[MKini] Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Arang, Tan Wei Shu mengumumkan keluar PKR hari ini.
Beliau sebelum ini merupakan exco kerajaan Kedah yang digugurkan dalam rombakan exco pada 10 Mac lalu.
Tempatnya diambil alih oleh seorang lagi wakil PKR, ADUN Sidam, Tan Show Kang.
Pada sidang medianya di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada jam 3.00 petang ini, Wei Shu mendakwa tindakannya itu diambil kerana "dipermainkan oleh pemimpin parti demi kepentingan individu tertentu".
"Cakap besar saya tak pandai, cakap bohong saya tak pandai, cakap mengampu saya tak pandai, cakap manis janji saya tak pandai.
"Tetapi yang saya pandai, (sama ada) boleh buat atau tak boleh buat dan mahu buat atau tak mahu buat. Itu saja saya tahu.
"Saya cuma tahu bercakap benar, tak seperti orang lain (yang) bermuka dua dan lidah bercabang," katanya sambil membacakan kenyataan yang disediakan lebih awal.
[lagi]
Adun Bakar Arang umum keluar PKR
Thursday, 15 April 2010
21:06
|
Labels:
akhbar online,
berita,
mkini
|
This entry was posted on 21:06
and is filed under
akhbar online
,
berita
,
mkini
.
You can follow any responses to this entry through
the RSS 2.0 feed.
You can leave a response,
or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Nak keluar dari PKR? Dah konpom keluar? Silakannnnn.....
kalau ikut ceramah nak ikut boleh jugak,sebab pkr ni terlalu kotor dan perlu dibersihkan.kami dilam PAS sentiasa bersih
Aku bukan ahli PKR, aku bukan ahli PAS, aku bukan DAP Melayu, jauh sekali aku bukan ahli UMNO. Aku tak perlu melompat ke sana ke mari macam orang yg tidak istiqamah dalam perjuangan.
Err... anti PKR, betui ke hang ni ahli PAS????
kalau gitu bagus la..jangan sokong kaki botol.
Sebab itu aku tak sokong APCO-UMNO dan Be-End. Sebab depa yang luluskan lesen kilang arak.
hai ikutCeramah........yang awak melalut apasal,APCO...APCO sebelum ni yang pemimpin kesayangan awak bersekonkol dengan yahudi israel tu apa hal,awak tau tak dia dapat mana duit sebelum ni.open mine...ded la sikit ni tak,asyik nak pebetui saja.yang salah pun kata betui.itu bukan fitnah ke namanya...tak semua manusia yang Allah cipta sempurna,saya x kata orang Umno semuanya baik,begitu juga dengan PKR...hanya Allah yang maha mengetahui kita sebagai hambanya tak boleh meletak tuduhan itu secara membabi buta demi mempertahankan pendapat kita...yang baik datangnya dari Allah,dan yang salah datangnya dari diri kita sendiri........
Pemimpin "kesayangan" aku dapat banyak duit? Bersekongkol dengan Yahudi Israel? Pemimpin yang mana satu?
Tak kisahlah "pemimpin kesayangan" yang mana satu. Soalnya sekarang, mana buktinya?
Kenapa nak takut tiap kali aku cakap pasal APCO? Tak mau menerima hakikat? Masih nak menafikan APCO itu bukan Yahudi?
Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 120, " Orang-orang YAHUDI dan Nasrani tidak sesekali akan redha dengan kamu (wahai orang Mukmin) selagi kamu tidak mengikut "millah-millah" (yakni cara/telunjuk) mereka".
Sejak Ketua Pembangkang membangkitkan isu APCO dan kaitannya dengan regim Tel-Aviv di Parlimen, ahli-ahli Parlimen bersikap sombong dengan "buat-buat bodoh" apabila Pakatan Rakyat bertanya adakah benar KERAjaan UMNO-BN melantik proksi Yahudi ini sebagai penasihat negara.
Kalau Pakatan telah menegur dengan cara baik, tetapi disambut dengan pelbgai cercaan oleh ahli-ahli parlimen UMNO-BN, apa maknanya tu?
Nak guna cara macam mana lagi untuk memperbetulkan keadaan dalam negara?
Memang sah APCO itu proksi Yahudi, sebab sampai sekarang UMNO-BN tak dapat nak menjawab dan menjelaskan segala tuduhan Pakatan Rakyat!
Hang tak payah nak nasihatkan aku la. Allah kurniakan kita akal untuk berfikir. Gunakanlah akal itu dengan sebaik-baiknya.
Memang manusia tidak terlepas dari melakukan kesalahan. Tetapi kalau itu hujah dangkal kau, adakah bermakna kita perlu membiarkan sahaja kemungkaran berlaku dihadapan mata?
Apa gunanya Allah melantik manusia sebagai khalifah di muka bumi?
Post a Comment