Jumpa lagi. Hangpa punya pasai..aku terpaksa cuti.
Pada 29/3...hari penamaan calon,ramai yang direct kat perakexpress...menyebabkan hits melonjak sehingga lebih dari 5 juta hits. Akibatnya...server tak boleh tahan dan crashed. Jangan pulak kata aku marah....sebenarnya aku suka. Lagi banyak website aku crashed...menunjukkan lebih banyak peminat.ha..ha.
Yang aku marah...dengan puak belah nun. Tak habih-habih buat fitnah. Depa buat kerja kotoq...depa kata kita buat. Kalau boleh tunjukkan bukti tak pa...ni cuma tau maki hamun.Sampaikan cerita kat masjid pun boleh dijadikan modal untuk menipu.
Depa kata kita pergunakan masjid. Memang la kita pergunakan masjid untuk beribadat..bukan nak cari modal politik. Tapi depa yang salahguna masjid...yang tu depa cuba tutup.
Posting pertama dalam blog baru ini...aku nak flashback kepada apa yang berlaku tahun 1996. Yang ni berlaku kat Kapar, Selangor. Aku tuliskan semula, surat arahan kepada ketua-ketua cawangan Umno, yang dikeluarkan oleh Umno Bahagian Kapar.
Semua Ketua Umno Cawangan-Cawangan,
Dalam bahagian Kapar.
Tuan-Tuan,
GARIS PANDUAN PROGRAM AGAMA.
Dengan hormatnya dimaklumkan, saya diarah untuk menarik perhatian Ketua-Ketua Cawangan mengenai perkara di atas. Adalah diperhatikan akhir-akhir ini ada cawangan-cawangan UMNO dalam bahagian Kapar yang menganjurkan program-program agama seperti ceramah-ceramah, pengajian, forum dan sebagainya. tuan-tuan adalah diminta supaya lebih berhati-hati apabila mengundang para penceramah/ustaz untuk mengisi program-program tersebut kerana terdapat penceramah-penceramah agama yang menggunakan ayat-ayat al-Quran dan Hadith sebagai dalil dan hujjah untuk merendah-rendahkan perjuangan UMNO.
Sebagai contoh, pada 7hb. September 1996 yang lepas, satu majlis forum telah diadakan di bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang. Salah seorang ahli penal forum itu telah menghuraikan ayat 36 Surah Al0Ahzab yang menjelaskan kesesatan mereka yang "memilih hukum selain dari hukum Allah", termasuk juga mereka yang menolak hukum hudud dalam al-Quran.
Kita tidak boleh menerima hujjah dari Quran seperti itu kerana ini akan menjauhkan sokongan rakyat kepada Umno.Kita menolak hukum Quran kerana ianya bersesuaian dengan semangat Barisan Nasional bagi mengekalkan kuasa dalam negara ini. Kejahilan masyarakat dalam agama bererti keuntungan kepada perjuangan kita.
Sebagai garis panduan, sila ambil langkah-langkah berikut apabila menganjurkan program-program agama:
1. Sila berbincang dengan Nazir Masjid/Pengerusi surau supaya tidak menjemput ustaz-ustaz yang menentang dasar kerajaan. Pengajian tafsir Quran dan hadith hendaklah dielakkan kerana biasanya Quran dan hadith menjelaskan sifat-sifat munafiq, syirik dan sebagainya. Ini mungkin "terkena kepada kita"
2. Pilihlah ustaz yang sesuai dengan perjuangan kita. Sekiranya meragui latarbelakang mereka, sila rujuk kepada Ketua Biro Agama bahagian. Adalah diingatkan supaya tuan-tuan lebih berhati-hati. Terdapat ramai para ustaz termasuk kadhi yang menentang dasar kerajaan.
3. Sila nasihatkan ahli-ahli Umno agar meeka tidak terpengaruh dengan hujjah agama selain dari apa yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan pada masa ini. Memadailah sekiranya masyarakat diajak untuk turut serta bersama kita dalam majlis-majlis tahlil dan membaca yassin yang diadakan di masjid/surau.
Sekian, terima kasih.
Hormat dari saya,
SAMAN BIN HAJI AHMAD
Setiausaha, Umno Bahagian Kapar.
s.k.
YB Dato' Ketua UMNO Bahagian Kapar,
Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kapar,
Ketua Biro Agama Bahagian Kapar.
Umno: Pembela agama? Khak tuih!
Thursday 2 April 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Salam,
Izinkan saya 'salin dan tampal' entri saudara dlm blog saya secara verbatim kerana ia sama sekali mengejutkan dan saya kira perlu disebarluaskan segera. Syukran jazilan
tlg la bgtau sape saman bin haji ahmad tu.. nk tau jgk, betul ke surat ni..
bukan nk persoal, cume nk lebih kepastian,kalau betul ada surat ni..memang umno ni bangsat punya org la...
sape2 ada maklumat,tlg la bg tau..time ksih kerna tunjuk surat ni...
kepada Anonymous 3 April.
Tak payah pegi jauh.
HAJI Samak Hj. Ahmad tu, hidup lagi.
1. BARISAN AJK UMNO BAHAGIAN KAPAR
(2008-2012)
"TEAM WAWASAN"
PENGERUSI TETAP-
TUAN HAJI SAMAK BIN AHMAD
(MENANG TANPA BERTANDING)
2. http://sungaipinangkapar.blogspot.com/2009/01/jejak-pemimpin-umno-bahagian-kapar.html
"Ujar beliau lagi PEMUDA haruslah lebih berani dan secara istiqamah terus setia membela rakyat dan mempertahankan agama, bangsa dan negara."
Ye la tu Aji Samak oi.
Mulai sekarang kalau anak cucu cicit hangpa carik nama hangpa kat internet, akan keluar surat-surat ni yang menunjukkan betapa jahil dan pembelot agama sebenarnya hangpa ni.
Makcik sedih sbb org Islam kite sibuk bertelagah sesama sendiri, maki hamun, sebar fitnah. Mengata, mencerca org, semua org tak betul tapi yang dia tu dok sebar berita yang tak tahu betul atau salah tak sedar. Buatlah benda yang bermanfaat, jgn dok sibuk nak korek kelemahan org lain. Mungkin sbb tu lah orang Islam kita tak maju serba serbi.
Mak Ngah
Mak Ngah...kalau takdak angin..masakan pokok bergoyang..
dia ni sapa?cuma setiausaha agung UMNO kapar tahun 1996 sahaja. bkn orang yg terlibat dalam meminda atau membuat keputusan dalam UMNO keseluruhan. Belum tentu PM masa tu dengar arahan surat dia ni.so tak perlu la selongkar kesah haji samak ni.
Kenapa tak perlu selongkat? ada takut ka?...
saya cadangkan kepada para pemimpin umno kalau dorang mengaku betul tak khianat pada rakyat, tambahkan dalam doa solat jumaat agar melaknat para pemimpin yang khianat, rasuah, salah guna kuasa akan tetapi jika pemimpin itu betul akan cara bekerja nya semoga Allah memberkati dia dan seluruh keluarga dia... ada berani?
usul periksa dahulu perkara ini sebelum tuan puan membuat pertimbangan dan keputusan.....
insyaallah kita sama2 beroleh petunjuk dan hidayah... wallahhualam.
Post a Comment