Bekas timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin hari ini mengumumkan keputusannya meletak jawatan ADUN Penanti, berkuatkuasa hari ini.
Katanya, keputusan itu dibuat untuk membolehkan beliau memberi tumpuan penuh terhadap usaha bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat siswazah lanjutan.
Ia juga, katanya, untuk memberi masa kepadanya untuk bersama-sama dengan keluarga "yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasan saya".
Kenyataan Fairus itu dikeluarkan oleh Biro Penerangan PKR.
"Ruang ini juga akan saya manfaatkan untuk menumpukan usaha bagi membersihkan nama baik saya dari segala tohmahan yang dilemparkan terhadap saya selama ini," tambahnya.
Fairus yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berhubung satu projek kuari di Pulau Pinang, meletakkan jawatan timbalan ketua menteri pada 8 April lalu.
Berikutan peletakan jawatannya itu, pilihanraya kecil perlu diadakan bagi kerus tersebut dalam tempoh 60 hari.
DUN Penanti terletak dalam kawasan parlimen Permatang Pauh yang diwakili oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketika diwawancara dengan akhbar berbahasa Cina - Nanyang - Fairus
memberi masa dua minggu kepada pucuk pimpinan PKR supaya membersihkan namanya.
Beliau juga dilaporkan mendakwa segala tohmahan itu difitnah oleh orang dalaman parti itu sendiri.
Mengenai masa depannya, Fairus memberitahu akhbar berkenaan bahawa beliau ada banyak pilihan - keluar parti, letak jawatan, lompat parti atau menjadi ADUN bebas.
Beliau juga menyatakan akan menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang minggu depan.
Manakala timbalan pengerusi PKR negeri, Dr Mansor Othman pula berkata Anwar dijadual pulang ke Permatang Pauh esok.
Difahamkan, beliau mungkin berbincang dengan kepimpin PKR Pulau Pinang berhubung calon yang bakal dipilih bertanding di Penanti.
Dr Mansor disebut-sebut bakal dipilih mewakili Pakatan Rakyat, khususnya PKR bertanding dalam pilihanraya kecil itu.
Apabila ditanya kepadanya, Dr Mansor berulangkali mengatakan beliau akan patuh keputusan parti.
Beliau pernah bertanding di DUN Pulau Betong dalam pilihanraya umum tahun lalu, tetapi tewas.
Berikut adalah kenyataan penuh Fairus hari ini:
Setelah memberikan pertimbangan dengan sewajarnya, mengambilkira landasan perjuangan dan kepentingan rakyat yang saya wakili, saya dengan ini mengambil keputusan demi memelihara kepentingan Parti Keadilan Rakyat untuk melepaskan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti berkuatkuasa hari ini 16hb April 2009.
Keputusan ini bertujuan untuk membolehkan saya memberikan tumpuan penuh terhadap usaha bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca siswazah dan sekaligus memberikan masa kepada saya untuk bersama dengan keluarga yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasan saya.
Ruang ini juga akan saya manfaatkan untuk menumpukan usaha bagi membersihkan nama baik saya dari segala tohmahan yang dilemparkan terhadap saya selama ini.
Khususnya kepada pengundi dan rakyat Penanti yang saya wakili, saya ingin merakamkan jutaan penghargaan di atas kasih sayang dan sokongan yang diberikan selama saya memegang amanah selaku wakil rakyat Penanti.
Keputusan ini adalah untuk kebaikan semua, Parti Keadilan Rakyat dan perjuangan serta kepimpinan di bawah teraju Dato' Seri Anwar Ibrahim (selaku Penasihat Parti) demi menegakkan kebenaran dan keadilan. - MKini
Fairus letak jawatan ADUN Penanti
Thursday, 16 April 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
Salam, harap bloggers2 dpt bkerjasama di Penang plak lepas ni... http://paspenang.blogspot.com/
salam MSK
Nampaknya sibuk lagi la lepaih ni..
-chaah-
PKR tak ada kerja lain nampaknya,suka sangat pilihanraya.Anwar nampaknya dah tak ada umphh,tak tahu nak selesai masalah dalam parti.Bila agaknya PKR nak perkuatkan parti,bila pula ahli PKR nak buat kerja cari rezki,bila lagi para YB PKR nak beri khidmat kpd rakyat mereka,asyik dengan pilihanraya.Rakyat terus terpinggir dan PKR terus ada skandel,lebih baik bubar saja PKR ni.Lagi pun tak lama lagi Anwar pula masuk penjara,habis lah cerita.Biar lah PAS dan DAP saja yg ada.
chaah,
belum sempat hilang letih..dah lagi satu. Apa pun terpulang kepada parti yang bertanding. kalau deme tak sior...tak payah le kami pergi.
betul abang mat...sebelum pergi kena berbincang dulu....tak nak lagi jadi macam di PRK Bukit Gantang....tak dapat kerjasama dari parti yang bertanding...
Sekarang ini nampak nya musim gagak keguguran bulu merak,kalau sebelum ini kita hanya melihat semua nya adalah merak tetapi akhir-akhir ini baru kita tahu yang si gagak juga sedang menghiasi diri dengan bulu merak.Itu lah di ibaratkan dengan PKR,olih kerana ia merupaka satu parti yang baru sudah tentunya ada orang-orang yang berkepentingan diri mengambil kesempatan untuk mendapat habuan dan populariti,jadinya sekarang kita dah dapat melihat siapa yang benar-benar ikhlas dalam berparti dan siapa yang tidak.Selepas ini baru lah PKR benar-benar bersih dari orang-orang yang semacam ini.
Rasanya Dr.Mansor adalah orang yang paling layak dan sesuai bagi mengganti tempat Fairus.
Salam MSK,
Salam persahabatan dari blogger kepada bolgger. Hope we'll be friends forever. Sudi-sudikan ler ke blog teman untuk menerima Bloogers' Friendship Award sebagai tanda friendship sesama kita!!
BN dan umno selalu salah,
BN dan Umno selalu korap, dan semua perkara buruk ditujukan kepada BN dan UMNO..
maksum sangat ke PKR-Pas-DAP?
dlm PKR takda rasuah ke?
tu fairus tu ha, apa cerita?
kantoi2 letak jawatan terus!
Najib dituduh bunuh Altantuya, dan dihukum "pembunuh" oleh mahkamah Pakatan Rapuh. Anwar ibrahim dituduh oleh Saiful yang bersumpah cara Islam dinafikan haknya. Tok Garu Nik Ajis pertikaikan cara sumpah itu seperti sumpah Kristian. APa cerita??
cakap tak serupa bikin. gajah depan mata tak nampak, semut seberang laut nampak sangat!
cukup- cukuplah melayu PKR dan PAS
Hampa semua SAMPAH! Hampa semua peliwat bangsa agama dan negara!
Sampai kiamat aku malu mengaku hampa semua ni bangsa aku, hampa MELAYU YAHUDI (PKR dan PAS)
Kali ini minta maaf, saya tak turun padang. PKR parti kerja main-main pentingkan perut sendiri. Orang lain perabih tenaga, wang, cuti, masa tapi depa seronok2.
Kalau ada calun bebas nanti pilihlah calun bebas. Tolak PKR tolak BN.
Saya bersetuju dengan pewaris melayu...melayu memang sampah apatah lagi bila ada waris melayu yang jadi sampah.50 tahun merdeka tapi melayu tetap sampah...yang menjadikan melayu sampah itu adalah melayu itu sendiri,jadinya melayu sudah tak layak untuk menjaga melayu,lain pada melayu semua sudah update....jadi orang-orang melayu mesti ingat dan sedar serta insaf,kerana itu kita mesti bersatu menolak sekeras-kerasnya melayu yang membuatkan kita sebagai sampah...melayu itu adalah UMNO,kERANA umno LAH YANG SELAMA INI MEMBUATKAN ORANG MELAYU JADI SAMPAH.Apa yang dia jaga melayu selama ini?..hanya perpecahan demi perpecahan...Ingat amanatkan lah pada jenerasi kita yang akan datang...tolak lah melayu yang jaga melayu dan menjadikan melayu itu sebagai sampah.
pewaris melayu tu jahil..blaja la byk2 lagi agama..
Post a Comment