Ramai orang ingat..kami di Bloggers Network ni dibayar oleh kerajaan Pakatan Rakyat. Kalau gaji Nizar dengan EXCO pun kena beku..nak bayar kami macam mana?
Dan ada yang kata kami dibayar oleh parti. Parti mana? Nak kata PKR...ketua PKR negeri sendiri bagi tau.."kalau ada Matsamankati...seduit pun aku tak mau bagi!"
Nak kata Pas yang bagi...tok sah kata nak bagi duit...nak minta pas petugas pun depa tak bagi!!
Bila mula-mula kami berkampung di Bukit Gantang, semua tempat penginapan..peralatan dan sambungan streamyx dan broadband kami kena cari sendiri. Nasib baik la ada Pak Rahim tolong carikan rumah kat Simpang.
Orang ramai kat luar sana mahukan maklumat. Kat mana ada program...Nizar ada kat mana..kat mana ada ceramah..macam-macam harapan rakyat yang diperlukan dari kami. Tapi kami nak dapat kat mana? Pengurusan pilihanraya Pas tak pandang pun kat kami...sehinggalah kami dapat berjumpa pada satu hari...dengan Misbah dan Dr. Khairudin. Bukankami nak mintak duit...cuma nak minta kad petugas..atau apa saja la kad pengenalan diri supaya kami dapat bergerak tanpa sekatan yang bukan-bukan. Sekurang-kurangnya orang tau..kami orang parti...buat kerja untuk PR...bukan ejen Umno. Tapi permintaan kami ditolak oleh Hj. Asmuni.
So..bilik Gerakan is out of bound bagi kami. tak ada pas..tak boleh masuk. Nak masuk kena ada jeneral yang approve. Dan bila tak ada pas petugas...petugas yang jaga pintu pun dok pandang serong kat kami. Ada yang kata kami SB...ada yang siap perli lagi...sebab depa ingat kami ni wartawan Umno.
Nak harapkan maklumat dari bilik Gerakan...tok sah harap. Nak dapatkan interview dengan kepimpinan Pas...tok sah harap. Memang dalam ucapan-ucapan Nizar..dia ucap terima kasih kat bloggers..tapi hakikatnya...sapa pun tak pandang kami.
Tapi kami tetapkan pendirian...kami buat untuk Pakatan Rakyat. Kami buat untuk rakyat. Tak dapat cara betul..kami buat cara tak betul. Matlamatnya...Nizar mesti menang.
Kalau maklumat dalam bilik gerakan Umno pun kami boleh dapat...inikan pulak dari bilik gerakan Pas. Kami pasang kabel..pasang ejen...pasang SB. Tu pasai kami boleh juga salurkan maklumat kepada semua. Dan aku bagi tau kat Hj. Asmuni dalam satu perjumpaan hari tu...kalau kami tak dapat maklumat cara halal...kami buat cara haram. Kami ambush Nizar masa tengah makan...nak marah...marah la.
Sebabnya...bila kita tanya apa program Nizar..orang tu suruh tanya orang ni. Orang ni suruh tanya orang tu. Last-last jawapan yang kami terima...RAHSIA. tak boleh bagi tau!
Dua hari terakhir..masa tu memang genting. Jeneral-jeneral Pas dah angkat kain putih. Asmuni angkat tangan...Ustaz Nasha pun surrender. Laporan-laporan risikan menunjukkan Pas ketinggalan.
Dari awal...kita bersikap defensif. Kita biarkan umno buat macam-macam tuduhan...dan kita habiskan masa menjawab tuduhan depa.
Jentera dibawah asyik memikirkan perkara remeh. Kisah Wan Azizah makan durian dengan garpu pun nak dibincangkan diperingkat tertinggi. Kisah Wanita PKR pakai cermin mata hitam pun nak dibincangkan dalam jawatankuasa induk. Muslimat Pas bercakaran dengan Wanita PKR.
Pukul satu pagi hari Isnin...kami di panggil kesatu tempat. Umno main kotor..Mahathir datang untuk kejutan terakhir..Jamal dan Osman akan buat buat ceramah..nak buat macam mana? Nak ceramah tak sempat..nak buat risalah..tak sempat. masa tu la blogger diperlukan.
Dan aku bangga dengan member-member Bloggers Network. Dan aku ucapkan terima kasih kepada stringer-stringer kami yang berkeliaran di lapangan.
Apa yang kami buat...tak perlu kami ceritakan. Ini kerja kami...cara bersih pun boleh...cara kotor pun boleh. Kami tak terikat dengan undang-undang dan protokol parti.
Untuk keputusan pengundian..kami dah buat perancangan. Albanjari mesti ada kat Bilik Gerakan Utama untuk melaporkan keputusan terkini. Dan dia pun dah war-warkan dalam blog dia...live dari Markas Ayer Kuning.
Tapi sapa yang melayari blog Albanjari malam tu..mungkin kecewa sikit. Wak hanyalah salah seorang daripada ratusan yang melihat keputusan melalui screen. Tak ada keistimewaan untuk Wak Albanjari. Malah dia gagal melapor kepada kami di Stesyen Maya 1 tentang keputusan terkini. Kami di Stesyen Maya 1 mendapat laporan yang yang jauh lebih tepat dan cepat dari Wak. Macam mana?
Tak payah bagi tau. Tak dapat cara elok..kami buat cara tak elok. Nak marah..marah la.
Malam tu...handphone aku menerima beratus sms...mengucapkan tahniah kerana berjaya membuat liputan yang cepat dan tepat. Mungkin ada satu dua yang aku jawab..yang lainnya..aku cuma tersenyum. Kerja aku selesai.
Terima kasih lagi sekali kepada semua petugas yang buat kerja sepenuh kerelaan. Terima kasih kepada stringers kami yang berkeliaran...terutamanya geng-geng Ahli Parlimen Pokok Mempelam.
Esok aku nak buat pembedahan terhadap PKR pulak.
Autopsy Bukit Gantang 2
Saturday, 11 April 2009
13:28
|
|
This entry was posted on 13:28
You can follow any responses to this entry through
the RSS 2.0 feed.
You can leave a response,
or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
42 comments:
ha3..bedah jgn tak bedah....memang betoi ckp msk..time aku p markas kat air kuning tu nak jumpa sorang petugas kat dalam pun diaorg tanya mcm nak makan org jaa...takdak adab...member aku yang nak p jumpa ustz ahmad awang pun nak p bg barang pun diaorg cakap byk plak....mcm kita ni nak p merompak plak...tahu laa nak jaga pasai keselamatan pun jgn laa sampai nak berperangai mcm tu....lagi satu..pasai hj asmuni ni...memang muka dia mcm tu ker? ha3..aku dgr memang dia sentiasa serius....yang best tu bila dah abis umum kemenangan calon baru laa aku dapat dgr sora dia...tu pun time member aku salam ngan dia..dia mau plak bersembang....
Syabas dengan laporan anda semua. Jangan ambil hati dengan perangai orang. Buat yang betul dan ikhlas Insyaalllah dibalas dengan mulia.
aku mmg berbangga dgn blogger network, korang buat tugas dgn cemerlang, hanya Allah dapat balas kerja keras korang semua..biar manusia2 bengong tu dok kutuk korang, asal korang tahu sendiri apa yg korang buat tu betul utk Islam dan rakyat malaysia jugak..
bila blogger tulis puji memuji bukan main lagi penyokong PAS/PR suka sangat, tp bila bab kelemahan boleh pulak korang hentam blogger network balik, TOLONG jgn jadi macam perangai UMNO wahai pendokong (pencacai?) PAS/PR sekalian.
dari apa yang di pertuliskan olek MSK, nampaknya,,,barisan kepimpinan PR juga MESTI / PERLU / WAJIB di transformasikan...
budaksauk
Aritu sebelum penamaan calon kan Abg mat ade buat taklimat ttg pilhanraya, time tue team Malaysia bloggers ade, DS Nizar pon ade, nape x mintak DS Nizar bincang ngan Pengarah pilihanraya PAS supaya IKtiraf Team Perak Network sekaligus diberikan pas petugas, ke DS Nizar pon x leh suare lebih2 ataupun ade yg keciwa x dpat jadi calon? jentera Pas ni ade 1 ke atau dah terbahagi 2? team media & penerangan pilihanraya PAS xde ke panggil team Perak Bloggers utk kerjasama dan berbincang ttg strategi2 yg boleh dilaksanakan bersama2 ataupun diorang ingat diorg ni dh gempak sgt agaknye kot.. aaa ape lagi aa karang sambung.
Apiz Melake
anonymous.,
bila masa pulak aku buat taklimat pilihanraya?
Maa dengan Dr. Zul tu ke?
Masa tu aku tak ada. Nak taklimat jam 8, jam 7 baru bagi tau...aku dah sampai Selama baru depa bagi tau.
Nizar cuma calon..bukan Pengarah Pilihanraya. Pernah sekali kami dipanggil untuk duduk berbincang dengan Penerangan PAs...tapi kami semua mai...depa tak nampak batang hidung.
ooo TP..patut le ko angin nje dgn si asmani tu..anyway aku harap pihak PR khas PAS dapat mengambil iktibar!!! jgn ikut sangat perangai BE END tu!!!
beng beng beng...
trut trut trut...
eeee tebabom....
hehehehehehe...
ak47 plus eagle18 and hand granite...
teman dah kabo...kome taknak ubah... kan dah kene... kui kui kui...
tahniah beb...aku rasa sbb PAS berangapan diaorg ade Harakah online.tu yg tak berapa sgt diaorg nak tolong tu kut.tp pengajaran pada semua warga pakatan rakyat.kita kena kerja sebagai satu TEAM.btw aku respect kat korang. keep up good work bro..
Aku.. sepanjang pilihanraya 2 bukit ni, tk pernah missssss dengan BNM. Al-banjari mula2 aku jenguk, pastu link dgn blog yg lain. Cuma sejak hampir hari mengundi Sya plak kurang update. Aku tau dia sibuk... Lebih puas dok depan komputer drp tengok TV yg merapu2 tak kesudah. Tahniah buat geng BNM yg menyampaikan maklumat TEPAT!, HEBAT!, CEPAT!, SEMBAT!, SUMBAT! sampai umno KANTOI!....
Tahniah atas kecekapan Tuan membuat laporan.
kepada petugas2 pr kenalah ambil iktibar tentang pendedahan para blogger.susah ka bagi pas media kat depa,takkan para blogger sendiri pun tak kenai mustahil.Tapi walau macam mana pun aku ucap tahniah pada blogger pr kerana depa aku dapat berita terkini masa pilihan raya 2 bukit lalu.takbir allahhuakbarr.
yang sedap makan KANJI ARAB yang diper
kenalkan oleh MSK and the gang.....
budaksauk
MAI TENGOK TEMPAT KAMI BAGAN DATOH.ESOK ZAHID HAMIDI BUAT JAMUAN DEKAT BANGUNAN UMNO SPG 4 HUTAN MELINTANG.HARI NI AKU NAMPAK TRAK ASKAR DAH BERKELIARAN DEPAN RUMAH AKU.YANG AKU MARAH TU SENANG-SENANG JA ASKAR NI BERTEDUH DARI HUJAN DALAM GARAJ KERETA AKU.ANAK AKU DAH MELALAK TAKUT.MAKLUMLAH ORANG BAGAN DATOH MANA PERNAH DOK TENGOK TRAK ASKAR MASUK KAMPUNG.AMBOI BARU 2 HARI JADI MENTERI PERTAHANAN DAH TUNJUK EKSYEN SEMACAM JA..
bagus,jujur
gud.bagi depa yang ats tu xlupa diri.tahniah bloogers network.!!!!!!!!!!!!!
tahniah setahniah tahniahnya..!!!!
sepanjang 2 prk bukit, termasuk prk k.t dan p.pauh..aku tak lepas mengadap bloggers network team..
kagum dengan hangpa..aku cadangkan hangpa teruskan dengan rancangan untuk menyatukan bloggers2 dalm satu web spt yg diwar2kan ari tu...
apapun..sumbangan hangpa tdak ternilai...gua tabik sama lu orang..pedulikan dengan beberapa kerat pemimpin cam asmuni tu...yang penting info dpt di baca oleh rakyat...
tahniah lagi sekali...gua caya lu..!!
Tahniah.. bagus jugak kasi 'bantai' sikit kat petugas PR nie.. apa dorang x nampak ker 30%-40% sumbangan blogger pada komuniti..
Bantai kaw-kaw bro.. kalu x sampai biler pun dorang buat dek jer benda gini.. korang yang bergerak cara "underground" nie lebih detail dan accurate dari segi penyampaian maklumat..
Kekadang Bloggers Network hanya membuat banyak andaian. Ada kalanya betul, ada juga tersasar. Cubalah siasat siapa di belakang semua ini?
Siapa yang sedang bersaing dengan Bloggers Network mendapat hit tertinggi memberikan berita terkini di Perak?
Siapa yang tidak pernah ada pengalaman dalam gerak kerja pilihanraya di kawasan sendiri. Tiba-tiba diangkat menjadi Pengarah Operasi Penerangan PRK Bukit Gantang?
Menjadi tugas Bloggers Network siasat, kerana manusia ini di luar nampak hebat. Jika Bloggers Network siasat akan terserlah rupa sebenar manusia ini.
anonymous,
ha..ha..tak payah nak siasat. Hang nak aku sebut sapa dia?
Patut bila jadi Pengarah Operasi..delegate la kerja penerangan tu kat orang lain..tapi dia pulak yang nak jadi blogger.
Cukup la...kalau aku nak londeh...banyak. Tapi hangpa muhasabah sendiri la.
pagi..pergi kuliah sampai lebam
malam ..mengadap blog TP, MSK,ABO etc..
thats my life
tq kpd Bro2 & akak2 bloggers...
insyaAllah, student2 Ipta akan join lepas belenggu Auku tu putus..tengokla ak grad nanti..
p/raya mmg suasana tegang..baik PRK atau PRU, ade juge petugas yg jadi 'hang' akibat bertembung sesama sendiri baik di peringkat bilik gerakan UPU, markaz besar kwsn ataupun negeri..ketegangan sesama sendiri ni biasa nye brlaku trjadi pd peringkat pimpinan dan juga kelompok yg ada pengaruh..hat peringkat bwh ni tegang juge tapi tegang dgn petugas lwn bertumbuk berseranah bagai dgn petugas pihak lawan..ha ha
satu perkara yg perlu diambil prhatian adalah sgt wajar pimpinan PR bg pengiktirafan kdp bloggers peringkat negeri, sekurang2 nya bg lah pas utk kemudahan mereka bekerja.
bloggers mnyampaikan atau mnjawap sesuatu isu secara fokus bkn seperti ceramah...kenapa PR bgtu marah kpd media arus perdana? haa jwpan nye pasai mereka tu sgt berpengaruh memesongkan pemkiran org ramai..ha ha
ape2 pun moga2 kritikan/teguran melalui saluran maya ini bermanfaat kpd pimpinan/pendokong PR semua dan moga2 bkn mnjadi jln2 perpecahan...
hangpa mmg hebat!
Takpe la Abg Mat, pedulikn sume tu, yg penting Team BloggersNetwork@Perak pon dah bole gerak sendiri dah hasil sumbangan org ramai, Ape yg saya sbg pelayar lihat kat sini ialah,
maklumat yg disampaikan oleh semua bloggers PR konpom sama, tepat dan benar, cuma sape yg dapat update dulu, tu je la. nak kejar hits..kot (kecuali blog PB, ntahapapape tah tibe2 je claim menang, Hampas tul)
Tapi lpas ni kalu ade pilihanraya lagi x bole buat camni lgi, sume team bloggers kene kerjasama jadi stu pasukan, satu tempat operasi, tu pun kalu pihak parti nk la, kalu x, cam biase la, terpaksa gerak sendiri (guna stringer ngan Informer)
Selagi Tabung Bloggers ade, kami akan sentiasa memberi sumbangan supaya perkara baik ini dpt diteruskn..ayoh!!! mari semua kita beri sumbangan lagi, x banyak sringgit je, nk kasi lebih pon bagus gak...
pelayar setia..
team bloggerntwork ada dibukit gantang lagi ke?esok 7mlm-11mlm ada makan2 semperna kemenangan kt kuala sepetang..korang dijemput jemput k..ntah la hj asmuni depa jemput tak,rambut stylelo...
Anon 20.35, teman pun org bagan datoh jugak... fuh, zahid dah tunjuk power laa.. aku ingat lagi, masa dia menang Ketua Pemuda UMNO dulu, dia buat jamuan kat Sekolah Sains Teluk Intan.. selamba jek guna kemudahan sekolah padahal tu majlis parti... - Neo
Itulah reality pe,ikiran dan keegoan kepimpinan PAS di banyak peringkat. Sevagai ahli PAS verdaftarm saya tertekan dan rungsing melihat suasana ini masih berterusan berlaku. Asasnya berlaku pertembungan antara golongan yang berkuaa (kepimpinan) dengan golongan yang ingin dan meakukan tugas yang berkesan di dalam mempaktikkan misi dan visi perjuangan PAS itu sendiri. Kelebihan para blogers ialah anda mempunyai team wokr yang bersungguh dan kreatif. Ramai sudah amilin yang telah terkorban dan menyisih diri ekoran fenomena negatif ini khususnya di peringkat kepimpinan PAS kawasan-kawasan, dewan-dewan dan negeri. fikir-fikirkanlah. Faham dan hayatilah ungkapan ' kepimpinan adalah amanah . BUKANNYA anugerah kemuliaan diri '.
bang mat..
takpa la kat depa..biaq pi la kalau semua takmo amik pot pasai kita2 nie..sy senang je..takmo tolong takpe..kita buat sendiri...senang citer...
yg penting visi dan misi KAMAR paling utama..sebab sy dok ingat lagi apa yg pengasas cakap.."biaq kecik camne pun kita nie..tp impak dia cukup besaq kat luaq"
salam penulis dan pembaca terutama MSK.. (terangkan maksud kerajaan campuran)
nak minta penjelasan kiranya anda boleh memperjelaskan sedikit hal undang2 MALAYSIA... bukan nak ajak bergaduh.. hehehe
link yg terlibat:
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/04/nik-aziz-bela-dap.html
Pekerjaan yang mengharapkan pujian adalah tidak bernilai.Blogger teruskan perjuangan anda mungkin suatu hari nanti anda akan mendapat rezeki dari sumber yang tidak disangka2.UMNO lingkup kerana penyokongnya sering mengharapkan ganjaran dan budaya ini jangan sesekali diikuti oleh PR.
salam reformasi....
... adalah sesuatu yang amat merugikan jika mana-mana parti dalam pr mengenepikan kepentingan peranan sdr-sdr para bloggers..
... walaupun pak mb berada sendiri di bkt gantang & selambau pada prk baru-baru namun tidak pernah lekang dari melayari blog sdr-sdr bagi mendapatkan maklumat terkini yang diperhidangkan dalam bentuk yang menarik..
... pak mb berharap semua pihak yang berkenaan mangambil perhatian terhadap peranan para bloggers..
salam....petugas pr bukannya berlagak sombong atau megah ....tapi ada sebabnya....dari sumber yang boleh dipercayai oleh aku la....ramai petugas PAS yang kena sihir pada PRK di bukit gantang tu....aku pun tak percaya crita ni....tapi kalau korang perasan...aktiviti DS nizar dua tiga hari sebelum hari mengundi tu slow skit....sebab DS nizar dah kena....dua mlm terakhir tu....dia di ubati oleh tuan guru yang ada kat sana....mmg petugas PAS dah di beritahu lebih awal mengenai hal ni...tu sebab bukan sembarang org bleh masuk ke markaz pemuda atau markaz induk kat air kuning tu....dlm berhati hati pun kena juga....
salam
Erk!~
Sabar ajelah matsamankati, Kalau anda benar-benar ikhlas, Allah akan bersamamu....
Tahniah MSK n Gang n all PR Bloggers yang menghabiskan masa.tenaga n fulus demi memenangkan parti pilihan hati kita. we are not paid to support them but it's our choice to find the truth n reliable party that can bring justice to all.
Begitulah lumrah dalam politik esp. masa perang semua org sibuk n prejudis. i agree that some of our leaders still thing like in 70s or 80s, they didnt realise the power of virtual suppoter or com generation. dont be mad or upset wif them, it'll take time 4 everybody to accept a blogger as part of war machine in PAS.
You already show them the power of internet n young voters surely accept u as their ultimate information source. so be happy wif that recognation. Let go what other people think about u,coz ALLAH knows what inside us. be sincere n insyaALLAH someday, somehow u'll get the pay.
p/s: like to hear comment from PAS leader about this esp. Hj Asmuni ect.
Erk!~
bro MSK,
saya rasa adil kiranya untuk didengari apa alasan dari pihak yang satu lagi... tak gitu?
MSk dan Bloggers@Perak Express terima Kasih atas liputan anda
SETUJU dengan suealeen,,,,apa kata kita minta /tunggu komen pihak tertinggi PAS.....terutama pengarah pilihanraya PRK Bukit Gantang..
ASKUM GENG2 BLOGGERS NETWORK..
SEBELUM TU GUA NAK UCAP TERIMA KASIH DAN SYABAS ATAS KESUDIAN LU ORG DAN GENG2 BLOGGERS NETWORK UTK PROVIDE INFO PASAL PRK BKT GANTANG.. GUA TAU LU BYK TERIMA KEJIAN DRP PUJIAN OLEH PUAK2 YG TAK TAHU BERKENAAN DUNIA TANPA SEMPADAN.. UTK PENGETAHUAN, MAKLUMAT2 YG LU ORG DAN GENG2 LU BERIKAN LAH YG BYK MEMBANTU PENGUNDI2 MUDA UTK MENGUNDI PAKATAN RAKYAT SEBAB MEREKA SEMUA NI IBARAT SEKAM PADI - HANYA MENGHUKUM KERAjaan BEE END BILA TIBA MASANYA.. JGN RISAU BRO.. INSYA ALLAH JIKA LU DAN GENG2 LU BUAT KERJE DENGAN PENUH ISTIQAMAH, KITA AKAN MENANG BRO.. PASAL SUMBANGAN, INSYA ALLAH ADE REZEKI ADALAH LU ORG & GENG2 LU PUNYE BAHAGIAN.. SEKIAN WASALAM BRO..
DISASTROUSKAN MEREKA!!!
kah...kah...kah......
DEMOKRASI......
DEMOKRASI......
kah...kah...kah......
DEMOKRASI......
DEMOKRASI......
lepaih tu hangpa pon macam UMNO.....
MOHON RESTU RAKYAT......
kah...ka...kah....
PAS lama kena berubah ikut peredaran zaman. Penyokong PAS sekarang ramai dari zaman baru.
syabas & terima kaseh atas semua tenaga,usaha,wangringgit dan masa yang telah dikorbankan cucunda semua,memang diakui ada sedikit sebanyak kelemahan dalam situasi sedemikian,pimpinan terlalu tertekan dgn macam2 benda,so maaf banyak2,semoga apa yang telah dilalui tidak mematahkan semangat cucu pahbedah,hanya doa dipohon agas semua dirahmati Allah dunia dan akhirat..insyaallah..
AKU CADANGKAN SEMUA BLOGGER DAPAT DISATUKAN APABILA ADA SAHAJA PRK...SUPAYA SEMUA MAKLUMAT YG HENDAK DISAMPAIKAN TEPAT DAN BERKESAN...ANYWAY TO ALL BLOGER2 ESPLY YG TELAH MEMBERIKAN KERJA2 IKLAS DI PRK 2 BUKIT...HANYA ALLAH SAHAJA YANG MEMBALAS SEGARA KERJA IKHLAS TUAN2..SALAM...TAKBIRRRRR..
JUMPA DI PERANTI..
Post a Comment