KEPADA SEMUA PELANCUNG POLITIK...TOLONG KELUAR DARI JALANRAYA!!! ANDA MENAMBAH KESESAKAN JALANRAYA!!
Aku cuba memandu balik menggunakan jalan lama dari Kuala Kangsar menghala ke Changkat Jering tetapi jalan jem gila. Bermula dari Bukit Berapit, aku mengambil masa hampir 20 minit untuk sampai ke Sek. Keb. Panglima Bukit Gantang.
Kalau aku tunggu...kemungkinan aku memerlukan masa 2 jam untuk sampai ke simpang Air Kuning. Aku ambil keputusan untuk berpatah balik ke Tol Kuala kangsar dan memasuki Lebuhraya PLUS. Tetapi bila sampai di exit Changkat Jering, polis tidak membenarkan masuk. Aku terpaksa keluar melalui tol Kamunting dan berpatah balik ke Simpang.
PERATUS KELUAR MENGUNDI MASIH KURANG.
Setakat jam 1 tengahari tadi, hanya 52 peratus pengundi keluar mengundi. Ini mungkin disebabkan masih ramai yang bekerja dan keluar jam 3 petang ini. Kepada semua petugas bilik gerakan...tolong clear laluan untuk ke pusat mengundi.
1. Bagi pengundi yang datang dari utara Taiping menggunakan lebuhraya PLUS...keluar ikut tol KAMUNTING!!!! Laluan keluar di Changkat Jering dikawal oleh polis trafik yang tidak membenarkan kereta memasuki tol Changkat Jering.
Sekiranya anda mengundi di sekitar Air Kuning, keluar ikut kamunting...ikut laluan Taman tasik dan keluar ke Air Kuning. Kalau anda mengundi di Kuala Sepetang atau Trong, anda boleh mengikuti jalan Simpang.
2. Begitu juga yang datang dari arah selatan.. JANGAN IKUT JALAN LAMA!!! KECUALI ANDA MENGUNDI DISEKITAR BUKIT GANTANG ATAU CHANGKAT IBOL. Sekiranya anda mengundi di Kuala Sepetang atau Trong, lebih cepat kalau mengikuti tol Kamunting kerana keadaan di Changkat Jering amat sesak.
Kepada petugas-petugas....lebih cepat kalau menggunakan motorsikal untuk membawa pengundi.
Di pekan Kuala Sepetang, peratus keluar mengundi setakat jam 1 tengahari tadi ialah sekitar 55%. Kita perlu memastikan peratus keluar mengundi di Kuala Sepetang sekitar 75-80 peratus.
Di DUN Trong...keadaan masih seimbang. Jumlah keluar mengundi setakat jam 1 tengahari sekitar 50 %. Bagi pelancung luar...jangan keluar kejalan raya kerana anda menyesakkan jalan raya!!!
Permintaan Terakhir!!
Tuesday, 7 April 2009
14:32
|
Labels:
prk bukit gantang
|
This entry was posted on 14:32
and is filed under
prk bukit gantang
.
You can follow any responses to this entry through
the RSS 2.0 feed.
You can leave a response,
or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
BLOG BAWEAN TERMENUNG BELUM DITAUTKAN LINK OLEH MSK..TOLONG BAGI MUKA DAN PENGHARGAAN TQ
Ini bukan lah masa nya untuk kita melancong,jalan bertambah sesak,bas-bas persiaran cukup banyak di sini,tapi awas kalau anda salah seorang pengundi hantu...pemantauan pengundi hantu di sini cukup cekap untuk menangkap anda....
Post a Comment