BN pegang Batang Ai...gagal ramas..ooops..rampas dua bukit.
Bila BN menang di Batang Ai...macam-macam lah andaian yang dibuat. Tapi bila kalah di dua Bukit...macam-macam lah alasan yang diberi. Aku malas nak layan alasan-alasan kekalahan BN di Bukit Selambau ataupun kemenangan BN di Batang Ai, sebab ianya tidak melibatkan Umno.
Menang diBatang Ai...tidak melambangkan rakyat disana menyokong Umno. Kalah di Bukit Selambau pun...tidak melambangkan rakyat disana meluat kepada Umno. Lagi pun...aku cuma terlibat di Bukit Gantang...jadi biarlah aku cakap pasal Bukit Gantang saja.
Bila kalah diBukit Gantang...Umno mengatakan Nizar menang pasai undi Cina. Orang Melayu masih menyokong Umno. Tapi bila Umno kalah di Kuala Terengganu..dimana hampir 96% adalah pengundi Melayu...apa alasannya?
Aku tak mau nak katok orang yang dah tersungkur. Mampuih pi la kat depa. Cuma..aku nak buat sedikit penilaian semula terhadap diri kita sendiri. Aku lebih suka kritik kawan-kawan dan diri sendiri daripada mengkritik musuh. Musuh kita lawan..kawan kita tegur.
Keputusan Pilihanraya Bukit Gantang. Nizar 1. BN 0.
Aku sebutkan disini...kemenangan Pas di Bukit Gantang adalah faktor Nizar sepenuhnya. Pas menang kerana Nizar...bukan Nizar menang kerana Pas. Kalau bubuh orang lain...gerenti lingkup. Dan aku akan ceritakan dari beberapa sudut.
Sudut 1..Kekuatan dan kelemahan Pas.
Kekuatan Pas di Parlimen Bukit Gantang terletak didalam DUN Trong. Jadi..apabila Pas tewas di DUN Trong dalam PRK ini...ia menggambarkan kekuatan sebenar Pas. Sebagai parti...sebenarnya Pas masih lemah. Kekuatan yang menzahirkan kemenangan Nizar adalah kekuatan Pakatan Rakyat.
Jangan mendabik dada...mengatakan Pas sudah diterima oleh semua rakyat. Belum lagi. Sebaliknya..aku minta kepada semua..baik Pas, DAP atau PKR...bahawa tidak ada satu parti yang boleh menang tanpa bantuan parti lain.
Rakyat masih belum memahami Pas sebenarnya..sebaliknya, rakyat menerima Pas kerana Nizar. Bila aku pi Kuala Sepetang...aku tengok ada Cina yang bubuh bendera kecil Pas dalam botol Carlsberg...tak pa la.. tapi itu yang aku kata depa belum tahu Pas tu apa. Cuma depa sokong saja.
Sudut 2...jentera pilihanraya.
Pas memang kuat dari segi petugas pilihanraya. Tapi pengurusan jentera pilihanraya...kaput. Pengurusan ceramah kelam kabut. Koordinasi dengan PKR ...teruk. Nasib baik la DAP buat kerja sorang-sorang. Kalau nak merancang dengan Bilik Gerakan Pas....jahanam.
Banyak sangat Jeneral dalam jentera pilihanraya Pas. Datang sorang...overuled...mai lagi sorang..overuled. Last-last bertekak sesama sendiri.
Unit Penerangan cuma urus tentang ceramah saja...yang tu pun aku kira gagal. Penyaluran maklumat cukup susah. Sampaikan kita kena pakai SB kat bilik Gerakan.
Bila Bakaq kata ada Timbalan Presiden Pas yang bagi tau Pas akan kalah..aku tau memang betui. Malah Pengarah Pilihanraya..Hj. Asmuni pun angkat tangan...menyerah kalah...dua hari sebelum hari mengundi.
Macam mana boleh menang? hangpa tengok balik kartun ni.
Sudut 3...Isu
Hampir keseluruhan kempen BN berkisar tentang Nizar. Depa hentam peribadi Nizar memang kow. Tapi sapa yang jawab?takat cakap kat ceramah...yang dengar hanyalah orang Pas dan mereka yang menyokong Pas. Tapi bagi puak-puak belah nun...sapa yang nak terangkan? kalau nak dikatakan undi Melayu merosot...memang patut sebab jentera Pas gagal memainkan peranan memberi penerangan dan membalas tuduhan.
Hangpa biaq Nizar kena katok..kena kutuk. Dalam tiga hari terakhir...bila BN melancarkan serangan terhadap Nizar...unit penerangan dan geraksaraf gagal menangkis serangan tersebut. Cuma nasib baik...Umno tak tau bila nak stop. Depa hentam dan depa kutuk Nizar sampai orang naik meluat. Dan ini menukar pendirian mereka yang diatas pagar untuk memberikan undi simpati kepada Nizar.
Sudut 4. Macam mana boleh menang?
Macam yang mula aku katakan...faktor Nizar. Kalau bukan kerana Nizar..dah lama aku cabut dari Bukit Gantang. Dan bukan aku saja...ramai lagi yang macam aku kerana meluat dengan cara kerja sebahagian pemimpin Pas.Berlagak tak tentu tempat. Tapi bukan semua!
Aku patut ucap terima kasih kepada Dewan Ulama Pas. Jangan terkejut!! Orang yang aku sangka susah nak berunding ni rupanya lebih terbuka daripada jeneral-jeneral yang berpengkalan di Bilik Gerakan Utama di Air Kuning.
Banyak lagi..tapi aku tak mau nak bukak pekong kat sini. Aku tunggu kot-kot depa panggil aku...kalau depa nak dengar la.
Kalau tak mau dengar...aku pun malas nak cerita.
Autopsy Bukit Gantang 1
Saturday, 11 April 2009
01:40
|
|
This entry was posted on 01:40
You can follow any responses to this entry through
the RSS 2.0 feed.
You can leave a response,
or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
35 comments:
salam MSK
he he kelas kelas kritikan mike kami di TBO dulu sampai kena caci dan maki sebab kritik PAS dan kena boikot dengan PKR sebab perkara yang sama. He he teruskan . Banyak nye Pimpinan PAS masih berlagak macam mike kata tu, elok benor le mike titik deme idup2 yor deme sedor.
MSK sambung lerr part 2
MSK!!
Hang buboh la macam mana pun, puak-puak 4-5 orang yand dok perasan depa saja yang buat kerja, bukan dia peduli apa.. tambah-tambah bila dah menang... lagi depa dok perasan depa saja yang buat kerja...
Apa pun silalah sambung lagi bab kedua.. biar banyak sikit iktibar yang akan datang...
Kita kena berani mengkritik dan dikritik utk berubah, berani memberi pandangan dan mendengar pandangan orang lain utk berjaya.
Penyokong PR
sebagai ahli pas1,memang benar kata mu tuan.ramai pimpinan atasan pas yang bersikap bergitu. muasabah lah diri di tengah malam selepas bertahajud wahai para pimpinan.
ha3..betoi tu...skang ni bukan takat pemimpin atas yg mcm tu...org bawahan pun dah jadi mcm tu..aku sendiri tgk...kebanyakkan ahli pas yg bawah2 ni tak mau buat keje d peringkat bawahan...kalau boleh nak buat keje kat mana yang ada pemimpin atasan...nanti kononnya pemimpin atas nampak laa diaorg ni buat keje......
aku rasa msk je laa jadi pengarah pilihanraya utk pakatan rakyat...ha3
ler dah menang pun nak buat perhitungan apa lagi. Tahniah sebab menang. nikmatilah kejayaan itu selagi mampu, dan anda semua sepatutnya mengingatkan Nizar supaya lebih kuat bekerja, dia dah ada 2 tanggungjawab di DUN dan Parlimen, dia kene kerja kuat, jgn habiskan masa dengan ulang-alik ke mahkamah. Minta dia mulakan kerja membangunkan kawasan yang dia wakili.
sebagai ahli pas.tak dapat dinapi kan petugas pas memiliki semangat gigih intizam yang sangat tingi dalam menjalankan kerja kerja utk memenangkan ds nizar.saya agak kecewa dengan pehak perang saraf yang gagal menangkis.dan meyerang balas terhadap serangan dari pehak ubn.
semoga kita menganbil iktibar dalam hal ini.moga ianya tidak akan berlaku lagi di masa akan datang.di sini kami ingin mengucapkan t.kasih tak terhingga kpd sahabat2 dari pas wilayah.ipoh barat yang banyak membantu sehingga kita di beri kemenangan olih allah.moga ianya termasuk sebagai amal soleh.tk
aku sedihlah dengan cerita yang MSK terangkan ni,ini satu pengajaran untuk muhasabah diri wahai Pemimpin2 PR khas nya PAS, kemenangan kita baru sejemput,andainya kita masih lagi dibuai mimpi hanya setakat itulah sahaja yang kita dapat, tahniah MSK kerana anda telah peringatkan pejuang2 PAS agar beristoqomah dalam menentukan kemengan PR hingga PRU 13 nanti.
2day, kami xmcm umno/bn, bila kalah je baru nk buat post moterm..
pak msk, aku setuju..harap pemimpin dpt ubah segala kelemahan parti, jentera pilihanraya, strategi dll, paling penting dgr kata org bawah, jgn ingat sendiri je betul, kita xnak jd macam pemimpin umno, xboleh ditegur.
PR kena fikir cara nk tarik undi 19000 org yg pi undi mail danok aka umno
betul tu abang mat...PAS cuma bagi penerangan kepada org PAS...kita patut fikir macam mana nak tembusi kubu org2 amno....dengan cara itu baru kita boleh tarik org2 amno...
memang ramai yang dtang mendengar ceramah...tapi adakah yang dtg itu pengundi di situ? atau yang ramainya org luar atau pelancong politik....
budaksauk
Salam MSK dan kawan-kawan,
Saya wajib paste n3 ni dan masukkan dalam blog saya. Biaq banyak saluran hebahan. Pemimpin PAS wajib baca.
Perjuangan untuk kebaikan, biaq pekung keluaq habis. Kalau tak keluaq jadi barah dalam parti, jadi macam umno.
anak : bapak apakah ini perang yang paling besar ?
bapak : bukan perang yang sebenar benar perang itu adalah melawan nafsu kamu sendiri.
Aaaahhh,apa bezanya ngn bloggers2..seolah-olah bila kritik PAS tu, seakan-akan klu PAS tak pilih Nizar, bloggers tak tolong PAS, PAS akan kalah...tu pun satu sifat bongkak gak tu, macam lah bloggers je buat kerja bagi Nizar menang ni,orang PAS tak reti buat kerjalah, tak tersusunlah..apelah..itulah inilah..bila kritik orang pandai...so bila aku kritik ni, bloggers kena muhasabah gakla...
ni pencacai PAS anon 13:06,
aku nk bgtau sbb TGHA ambik pandangan blogger la maka cadangan DS Nizar sbg calon BG dibuat. pak msk tak kata pun kalau bukan DS Nizar jd calon diorg aka blogger xkan tolong, apa yg aku baca kt perakexpress.com dulu, pak msk kata susah sikit kalau calon bukan DS Nizar, sbb jentera PAS Perak kurang kuat, tp sbb ke'aura'an DS Nizar maka Alhamdulillah Allah bg kemenangan kat DS Nizar aka PAS/PR.
aku sebagai ahli PAS nk bg nasihat kat pencacai PAS sekalian, kalau beginilah perangai anda (xboleh nk terima kritikan) maka tunggulah saat2nya PAS jd seperti UMNO.
Eloknye ganti Timbalan Presiden PAS tu. Dah le nama tercemar dek episod perundingan dengan UMNO dulu, banyak khabar2 angin yang tak elok didengar tentang dia. Bukan nak suruh percaya khabar angin, tapi kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang. Jangan cemarkan nama PAS sebagai jemaah Islam. Baik calonkan Nizar je jadi Timbalan Presiden PAS tahun ni. TG Abdul Hadi pun mesti suka sebab ada ikon yang merentasi bahasa dan bangsa macam Nizar.
Assalamualaikum MSK & semua,
Mintak kebenaran MSK, aku nak paste topik ni ke dalam blog aku. Biar banyak saluran supaya semua boleh baca. Pemimpin PAS baca untuk merubah mana yang kurang, ahli PAS pulak sebagai maklumat dan yang rakyat umum pula dapat melihat keterbukaan PAS supaya tak jadi macam umno.
http://ahmadtarmizi.blogspot.com/
Oi,soklan!bila lak aku jadi pencacai ni?aku cuma nak kritik balik je, kita kan negara demokrasi, sape2 bebas bercakap,kan? Aku ahli PAS bernombor ######. Tu yang bernama zab tu yang pemecahbelah, hang jangan lupa, dia (Timb Presiden) tu bakal mewarisi kepimpinan ulamak, tu yang Nizar tak ada..PAS tak mungkin akan berketuakan bukan ulamak, tu ramai ahli-ahli PAS takleh terima lagi, sebab tu dulu Mustafa Ali kalah tanding Timb Presiden. TGHA takdenya nak tengok blog-blog korang sebelum buat keputusan pilih Nizar, ia adalah keputusan syura ulamak PAS..hahaha..chiow!
jangan bongkak..sangat kata menang kerana nizar
bukan kerana pas
nak tau biar nizar jadi calun bebas ..DAP ke
korang janganlah gaduh2.....buang yang keruh ambil yang jernih.setiap pandangan harus diambil kira.ikut contoh abu dzar yang mengkritik pemerintahan muawiyah.berani kerana benar.pak mat mengkritik tentang kepimpinan bukan kepada petugas-petugas.
oii mangkuk pencacai PAS, tu la hidup bawah tempurung, ko tak pernah tahu ke yg TGHA selalu melayari blog, utk amik tahu perkembangan? ALHAMDULILLAH Allah kurniakan TGHA yg bijak membuat pilihan beserta ahli majlis syura yg sedia mendengar pendapat ahli bawahan. tu pasal ko membuta tuli je, kritik2 jugak tp kalau dh betul apa yg pak msk bgtau, ubah la perangai, sama muhasabah..ingat dh menang PRK BG ni, PAS kuat sangat ke? majoriti 2000++ je yob..jgn ingat selesa..
VOTE NIZAR FOR TIMBALAN PRESIDEN PAS DALAM MUKTAMAR AKAN DATANG!!!
Hehe aper nak gadoh2..Kita dah menang cukup syukur la..Tak yah nak provoke sapa nak jadi Timbalan ka apa..Setiap manusia memang ada yang tak kena.Hang pa yang pi dok bergaduh pasai pa..
Bukan tak leh kritik..tapi sudah2 laa..Jangan dok memaki sesama kita..
Pakai la nama...senang sikit aku nak tulis.
Aku tak kata, kalau bukan Nizar yang bertanding...bloggers tak mau tolong. Apa yang aku cerita ialah...kalau bukan Nizar..aku dah cabut. Bukan aku sorang.seluruh jentera Wanita PKR nak cabut dari Bukit Gantang tiga hari sebelum mengundi sebab tak tahan dengan Muslimat Pas.
MSK, makasih sebab usaha temukan i dgn kwn lama pada malam kemenangan tue... hehehe
http://www.arifabdull.com
sLm...pe cer sbenarny psl muslimat PAS ni?MSK tolong kuarkn satu artikel pasal hal ni...
uikk MSK..teman pun muslimat PAS jugak..
muslimat PAS bertindak ikut pengalaman yang dah dirasai oleh kami..so sikap berwaspada itu lebih tinggi dipraktikkan di PRK BG ni..
penat ooo duk tengah2 antara wanita PKR dan muslimat PAS ni..kasihan la teman ni..huhuhu sakit telinger dan hati ooo..
Orang perak jangan taksub sangat kepada Nizar.Selepas PRU 12 barulah nama dia menonjol itupun setelah berjaya jadi MB.Saf2 kepimpinan PAS sekarang adalah mereka yang telah lama berkerja untuk parti dan seharusnya mereka layak untuk mengisi kekosongan tersebut.Bagi yang baharu menceburi politik tu belajar dahulu daripada veteren2 PAS jangan main sedap cakap aja.Aku masa dahulu pernah hadiri ceramah PAS tak lebih 20 orang.Harap pembesar suara sahaja masuk kerumah orang2 UMNO.Apa yang diperolehi hari ini adalah jasa orang2 terdahulu bukannya baru dua tiga hari menonjol.Bekerja tanpa harap dapat nama seperti sekarang sikit2 kata orang tak bagi perhatian.Bagi aku tidak melihat siapa yang memimpin parti tapi selagi dasarnya selari dengan ISLAM walaupun tinggal 10 orang ahli PAS aku akan sokong.Ingatan aku pada semua jangan taksub kepada pemimpin.ISLAM dihadapan.
setuju ngan madkri...
matlamat kita islam...takbirr...
apa nak heran.sesama pas pun berpuak2....ada gelar kumpulan erdogan la...jadi orang2 luar yang kena tempiasnya.no wonder la malaysia masih belum dapat ditadbir oleh pas.fikir2kanlah.....mari kita sama2 duduk berbincang.pru akan datang dah nak dekat.jangan biar pru 2004 kembali menghantui.
MSk dan Bloggers@Perak Express terima Kasih atas liputan anda
Salam MSK,
Untuk pengetahuan MSK DUN Trong dan Cangkat Jering adalah kawasan kampung.Saya anak kelahiran Kg Salak Baru.Tok dan Tok wan saya tinggal di Cangkat Jering.
Semasa berkempen saya nampak betapa agresifnya wanita dan srikandi PKR.Wanita PKR dengan bahasa kasarnya,masuk kampung dengan cermin mata hitamnya,bercakap dengan orag kampung dalam bahasa inggeris yang hancus grammernya.Srikandinya dengan seluar jeans ketat,t-shirt ketat lengan pendek tapi pakai tudung.Saya nak tanya MSK adakah ini pakaian seorang muslimah islam?Kami orang kampung tidak dapat menerima rupa fesyen orang sebegini masuk ke kampung kami.Saya tahu petugas PKR semuanya datang dari Selangor..Negeri maju dan fesyennya up to date.Tapi ingatlah kami semua orang kampung tidak dapat terima sifat negatif ini dengan perangai anak dara yang tergedik-gedik.."Getik aku tengok perangai orang-orang tadi UMNO tak UMNO,PAS tak PAS"! kata mak dan jiran-jiran saya.
Ini berlaku di Cangkat Jering rumah tok wan saya.Wanita PKR datang tanpa srikandi.Dah datang dengan tak pandai nak bersalam dan memberi salam.Dengan suara yang garang"Eii pak cik tunggu jap,ni bila lagi nak berubah?Orang tua lain dah berubah, nak tunggu bila lagi nak buat perubahan?"MSK, saya nak tanya "Kalau ayah MSK disapa begitu apa perasaan anda?"Tok wan saya umur 80 tahun.Depan rumah tok wan saya memang ada bendera BN dan UMNO,tapi bukan tok wan yang pacak.Sampai tok wan saya kata "Awat hampa ni mai dari mana?England ka Amareka?Hampa bukan Orang Islam?Kalau orang islam tak tau hukum bagi salam?Hampa tak dak mak pak ka?Kalau ada mak pak hampa semua ni anak dehaka la tak gheti nak hormat orang tua,cakap baik-baik dengan orang tua.Dulu aku dah pangkah hampa,tapi orang hampa lapaq duit,jadi katak,la ni hampa mai sini nak suruh pangkah lagi,sapa nak pangkah lagi tak kebuloq aku."MSK,saya nak tanya "Sekarang siapa yang rugi?"
kah...kah...kah......
DEMOKRASI......
DEMOKRASI......
kah...kah...kah......
DEMOKRASI......
DEMOKRASI......
lepaih tu hangpa pon macam UMNO.....
MOHON RESTU RAKYAT......
kah...ka...kah....
bagusnya komen ALFBERLIAN...
uiweeeekkkkkk.....nak termuntah!!!!!!!!!!
realisasikan kepada diri sendiri dulu..lepas tu baru bagi kawan-kawan baca...
Post a Comment