By Huzaifah Ahmad Yamani
Lama dahulu, masa Pak Lah naik jadi PM, wah-wah…rakyat Malaysia bagai diberikan harapan baharu. Era tragis lagi tirani zaman Mahathir bagaikan disapu angin kutub utara. Dingin dan membawa bersama kenangan ngeri. Pak Lah penuh bergaya menyarung jubah Perdana Menteri, membawa bersama gelaran Mr. Clean di dadanya!
Ah…itu dahulu. Zaman itu sudah berlalu dan menjadi kenangan termanis buat orang-orang Umno. Zaman PM yang boleh mengimamkan sembahyang, berketurunan ulamak terbilang, lulusan pengajian Islam dan dilabelkan juga mentaati ibu dan paling penting ‘berimej bersih’ bagaikan sudah hanyut di air Sungai Perak. Apa yang tinggal ialah puing-puing kenangan yang amat sukar untuk dibangunkan kembali.
Hakikatnya, Umno pasca Dr M mengalami proses pereputan maha dahsyat. Kegagalan Pak Lah membaca isyarat rakyat, menyebabkan kegemilangan Mahathir terus kelam. Kini, dengan naiknya watak baharu Najib yang lebih tercemar dengan pelbagai skandal, ibarat setongkol perdu kelapa yang jatuh di atas pelamin. Habis runtuh semuanya!
Mari kita bandingkan, antara kewibawaan si Najib dan Pak Lah. Jika dilihat, Pak Lah lebih dihormati orang, Najib tidak. Imej Najib lebih digeruni atau ditakuti; bukan disegani dan dihormati. Pak Lah, berimej bersih sedang Najib penuh dengan palitan ‘…’ sana dan sini. Pak Lah semasa awalnya, diberikan harapan membuat pemulihan sedang Najib dilihat penerus warisan Mahathir memberi cengkaman!
Pak Lah semasa awalnya dilihat mesra rakyat, sedang Najib dilihat membuli rakyat. Pak Lah awalnya dianggap penyelamat hingga digelar bapa pembangunan insane (walaupun kemudian menjadi bapa mertua Khairy); sedang Najib pula menjadi bapa segala kemusnahan. Pak Lah semasa dahulu dianggap anak yang baik sedang Najib dianggap suami yang baik kepada Rosmah. Kan ada bezanya itu…
Pak Lah dianggap alim lagi warak, sedang Najib dirasakan serakah lagi tidak bermaruah. Pak Lah dilihat setia kepada isterinya sedang Najib, isterinya dilihat tidak setia kepadanya. Pak Lah dilihat cuba mendampingi rakyat sedang Najib dilihat terlalu tinggi untuk turun ke bawah. Pak Lah dilihat matang sedang Najib dilihat hijau dan buru-buru membuat keputusan. Pak Lah cuba berjimat dan menilai kemampuan kewangan negara, sedang Najib lebih boros berbelanja.
Ya, inilah serba ringkas pandangan umum rakyat mengenai Pak Lah dan Najib apabila mengambil alih jawatan PM. Nak tak nak terima, Najib kena akui. Dia kena terima. Paling penting, Najib kena akur bahawa rakyat sudah bijak menilai. Sebab itulah, Umno dan BN tidak selamanya mampu untuk membodohkan rakyat.
4 comments:
Jamil Khir itu orang Najib juga ke?
Najib akn mencepatkan reputnya ameno, itu dah pasti. Kita sbg rakyat harus terus usaha dan berdoa semoga riwayat ameno tak lama dan demokrasi sebenar ditegakkan di m'sia
TAKBIR....TAKBIR....
Nak tak nakm kiter akui Pak Lah bercirikan islam dan sebenarnya banyak membantu orang2 miskin dan orang2 kampung yg terbiar di zaman mahathir. Tp munkin banyak yg memandang rendah & tersilap nilai peribadi beliau yg jauh lebih mulia berbanding pemimpin yg lain. Bukan Paklah salah sgt tp salah JERUNG JERUNG makan rasuah dlm umno. Sejarahnya...Dah 400 tahun org melayu makan rasuah daa!! Aiseyman, u stop me cari makan, I stop ur PM laaaa! Menjerit ler JERUNG JERUNG tu....Step down, step down!! Najib naik bleh ler sambung cari makan besar besar yek.
Aku hormat Pak Lah!! Tp masa yg diambil beliau untuk menukar umno adalah lama. Sebenarnya munkin terlalu susah untuk beliau laksanakan. Tapi aku tau dia tahu antara dosa dan pahala. Tak macam yg lain.....selembe rilek jeh jeh!
Post a Comment