, maka saya tak dendam sapa2. Dok mai pilihanraya, saya pangkah aje, kalo PAS pangkah PAS, kalo PKR, pangkah PKR, kalo DAP, pangkah DAP...semua adalah PAKATAN, matlamatnya sama...to end the bee end@ BN...jangan pangkah Bee End, cukup lah.
Post a Comment