PerakExpress

  • Entries
  • Comments

  • Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit

P094 Hulu Selangor: BN-6: PR-4

Saturday 24 April 2010






Oleh: MSK

Semalam…aku sakit perut. Pergi jamban 5 kali tapi masih tak habis-habis. Perut aku dah tak boleh terima bihun dan mee setiap pagi.

Pukul 10 pagi, aku cuba mencari daun senduduk untuk direbus..tapi mana nak cari dalam pekan Kuala Kubu?

Aku menyusur jalan ke Bukit Fraser..kot-kot boleh jumpa pokok senduduk ditepi jalan. Memang banyak..tapi kena park kereta tepi jalan dan masuk kedalam sikit. Dan semasa sedang mengutip pucuk senduduk, seorang tua melintas naik kapcai.

“Nak rebus pucuk betik ke?” dia tanya. Selalunya..orang kampung rebus pucuk betik untuk dimakan dengan sambal kelapa. Nak hilangkan pahit pucuk betik, depa rebus dengan pucuk senduduk.

“Tak…sakit perut. ” aku jawab. Kalau kena cirit birit…rebus pucuk senduduk dan minum airnya.

“Abang undi sapa hari Ahad ni?” aku tanya. Sempat juga nak berkempen.

“Ishh…tak guna dah. BN mesti menang.” kata dia.

“Cilaka!!” jawapan macam tu menambahkan sakit perut aku.

“Macam mana abang tau BN akan menang?” aku tanya dia.

“Sebab saya yang pilih calon!!” kata dia.

Aku tak pasti sama ada aku bercakap dengan orang yang waras atau tidak. Seorang tua di Kampong Gerachi, Pertak bertanggungjawab memilih calon BN!!.

“14/4 lalu, orang Najib datang jumpa saya minta tolong tengok sapa yang paling bagus untuk jadi calon BN.” kata dia.

Fuh!!! ini interesting. Sakit perut aku pun mula kurang bila dapat info macam tu. Dia ni mesti somebody kat sini. Kalau tidak, tak kan Najib jumpa dia untuk minta nasihat!!

“Bila PKR umumkan calon pada 13 haribulan…PKR silap langkah. Tarikh tu tak bagus. 1+3 jadi 4. Nombor tak baik.” kata dia.

Ha.ha…at last, ada juga pakar nombor kat Kampung Gerachi ni!! Ini interesting.

“Bila PKR umumkan nama Zaid, BN sudah gelabah. Zaid cukup kuat. Nombor peribadi dia 8194. Campur semua jadi 22. Ini nombor utama…macam 11, 33, 44. Siapa yang ada nombor utama..memang kuat. Macam Hj. Hadi. Da buat apa pun, tak ada sapa yang boleh lawan.

14 haribulan, orang Najib datang jumpa saya. Macam mana nak lawan PKR?” kata orang tua tu.” Najib minta saya atur strategi macam mana nak menang. Memang cukup susah. Itu pasal saya perlukan dua hari untuk membuat keputusan.”

Aku keluar rokok smuggle aku. Offer kat dia…dan dia ambil.

“Saya suruh BN umumkan calon pada 15 haribulan. Sebab 1+5 jadi 6. Tarikh yang sesuai….dan lebih dari tarikh PKR” orang tua tu menyambung.” Tapi yang susah…nak pilih sapa jadi calon. lebih susah dari pilih tarikh mengundi yang sesuai.”

“Tarikh pilihanraya pun kena tanya kat abang?” aku tanya dia.

“Aha…tarikh pilihanraya saya yang tentukan…bukan SPR” kata dia.

“What???”

“Rosmah minta tarikh yang sesuai dengan nombor dia. Nombor Rosmah 961418=29.2+9=11. Jadi jadi saya pilih 25/4. 2+5+4=11. Selesai!” kata orang tua tu.

“BN bagi kat saya tiga nama. Palanivel, Mugilan dan Kamalanathan. Palanivel tak boleh bertanding sebab nombor dia juga 11. 713159453=38. 3+8=11. Kalau dia bertanding, BN akan bergaduh. Antara Mugilan dan Kamalanathan, Kamalanathan lebih kuat sebab nombor dia 214131512815=34. 3+4=7. Mugilan, 4379315=32. 3+2=5.

Kalau Mugilan bertanding atas tiket MIC, nombor MIC 8. 8+5=13. 1+3=4. Mampus MIC.

Jadi, Kamalanathan adalah pilihan terbaik BN. 7+8=15. 1+5=6. Bila Zaid bertanding atas tiket PKR, nombor PKR 729=18.1+8=9 22+9=31. 3+1=4. Mampus PKR. Nasib BN baik sebab Zaid bertanding atas tiket PKR. Kalau Zaid bertanding atas tiket PR, 22+7=29.2+9=11!!! Bila dah selesai pemilihan calon, BN buat pengumuman. Saya yang pilih tarikh untuk buat pengumuman. 15 haribulan. 1+5 =6.”

Whoa!! Orang tua tu dah hafal nilai huruf mengikut nombor!!

“Dan bila tiba hari Penamaan Calon, tuah memihak kepada BN. Kamalanathan nombor 2, Zaid nombor 4. Nombor Zaid nombor mati. 1 dan 2 dapat kat calon Bebas.” tambah orang tua tu lagi.

“Kamalanathan bertanding atas tiket BN. 2+7=9. Zaid bertanding atas tiket PKR. 4+9=13. 1+3=4. ”

Peerrrgh!! Apa la nasib Zaid.

“Tapi BN juga ada masalah selepas Penamaan Calon!! Ada dua calon BEBAS. Dan nombor bagi BEBAS ialah 25211=11. Nombor utama!! Kalau BEBAS bertanding, BN boleh bungkus. Itu sebab, BN kena bayar kepada calon BEBAS untuk tarik diri!!”

“Jadi kalau perlawanan diantara parti…BN boleh menang. Tapi dari segi personaliti, Zaid merbahaya untuk Kamalanathan. Kekuatan Zaid perlu di tentang. Dan BN meminta pertolongan SPR untuk membantu BN.

Langkah pertama yang dilakukan oleh SPR ialah menambah Daerah Mengundi. Jumlah Daerah Mengundi yang lama ialah 45. 4+5=7. Berlaga dengan nombor Kamalanathan. Jadi SPR kena tambah lagi dua menjadi 47. 4+7=11. Nombor pilihan Rosmah. Dan untuk menjadikan Daerah Mengundi menjadi 47, SPR kena pindah dan ubah pengundi. Jadi..BN sudah tau seramai 14,000 pengundi dipindahkan. Tapi PKR hanya tau selepas penamaan calon!”

Habis dua batang rokok…cerita orang tua tu menjadi lebih menarik.

“Dengan kombinasi calon, Kamalanathan (7), BN(7) dan SPR (8).. BN memperolehi jumlah sebanyak 22. Sudah cukup untuk mengimbangi kekuatan Zaid.

Jadi….penentu kepada siapa yang menang dalam pilihanraya ini bergantung kepada SPR. Kalau BN menang…kerana SPR yang tolong. Kalau PKR kalah…juga kerana SPR. Akhirnya…yang menang dalam pilihanraya ini ialah SPR.”

“Kalau macam tu tak payah bertanding la kalau BN dah gerenti menang?” aku tanya dia.

“Tak jugak!!” kata dia. “Kalau PKR nak menang… kena cari jalan macam mana mengalahkan BN.”

“Macam mana?” aku tanya lagi.

“Kena bayar pengeras la.” Kata dia.

Peerrrgh!! Macam konsultan pulak.

“Memang saya konsultan” kata dia. “Tapi tak mahal. Bawa ibu kunyit dan duit pengeras lima ringgit suku.”

Ha.ha..ha. Nanti aku bagi tau kat Fuziah Salleh

11:58 | Labels: msk |  

This entry was posted on 11:58 and is filed under msk . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

 

16 comments:

merbok said...

hehehe menarik

24 April 2010 at 12:20
kawe said...

He he memang menarik

24 April 2010 at 12:28
Anonymous said...

hahaha..tergelak aku

24 April 2010 at 12:31
Anonymous said...

cekap ilmu hisap org tua nie...

24 April 2010 at 12:37
Anonymous said...

tu la orang melayu, pandai mengira bukan-bukan. tak kaya juga. kalau betul pandai kira-kira dan tentu boleh kerja accountant. gaji besar kereta besar rumah besar. takde la nak merempat tepi jalan naik kapcai lepak-lepak buang masa, duduk rumah flet lif rosak, kerja kilang harapkan ot, dah nasib orang melayu bergantung pada simpati dari usaha sendiri. cara harta pun ikut singkat, jadi je pemimpin UMNO semua boleh kaut. sampai anak dara orang pun dia sapu bersih. silap gaya bini orang pun dia kebas.

24 April 2010 at 13:05
Anonymous said...

kO awak pen ngan kertas ke mase cari senduduk? haha..nombor aku dah pening..hebat ko hapal..hahah

24 April 2010 at 13:10
Anonymous said...

orang tua ni mesti peminat numbers ni....hahaha

24 April 2010 at 13:18
The Sniper said...

Zaid 11. Kamalnathan 7. Hari Pengundian 11. Zaid lebih hampir kepada 11. Zaid 11 + Rakyat 22.
Rakyat 22 lebih power dari 11 tarikh mengundi. haa! terkincit oghang tua tu!

24 April 2010 at 13:44
Chairman Kaga said...

CHAIRMAN KAGA
1+2-3+4-5 DARAB TOLAK SATU=1
NOMBOR YG DIGERUNI OLEH PARPUKARI
INI DIA NOMBOR PARPUKAR
3-3=0
atapun dengan ungkapan betul
BABIQ

24 April 2010 at 13:44
Putra IJ80 said...

Kita anggap saja, ini sebagai iklan TV3/4.

Tapi jika kita pecaya, yakin,sendiri jwb lah di hadapan Allah s.w.t.

Jgn Mraee!!!!!

24 April 2010 at 14:35
Anonymous said...

haaa... baru la syok sikit blog pe ni.... dah lama.... tension.... tapi ada pengajaran... bagus...bagus... bang mat tulis lagi... jgn dok cerita org pkr dok keluo pati saja...

24 April 2010 at 15:06
ikutCeramah said...

Ada logiknya jugak cerita MSK ni, walaupun merapu sikit.

Rasulullah s.a.w.bersabda, "Menilik nasib itu palsu, sekalipun tilikan nasib itu (kebetulannya) betul..."

24 April 2010 at 16:29
CheDe' said...

Yee...yeee...cite2 mcm nih kite kena cari wat selingan ngn cite2 yg heavy....
Cari org tua tu...bw p ceramoh PR,sure org UMNO n SPR gelabah...klu betul ler cite2 org tua tu...keh...3x...

24 April 2010 at 17:26
CYS said...

Pengeras Ibu kunyit dan lima ringgit suku...takkan nak tanya Fauziah Salleh dulu...hang pakai dulu kmdn claim...besok dah nak ngundi.....

24 April 2010 at 18:42
Anonymous said...

tuuuudia punya pusin
last2 spr jugak kena
hahahahahaha
itulah hakikatnye

24 April 2010 at 21:08
AbeJepun said...

haha
selingan cmni la best
asyik citer2 heavy jer

24 April 2010 at 22:20

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)


  • Blogger Templates

  • Blog Archive

    • ▼ 2010 (60)
      • ► 10/24 - 10/31 (1)
      • ► 10/03 - 10/10 (5)
      • ► 04/25 - 05/02 (4)
      • ▼ 04/18 - 04/25 (18)
        • SURAT TERBUKA BUAT MUFTI PERAK
        • Lebih 2000 Anak Kelantan Hulu Selangor Hadir ke pe...
        • Zentrum: Pakatan 51.7 peratus, BN 48.3 peratus
        • P094 Hulu Selangor: BN-6: PR-4
        • Tuduhan rasuah: Bekas Adun PKR dibebaskan
        • 5 ahli AMK ditahan, polis guna akta bahan letupan
        • P094 - BN peralat JHEOA
        • Usul ke atas Anwar diluluskan, MP Pakatan keluar d...
        • P094 - Zaid dan Fuziah Lawan SPR
        • Dua Wanita PKR cuba meraih publicity murahan - Mus...
        • P094 - Norizan cari Hishamuddin di Hulu Selangor
        • KEMPEN BARISAN NASIONAL BERBAUR LUCAH DAN HASUTAN
        • P094 - Selamat berambus, selamat datang
        • Ketua Penerangan Wanita PKR Perak keluar parti
        • Snap jadi parti ke 4 dalam Pakatan Rakyat
        • Pengundi Hulu Selangor Perlu Selamatkan Malaysia
        • Dr Halili keluar PKR masuk Umno
        • Tindakan Ahli Keluar Parti PKR Tidak Jejas Semanga...
      • ► 04/11 - 04/18 (9)
      • ► 04/04 - 04/11 (7)
      • ► 03/28 - 04/04 (1)
      • ► 03/21 - 03/28 (8)
      • ► 03/14 - 03/21 (7)
    • ► 2009 (56)
      • ► 04/12 - 04/19 (7)
      • ► 04/05 - 04/12 (41)
      • ► 03/29 - 04/05 (8)

    Edit here


PerakExpress © 2008 Free Premium Wordpress Themes and BlackQuanta | Bloggerized by : GosuBlogger