[ARIFFUDDIN ISHAK/ mStar] RAWANG: Teka-teki siapa individu yang mewakili Barisan Nasional (BN)pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor terjawab apabila KetuaPenerangan MIC, P Kamalanathan diumumkan sebagai calon parti itu.
Pengumuman oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu dibuat di bilik operasi BN di sini, sebentar tadi.
"Ini adalah tanggungjawab yang besar yang perlu saya galas bagi pastikan BN menang dalam pilihan raya ini, bantulah saya untuk kemenangan ini.
"Saya menerima pencalonan ini, saya berjanji akan bekerja keras bagi memastikan kemenangan milik BN," kata Kamalanathan dalam ucapan ringkasnya selepas diumumkan sebagai calon.
Pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor akan diadakan pada 25 April manakala penamaan calon akan berlangsung Sabtu ini.
Pemilihan Kamalanathan mengenepikan dua lagi nama pemimpin MIC yang disebut-sebut sebagai calon yang layak iaitu Timbalan Presiden MIC,Datuk G. Palanivel dan Timbalan Ketua Pemuda MIC Pusat, V. Mugilan.
[lagi]
Kamalanathan Sah Calon BN Parlimen Hulu Selangor
Thursday, 15 April 2010
21:08
|
Labels:
akhbar online,
berita,
mstar
|
This entry was posted on 21:08
and is filed under
akhbar online
,
berita
,
mstar
.
You can follow any responses to this entry through
the RSS 2.0 feed.
You can leave a response,
or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Sat lagi poster, banner dan kain rentang gergasi BN akan membanjiri kawasan Parlimen Hulu Selangor dengan tertulis "UNDILAH KAMAL"...
Mati-mati penyokong UMNO ingat calon yang bertanding ni orang Melayu!!!!
ingat pengundi tntu pelakon kamal hasan yg brtanding....heeeeee
ingat orang Umno buta huruf macam hang ka..
Orang UMNO tak buta huruf, tapi buta Gambar....
Poster BN yang paling banyak digantung sekitar Ulu Selangor ialah poster Presiden UMNO, bukan Kamal-Alan-Nathan.
Puak-puak jahil UMNO bila tengok gambar M.Najis, terus ingat "Hah, calon UMNO yang bertanding!!!!"
Post a Comment