[Hafiz Yatim/MKini] Kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor terpaksa melabuhkan tirainya tepat jam 12 tengah malam ini.
Apapun, yang pasti pertembungan antara Datuk Zaid Ibrahim yang mewakili PKR dan P Kamalanathan dari BN esok dijangka sengit.
Sehingga saat ini, kedua-dua parti menggunakan tempoh kurang daripada 10 jam berkempen untuk menggerakkan jentera masing-masing hingga ke saat terakhir dalam misi menawan hati pengundi, apabilah pengundian bermula jam 8 pagi esok.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak serta timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin terus mengetuai jentera BN menggempur kawasan-kawasan yang dipercayai kubu pembangkang.
Manakala Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta pemimpin lain bertungkus lumus cuba mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti tipis, 198 undi datipada jatuh ke tangan BN.
Mursyidul Am PAS yang jelas uzur dan terpaksa bertongkat juga sedang berkempen dan bertemu pengundi di Hulu Selangor.
Lim Kit Siang dan Nik Aziz bertungkus memainkan peranan untuk tawan hati pengundi.
Jika semalam Ilham Centre dalam kaji selidiknya mendakwa kemenangan akan memihak kepada Barisan Nasional, kajian sebuah lagi pertubuhan bebas menunjukkan pengundi Hulu Selangor mula mendekati Pakatan Rakyat.
Kajian Zentrum Future Studies Malaysia, mengenai Analisis Kajian Mikro Persepsi Kepercayaan Politik menunjukkan Pakatan Rakyat yang diwakili PKR berada di hadapan dengan sokongan 51.7 peratus berbanding 48.3 peratus yang diperolehi Barisan Nasional.
Perbezaan tipis 3.4 peratus itu masih membimbangkan kedua-dua Pakatan dan BN apabila menuju penghujung kempen yang mungkin akan pengaruhi bagaimana pengundi membuat keputusan esok.
[lagi]
Zentrum: Pakatan 51.7 peratus, BN 48.3 peratus
Saturday 24 April 2010
17:35
|
Labels:
mkini
|
This entry was posted on 17:35
and is filed under
mkini
.
You can follow any responses to this entry through
the RSS 2.0 feed.
You can leave a response,
or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
malam ni UMNO tabur duit, ambik tetap ambik tapi jangan sesekali sokong BN. lagi banyak kali kalah lagi banyak UMNO bagi duit. tapi bila BN menang lepas tu jangan harap sesen nak dapat.
Izinkan aku ulang untuk kesekian kalinya.
Jangan sekali-kali kita berasa selesa, JANGAN sekali-kali kita rasa yang PKR akan menang. Kita masih ada baki beberapa jam terakhir untuk berkempen sehingga pukul 12 tengah malam ini.
Teruskan kerja berpasukan yang berperancangan. Sementara TG Datuk Nik Aziz Nik Mat berada di Ulu Selangor, mintalah jasa baik beliau untuk mengimamkan solat hajat, mohon agar Allah memberi perlindungan kepada pihak yang memperjuangkan kebenaran.
Aku tau ramai kawan-kawan kita dalam pakatan yang menunaikan solat hajat. Tetapi aku yakin "barkah" TG Nik Aziz lebih kuat. Sama-samalah kita berjamaah menunaikan solat hajat.
woi...ikutCeramah jangan dok gebang dan semagat saja orang teruk,hang boleh dok tengok je bukan nak turun sama.apa punya tur...
Mana kau tau aku tak turun?
Keputusan dah diketahui. Zaid Ibrahim tewas dengan majoriti 1700 undi, jauh berkurangan dari sasaran al-Malikul Sembab sebanyak 6000 undi.
Err... aku nak tanya balik pada yang bertanya. Kalau betul tak turun kenapa? Dan kalau betul aku turun berkempen bagi Pakatan Rakyat, kenapa?
Post a Comment