Ade sorang kawan beria-ia citer pade teman bahawa calon bebas di PRK Bukit Gantang adalah ahli PEKIDA. Bertaraf ayahanda. Tapi calon ini bukanlah calon PEKIDA. PEKIDA tak peghonah iktiraf dia jadi calon. PEKIDApun tak ingin bertanding di PRK ini. Kalo ada yang teringin nak bertanding, deme itu adalah calon bebas sebebasnya. Tak boleh kempen bawak citer mewakili PEKIDA. Tak boleh dirikan bilik gerakan berlambangkan PEKIDA. Kalo guna lambang PEKIDA, adeler ahli setia PEKIDA yang akan meruntuhkannya. PEKIDA berkecuali dalam PRK Bukit Gantang.
Citernya begini. PEKIDA ini adalah singkatan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah SeMalaysia . PEKIDA yang tulen tidak pernah berdaftar. Deme ni bergerak sendiri-sendir jer. Kalo ada ahli PEKIDA yang tunjuk kad keahlian, itu adalah ahli PEKIDA yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan. Deme ni ada portalnya di http://www.pekida.com.my. Difahamkan ada lebih kurang 3000 ahli PEKIDA di Parlimen Bukit Gantang.
Kawan teman mengisahkan bahawa pada hari Rabu 25 Mac 2009, hampir 500 ayahanda PEKIDA telah berkumpul dan bermesyuarat di Taiping. Ada ayahanda ahli PEKIDA berdaftar dan ada ayahanda ahli PEKIDA tidak berdaftar. Mereka bersatu mencari kata sepakat sama ada mahu bertanding atau tidak dalam PRK Bukit Gantang. Mesyuarat ini diketuai oleh Ayahanda Pak Teh Zamri. Ayahanda Pak Teh tidak pernah menyertai PEKIDA berdaftar. Ayahanda Pak Teh mengingatkan semua ahli bahawa kumpulan yang bertanding adalah anak buah PEKIDA. PM Pak Lah adalah anak buah arwah Ayahanda Salleh. Begitu juga dengan DSAI yang juga anak buah kepada arwah Ayahanda Salleh. Keputusannya PEKIDA tidak akan meletakkan calon dalam PRK ini. Oleh itu ahli-ahli PEKIDA di Bukit Gantang bebas mengundi mana-mana calon dalam PRK Bukit Gantang. Undilah sama ada calon UMNO ataupun calon PR.
Setelah keputusan dicapai, maka semua ayahanda ini pulang ke destinasi masing-masing. Sekiranya ada ahli yang mahu bertanding, bertandingler. Tetapi jangan sentuh langsung perkataan atau lambang PEKIDA. Jangan memalukan PEKIDA.
Semasa hari penamaan calon, muncul calon bebas yang dikaitkan dengan nama PEKIDA. Menung ayahanda-ayahanda PEKIDA. Rupanya masih ada di kalangan ayahanda PEKIDA yang begitu degil dan menongkah arus akan keputusan pimpinan tertinggi PEKIDA.
Kepada semua ahli PEKIDA yang boleh mengundi di Bukit Gantang, sila dapatkan maklumat sebenar tentang calon bebas ini daripada ayahanda-ayahanda yang lain. Pimpinan tertinggi PEKIDA telah mengiktiraf kedua-dua calon sama ada calon UMNO atau PAS. Tetapi keputusan ini dibuat semasa PM Pak Lah masih menjadi PM.
Pak Lah telah bersara daripada dunia politik. DSAI masih dalam perjuangan. Bermakna calon UMNO bukan lagi mewakili Pak Lah. Manakala calon PAS adalah calon yang telah ditunjukkan oleh DSAI untuk menggantikannya memimpin Malaysia.
Secara ringkasnya calon PAS adalah calon PEKIDA. Walau bagaimanapun sebagai pengundi, anda bebas membuat pilihan.
Kepada semua ahli PEKIDA, selamat mengundi.
Sumber: Dango Mamamat
Khas untuk ahli PEKIDA Bukit Gantang
Sunday, 5 April 2009
12:55
|
Labels:
pekida
|
This entry was posted on 12:55
and is filed under
pekida
.
You can follow any responses to this entry through
the RSS 2.0 feed.
You can leave a response,
or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Bagusla kalau mcm tu..barulah nampak gambaran baik sket PEKIDA...Demokrasi pun ada
Bosannya dengan gejala PEKIDA ni, asyik2 PEKIDA, asyik PEKIDA. Yang buat taik pun PEKIDA. Boleh ke kita hidup aman damai tanpa adanya PEKIDA?
Najib pun PEKIDA. Cara terbaik bubar je al PEKIDA, jadi tiada yang mengambil kesempatan dan memburukkan ayahanda - ayahanda PEKIDA. Kembali pada ajaran Islam sebenar. Itu yang sebaiknya.
Golongan yang mempunyai semangat Asobiyyah tidak ke mana. Jika berasobiyyah kita akan cenderung kepada kezaliman. Tidak kira siapa pun, hak Allah mesti diutamakan.
Sayang sekali Pekida tak baca PerakExpress.
Pekida asal nya sebuah pertubuhan persaudaraan,pertubuhan ini bersih,jujur,taat dan amanah dan sesiapa yang ingin menjadi ahlinya mestilah mempunyai nawaitu yang ikhlas.
Soalanya ada segelintir ahli yang mengambil kesempatan dan menyalah guna pertubuhan ini.
Aku menyeru pada semua ahli pekida jangan sesekali mengheret pertubuhan yang suci ini ke kancah politik,kalau ahli yang nak berpolitik bolih tapi jangan bawa pertubuhan ke dalam politik parti kecuali individu sahaja.
Pekida Asobiyyah ker?
Boleh tak bagitau dan buktikan kepada sy dimana Asobiyyahnya Pekida??
The 1st thing, sebelum nak menghukum sesuatu kita kenali ianya.. Jangan main tuduh2 je..
Kalau setakat serkap jarang dgn melihat apa yang berlaku diluar sana, so boleh juga kita menerima dakwaan2 lain yg selalu memburukkan Islam.. Contohnya "dakwaan Golongan Kuffar yang menyatakan Islam adalah terorrist."
Adakah benar? sudah tentu TIDAK. adapun pengebom berani mati dan sebagainya mereka ini berideologykan khawarij, syiah dan sebagainya. Islam yang mengikut al-Quran Dan As-Sunnah tidak menyarankan perjuangan yang sebegitu.
Kembali kpd pekida, Pekida ialah satu pertubuhan yang mana Masdarnya(sumber) perlembagaannya ialah al-Quran dan as-Sunnah. Buktinya, tengoklah prinsip2 pekida.
Kalau dilihat dalam skop nama pun, tidak ada unsur2 asobiyyah. Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah SeMalaysia. Dari segi nama pun dapat dilihat.
Dan untuk pengetahuan mereka yang mendakwa Pekida adalah Geng Asobiyyah(perkauman). Dalam pertubuhan ini, ahlinya terdiri dari kalangan Melayu Muslim, India Muslim, Cina Muslim.. Mana Asobiyyahnya??
Kepada perlu melabelkan Pekida, Lihat kepada UMNO terang2 yang dari maknanya memperjuangkan KeMelayuan, Perkauman tambahan memperlekehkan golongan ulama serta Menolak hukum Allah S.W.T.
Soal Najib Pekida, itu lain.. Pekida membuka keahlian kepada sesiapa sahaja asal dia Muslim. Pekida tidak terlibat dalam soal politik.
Pekida perlu dibubarkan??
Diluar sana terlalu banyak geng samseng dari puak hindu dan cina. Yang mana mereka menanti masa untuk menguasai tanah melayu. Jadi kehadiran Pekida dan pertubuhan seumpamanya sedikit sebanyak menggerunkan mereka dan mematahkan niat mereka. Jangan sedap mulut je nak tebar fitnah. setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.
Soal ada sebilangan ahli pekida yang menghentam orang melayu sendiri, itu cuma masalah furu'. Bukan semua yang berperangai sebegitu, setiap apa yang akan berlaku akan dipertanggungjawabkan di akhirat nnti. Samaada khalifah yang salah memilih dan mendidik para perajuritnya dan sebagainya.
Apa pun terpulang kepada niat masing2.
Jikalau ada salah dan silap sila tegur sy di email asysyafie_191bos@hotmail.com.
Malumat lain sila layari..
1. http://aerial30.blogspot.com/2008/12/ukhuwah-islamiah.html
2. http://aerial30.blogspot.com/2008/12/3-line-dulu-dan-sekarang.html
Sekian. Assalamualaikum warahmatullah.
kpd syafie al tantawi..stakat prinsip je bek xpyhla..pelaksanan xde.aku bkn nk ngutuk ape.geng2 pekida ni skit sgt yg ikut islam nye.yg len hampeh.xde pun.nk2 yg mude yg bru msuk pekida n3 line ni.sume msuk sbb nk ade perlindungan.leh jd gengster.aku pnh idup dlm dunia 2.yg bleh pki skit sgt.jd aku pun snyp.sbb dunia dierng xsme ngan dunia org bese.dierng ni kejar kuase n pangkat.berebut jd brader.ckupla..negara xkan maju nagn pertubuhan ala kongsi gelap ni..
Post a Comment