PerakExpress

  • Entries
  • Comments

  • Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit

Naam Annaivarum ooru kodumbum

Wednesday, 15 April 2009

Tiga hari kami melarikan diri untuk berehat dan bermuhasabah diri di Port Dickson. Terima kasih banyak-banyak kepada Chaah yang menyediakan semuanya. Dan hari ini, aku balik ke Bukit Gantang untuk mengemas barang-barang. Belum tau...kemana lagi selepas ini.

Banyak perkara menarik berlaku semasa PRK Bukit Gantang yang lalu. Politik menemukan kami tetapi ikatan yang terlahir...bukan kerana kepentingan politik. Tetapi ingin melihat kehidupan yang lebih baik. Aman dan harmoni. Tidak ada batasan fahaman ugama atau politik. Tidak ada batasan bangsa atau suku kaum. Kita semua satu keluarga.

Tidak ada baju Pas, baju PKR atau baju DAP. Tak ada bendera Pas, PKR atau DAP. Tidak ada slogan One Malaysia, Ketuanan Rakyat, Ketuanan Melayu atau Pas for All. Cuma ada satu persefahaman yang lahir dari dalam jiwa masing-masing. Wo men tou shi i jia ren.

Politik negara bukan lagi politik perkauman..bukan politik ugutan dan bukan politik wang. Politik negara juga akan diterajui oleh mereka yang bukan lagi menjuarai sesuatu kelompok. Sebaliknya politik negara akan diterajui oleh sesiapa sahaja yang berfahaman bahawa kita semua satu keluarga.

Ketika menjamu selera di Pasir Panjang malam tu, kami tak bercakap tentang Pas, PKR atau DAP. Tapi kami bercakap tentang persefahaman dan harmoni. Kami tak cakap tentang apa perbezaan kami..tapi kami berbincang tentang masa depan kami...masa depan anak-anak kami.

Parti mana yang akan memerintah...pemimpin mana yang akan dijulang...itu tidak penting. Tapi kami akan menyokong parti yang akan membawa kepada persefahaman dan keharmonian rakyat Malaysia. Dan kami akan menyokong pemimpin yang sealiran dengan hasrat ini.

Dan kami menaruh harapan bahawa pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat akan terus berusaha untuk merealisasikan hasrat ini dan aku yakin..masanya akan tiba bila kita tidak lagi bercakap tentang Melayu, Cina atau India...sebaliknya menggunakan hanya satu perkataan...rakyat Malaysia.

Kerana....

kita semua satu keluarga
Wo men tou shi i jia ren
Naam annaivarum ooru kodumbum.

11:28 | Labels: msk |  

This entry was posted on 11:28 and is filed under msk . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

 

21 comments:

Anonymous said...

نحن من عائلة واحدة

15 April 2009 at 13:09
Bikir Perak said...

Salam MSK

Tak jemput ke ...teman...Sedapnya....terasa nyaman dengan hembusan bayu yang segar...agaknya tak gitu ye bro MSK al-maklumle letih bebenor bekerja keras di Bukit Gantang baru ni. Nampaknya signal untuk Pilihanraya bagi Dun diseluruh negeri Perak telah mula berbunyi ...macamana ye?

15 April 2009 at 13:49
Manjungmari said...

MSK...
Huhh hensem lagi rupanya...Nasib baik janggut hang yang mengenalkan aku.. kalau tidak aku dok sangka adik beradik Zambri D Pulau tadi....

15 April 2009 at 14:35
Anonymous said...

Kata boikot barang USA........tu makan KFC tu....hehehe

15 April 2009 at 14:41
rajauda said...

sampai hati tak jemput kitaorg. belanja sendiri pun tak pe. yg penting dpt bersama2 bloger network. kecik hati ni.

he he he he.

15 April 2009 at 14:44
matsamankati said...

manjungmai,

sampai hati hang!!! Ni..aku nak mintak hang cari satu tempat kat Teluk Batik...nak buat lagi Konvensyen Teh Tarik 2. Boleh ka?

Anonymous,

Aku tak pernah boikot...kalau nak boikot..toksah pakai Windows, Mozilla dan jangan pakai laptop.

rajauda,

yang tu...orang belanja. Lepas ni...kami belanja. Baru la boleh nak ajak orang lain.

15 April 2009 at 15:00
Manjungmari said...

MSK...
Kalau setakat tolong cari tempat tak ada masaalah, boleh punya....bagi tau tarikh bila nak buat...

15 April 2009 at 15:20
Anonymous said...

เราทุกคนในครอบครัว

15 April 2009 at 15:35
Anonymous said...

msk,
pasai kene ke btg idung sdiri macam2 la hang kata tik sah pakai window la, mozilla la benda yang kite boleh elak2 la sebab tak dak lagi syarjkat islam yang boleh wat window ka , mozilla ka,demi utk kemajuan agama, bangsa, negara dan diri sdiri apasalah nye jangan disalah guna sudah la.jagan kerana perut sendiri semua bole jangan jadi cam ameno.banyak lagi makanan lain ade.bermuasabah le ye. hidup pr. takbir....

15 April 2009 at 15:40
TheSniper said...

bang mat! tu dua2 senyum ada makna tu! he he he

15 April 2009 at 15:40
Xenan said...

bro baju merah tu besar betul gelas die.Satu jug air oren.hehehe

15 April 2009 at 15:50
CYS said...

MSK the boss

Tolong daftar nama aku untuk Konvensyen Teh Tarik 2 tak kira tempat. Masa tu harap blog gempak aku dah betul-betul gempak..

15 April 2009 at 16:04
Anonymous said...

yea betoi, lepas nih kita tgk pemimpin mn yg berwibawa, kita tgk sapa yg boleh menyuarakan dan menzahirkan hati rakyat. pemimpin2 sekarang ni la yg kene berkerja bersama kita sbb kita yg pilih depa. kalo depa wat2 kendoq lepaih ni, kita suma kena pikir, bolehka depa menerajui masa dpn anak2 kita.lu pikir la sendri!

15 April 2009 at 16:07
Anonymous said...

aku ingat la kn, xboleke pemimpin2 kita suma dok dlm parti bebas? aku rasa lagi terbela nasib rakyat. la ni ibarat cam kroni jugak!

15 April 2009 at 16:12
delCapo said...

bro... tapi ada Chelsea!!! ahahahaha...

15 April 2009 at 16:16
pemanduteksi said...

semoga telah hilang penat lelahmu wahai wira-wira bukit gantang sekalian...!

15 April 2009 at 17:01
Anonymous said...

TAHNIAH...YOU ALL DESERVED THE OUTING.... ada lagi PRK ke lepas ni?

15 April 2009 at 17:18
berasap berapi said...

salam...MSK
waa...macho gila brader MSK!
selama ni dapat tgk side tepi ja...hahaha

15 April 2009 at 20:55
Mamamat said...

Salam MSK .. salam semua
Lepaih ni Teluk Batik? Teman nak numpang. Tapi kome keneler singgah ambik teman. Teman kalo sorang2, sesat ke lain.

15 April 2009 at 22:16
Anonymous said...

SALAM..MANJUNG MARI.....BILA DEPA MARI MANJUNG JGN LUPA HABAQ TAU...NAK JOIN SEKALI...NAK JUMPA MSK,WAK DAN SEMUA CERDIK PANDAI BLOGGERS PR
JUMPA KAT MADAH YA..

AMIN..

15 April 2009 at 23:51
Anonymous said...

hello tak update ke ? update la selalu baru best nak bacaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ........

22 April 2009 at 11:28

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)


  • Blogger Templates

  • Blog Archive

    • ► 2010 (60)
      • ► 10/24 - 10/31 (1)
      • ► 10/03 - 10/10 (5)
      • ► 04/25 - 05/02 (4)
      • ► 04/18 - 04/25 (18)
      • ► 04/11 - 04/18 (9)
      • ► 04/04 - 04/11 (7)
      • ► 03/28 - 04/04 (1)
      • ► 03/21 - 03/28 (8)
      • ► 03/14 - 03/21 (7)
    • ▼ 2009 (56)
      • ▼ 04/12 - 04/19 (7)
        • Berpindah ke Perakexpress.com
        • Fairus letak jawatan ADUN Penanti
        • PRK Penanti? Yee..haa!!!
        • Naam Annaivarum ooru kodumbum
        • Autopsy Bukit Gantang 3
        • Satu Malaysia dah tahu...
        • 2 Ahli Parlimen Terengganu akan Letak Jawatan?
      • ► 04/05 - 04/12 (41)
      • ► 03/29 - 04/05 (8)

    Edit here


PerakExpress © 2008 Free Premium Wordpress Themes and BlackQuanta | Bloggerized by : GosuBlogger