PerakExpress

  • Entries
  • Comments

  • Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit

PILIHAN RAYA NEGERI: ZAMBRY TAKUT KALAH

Tuesday, 13 April 2010

[DPPN Pk] Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) merasa lucu diatas penafian Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang membayangkan bahawa tiada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang terdekat walau pun kajian menunjukkan bahawa Barisan Nasional (BN) akan boleh memenanginya kembali adalah pandangan tidak tepat.

DPPN Pk merasakan BN sebenarnya takut dan bacul jika PRN diadakan walau pun ketika BN yang menjadi pentadbir kerajaan negeri kerana bimbang akan kalah teruk dengan kemarahan sebenar rakyat yang selama ini dipendam. Apa pun alasan yang diutarakan Datuk Seri Zambry, hanya rakyat boleh menentukan perkara sebenar.

Perkara yang menarik juga, adakah PRN bakal diadakan dalam masa yang terdekat? Adakah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak yang menjadi bebas tidak lagi menyokong BN? Mungkin perkara yang sama juga akan dilakukan oleh Datuk Seri Zambry untuk memohon Seri Paduka Sultan Perak membubarkan DUN Perak sepertimana yang telah pernah dilakukan oleh Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin dahulu.

Atau Seri Paduka Sultan Perak tidak memperkenan permohonan Datuk Seri Zambry sepertimana yang telah berlaku semasa Datuk Seri Nizar berbuat demikian. Apa pun, DPPN Pk dapat menghidu Umno / BN telah membuat persediaan bagi sebarang kemungkinan dan ahli serta penyokong Pakatan Rakyat (PR) harus bersedia daripada sekarang.

DPPN Pk bimbang dengan suasana yang tidak kukuh ini akan menyukarkan pertumbuhan ekonomi yang masih dilihat tidak bermaya dengan suasana kemelut Negeri Perak ini yang tiada kesudahannya. Lumpuh ekonomi, maka lumpuhlah kerajaan negeri kerana pelaburan tidak diterima dan masuk walau apa pun alasan yang diberikan atau lakonan yang ditayangkan.


DR RAJA AHMAD AL-HISS

Setiausaha,

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

12:23 | Labels: dppn pk |  

This entry was posted on 12:23 and is filed under dppn pk . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

 

3 comments:

Anonymous said...

Pilihanraya sndiri takut, dok sibuk plraya org plk

13 April 2010 at 13:42
Anonymous said...

tak semua rakyat perak tolak zamri

13 April 2010 at 18:13
ikutCeramah said...

Zambry tak hingin nak bubar DUN Perak sebab dia tau, sebelum PRU-13, Kabinet M.Najis akan sepak dia keluar dari menjadi calon pilihanraya.

Sebelum kena penerajang "Jantan Takubin", lebih baik habiskan sisa-sisa peluang jadi MB.

20 April 2010 at 09:54

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)


  • Blogger Templates

  • Blog Archive

    • ▼ 2010 (60)
      • ► 10/24 - 10/31 (1)
      • ► 10/03 - 10/10 (5)
      • ► 04/25 - 05/02 (4)
      • ► 04/18 - 04/25 (18)
      • ▼ 04/11 - 04/18 (9)
        • Skandal Kapal Selam : Perancis Mulakan Siasatan
        • Sah!Empat Calon bertanding Hulu Selangor
        • Kamalanathan Sah Calon BN Parlimen Hulu Selangor
        • Adun Bakar Arang umum keluar PKR
        • Pengundi perlu pandang serius isu APCO
        • Sejarah yang perlu dikenang... dan perlu kita habi...
        • Zaid Ibrahim calon Pakatan Rakyat di Hulu S'gor
        • PILIHAN RAYA NEGERI: ZAMBRY TAKUT KALAH
        • Melayu dengan krisis nilai
      • ► 04/04 - 04/11 (7)
      • ► 03/28 - 04/04 (1)
      • ► 03/21 - 03/28 (8)
      • ► 03/14 - 03/21 (7)
    • ► 2009 (56)
      • ► 04/12 - 04/19 (7)
      • ► 04/05 - 04/12 (41)
      • ► 03/29 - 04/05 (8)

    Edit here


PerakExpress © 2008 Free Premium Wordpress Themes and BlackQuanta | Bloggerized by : GosuBlogger