[Isham Rais/MKini]Saya selalu mendengar ucapan para politikus tentang betapa berbudi bahasanya manusia Melayu ini. Saya juga ada membaca dalam kitab dan buku-buku lama tentang nilai-nilai indah manusia Melayu.
Malah ada si polan dan si polan yang tanpa segan silu dan tanpa selidik yang dalam telah berani mengakui bahawa manusia Melayu - satu satunya manusia di dunia ini yang besopan santun dan berbudi bahasa.
Memang betul – ada kebenaran kenyataan ini. Manusia Melayu lima puluh tahun dahulu bersopan santun dan berbudi bahasa. Memang betul manusia Melayu tiga puluh tahun dahulu memiliki nilai kemanusiaan yang kukuh.
Tetapi hari ini semuanya telah berubah dan bertukar. Sedikit demi sedikit nilai budi bahasa sopan santun manusia Melayu itu telah berubah.
Perubahan ini muncul kerana asas sistem ekonomi manusia Melayu itu berubah.
Dari masyarakat feudal yang berasaskan ekonomi pertanian, manusia Melayu telah memasuki ke alam ekonomi kapitalis. Perubahan ini tidak dapat tidak telah juga mengubah pembudayaan manusia Melayu itu sendiri.
Satu ketika dahulu kenduri nikah kahwin adalah kerja bergotong-royong untuk sanak saudara dan jiran sekampung – kini semuanya dijalankan oleh kontraktor.
Tenaga dan masa yang satu ketika dahulu melimpah ruah dan diberikan secara percuma kini – masa dan tenaga - telah diukur dengan nilai wang ringgit.
Justeru kita tidak akan hairan kadangkala upacara keagamaan juga memerlukan perbayaran. Iman dan Tok Kadi kini perlu dibayar untuk doa dan kehadiran mereka. Tiga puluh tahun dahulu mustahil pekara ini berlaku.
[lagi]
Melayu dengan krisis nilai
Monday, 12 April 2010
10:49
|
Labels:
isham rais,
mkini
|
This entry was posted on 10:49
and is filed under
isham rais
,
mkini
.
You can follow any responses to this entry through
the RSS 2.0 feed.
You can leave a response,
or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Bang Isham,
Jika ditakdirkan Pakatan Rakyat memerintah Malaysia, ada tak cara yang khusus untuk kita membebaskan negara dari cengkaman kapitalis?
Aku tak nampak cara bagaimana yang Pakatan Rakyat akan lakukan. Nak harapkan BN? Jangan nak bermimpi! Kalau dengan Yahudi pun sanggup bersekongkol, inikan pulak nak menghapuskan kapitalisme yang dah terang-terang ciptaan Yahudi.
Aku percaya, ramai kawan-kawan Abang Isham sendiri tak pasti bagaimana caranya untuk kita meleburkan "rantai besi" kapitalis. Cengkaman golongan penindas ini cukup kukuh untuk kita leraikan.
Post a Comment