Malam ini..(Isnin 6/4/09) Osman Jailu dan Jamaludin akan menyampaikan 'killer blow' untuk Pakatan Rakyat. Itulah yang diharapkan oleh Umno sebagai senjata terakhir sebelum hari pembuangan undi pada 7.4.09.
Jamal dan Osman mungkin tidak menyedari bahawa mereka akan dipergunakan untuk menyambung nyawa Umno yang semakin nazak. dan apabila selesai pilihanraya nanti...mereka berdua akan menetap di Kamunting bagi menggantikan Ganabatirau dan Kengadaran.
Selepas pilihanraya ini...Osman dan Jamaludin akan menjadi liabiliti kepada Umno kerana kes-kes mereka yang semakin bertambah. Osman dan Jamaludin bukan sahaja menjadi cemuhan rakyat malah keluarga mereka juga akan menjadi porak puranda. Itulah balasan yang akan diterima kerana mengkhianati rakyat.
Jamal dan Osman boleh berbuat apa sahaja...memfitnah apa sahaja terhadap Nizar untuk memenangkan Umno. Tapi jangan lupa...mereka juga mempunyai terlalu banyak skandal yang tidak mungkin mampu ditutupi.
Dan sebelum Jamal dan Osman bertindak diluar batasan...aku nak ingatkan mereka berdua. Bahawa aku jugak ada banyak rahsia mereka berdua. Tapi oleh kerana aku bukan penceramah...aku tak boleh nak berceramah diatas pentas. Tapi aku akan berceramah didalam blog.
Aku tak mahu menceritakan kisah-kisah seluar dalam orang lain..sebab yang malu bukan mereka seorang...tapi keluarga dan saudara mara juga akan mendapat malu.
Ada banyak kes Osman dan Jamal yang sudah berada didalam genggaman kami. Dan Bekas Pegawai Khas Jamal yang disingkir pada 31 Disember lalu...juga bersedia membongkar rahsia-rahsia dua orang ini..sekiranya mereka melakukan fitnah luar tabii.
Aku tahu rahsia Osman dengan bini keduanya. Aku tahu rahsia bini Jamal dari yang pertama hingga keempat. Aku tahu syarikat balak yang membiayai Jamal. Aku tahu mengapa Nizar marah kat Jamal. Aku tahu mengapa Osman mengahwini Amy di Thailand.
Ingat...Jamal dan Osman. Umno mungkin boleh menang dengan cara kotor yang akan kamu berdua lakukan. Dan memang itulah yang dilakukan oleh Umno selama ini. Tapi kamu tak kan boleh lari dari berhadapan dengan rakyat.
Kesenangan yang kamu perolehi dengan mengkhianati rakyat... paling lama sehingga bulan Mei ini. Selepas itu, kamu akan menjadi bebanan kepada semua orang. Umno akan menendang kamu...seperti yang dilakukan terhadap S.A. Bukhary.
Aku akan mendengar ceramah kamu berdua malam esok. Dan sekiranya kamu berdua main kotor....aku jugak akan main kotor malam esok.
Semuanya sudah tersedia...hanya menunggu untuk menekan butang .."publish post'.
Pendedahan Eksklusif Bekas Pegawai Khas Jamal.
Monday, 6 April 2009
04:38
|
|
This entry was posted on 04:38
You can follow any responses to this entry through
the RSS 2.0 feed.
You can leave a response,
or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Siapa itu Osman dan Jamaluddin....mereka ialah pengkhianat kepada rakyat yang memilih mereka...apa orang lain nak kata lantak lah tapi pada aku ia adalah "pengkhianat' DAN PENGKHIANAT ini tunggu masa ia akan rebah.
osman ni bekas askar pencen..aku kenai sangat dia ni..masa kempen pru 12 yang lalu. kami ahli ahli pas yg
bekerja keras dengan keringat wang ringit.dan jerih payah.dari kerja menaikkan bendera. ceramah
perayu undi.dan paca.semua kamim lakukan dengan iklas.tanpa menerima sebarang upah walau pun sesen.osman ni masa ceramah.penerangan pun bolih dikira kehadiran nya.makan minum pekerja2 pun dia tak pernah hulur sesen pun.kami tidak menyangka yang osman tergamak membelot dan mengkianati kamimyang bertungkus lumus memenangkan nya.di dunia ni mungkin kamu bolih melepaskan diri.kami tak kan memaafkan kamu.kami akan tuntut di akirat nanti.
Post a Comment