PerakExpress

  • Entries
  • Comments

  • Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit

Kemenangan paling bermakna

Wednesday, 8 April 2009

by Huzaifah
Ketika mana teman mengetik keyboard ni, di TV9 tengah ada slot Hujah. Teman ingat, deme nak ulas isu PRK di 2 Bukit dan 1 Batang...hampeh, memang bengap media massa di Malaysia ni. Deme pi bahas isu lain, kenaikan PM baru dan peluang ekonomi...uwekkk, nak termuntah hijo rasanya. Bukan apa...dah jelas di dua PRK rakyat menolak BN, che deme yang menang...tak cukup le saluran TV untuk deme membahaskan betapa kenaikan PM baru telah memulihkan keyakinan rakyat yang tidak terkira le lagi jumlahnya.

Uwekkk....teman nak gi muntah jap...

Ha...lega. Dah habih dah Hujah tu. Agak teman le kan, budak mana le nak tonton tayangan yang sebengap itu.

Apa-apa pun, teman mengucapkan alhamdulillah kepada Tuhan Rabbul a’lamin, kerana telah memberikan kemenangan kepada PR di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Ia adalah referendum rakyat yang jelas nyata. Tak payah nak dakwa-dakwi lagi. Paling ketara, bak pepatah...udah terang lagikan bersuluh. Disuluh pulak dengan toslet baru yang bebaterikan ebeready. Miau...!

Teman cuba membukok Harakahdaily...cis, udah disabotaj ke apa. Tak buleh mmbukoknye. Teman cube juge mmbukok Tranungkite...pun tak buleh juge... Huish, sah...memang ada yang sabotaj ni. Mujo le Perakekspress deme tak sekat juge...tidak, hampe le teman, jenuh nak memeyro ke lain le pulok!

Analisis teman mudah aje, di Semenanjung rakyat secara majoriti telah menyatakan bahawa PR adalah pilihan mereka. Ini kerana, rakyat di Semenanjunglah yang paling jelas melihat kelaku huduh Umno bila deme dapat kuasa. Di samping itu, rakyat di Semenanjung juga lebih terdedah dengan info.

Manakala, di Sabah dan Sarawak...mereka masih agak terlambat menerima arus perubahan ini. Jika di Sabah, munkin lain sedikit. Tapi Sarawak ni agak payah... Teman setuju dengan kata-kata pemimpin Gerakan, bahawa faktor pendalaman (rural’s factor) di Sarawak menjadi punca kekuatan BN.

Yelah, satunya menunjukkan betapa mereka mungkin tidak mendapat maklumat yang lengkap sebelum membuat pilihan, keduanya mungkin juga lebih mudahlah BN menipu apa yang patut...maklumlah, bawa peti undi berbatu-batu dengan helikopter...apa yang tak bisa berlaku? Ha...pikio ler sendiri yeob!!!

Alhamdulillah...suara PR akan lebih kuat lepas ini di Parlimen...maka tenggelamlah Najib hendaknya, amin.

02:46 | |  

This entry was posted on 02:46 You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

 

16 comments:

Malaysian-2Day said...

insyaalah Najib TAKKAN tenggelam oleh suara NIZAR. Sebab BN bekerja dalam 1 team bukan bersaorangan. Majoriti masih BN, anda bergembiralah dengan kemenangan ini. Pastikan wakil anda ini bekerja dgn baik untuk mengekalkan jawatannya. Jika tidak di pilihanraya umum akan dtg ,mungkin suara Nizar tak kedengaran lagi di parlimen. Anywayz, mintak Nizar tolong hantarkan kereta KERAJAAN tu kat Menteri Besar Perak Dr Zambry, ok. Tak elok la simpan harta orang, itu mencuri nama nya. .. Semoga terbuka hati Nizar untuk menerima bahawa dia bukan lagi MB Perak, amin.

8 April 2009 at 06:28
Amri Mat Saaid said...

sir , time to take back Peghok yop. kah kah 1 team 1 malaya udah le tu Malaysia-2day, Zambry udah pucat semalam leboh selebohnye disebelah tok din.MB haram tu sombong meno mase ngempen

8 April 2009 at 06:48
rakyat perak said...

udah udah ler Malaysian 2Day.kete yang YB nizar pakai tu duit mike ker??kami rakyat perak ni beno kan dia pakai sebab YB Nizar MB kami lagi.Mamak Zambry Kadir tu jer perasan dia MB.ekekeke...Bubar la DUN kalau mike berani..pi suh pak Najib mike bubarkan DUN Perak.

8 April 2009 at 08:53
alfaberlian said...

Teman kesian kat Mamak Zambry Kadir kena maki dek TDM tengah orang ramai masa berkempen di Kuala Sepetang pudor mukenye, tekebil kebil je udoh ghope ayam kene tungo. Hehehe……….

8 April 2009 at 09:09
Anonymous said...

ASsalamualikum semua,TAKBIR bergema keseluruh alam,Hj Nizar menang, alhamdulillah, brader Malaysian2day NIzar and the Gang dah pulang kereta Camry tu lama dah, kalau tak pulang lagi sekalipun, dia pakai kereta sendiri pi kempen, hampeh tul ko nih, anyway geng, aku oghang Lumut.

8 April 2009 at 09:26
IbnAbdHalim said...

Apa nak ulaskan dah kalah? Kalau menang seminggu tak habis ulas. Faham-faham sajalah.

8 April 2009 at 11:51
Axiemeluv said...

from Malaysian-2Day..
Anywayz, mintak Nizar tolong hantarkan kereta KERAJAAN tu kat Menteri Besar Perak Dr Zambry, ok. Tak elok la simpan harta orang, itu mencuri nama nya. .. Semoga terbuka hati Nizar untuk menerima bahawa dia bukan lagi MB Perak, amin.
--------------------------------------------
By the wayz, mintak Zambry tolong serahkan balik NEGERI PERAK pada rakyat yang berhak. Tak elok duduk kerusi MB tu tanpa restu rakyat... apatah lagi MERAMPAS tu sama gak ngan MENCURI! Semoga terbuka hati Zambry utk sedor diri bahwa dia tak diperlukan di Perak ni... Amin!

8 April 2009 at 13:29
prblogger said...

Wah,bro msk..semalam siap kena call ngan Kini TV lagi interview melalui phone..famous la lepas ni..TV1 tak telefon ke interview tanya msk?hihi..

8 April 2009 at 14:10
Anonymous said...

SABAH NGAN SARAWAK JGN SEMBANG LAA....SANA SEMUANYA LAMBAT...DARI SEGI EKONOMI PUN KETINGGALAN JUGAK....INIKAN PULA MAKLUMAT2 YANG BETOI.....

8 April 2009 at 20:12
TAAVEEKUN PERAK said...

MELAYU HARUS BERSATU
MELAYU HARUS BERSATU
MELAYU HARUS BERSATU


JIKA DAP,MCA,GERAKAN BOLEH BERSATU
KENAPA KITA BANGSA MELAYU TIDAK???


BERSATU LAH KITA BANGSA MELAYU
BERSATULAH KITA UMAT ISLAM
BERSATULAH KITA DI TANAH MELAYU INI

PUAK LAIN SEDANG MENGONDOL
SEDIKIT DEMI SEDIKIT KUASA KITA
BANGSA MELAYU.


PERLUKAH KITA BIARKAN SEHINGGA
SATU MASA NANTI KITA DI KUTUK
OLEH CUCU CICIT KITA
SEBAGAIMANA YANG TERJADI PADA
TEMASIK???


REJIM ZIONIS TELAH MENGHANTAR
PANGLIMA NYA DALAM MEMECAH BELAHKAN
BANGSA MELAYU DAN SETERUSNYA
MENGHANCURKAN AGAMA ISLAM.


BANGSA MELAYU PERLU DI HAPUSKAN TERLEBIH DAHULU
DAN AGAMA ISLAM SETERUSNYA,KERANA BANGSA MELAYU DILAHIRKAN DENGAN KEISTIMEWAAN YANG TIDAK
TERDAPAT DI SELURUH DUNIA SEKALIPUN.

BANGSA MELAYU
AGAMANYA ISLAM
ITULAH KEISTIMEWAAN KITA


MELAYU HARUS BERSATU
MELAYU HARUS BERSATU
MELAYU HARUS BERSATU

8 April 2009 at 21:41
Anonymous said...

melayu bersatu hanya di perut

9 April 2009 at 00:26
Fahmi said...

"Bukannya UMNO/Barisan nak ambik dia balik... Mahathir nak masuk balik... takda siapa berani tahan dia." - Zaid Ibrahim di http://popteevee.net

Wawancara bersama Datuk Zaid Ibrahim!

9 April 2009 at 02:01
RAMLIKMTG said...

Melayu harus bersatu....ucapan begini kita dah dengar dari tahun 46 lagi tapi hasil nya ziro kerana UMNO lah yang memecah belah kan orang melayu,contohnya kalau di kampong-kampong orang dah melevelkan yang UMNO itu masyarakat dan masyarakat itu UMNO,lain dari UMNO tiada tempat dalam masyarakat..di sisih kan.Jadi dalam soal ini siapa yang harus dipersalahkan,orang melayu yang tidak bersatu atau retorik UMNO untuk meraih simpati orang melayu.

9 April 2009 at 10:38
RAMLIKMTG said...

Orang melayu memang nya sudah bersatu tidak perlu dipertikaikan tapi dalam politik itu perkara lain jadi kita kena bijak menilaikan semua ini,dan bila kita sebut perkataan bersatu biar lah ia dalam kontek umum,bukan dari sudut politik.Biasa nya pihak UMNO meletakkan perkataan bersatu ini dalam kontek meraih simpati dari orang melayu untuk menyokong UMNO kenapa tidak orang melayu bersatu menyokong PAS atau PKR dan pakat tumbang UMNO?...tentunya janggal bukan!
Jadi puak-puak UMNO kena sedarlah kalau nak bersatu biarlah ia dalam kelompok yang umum dan yang mencipta perpecahan ini pun adalah dari UMNO itu sendiri.Jadi UMNO kenalah muhasabah dulu.

9 April 2009 at 10:48
noor zaim aziman said...

nizar sememangnya masih menteri besar perak yg sah jika berpandukan peraturan yg betul.. bkn nye m'ikut kehendak BN yg brtopengkan SPR.. Di,sini, maka Zambry lah yg merampas kerajaan sah pakatan rkyat di negeri perak.. kini,perak mempunyai sebuah kerajaan/pemimpin yg merampas hak rakyat.. so,lpas ni, jika anda ada terdengar kes-kes kerajaan negeri perak di bwh pimpinan Zambry merompak hak rakyat, jgnlah anda terkejut..

11 April 2009 at 17:02
Anonymous said...

Assalamualaikum

Bawa-bawalah berfikir dengan otak yang disuluhi oleh iman...wahai saudara-saudara seugamaku..

si Alfa Berlian...

cermin-cerminlah diri anda..

Jangan mengata orang..tak baik..diri sendiri belum tentu elok..

26 May 2009 at 11:51

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)


  • Blogger Templates

  • Blog Archive

    • ► 2010 (60)
      • ► 10/24 - 10/31 (1)
      • ► 10/03 - 10/10 (5)
      • ► 04/25 - 05/02 (4)
      • ► 04/18 - 04/25 (18)
      • ► 04/11 - 04/18 (9)
      • ► 04/04 - 04/11 (7)
      • ► 03/28 - 04/04 (1)
      • ► 03/21 - 03/28 (8)
      • ► 03/14 - 03/21 (7)
    • ▼ 2009 (56)
      • ► 04/12 - 04/19 (7)
      • ▼ 04/05 - 04/12 (41)
        • Autopsy Bukit Gantang 2
        • Autopsy Bukit Gantang 1
        • Ir Nizar: PM Malaysia Masa Hadapan
        • Pengaruh Najib Tidak Sebanding Pak Lah
        • Status tiga Adun Perak masih belum diputuskan mahk...
        • Terima kasih daun keladi.
        • Nak tau apa kelemahan Umno…(pasai depa asyik dok n...
        • Kemenangan paling bermakna
        • Ciao dulu.
        • Laporan tak rasmi
        • 8.41pm
        • 8.30pm
        • Komputer rosak
        • 8.10pm
        • 7.55pm
        • 7.52pm
        • 7.41pm
        • 7.25pm
        • 7.18pm
        • Live interview with MSK
        • 7.10 pm
        • 7.04 pm
        • Terkini
        • Keputusan PRK Bukit Gantang
        • Video penyokong PAS kena gas pemedih mata
        • Pemecah berita: Menteri balik!
        • 3.45 pm: Peratus mengundi
        • Get it done....NOW!!!
        • Permintaan Terakhir!!
        • Polis lepas gas pemedih mata
        • Pengundian bermula.
        • Pesta menangkap hantu bermula
        • Pesanan Anwar
        • Dr M Kembali (Hati-hati…jangan sakit jantung lagi)
        • Tipu Melayu...ugut Cina. Janji Umno menang.
        • Pendedahan Eksklusif Bekas Pegawai Khas Jamal.
        • Calon BN P59 Bukit Gantang
        • Khas untuk ahli PEKIDA Bukit Gantang
        • Black Operation @ Bukit Gantang. Bah. 3
        • Black Operation @ Bukit Gantang. Bah. 2
        • Black Operation @ Bukit Gantang. Bah. 1
      • ► 03/29 - 04/05 (8)

    Edit here


PerakExpress © 2008 Free Premium Wordpress Themes and BlackQuanta | Bloggerized by : GosuBlogger