By Huzaifah
Sambil ngudap pagi tadi, teman dan beberapa kengkawan asyik melabun. Last-last, isu politik menjadi topik utama. Sebenonya, malas dah nak nyembang isu politik, sesekali nak juge sembang isu kereta ke, ikan keli ke, kambing gurun ke tak pun cerita kisah zaman kecik-kecik dulu…
Ada seorang kawan, dia kata calon PM Malaysia selepas Najib ialah Nizar. Dia beriya-iya memberikan hujah.
Pertama, lepas ini tak dak dah orang lain yang layak ambik alih jawatan PM melainkan orang dari PR. Maka, calon paling sesuai ialah Anwar. Tapi, Anwar pun tak leh pegang lama-lama. Paling lama pun, dua penggal…lepaih tu, Anwar kena cari pengganti. Maka pada saat itulah, calon paling layak ialah Nizar.
Kedua, PR bukan macam BN. Dalam BN, PM hanya dari Umno…parti lain hanpa gigit bucu bante aje le…he…he… So, lepaih PKR, PAS le pulak. Tak mustahil…DAP pulak lepaih itu, asalkan calonnya Melayu-Islam. Maka, itulah alasan logiknya yang kedua, bahawa Ir Nizar akan menjadi PM Malaysia.
Ketiga, Nizar mempunyai criteria lengkap seorang PM. Latar belakang diri, kelayakan akademik, kemampuan fizikal dan paling penting berciri Malaysia sepenuhnya. Nizar berkelulusan tinggi dalam bidang kejuruteraan namun jiwanya terbalut juge dengan nilai Islam. Ini amat penting. Bahkan Nizar mewakili kemajmukan Malaysia kerana pada tubuhnya ada dua darah, Melayu dan Cina.
Keempat, Ir Nizar memang ditakdirkan untuk Malaysia, seperti mana Mahmud Ahmadinejad ditakdirkan untuk Iran. Berani dan amat komitted serta tegas mempertahankan prinsip dan hak rakyat. Bukannya mudah dan senang kite di Malaysia nak mendapat figure seperti ini. Inilah eset rakyat Malaysia.
Kelima, kemampuan Nizar menguasai semua kaum sudah terbukti. Di Perak, Melayu, Cina dan India bahkan Singh, orang Asli dan yang lain-lain semuanya pakat memberikan sokongan kepada Ir Nizar. Ini ditambah lagi dengan kemampuan Ir Nizar menguasai pelbagai bahasa dan dialek…ini adalah kelebihan kepada beliau. Maka, ia adalah suatu persediaan rapi bagi seorang pemimpin Malaysia masa hadapan.
Ha…itulah hujah-hujah yang telah dikemukakan oleh kawan teman masa ngudap tu…ate, sekali memikio memang benar apa yang dia kabo…isk, tak sabo rasanye nak nunggu Ir Nizar jadi PM…amin…!
28 comments:
tak salah kalau mengharap dan berangan. Siapa tahu kan, ini semua ketentuan ALLAH. Tapi kan mungkin jugak, NIZAR akan terbuang selepas pilihanraya umum akan datang. Segala nya mungkin. Sama-sama kita lihat.
msian today sounds bitter. dah kalah buatla cara kalah. pi la sembang dgn puak BPN hang.
amin..moga MB Nizar jadi PM, biarkan je org UMNO nk sembang ngan kita, diorg tengah sedih tu, biar diorg lepaskan perasaan kat sini..hehe.
kalau korang sembang sesama sendiri je, bila nak maju beb, kene sembang dan ambil tahu hal UMNO sama, kalau tak kamu akan jadi katak bawah tempurung. tu pasal fikiran agak sempit :)
ye la 2day, ni aku nk sembang ngan hang la ni. apa khabar? mcamana post mortem? kongsi2 la kt sini apsal umno/bn kalah. mana tahu aku boleh gak bg idea.
bn kalah senang je, sebab undi bukan melayu. itu aje, sebab orang bukan melayu lebih2 cina suka PR sebab PR nak bunuh orang2 melayu.
hahaha.. apa punya post morterm da... patut la tak menang
postmotem hg ni, no value omputih kata..masih lg nk salahkan org lain, sepatutnya muhasabah diri sendiri psl apa cina india sokong PR, bukan kaitkan dgn org lain. awat dlm PR tak ade melayu ker? yg sampai kami org melayu dlm PR ni nk bunuh bangsa sendiri?
haih, dah ada tv semua tapi kalah pun dok kata org salah lagi?
ok la, org melayu ada la lebih sikit yg sokong umno berbanding PAS. tadak sapa yg nak membunuh aih.
bn la ngok, dah tau nak undi cina jadi penentu hangpa kata nizar boneka cina watpa?
first post morterm hg dh out la 2day, lagi2..bgtau sini..
cina pun rakyat malaysia jugak... bukan warganegara afrika.. sokongan cina ke india ke.. tuh sokongan rakyat malaysia... kita sumer senegara.. takder apa nak gaduh...
heh, sememang nya, hanya korang je yang tak nak lihat apa sebenar nyer motif sokongan orang2 cina kat PAS nih. Sebab korang hanya mahukan kemenangan tanpa memikirkan jangka masa panjang. Sememangnya mereka juga rakyat malaysia, tapi dalam malaysia nih, melayu lah yang paling mundur, jadi kenapa mesti nak beria2 nak bantu mereka? kenapa korang beria2 nak hapuskan DEB? sedangkan DEB lah yang byk membantu orang2 melayu. Kenapa nak hapuskan ketuanan melayu? korang paham ke apa itu ketuanan melayu? nak suruh derang panggil kita tuan ke? korang belagak seperti korang tak perlukan orang melayu, korang dah lupa asal usul korang. USA mengambil masa 150 tahun untuk menerima kulit hitam sebagai presiden. Itu negara maju tu wahai saudara-saudara ku sekelian.
macam mana nak menang kat bukit gantang tu puak bn dok berebut habuan saja, dari atas sampai ke bawah duit...duit...duit tak dak duit mampuih pi bn tu. kata orang bn sendiri. yang haprak nak mengundi pun cam tu juga, tengok depa boleh bagi apa? duitke? kalau setakat 50 ringgit tu biak depa tesungkok. Syabas semangat orang bn, teutama sekali amanu.
insyaallah UMNO takkan "mampuih" sebab bukan semua MELAYU macam kamu wahai anon. Tahniah sebab menang di Bukit Gantang. Harap2 Nizar dapat bertugas dengan baik dan jgn buang masa ulang0alik ke mahkamah je. Anon jgn membeci UMNO sgt, kalau tidak kerana UMNO mungkin saudara/saudari anon masih bekerja sebagai tukang cuci di rumah orang putih. Sekurang-kurangnya kenag lah jasa org. Saudara juga tentu sekolah di sek kerajaan, jadi berterima kasihlah sebab saudara di didik di sek kerajaan. Tapi mungkin sek saudara tak mengajar bagaimana nak bercakap dgn org tanpa perlu maki hamun macam tu. ish ish ish. bawak mengucap.
lol...m-2day ni terikat lagi ke? hahaha patut la melayu (dia) tak maju2,...tangan terikat rupanya...
takpe, kita perlu di ikat supaya kita tak jadi kurang ajar kata orang tua2. Jangan nak terlalu bebas. Anda dah ada anak ke? Kalau ada nanti awak akan bebaskan dia ke? sebelum cakap fikir dahulu wahai saudara ku. Siapa pulak yg kata melayu tak maju, ada melayu yg maju, bukan semua mundur, tapi secara keseluruhannya kaum mundur di malaysia ialah melayu. ini fakta. yang korang beria2 nak tlg sgt org lain pehal, sedangkan bangsa korang sendiri terumbang ambing. Owh lupa, korang bukan memperjuangkan bangsa tapi ISLAM sahaja. ic ic ic
orang melayu mundur tu hasil kerja siapa kalau tak umno, dah 50 tahun lebih memerintah... orang melayu masih mundur, jadi umno ni tak perform..dah lama kasi peluang supaya majukan orang melayu tapi dok mundur jugak...jadi sebab dah 50 tahun lebih umno gagal melaksanakan tugas memajukan melayu...baiklah umno berundur...bagi lah kepada orang yang lebih layak
cis m2day yang berjuang menentang orang putih bukan UMNO lah bace le balik buku sejarah yg berjuang antranya ialah KMM, Awas dll.
mai2 join forum ter best masakini
http://shibli.thegoo.us/
nasib baik org melayu macam 2day dah makin pupus, dok kata melayu mundur, hg xtau ke sape yg menyebabkan melayu mundur kalau x umno (50 thn jg negara), depa suka melayu bodoh pasal senang nk cucuk hidung..
org mcm 2day yg pandai tgk blog pun x boleh nampak lg kebenaran, mcmana agaknya org yg kat hulu kg? PR perlu pikir cara terbaik nk tackle org kg ni..
sekolah la sikit m2day,,, melayu kan paling ramai kat malaysia ni... jika statistik mengatakan peratusan melayu paling mundur memang lah...sbb melayu ramai... cina sikit je... tp ada juga cina yang susah,,, same like india di malaysia ni
m2day...patutnya dah lebih 50 tahun umno/bn memerintah negara,orang melayu bukan lagi menjadi kaum paling mundur dalam negara ni..DEB pun target die hanya utk 20 tahun..ni dah brape tahun dah ni?kenapa jadi macam 2?DEB bukan xbagus..bagus..tapi ianya ternyata gagal apabila disalahguna oleh puak umno/bn ni..nak tlg ahli umno ke nak tolong rakyat?...pasal isu tanah Nizar bg kat rakyat tu pun korang bising2..yang tanah dekat GEnting tu sapa punya?dapat kat sapa skrg ni?cina ke melayu?pusat perjudian terbesar ASia Tenggara lak tu..kate Negara Islam..ini kah Islam acuan umno/bn wahai saudaraku m2day?
Jangan terlebih angkat sangat. Sekarang ramai dok calon Nizar sebagai Naib Presiden PAS. Sebagai ahli politik, dia akan tanding. Ini masa terbaik untuknya.
Tetapi, dia belum layak lagi. Ini bukan kes dengki. Kalau aku dengki pun, tak dak sapa nak calon aku sebagai Naib Presiden PAS. Tak layak pun!
Tetapi Nizar belum layak. Percayalah!
Biar dia jadi AJK PAS Pusat dulu.
Kepada Nizar, harap sangat ambil kira pandangan kawan-kawan dalam AJK PAS Pusat. Jangan asyik nak jawab "that is your opinion" bila orang bagi nasihat.
Belajo-belajo meghendah diri, Yeop!!
2day tu cakap mcm die baik je ek..mmg la nak kene kenang jasa..tp tu org dulu..umno dulu..umno skang..smue dah ter pesong..kalo tak aku la org fanatik skali sokong umno kalo umno skrg betul..ape la..
masa pilihanraya 1999, masa gelombang kebangkitan rakyat banyak undi melayu swing kat BA(barisan alternatif). masa tu undi cina sangat menyelamatkan BN. Namun kekuatan undi melayu yang swing kat BA tetap kalah dek keuatan undi cina yang solid kepada BN.Kalau nak kira BN tak bolehlah nak menuduh PAS barua cina kerana undi cina yang solid pada PAS. Kerana pada 1999 UMNO/BN masih kuat semata2 kerana undi cina. Bilamana undi cina banyak memihak kepada BN tak pula orang melyu tergugat. Tiba-tiba cina nak undi PR kira melayu tergugat pulak. Tah la, korang renung jelah.
Aku sokong 500% komen Trisakti BP. Tak payah la puak2 umno nak menuduh PAS dan PKR jadi boneka DAP/Cina. Habis tu, selama 50 tahun 80% kaum cina mengundi BN tu nak panggil ape plak? Bukan boneka MCA/Gerakan/Cina? Yang lebih memalukan lagi kita sebagai orang melayu, P.Pinang diserahkan kepada Gerakan/Cina. Ini semua kerana umno yg bodoh pergi jual tanah melayu kepada cina yg diwakilkan oleh parti Gerakan. Yang ni la baru dipanggil BONEKA CINA iaitu pemimpin UMNO laknat. Bukan ke P.Pinang tu dulu dipegang oleh melayu sebelum kewujudan Gerakan/Cina? So, macam mana boleh terlepas ke kaum cina? Nampak sangat puak2 umno ni buta sejarah. BODOH..!!!!!
Kalau Saya jadi perwakilan Pas di muktamar nnti
Saya akan memilih Nizar sebagai Timbalan Presd.
Pas..Ini adalah masa terbaik penyokong2 Nizar d
dlm Pas clnkan Nizar ke jawatan itu,di puncak popularitinya..Nizar memang layak bukan saja nk
pimpin Pas malah memimpin negara ini..Mungkin ada yang mengatakan Nizar masih mentah dalam politik tetapi pada Saya tidak.Kita sudah lihat
Nizar menghadapi ujian yang cukup berat di Perak dan PRK Bukit Gantang,Dia berjaya d sana.
Ujian ini cukup mematangkannya lagipun Nizar dh
52 tahun.Umur yang cukup matang untuk memimpin.
org UBN tak payah lah baut posmortem buat pos laju lagi baik, lebih cepat habih... biak UBN tinggal dalam sejarah saja, hehehe.......
Post a Comment