PerakExpress

  • Entries
  • Comments

  • Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit

Pengundi Hulu Selangor Perlu Selamatkan Malaysia

Monday, 19 April 2010

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Selangor
Parti Keadilan Rakyat


19hb April 2010

Pengundi Hulu Selangor Perlu Selamatkan Malaysia

Angkatan Muda Keadilan Selangor bersama rakyat Malaysia kini yakin kebijaksanaan pengundi di Parlimen Hulu Selangor untuk membawa agenda Selamatkan Malaysia. Situasi cemas dan kritikal tahap keselamatan negara dalam isu APCO, pembelian senjata dan kehilangan 2 buah enjin pesawat F5 adalah isu releven yang berkait rapat dengan keselamatan rakyat.

Secara telitinya isu keselamatan negara tidak boleh dipandang ringan. Rakyat berhak diyakini tahap keselamatan pada tahap terbaik kerana ia mempengaruhi keadaan ekonomi dan kestabilan politik. Jika rakyat hilang keyakinan terhadap keselamatan negara ianya menjejaskan sentimen pelabur asing untuk melabur ke negara ini dan seterusnya memberi kesan negatif kepada perkembangan ekonomi negara.

Kesannya ialah rakyat terpaksa berhadapan dengan situasi sukar dan tidak menentu yang boleh menjejaskan kehidupan seharian. Pengundi di Hulu Selangor diberi peluang untuk memberikan ‘isyarat kecemasan’ ke Putrajaya ada sesuatu yang tidak kena apa yang berlaku hari ini. Jika pengundi di Hulu Selangor menghantar isyarat yang salah maka kesan dan impaknya adalah seluruh rakyat negara ini.

Justeru ditegaskan kemampuan calon dari Pakatan Rakyat,Datuk Zaid Ibrahim adalah individu paling layak dihantar ke Parlimen. Gagasan yang dibawa ke Hulu Selangor adalah sinar baharu ke kawasan ini di mana beliau amat memahami, prihatin dan kehendak rakyat. Suara beliau mampu membawa nada pembelaan rakyat dan generasi muda khususnya cabaran yang berlaku di tanah rancangan FELDA.

Mohd Ezli Mashut
Ketua Penerangan AMK Selangor

22:48 | Labels: kenyataan media |  

This entry was posted on 22:48 and is filed under kenyataan media . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

 

10 comments:

Anonymous said...

lebih baik selamatkan rakyat dari kaki botol...

19 April 2010 at 22:56
Anonymous said...

selamatkan malaysia dari apa,dari pemimpin yang kaki botoi...he..hee..

19 April 2010 at 23:17
Anonymous said...

ramai pemimpin umno kaki botoi..
yeah, selamatkan kami...
kalau da betul tak suka arak, ape lagi, kita mintak kerajaan halau carlsberg dan kilang2 arak lain dari malaysia n haramkan arak secara total.
rasa2 dorg berani buat ke??
hahahaha... yang bingai je kene tipu.

19 April 2010 at 23:25
Anonymous said...

kalau arak diharamkan sahabat baik awak DAP melengting la jawabnya...nanti keluar pakatan plak...

19 April 2010 at 23:36
Anonymous said...

pemimpin yang pertama yang akan menentang hukum hudud,akan bertanding...syabas..

19 April 2010 at 23:50
Anonymous said...

Peluang untuk menegah kebusukan APCOMONO spt pilihanraya kecil/ PRU bukan selalu datang. Jadi, inilah peluang terbaik utk rakyat Hulu Selangor
mencegah kemungkaran dari terus berleluasa. Cegahlah kemungkaran dgn tangan anda ! Ia akan dikira sebagai amal kebajikan dan mendapat pahala saya rasa.

20 April 2010 at 09:16
ikutCeramah said...

Umar al-Khattab r.a. bukan setakat kaki botol masa jahiliyyah, siap bunuh anak perempuan sendiri lagi. Adakah anonymous jahiliyyah yang kutuk Zaid Ibrahim kat sini, berani cakap yang Allah tidak menerima taubat Saidina Umar?

Adakah Zaid Ibrahim tidak akan berubah, sepertimana berubahnya Saidina Umar?

Saidina Umar berubah dari seorang yang kejam, zalim, bengis dan Jahil kepada seorang Amirul Mukminin yang adil, cekap dan amanah. Adakah Allah s.w.t (bukan s.a.w. mcm sumpah Sayfool Jubori Azlan) tidak akan memberi hidayah kepada Zaid Ibrahim?

Allah jualah yang berhak mmberi hidayah kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. Kalau Zaid masih kaki botol, takkanlah beliau pegi menunaikan haji tahun lepas. Dalam blog aku pun terperanjat bila tengak gambar, Zaid naik satu bas dengan Ustaz Zahazan. Tak taulah kalau tu "pelanduk dua serupa".

Aku rasa puak-puak APCO-UMNO yang tak boleh berubah, sebab hati mereka dah gelap mengalahkan kejahilan Umar ketika jahiliyyah dulu.

Zaid Ibrahim bukan macam MP Pasir Salak dan MP Rembau dari APCO-UMNO yang melenting sakan mengalahkan cacing kepanasan bila Saifuddin Nasution mendedahkan yang PKR ada bukti, siapa didalam APCO-UMNO yang kaki botol. YB Saifuddin tak sebut nama pun. Pasai apa puak-puak pro-Yahudi dalam UMNO ni marah semacam?

20 April 2010 at 09:43
ikutCeramah said...

Lagi satu aku nak khabaq kat anonymous jahiliyyah APCO-UMNO.

MP dari DAP, Anthony Loke Siew Fook mempersoalkan dalam mahkamah, kenapa regim BN meluluskan begitu banyak lesen judi dalam Malaysia.

Ada MP-MP UMNO yang berani bersuara mcm YB Anthony Loke dari DAP tu?

20 April 2010 at 09:47
Anonymous said...

ikut suka lu la ikutCeramah woi,kalau hang kata DAP tu baik ambik saja...hidup DAP

20 April 2010 at 17:26
ikutCeramah said...

Aik... tak kan dah mengalah kot? Tulislah lagi apa-apa idea BANGANG kau kat sini....

21 April 2010 at 21:38

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)


  • Blogger Templates

  • Blog Archive

    • ▼ 2010 (60)
      • ► 10/24 - 10/31 (1)
      • ► 10/03 - 10/10 (5)
      • ► 04/25 - 05/02 (4)
      • ▼ 04/18 - 04/25 (18)
        • SURAT TERBUKA BUAT MUFTI PERAK
        • Lebih 2000 Anak Kelantan Hulu Selangor Hadir ke pe...
        • Zentrum: Pakatan 51.7 peratus, BN 48.3 peratus
        • P094 Hulu Selangor: BN-6: PR-4
        • Tuduhan rasuah: Bekas Adun PKR dibebaskan
        • 5 ahli AMK ditahan, polis guna akta bahan letupan
        • P094 - BN peralat JHEOA
        • Usul ke atas Anwar diluluskan, MP Pakatan keluar d...
        • P094 - Zaid dan Fuziah Lawan SPR
        • Dua Wanita PKR cuba meraih publicity murahan - Mus...
        • P094 - Norizan cari Hishamuddin di Hulu Selangor
        • KEMPEN BARISAN NASIONAL BERBAUR LUCAH DAN HASUTAN
        • P094 - Selamat berambus, selamat datang
        • Ketua Penerangan Wanita PKR Perak keluar parti
        • Snap jadi parti ke 4 dalam Pakatan Rakyat
        • Pengundi Hulu Selangor Perlu Selamatkan Malaysia
        • Dr Halili keluar PKR masuk Umno
        • Tindakan Ahli Keluar Parti PKR Tidak Jejas Semanga...
      • ► 04/11 - 04/18 (9)
      • ► 04/04 - 04/11 (7)
      • ► 03/28 - 04/04 (1)
      • ► 03/21 - 03/28 (8)
      • ► 03/14 - 03/21 (7)
    • ► 2009 (56)
      • ► 04/12 - 04/19 (7)
      • ► 04/05 - 04/12 (41)
      • ► 03/29 - 04/05 (8)

    Edit here


PerakExpress © 2008 Free Premium Wordpress Themes and BlackQuanta | Bloggerized by : GosuBlogger