Wahai kawan-kawanku di dalam Umno, dek rasa kasihan belas yang amat tinggi di sanubari ini, maka teman pun dengan ikhlas hati mahu menurunkan beberapa kelemahan Umno. Moga-moga, lepas dari ini idak le lagi mekeme semua penin-penin memikio, membuat post-mortem dan suruhanjaya, demi mencari punca kekalahan mike dalam banyak pilihanraya kebelakangan ini.
Satu: Pemimpin Umno semuanya alim lagi warak. Ha…inilah puncanya, sebab pemimpin PR, baik PAS, PKR dan DAP mana alim apatah lagi warak. Hish…jika nak dibandingkan dengan Najib….kalah le Hj Hadi. Najib setakat kitab Matan Arbain tu dah lunyai dah dia hafal, Matala’al Badrain lagi le…pendek kata, memang alimlah si Najib. Hj Hadi…alah…mengaji takat mana je…entah-entah kitab Mari Bersolat pun tak khatam apa?
Dua: Jujur dan takwa pakaian pemimpin Umno. Yang ini…memang teman tabik spring kepada pemimpin-pemimpin Umno. Che mike chegoye tengok…Muhyidin Yasin setakat naik jadi imam itu perkara biasa. Memang tinggi iman dan takwanya, manalah nak dibandingkan dengan Anwar Ibrahim. Anwar jadi imam pun agaknya terketor-ketor…Muhyidin relaks je. Cuba perhatikan ketua wanita Umno…hui…tinggi takwanya, memang bertaraf mujahidah, mana ketua wanita keAdilan atau PAS mampu challenge…tak mampu punya!
Tiga: Komitted dan mesra rakyat. Yang ini pun hanya diungguli oleh kepimpinan Umno. Cuba perhatikan, semasa berlaku apa-apa insiden seperti banjir dan tanah runtuh, deme le yang ke depan. Sanggup tido sebangsal dengan rakyat. Deme le yang sanggup nitik ayo mata bila tengak rakyat hidup susah di rumah setinggan. Deme mana sanggup runtuhkan rumah setinggan. Hanya pemimpin PR je yang tak berapa peduli nasib rakyat…yang deme tahu, hanya turun sekali-sekala ngulo bantuan je…manalah nak terlawan hebatnya pemimpin Umno.
Empat: Berilmu dan berkemahiran. Isk…mana ada pemimpin PR yang hebat-hebat. Kelulusan deme pun setakat darjah enam je, paling tinggi SRP dan STPM. Paling ghamei hanya ada kelulusan SPM. Dalam PAS lagi le, setakat sekolah pondok je…mana tau bahasa asing. Ini jika nak dibandingkan dengan pemimpin Umno, yang ber’PhD’…uish, usah dihitung le lagi…ghamei. Setakat diploma dan master, em…udah tak terhitung. Bidang apa yang deme tak ade, sebut je…jadi, manalah pemimpin PR nak terlawan.
Lima: Role model dan berakhlak. Ikh…yang ini lagi le malu…pemimpin Umno semuanya hebat, berakhlak mulia. Pendek kata, bab akhlak ni memang tak leh lawan. Nik Aziz pun kalah dibuatnya. Mana ada deme terlibat dengan skandal apa-apa, wanita ke, rampas kuasa ke, apa ke…sebab itu pemimpin PR penin nak saingi pemimpin Umno.
Ha…itulah dahulu serba sedikit punca kekalahan Umno dalam pelbagai pilihanraya. Yang di Batang Ai tu menang sebab, dia bukan Umno. Jika dia Umno, mesti dia pun kaki solat, tak salah guna kuasa dan teman gerenti…dia mesti kalah punye. Lebih baik deme undi wakil PKR…sebabnya dia kan bodoh, tak tinggi mengaji, jadi senang le nak dibeli ke atau apa-apa sahaja.
So, kesimpulannya…pemimpin Umno kena berubah, iaitu deme mestilah menjadi GANAS, BRUTAL, TANGKAI JERING, PILIH KASIH, SALAH GUNA KUASA dan sebagainya lagi, jika deme teringin nak menang balik pilihan raya. Jika tidak…hm…good bye forever le jawabnya…
3 comments:
Kalau nak mengundi:MOHON RESTU RAKYAT:tapi kalau nak rampas kerajaan tak pula nak mohon restu dari rakyat,itulah antara ungkapan olih pengundi-pengundi di PRK Bukit Gantang dan mesej ini jelas kepada Zamri dan Najib akibat nya BN tumbang di Bukit Gantang,siapa yang kena ganyang sekarang?
Teman setuju beno apa yang pakukarat kata.Kalau dema jujur dan ikhlas apa tunggu lagi bubarkan DUN perak.Kalau kome menang kome perentah ler PERAK.Tapi kalau PAKATAN RAKYAT menang kome jangan buat perangai lagi.
salam tuan tanah...
Font KATIK bebeno, KELEMAYOR mata tokwan teman
nak membacanye...
Post a Comment