sumber: Dango Mamamat
Satu Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.
Pening teman memikiokannya. Tinggi benor base Najib ni. Kalo teman yang sekolah atap inipun tak berapa nak paham, macam maneler agaknye daya pahaman tok ngah dan opah wan di kampung. Tapi deme tetap sengeh dan lagut bebenor nengor Najib berwawasan di tv 14 inci . Lagi deme tak paham, lagi kuat deme nyokong Najib. Isk, takkanler Najib nak bagi slogan macam base orang kampung. Takkanler Najib nak bagi slogan ‘Moh kite ngundi UMNO weh’. Nanti nampak sangatler yang Najib ngaji tak tinggi.
Teman cubaler pahamkan slogan Najib tu. Betui ker tak betui, komeler yang tolong betuikan. Kalo Najib yang tolong betuikan, lagi baguih.
Satu Malaysia
Satu Malaysia udah tahu dan heboh yang Najib dituduh bersubahat munuh Altantuya. Satu Malaysia tahu yang Najib udah jawab tak kenai Altantuya. Satu Malaysia perasan yang Najib tak berani saman dan tak berani report orang yang nuduh Najib munuh Altantuya. Satu Malaysia tahu yang Najib hanya berani nafi di mulut, bukannya di mahkamah. Satu Malaysia tahu UMNO kalah dalam PRK. PR menang majoriti. Majoriti membawa maksud satu Malaysia. Satu Malaysia mahu Najib menyaman Liberation.
Sekarang bukan lagi satu Malaysia yang tahu. Satu dunia udah tahu. Satu dunia mahu Najib mengheret pihak yang menuduhnya ke mahkamah. Berani kerana benar, takut kerana salah. Udah lebih seminggu Najib jadi PM, tetapi takde pemimpin negara lain yang ucap tahniah secara rasmi pada Najib. Rakyat satu Malaysia teramat sedih kerana Altantuya dibunuh ketika sedang mengandung. Ringkasnya rakyat satu Malaysia merasa malu dan hilang maruah kepada satu dunia kerana berPMkan Najib.
Rakyat didahulukan
Takkan Najib tak paham-paham. Takkan Najib buat-buat tak paham. Takkan Najib tak tahu yang rakyat mahukan penjelasan siapa Altantuya. Kenapa celupar bebenor Bala menuduh yang Najib meronjang Altantuya depan dan belakang. Rakyat nak tahu kemana hilangnya Bala. Takkan polis Malaysia tak gheti cari orang hilang. Takkan Najib tak nak dahulukan kehendak ingin tahu rakyat. Najibpun udah janji yang kehendak rakyat mesti didahulukan. Inilah kehendak rakyat. Rakyat bukan mintak projek juta-juta RM. Rakyat bukan mintak komisen kapai selam. Rakyat cuma mintak sape yang nyuruh Sirul dan Azilah munuh Altantuya itu sama-sama digantung hingga mati. Itu jer. Susahker?
Pencapaian diutamakan
Pencapaian ini maksudnya kualiti. Kalo takat udah tercapai tapi takde kualiti, buat peronjang aper. Kalo takat jatuhkan hukuman gantung pada Sirul dan Azilah kerana munuh Altantuya, ianya tak selesaikan masalah. Takkanler Sirul dan Azilah yang tak peghonah berurusan dengan Altantuya tetiba sajer-sajer nak munuh Altantuya. Ape pekdah deme munuh Altantuya. Takkan mudah bebenor deme mawak keluar C4 tanpa kebenaran menterinya. Ternyata hukuman yang dijatuhkan tiada kualiti. Patutler satu Malaysia dan satu dunia ternganga kehairanan. Hairan kenapa mahkamah tak mahu siasat orang yang nyuruh deme berdua munuh Altantuya. Jikalau Najib mengutamakan kualiti, cepatler arahkan polis siasat semula sape yang nyuruh deme munuh Altantuya. Kalo Najib tak buat camni, satu Malaysia dan satu dunia akan percaya yang PM Malaysia bersubahat membunuh Altantuya.
Kalo teman sorang jer yang tak puashati takper. Tapi kalo kome semua udah puashati tentang hukuman kes Altantuya ni, biorler teman terojun dengan labu-labu teman ke Sungai Peghak.
Satu Malaysia dah tahu...
Monday, 13 April 2009
00:07
|
Labels:
dango mamamat
|
This entry was posted on 00:07
and is filed under
dango mamamat
.
You can follow any responses to this entry through
the RSS 2.0 feed.
You can leave a response,
or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Yang teman heghan tu naper Najib tak nak saman deme yang tuduhnyer. Agak-agahnyer dia tu bersalah kot. Kalo saman nanti tebonko semue lagi paghah. Mau tejulo lidah dan tekincet dalam seluo.
agaknya korang ni bukan ISLAM kut, TUDUH tu ajaran ISLAM ke? Menuduh tanpa bukti ajaran ISLAM ke? Aku mintak sapa2 yang ada bukti yang D.S. Najib ni terlibat dgn kes pelacur tu, sila la kemukakan bukti, mula2 jumpa ANWAR IBRAHIM, then masuk dalam Youtube, lepas tu pegi buat report. Jgn risau, Pak Nuar aan lindungi korang. Dia suka bende2 cam ni. Tapi, kalau takder dan kamu bercakap pakai sedap jari kamu je, TOLONG BERHENTIKAN FITNAH KAMU NIH! Kembali ke jalan yang benar, fitnah itu lebih besar dosanya dari membunuh. kan kan?
Ish! Ish! Ish! Sian sungguh ngan M-2Day ni.... tak paham bahasa agaknya dia ni??? Cuba baca betoi2 ayat2 bahasa melayu yg tercatit di ateh tu... Mana ada kenyataan yg menuduh? Bukan ker kenyataan di atas lebih pada minta supaya Najib tu bersihkan diri dari tuduhan2 dari akhbar luor tu...dan andai kata apa yg dinyatakan oleh akhbar luor negara tu satu fitnah... elok si Najib tu saman jer mereka!!!
Sian sungguh ngan mak bapak hang ler M-2Day... dapat anak mengong!!!
SATU MALAYSIA ? "Satu Malaysia" adalah slogan Suami Rosmah yang diterjemah daripada slogan DAP sejak hampir 50 tahun dahulu "MALAYSIAN MALAYSIA".
Apa yang DAP tuntut semenjak dahulu kini diterima dan diakui kebenaran oleh Suami Rosmah. Malaysia untuk seluruh rakyatnya bukan untuk Melayu sahaja !
dap.melayu@rocketmail.com
BERITA HARIAN 13 APRIL 2009 'Kerajaan membuka ruang kepada semua pihak untuk memberi pendapat dan berkongsi pandangan terhadap barisan baru Kabinet serta pendekatan pentadbiran yang berasaskan kemajuan, kata Datuk Seri Najib Razak'
Hahahahaha.....dulu Pak Lah kata BERKERJA BERSAMA SAYA. Suami Rosmah cedok idea berkarat Pak Lah !
Masa Mahathir mula jadi PM dulu dia bebaskan tahanan ISA....Suami Rosmah pun ikut idea berkarat Mahathir !
Inilah PM ikut-ikutan ! Tiada idea baru ! Satu Malaysia sudah tahu !
dap.melayu@rocketmail.com
bapa Pengikutan kut
Post a Comment