Semasa dulu, Zunar pernah menggambarkan Mahathir sebagai PM yang paling lama duduk di kerusi itu sehingga jika boleh membawa ke mati. Saya masih ingat lukisan Zunar, betapa berkedutnya muka Mahathir; namun kerepot wajahnya tidak sebanding dengan hidungnya yang kian membesar. Kata Zunar, hidung yang kian membesar itulah lambang keegoaan Mahathir!
Kini, di Bukit Gantang Mahathir kembali beraksi. Saya terkerising mengenangkan betapa ketegarnya orang tua ini. Mungkin Siti Hasmah pun dah habis ikhtiar, bagaimana nak pujuk suaminya agar berenti daripada menyibukkan diri dengan kemelut politik ini.
Sebenarnya, Mahathir memang tak pernah bersedia untuk melepaskan jawatan PM. Benarlah apa yang telah digambarkan oleh Zunar, jika boleh Mahathir mahu mati keras di atas kerusi PM itu. Dia masih tak puas memerintah Malaysia walau sudah 22 tahun menempek di mahligai Corcosa Sri Perdana dan kemudiannya di Putrajaya. Jika boleh, dia mungkin nak jadi PM sepanjang usia...
Sebab itulah, Mahathir jadi cengeh tak menentu bila Pak Lah naik jadi PM dan mula engkar ’kehendak’ dia. Mahathir tambah meroyan bila anak menantu Pak Lah yang menjadi penasihat. Pasai apa Pak Lah abaikan Mahathir, sedangkan dia yang lantik Pak Lah. Memang kuang hajo Pak Lah, maka sejak dari itu Pak Lah adalah musuh Mahathir hingga memaksa dia belah dari Umno!
Mahathir mula memikio, apakah caranya agar Pak Lah turun takhta. Maka, Najiblah sandarannya. Maka, saki-baki pengaruh yang dok ada kena dipertahankan. Selain itu, satu-satunya waris Mahathir iaitu Mukhriz kena dimenangkan. Hm...sebenarnya, saya yakin bahawa Mahathir juga mungkin dok berangan agar Mukhriz kelak mampu menjadi PM sepertinya. Sayangnya...Mukhriz kantoi dibelasah Khairy...lagi le bengang orang tua ni!
Demi menunjukkan Najib membawa kesegaran baru kepada Umno dan negara, maka Mahathir sanggup melanggar pantang turun berkempen di Bukit Gantang. Bukannya apa, jika BN menang di 3 PRK kali ini, maka senyaplah segala cemuhan bahawa pertukaran Pak Lah dan Najib hanyalah kosmetik politik Umno semata yang tidak mampu memberikan apa-apa kesan signifikan kepada parti paling reput itu dan juga kerajaan BN yang la ni dah tinggal akar serabut muda. Akar tunjangnya dah lama putus...iaitu sejak Anwar diaibkan, kini akar serabutnya pun koho dok putus...semalam, 6000 lagi akar serabutnya terputus!
Mahathir mahu Najib mengikut katanya, tak macam Pak Lah yang degil dalam lembut. Bio Najib nak tunjuk kuat atau ihsan dengan bebaskan tahanan ISA dan harakah juga KeAdilan, tak apa...asalkan Najib follow Mahathir punya arahan. Jangan tak tau, entah-entah pembebasan itu semua pun atas nasihat Mahathir. Nak harap Najib, dia hanya tau angguk kehendak bininya sahaja.
Maka, berkokok berderailah Mahathir di Bukit Gantang. Peninglah Marina Mahathir, kenangan daddynya yang dioperate di IJN pun belum pulih, la ni daddynya dah langgar pantang. Apakah lepas ini dia kena kembali berumah di IJN? Apakah lepas ini dia kena tulih blog lagi...ada ka si Rocky nak beri sokongan moral lagi kepadanya...adakah lepas ini nak kena multi-faith prayer lagi...pening si Marina.
Namun, paling sedih dengan Siti Hasmah...apakah jika suaminya kembali ke IJN, maka ada jaminan semuanya akan pulih belaka. Maka Siti Hasmah pun berseloka...
”Tuailah padi di atas bukit, padi yang masak berwarna emas; apalah nak diharap orang yang sakit, lepas nolong orang kita yang lemas...hu...hu...”
By http://huzaifahsview.blogspot.com
Dr M Kembali (Hati-hati…jangan sakit jantung lagi)
Monday, 6 April 2009
12:45
|
|
This entry was posted on 12:45
You can follow any responses to this entry through
the RSS 2.0 feed.
You can leave a response,
or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Kehadiran Dr M seperti untuk mengalihkan perhatian PR daripada agenda yang lebih besar.
Memang benar si mamak kutty dulu tak ingin meletakkan jawatan tapi telah terlajur. Beliau sebenarnya hanmyannak uji sokongan UMNO kepadanya dengan menyatakan 'ingin meletak jawatan' tapi Tuan Guru Nik Aziz kasi rosak dia punya program. Tuan Guru kata Mahathir hanya bersandiwara saja. Betapa besarnya kemaluan Mahathir ketika itu lalu mahu tak mahu terpaksa meletakkan jawatan. Itupun hanya berlaku setelah lama kemudian, bukan serta merta.
Sejak itu mamak kutty tersebut meroya meraban kerana dah hilang kuasa. Sebenarnya apabila dia melantik Pak Lah dia menjangkakan dia dapat kontrol si kaki tidur itu. Rupa-rupanya dia salah congak. Dia sangka Pak Lah bengap alias bodoh. Rupa-rupanya Pak Lah bodoh sepat.
Apabila Pak Lah naik dia cantas semua projek Mahathir. Betapa bengangnya si mamak kutty dibuat Pak Lah. Maka berkempenlah si kutty tersebut untuk menjatuhkan Pak Lah. Nah, sekarang Pak Lah dah merudu dan yang naik ialah anak didik si kutty tersebut. Maka melebarlah senyum si kutty kerana 'kuasa' telah kembali kepadanya.
Kita tunggulah kalau-kalau si Najib pula akan kantoikan si kutty. Itupun kalau si Najib tu ada telur. Tapi kalau telurnya berpindah kepada Rosmah maka akan bermaharajalelalah legasi Mahathir semula.
Salam MSK dan kawan-kawan,
Betul IbnAbdHalim. TDM sekarang rasa lega dapat sanjungan dan pujian dari PM baru. Dapat juga dia numpang tui.
Entah-entah sakit jantung dia mendahului kepupusan UMNO!!
Kehadiran Tun telah menaikkan graf pengundi untuk BN. Nyata penjelasan dari pemimpin yang begitu lama memerintah dan memajukan Malaysia telah mengembalikan keyakinan pengundi terutama kaum cina untuk menyokong calon BN.
Fakta apa yang Anonymous cakap ni,aku pun tinjau juga kehadiran Tun M di Bukit Gantang ni tapi aku lihat dalam situasi begini graf BN dah jatuh ketahap minimum.
Pertama Tun M dah buat komen tentang Najib di Perak ni,dia belasah Najib semua orang tahu tapi tak sampai 2 bulan dia puji pula Najib sebab nak jadi Menteri mentor nya.
Kedua selama hari ini dia menganggapkan Tun Dollah sebagai musuh politiknya sebab itu dia tinggalkan UMNO dan di belasah Tun Dollah cukup-cukup..
Kesimpulan nya pengundi-pengundi PRK Bukit Gantang bercelaru tentang perkara ini,jadinya mereka menganggapkan UMNO ni dah berpecah,Cina dan India langsung tidak mahu memihak pada BN.Tetapi sebelum Tun M datang dulu graf BN agak tinggi juga,sekarang dah hancur...
Post a Comment