PerakExpress

  • Entries
  • Comments

  • Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit

Khutbah Jumaat ...sokong calon BN!!

Saturday, 4 April 2009







Umno betui-betui haprak!! Hari tu...depa kata Nizar rampas mikrofon masjid. Tapi bila kita siarkan pengakuan imam yang bertugas yang menceritakan hal yang sebenar...Zamry ubah cakap. Tapi tak mengaku dia berbohong!! Orang macam ni hangpa nak pilih jadi wakil hangpa?

Awal pagi tadi...aku post satu suratkhabaq lama. Tu yang berlaku tahun 1996...maka adalah puak-puak yang menyalak mengatakan yang tu cerita basi.

Hari ni..aku post pulak yang terbaru..baru dapat semalam. hangpa tengok sendiri macam mana Umno berlindung disebalik Raja untuk menyalahgunakan mimbar Jumaat untuk berkempen pilihanraya. Sapa yang menyalahgunakan masjid? Hangpa tengok sendiri.

Satu salinan teks khutbah Jumaat telah diedarkan kepada semua Imam masjid didalam kawasan Bukit Gantang...untuk dibacakan ketika sembahyang Jumaat hari ini. (3/4/09)

Boleh dikatakan hampir semua orang-orang yang memegang jawatan dalam masjid dah meluat dengan perangai pemimpin Umno. Bila tiba pilihanraya...semuanya nak guna masjid. Habis pilihanraya...tak nampak muka.

Hari tu...Imam masjid Simpang pun dah meluat kat pemimpin Umno...sampai sanggup kedepan untuk bercakap perkara yang sebenar...walaupun dia tau, dia mungkin akan dikenakan tindakan macam Ramlang Porigi.

Hari ni...sorang lagi imam tampil kedepan untuk memberitahu kebobrokan Umno...sampai sanggup mengeluarkan arahan untuk membaca khutbah Jumaat yang meminta orang ramai menyokong calon Umno. Awat la teruk sampai lagu tu?

Tadi...kami semua pi sembahyang Jumaat di masjid berlainan...tapi tak ada satu pun imam yang baca khutbah yang diarahkan oleh Umno. Tapi bila habis sembahyang Jumaat..kami tanya kat imam.

Jawapannya hampir sama...."Tak kebuloq!!!"

Bila kami tanya pasai apa....rupa-rupanya depa dapat arahan dari JAIP supaya jangan baca khutbah Umno. ha..ha..ha... baru ada akai! Dulu masa Jumry jadi Pengarah JAIP...boleh la hangpa katuk kepala imam. La ni Ust. Mohd. Nor Mansor...

Bagi yang tak boleh nak baca jawi...aku salin balik dalam rumi.

Muka depan.

Khutbah Jumaat.
Sempena pilihanraya kecil Bukit Gantang.
Kesetiaan kepada raja dan negara.

7 Rabiulakhir 1430h 3 April 2009
Disediakan oleh Biro Agama Umno Bahagian Bukit Gantang Perak Darul Ridzuan

Muka 1.
Khutbah Jumaat Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Sidang Jumaat yang dihormati, Kita amat bersyukur kerana masih diberi peluang oleh Allah Taala untuk menghuni buminya ini, maka wajiblah kita membuktikan kesyukuran kita padanya dengan menjunjung segala perintah-perintahnya dan meninggalkan segala larangan-laranganya. Mimbar hari ini ingin menyentuh tentang tajuk 'kesetiaan dan ketaatan kepada ulil-amri. Sidang Jumaat yang dihormati, Allah Taala telah berfirman didalam Surah An-Nisa, ayat 59, (Surah an-Nisa)... Muka 2.

Ertinya,
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (Orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah dan (sunnah) Rasulullah. Jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok kesudahannya. Ayat diatas jelas menunjukkan bahawa umat islam wajib mentaati Allah, juga mentaati Rasulullah dan pemimpin-pemimpin yang berkuasa. Dalam konteks negeri Perak iaitu negeri kita ini, maka ulil-amri yang dimaksudkan ialah Sultan. Ini adalah kerana Sultanlah yang menjaga urusan agama, Sultanlah yang menentukan tarikh puasa dan hari raya, Sultanlah yang meluluskan enakmen pentadbiran agama dan Sultanlah yang melantik mufti, para imam dan memberi tauliah mengajar. Oleh itu, kita tidak boleh menderhakai Sultan dan pemimpin-pemimpin negara terutama pemimpim-pemimpin Umno yang telah banyak berjasa kepada negara. Sesiapa yang menderhakai Sultan dan pemimpin negara, maka dia telah melanggar dan menyalahi rukun negara iaitu kesetiaan kepada Raja dan Negara. Penderhaka atau bughah menurut hukum hudud Islam halal darah mereka untuk diperangi. Muka 3.

Sidang Jumaat sekelian,
Merujuk kepada ucapan Perdana Menteri kita baru-baru ini, janganlah kita menjadi ekstremis agama dan kaum. Ekstremis agama bererti memperalatkan agama untuk kepentingan diri sendiri. Sikap ini akan menyebabkan seseorang itu menjadi Pak Turut kepada nafsu dan sanggup mengada-adakan ajaran yang bukan dari ajaran Islam. Contohilah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita yang telah memperkenalkan Islam Hadhari sebagai satu ajaran yang sangat menepati ajaran Islam sebenarnya. Islam Hadhari adalah suatu prinsip alternatif terbaik untuk manusia bagi mencapai kebahagiaan didunia dan akhirat. Sesungguhnya tujuan Islam Hadhari dirangka diantaranya untuk merangsang cara hidup sihat dan bersih dari amalan-amalan negatif seperti rasuah dan politik wang. Rakyat memang amat memerlukan pemimpin dan penguasa yang bersih dari rasuah dan politik wang. Oleh itu, mimbar menyeru kepada seluruh ahli jemaah supaya terus menyokong perlaksanaan Islam Hadhari dinegara yang kita cintai ini. Sidang Jumaat yang dihurmati sekelian, Rasulullah S.A.W ada bersabda: "Hubbul watani minal iman" Cintakan tanah air adalah sebahagian dari iman. Muka 4.

Hadith ini mengajar tentang erti keimanan. Iman bukan hanya sembahyang dan puasa tetapi sifat patriotik terhadap negara juga adalah juga sebahagian dari iman. Negara kita pernah dijajah sejak tahun 1511 lagi. Portugis, belanda, Inggeris, jepun, semuanya telah dihalau dari bumi tanah air kita melalui semangat patriotik dan semangat kebangsaan pemimpin-pemimpin melayu kita.
Itulah jasa besar mereka, itulah jihad mereka. Perkara ini telah dipertegaskan oleh Menteri Pelajaran Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn, baru-baru ini bahawa sejarah telah menyaksikan hanya pemimpin-pemimpin Umno lah sahaja yang bertungkus lumus memerdekakan tanah air kita. Oleh itu, marilah kita terus memperteguhkan perjuangan Melayu dengan menyokong dan mengundi calon Barisan Nasional dalam pilihanraya yang sedang berlangsung ini. Barokallahuliwalakum filquranil azim......
(Aku tak suka merumikan ayat-ayat Quran kerana boleh memberikan sebutan yang tak betul)






02:36 | Labels: khutbah umno |  

This entry was posted on 02:36 and is filed under khutbah umno . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

 

18 comments:

Anonymous said...

Apa nak buat,
Bagi UMNO ni Malaysia Bapak dia PUNYA...

HOI UMNO APA INGAT MALAYSIA NI BAPAK HANGPA PUNYA?????

TAPI INGAT UNDI RAKYAT YANG PUNYA....

DAN DUNIA DAN SEISINYA ALLAH YANG PUNYA.....

TUNGGU 07 APRIL SEMUA ORANG AKAN LIHAT BULAN PENUH DILANGIT BUKIT GANTANG...
DAN HARUS DIINGAT BULAN JUGA ALLAH YANG PUNYA....

3 April 2009 at 17:53
Anonymous said...

ust. aku (Arwah dah..) ustz. yg sama ajar Zahid masa di SIS...kata Taat kepada Allah Taat kepada Rasul 2 kali Taat...kepada pemimpin tidak ada Taat...Hanya ada WA atau bahasa Arab DAN..Maknanya KITA WAJIB TAAT KEPADA PEMIMPIN YANG TAAT KEPADA ALLAH...Hangpa fikir sendiri pemimpin macam mana...BINI pun tak pakai tudung....

3 April 2009 at 18:08
pengliporlari said...

maaf nak maki sikit...oi babi negara(BN)!!!memang hangpa langkah maut dibukit gantang!propaganda hangpa boleh dijadikan buku ntah dah berapa jilid!ini suma dijangka,para penyokong PR tunggu,lihat dan buat laporan jika perlu.tunggu lepas ni hingga malam mengundi lak mesti adalagi perkara yg selalu dilakukan BN setiap kali pilihanraya

3 April 2009 at 18:14
Anonymous said...

KITA WAJIB TAAT KEPADA PEMIMPIN YANG TAAT KEPADA ALLAH DAN RASUL...Pi tanya Hj Asmuni Awi,Pengarah Pilihan Raya PAS Bkt Gantang yang sama sekelas dengan Zahid ....

3 April 2009 at 18:15
tamban tegeliat said...

hahaha banagang punya teks khutbah...nasib baik imam2 tak kebuloq nak baca. kalau tak, makmum yg dgr semua gelak pecah perut.
bukan apa..Umno ni tak dak aura nak kumpul org pi majlis depa, jadi gunakanlah masjid masa sembahyang jumaat, org ramai..depa sampaikanlah dakyah bangang depa tu dlm khutbah.
Taat kpd pemimpin ada syaratnya...bukan taat membabi buta!

3 April 2009 at 18:27
Anonymous said...

terdesak betull PAS kali ni di Bukit Gantang... selepas buat surat fitnah, buat khutbah fitnah pula...

sedih2.. tapi aku rasa ini bukan PAS yang buat, orang yang slalu buat kerja2 kotor ni.. orang PKR.. tak caya? tanya Elizabeth Wong, tanya Arumugam Bukit Selambau

3 April 2009 at 18:41
Cik Lee said...

Sampai bab ayat 'Contohilah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita yang telah memperkenalkan Islam Hadhari' kawang betul-betul rasa macam nak muntah. Memang tak tipu. Macam baca buku karangan budak sekolah rendah jer.

Kalau isu rampas mikrofon pun dia punya gimik sampai keluar tv ngan suratkhabar satu negara, ini lagi lah khutbah. Anonymous 03:41 - Apa yang kena muka ' Zambry & UMNO' tu hang cakap semua fitnah. Hang punya geng BPN maki hamun, semua perkataan baik punya keluar tak pulak fitnah. Masalah kalau kepala otak dah tertukar dekat kepala lutut ni.

http://azzlie.blogspot.com

3 April 2009 at 18:46
Anonymous said...

habih, malaysia ni bapak punkok kasi rasa (pkr) yg punya? bodohnye balaci2 punkok nih!

pantang anak perak mengalah! kita tgk apa akan jd dgn bkt gantang. Akan aku pertahankan dari anasir2 punkok luar yg dh dtg berbas2.

3 April 2009 at 19:38
Anonymous said...

Apa punya manusia la UMNO ni, mesjid pun dorang nak guna buat kempen, dah lah semua media dorang sapu, mesjid pun nak balon..tak puas lagi tu, dorang sekat pulak media PR, tapi mujurlah ada alternatif lain..yang dalam UMNO ni bukan manusia lagi, jin ke dajai..

3 April 2009 at 20:21
malayjuniors said...

http://www.bem.org.my/v3/professional.html

----------------------

CHECK IR NIZAR DI SINI.
X DE BEB

3 April 2009 at 20:53
Anonymous said...

memg keji lagi terkutuk btul bn ni...
bila nak ngundi baru guna agama. tapi digunakan untuk kepentingan umno yang keji lagi terkutuk...
umno macam kakoh like babon

3 April 2009 at 21:29
Budak Hingusan said...

umno anjing

3 April 2009 at 21:53
Anonymous said...

Assalamualaikum.

Jangan marah dan maki orang UMNO kerana jika orang PAS maki UMNO bermakna sama lah PAS dan UMNO.

Yang membezakan UMNO dan PAS.
UMNO perjuangan orang melayu
PAS perjuangan orang Islam

Jadi orang perlu kesabaran agar perjuangannya mendapat keredhaan ALLAH.

3 April 2009 at 22:18
akubudakijau said...

haha..
blajaq agama wat2 xdengaq
jdi cmnihla..
munafik

3 April 2009 at 22:27
izuaf4zi said...

surat ni membuktiksn siapa yg derhaka kepada raja dan rakyat kalau pas boleh boleh buat surat macam tu kat masjid aku ingat sampai habis PK pun dok ulang tayang box office setahun..

bole pulak depa ingkar arahan JAIP utusan merapu, berita hairan n tv3 1/4 awat hampa tak bongkar surat onmu

seingat aku bekas2 Pm penah kata "Melayu Mudah Lupa" tu yang depa lupa

ni aku nak tanya juak2 UMM UMM noo calon hampa nama apa...zamry kah?

calon hampa mcm tak dak cuntoi jaa, semua zambry dok jawab
semua kes..lain kali suruh zam yg jadi calon

tengok calon Pas bergayak sungguh

ada tokoh

3 April 2009 at 22:38
Unknown said...

ISA release, tarik balik pengharaman dua akhbar pembangkang dan kes MB vs MB..

saya harap PR jangan excited sangat..dah tahu perangai najib macammana kan?

Ingat lagi drama trojan horse Adun Bota Datuk Nasarudin Hashim?

Dia bagi seorang tapi dapat SATU NEGERI PERAK..

ini semua cuma nak kaburkan pandangan rakyat ja untuk menang PRK 7hb ini.

4 April 2009 at 00:08
Jumayatara said...

ISA dan Akhbar tu cuma mukadimah Najib...ada agenda lebih besor.

4 April 2009 at 01:31
peche said...

rilek...kita kena guna akal...
kita perlu hadapi BN dgan akal...
control perbuatan kita...

4 April 2009 at 20:53

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)


  • Blogger Templates

  • Blog Archive

    • ► 2010 (60)
      • ► 10/24 - 10/31 (1)
      • ► 10/03 - 10/10 (5)
      • ► 04/25 - 05/02 (4)
      • ► 04/18 - 04/25 (18)
      • ► 04/11 - 04/18 (9)
      • ► 04/04 - 04/11 (7)
      • ► 03/28 - 04/04 (1)
      • ► 03/21 - 03/28 (8)
      • ► 03/14 - 03/21 (7)
    • ▼ 2009 (56)
      • ► 04/12 - 04/19 (7)
      • ► 04/05 - 04/12 (41)
      • ▼ 03/29 - 04/05 (8)
        • Mahkamah Buktikan Nizar Tidak Derhaka.
        • Pelancaran Banner BloggersNetwork
        • Umno tipu Melayu
        • Khutbah Jumaat ...sokong calon BN!!
        • Najib, Ke mana dan Di mana Pendirian Melayu?
        • Isu Altantuya: Polis nafi larang, Umno kata 'keras...
        • Umno: Pembela agama? Khak tuih!
        • Pakatan worries about low-voter turnout

    Edit here


PerakExpress © 2008 Free Premium Wordpress Themes and BlackQuanta | Bloggerized by : GosuBlogger