Adalah dimaklumkan bahawa kami telah berpindah ke http://perakexpress.com. Sekiranya anda tidak dibawa kesana secara otomatik...sila klik disini.
Fairus letak jawatan ADUN Penanti
Thursday, 16 April 2009
Bekas timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin hari ini mengumumkan keputusannya meletak jawatan ADUN Penanti, berkuatkuasa hari ini.
Katanya, keputusan itu dibuat untuk membolehkan beliau memberi tumpuan penuh terhadap usaha bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat siswazah lanjutan.
Ia juga, katanya, untuk memberi masa kepadanya untuk bersama-sama dengan keluarga "yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasan saya".
Kenyataan Fairus itu dikeluarkan oleh Biro Penerangan PKR.
"Ruang ini juga akan saya manfaatkan untuk menumpukan usaha bagi membersihkan nama baik saya dari segala tohmahan yang dilemparkan terhadap saya selama ini," tambahnya.
Fairus yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berhubung satu projek kuari di Pulau Pinang, meletakkan jawatan timbalan ketua menteri pada 8 April lalu.
Berikutan peletakan jawatannya itu, pilihanraya kecil perlu diadakan bagi kerus tersebut dalam tempoh 60 hari.
DUN Penanti terletak dalam kawasan parlimen Permatang Pauh yang diwakili oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketika diwawancara dengan akhbar berbahasa Cina - Nanyang - Fairus
memberi masa dua minggu kepada pucuk pimpinan PKR supaya membersihkan namanya.
Beliau juga dilaporkan mendakwa segala tohmahan itu difitnah oleh orang dalaman parti itu sendiri.
Mengenai masa depannya, Fairus memberitahu akhbar berkenaan bahawa beliau ada banyak pilihan - keluar parti, letak jawatan, lompat parti atau menjadi ADUN bebas.
Beliau juga menyatakan akan menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang minggu depan.
Manakala timbalan pengerusi PKR negeri, Dr Mansor Othman pula berkata Anwar dijadual pulang ke Permatang Pauh esok.
Difahamkan, beliau mungkin berbincang dengan kepimpin PKR Pulau Pinang berhubung calon yang bakal dipilih bertanding di Penanti.
Dr Mansor disebut-sebut bakal dipilih mewakili Pakatan Rakyat, khususnya PKR bertanding dalam pilihanraya kecil itu.
Apabila ditanya kepadanya, Dr Mansor berulangkali mengatakan beliau akan patuh keputusan parti.
Beliau pernah bertanding di DUN Pulau Betong dalam pilihanraya umum tahun lalu, tetapi tewas.
Berikut adalah kenyataan penuh Fairus hari ini:
Setelah memberikan pertimbangan dengan sewajarnya, mengambilkira landasan perjuangan dan kepentingan rakyat yang saya wakili, saya dengan ini mengambil keputusan demi memelihara kepentingan Parti Keadilan Rakyat untuk melepaskan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti berkuatkuasa hari ini 16hb April 2009.
Keputusan ini bertujuan untuk membolehkan saya memberikan tumpuan penuh terhadap usaha bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca siswazah dan sekaligus memberikan masa kepada saya untuk bersama dengan keluarga yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasan saya.
Ruang ini juga akan saya manfaatkan untuk menumpukan usaha bagi membersihkan nama baik saya dari segala tohmahan yang dilemparkan terhadap saya selama ini.
Khususnya kepada pengundi dan rakyat Penanti yang saya wakili, saya ingin merakamkan jutaan penghargaan di atas kasih sayang dan sokongan yang diberikan selama saya memegang amanah selaku wakil rakyat Penanti.
Keputusan ini adalah untuk kebaikan semua, Parti Keadilan Rakyat dan perjuangan serta kepimpinan di bawah teraju Dato' Seri Anwar Ibrahim (selaku Penasihat Parti) demi menegakkan kebenaran dan keadilan. - MKini
15:39 | Labels: fairus, penanti | 12 Comments
PRK Penanti? Yee..haa!!!
Ada berita menarik malam nanti. Dikhabarkan...ADUN Penanti, akan mengumumkan perletakan jawatan beliau dan pilihanraya kecil DUN Penanti akan diadakan dalam masa 60 hari.
Tunggu malam nanti untuk pengesahan. Takat ni cuba khabar angin.
11:53 | Labels: msk, penanti | 33 Comments
Naam Annaivarum ooru kodumbum
Wednesday, 15 April 2009
Tiga hari kami melarikan diri untuk berehat dan bermuhasabah diri di Port Dickson. Terima kasih banyak-banyak kepada Chaah yang menyediakan semuanya. Dan hari ini, aku balik ke Bukit Gantang untuk mengemas barang-barang. Belum tau...kemana lagi selepas ini.
Banyak perkara menarik berlaku semasa PRK Bukit Gantang yang lalu. Politik menemukan kami tetapi ikatan yang terlahir...bukan kerana kepentingan politik. Tetapi ingin melihat kehidupan yang lebih baik. Aman dan harmoni. Tidak ada batasan fahaman ugama atau politik. Tidak ada batasan bangsa atau suku kaum. Kita semua satu keluarga.Tidak ada baju Pas, baju PKR atau baju DAP. Tak ada bendera Pas, PKR atau DAP. Tidak ada slogan One Malaysia, Ketuanan Rakyat, Ketuanan Melayu atau Pas for All. Cuma ada satu persefahaman yang lahir dari dalam jiwa masing-masing. Wo men tou shi i jia ren.
Politik negara bukan lagi politik perkauman..bukan politik ugutan dan bukan politik wang. Politik negara juga akan diterajui oleh mereka yang bukan lagi menjuarai sesuatu kelompok. Sebaliknya politik negara akan diterajui oleh sesiapa sahaja yang berfahaman bahawa kita semua satu keluarga.Ketika menjamu selera di Pasir Panjang malam tu, kami tak bercakap tentang Pas, PKR atau DAP. Tapi kami bercakap tentang persefahaman dan harmoni. Kami tak cakap tentang apa perbezaan kami..tapi kami berbincang tentang masa depan kami...masa depan anak-anak kami.
Parti mana yang akan memerintah...pemimpin mana yang akan dijulang...itu tidak penting. Tapi kami akan menyokong parti yang akan membawa kepada persefahaman dan keharmonian rakyat Malaysia. Dan kami akan menyokong pemimpin yang sealiran dengan hasrat ini.
Dan kami menaruh harapan bahawa pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat akan terus berusaha untuk merealisasikan hasrat ini dan aku yakin..masanya akan tiba bila kita tidak lagi bercakap tentang Melayu, Cina atau India...sebaliknya menggunakan hanya satu perkataan...rakyat Malaysia.
Kerana....
kita semua satu keluarga
Wo men tou shi i jia ren
Naam annaivarum ooru kodumbum.
11:28 | Labels: msk | 21 Comments
Autopsy Bukit Gantang 3
Monday, 13 April 2009
PRK Bukit Gantang diadakan serentak dengan Bukit Selambau dan Batang Ai. Bukit Gantang: Pas. Bukit Selambau: PKR. Batang Ai: PKR
Maka dengan itu..PKR terpaksa membahagikan jentera pilihanraya mereka ketiga-tiga tempat, dan sudah tentu tumpuan diberikan kepada tempat dimana PKR bertanding. DiBukit Gantang, keseluruhan jentera pilihanraya PKR Perak diberikan tugas untuk membantu Pas manakala sebahagian besar jentera pilihanraya PKR Pusat bertumpu ke Bukit Selambau.
PRK Bukit Gantang membuka peluang kepada PKR Perak untuk menilai kemampuan jentera pilihanraya negeri beroperasi dan setakat ini..aku masih belum mendapat statistik atau laporan tentang prestasi jentera pilihanraya PKR. Oleh itu..apa yang aku tulis dan nilai..adalah berdasarkan apa yang aku nampak dan alami.
Dalam setiap pilihanraya...yang aku tengok paling kuat bekerja ialah Wanita PKR. Cara kerja pun sistematik..ada perancangan yang tersusun dan team yang berani masuk kemana saja. Kat mana yang Pas tak boleh masuk..kat situ Wanita PKR masuk. Yang tu aku boleh bagi tabik kat depa.
Tapi ..bila tiba berkempen dengan Muslimat Pas...mesti ada kontroversi. Dan isu utama ialah penampilan dan imej. Ada yang masuk kampung pakai cermin mata hitam..ada yang berkempen terlalu robust...yang ni kena perbaiki. Duduk berbincang baik-baik.
Angkatan Muda Keadilan (AMK)..perlu lebih menonjol. Apa yang aku nampak...AMK macam unit Amal saja. Jadi tukang escort pemimpin...gantung poster dan banner. Aku tak masuk bilik Gerakan AMK dan tak tau apa yang ada kat dalam sana. Ada berapa komputer..ada berapa mesin fotokopi..wallahualam. Tapi bila aku tengok ramai AMK dok lepak kat Bilik Gerakan Utama...aku dok tertanya jugak. Sapa jaga Bilik Gerakan AMK?
Srikandi PKR...aku tak boleh nak kritik teruk-teruk sangat sebab masih baru. Tapi bila aku tengok Srikandi dijadikan macam social escort..aku rasa PKR mensia-siakan peranan anak-anak muda ni. Sepatutnya...inilah masa nak latih anak muda ni buat kerja-kerja pengurusan...ataupun buat apa yang Wanita dan AMK tak buat.
Pasai apa setiap kali ada pemimpin Wanita turun..Srikandi mesti jadi tukang escort?
Pengarah Pilihanraya, Hj. Mail dan Pengarah Bilik Gerakan, Mejar Latif ada banyak kerja yang perlu dibuat kalau ada pilihanraya lagi. Bagi aku..Bilik Gerakan PKR di Taman Molek tu cuma tak ada meja mahjung... kalau ada meja mahjung...dah tentu orang kata kelab lumba kuda.
PA system tak ada. Bila ada taklimat dari pemimpin..yang didepan saja yang dengar. Video yang aku ambil...semua tak boleh pakai sebab jadi macam wayang Charlie Chaplin. Maklum la videocam cokia...harap built-in microfon saja.
Komputer cuma ada sebiji dalam bilik...selepas pukul 5 petang..ada orang datang nak check daftar pemilih...ramai yang balik begitu saja. Bubuh la petugas dari AMK ka...Srikandi ka...supaya bilik Gerakan tu nampak class sikit. Tak kan Hj. Osman tak boleh cari duit sikit kot?
Masa kempen pilihanraya ni..maklumat sangat penting. Program-program patut dihebahkan, bukan setakat tulis kat whiteboard. Tak kan orang Matang Gelugor nak datang ke Bilik Gerakan kalau nak tau program terkini! Aku cuma dapat sekali saja email tentang program PKR dari Zakuan..lepas tu terus senyap. Nak salahkan dia pun aku tak sampai hati...sebab pasai nak cari nasi bungkus pun dia kena buat.
Satu perkara penting yang wajib ada dalam jentera pilihanraya masa ini ialah unit IT... dan yang ni PKR gagal.
Wanita dah pi keluar buat culaan undi...buat BKS..tapi bila balik, borang-borang BKS berlonggok tak ada sapa yang buat analisis. Tak kan tak ada sorang pun yang boleh buat data analysis? Nasib baik Pas yang bertanding..kalau PKR yang bertanding dan keadaan jentera pilihanraya PKR masih tahap macam ni...aku rasa PKR lebih teruk kena belasah.
Setiap kali aku pergi kat Bilik gerakan PKR...kat depan tu mesti ramai orang. Sembang dari pagi sampai malam...tak dak kerja ka? Atau pun dah memang kerja depa...bersembang. Ada 4-5 orang yang aku tengok tiap-tiap hari mesti ada..dari pagi sampai malam..tapi buat apa?
Apa yang aku tengok...petugas ramai...tapi tak dak kerja.
Dan yang sakit hati..ada pemimpin yang hanya tunjuk muka bila Anwar atau Wan Azizah datang. Bila nampak muka Anwar atau Wan Azizah...muka pemimpin ni la yang kedepan. Tapi bila Anwar balik...depa pi lepak dengan geng Umno. Ada yang lepak dengan Hamdan Taha..ada yang lepak dengan Osman Jailu. Kalau Hj. Mail nak tau sapa...aku boleh bagi tau.
Last sekali..aku tak seronok tengok pemimpin-pemimpin PKR..bila nak masuk kampung kena escort ramai-ramai. Dulu aku meluat bila tengok Nazri Aziz masuk kampung...sebab bila depa ni masuk..berderet kenderaan 4WD yang ikut. La ni..bila pemimpin PKR masuk kampung...berderet Estima..Alphard...Merc. Pemimpin keluar kereta pun siap dengan escort Srikandi berbaju hitam...AMK berbaju biru.
Nak tayang pun...buat la kat tempat lain. Ni bila hangpa masuk kampung yang miskin-miskin...dan hangpa mai dengan kereta-kereta mewah...tak ada beza hangpa dengan pemimpin Umno.
09:33 | | 28 Comments
Satu Malaysia dah tahu...
sumber: Dango Mamamat
Satu Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.
Pening teman memikiokannya. Tinggi benor base Najib ni. Kalo teman yang sekolah atap inipun tak berapa nak paham, macam maneler agaknye daya pahaman tok ngah dan opah wan di kampung. Tapi deme tetap sengeh dan lagut bebenor nengor Najib berwawasan di tv 14 inci . Lagi deme tak paham, lagi kuat deme nyokong Najib. Isk, takkanler Najib nak bagi slogan macam base orang kampung. Takkanler Najib nak bagi slogan ‘Moh kite ngundi UMNO weh’. Nanti nampak sangatler yang Najib ngaji tak tinggi.
Teman cubaler pahamkan slogan Najib tu. Betui ker tak betui, komeler yang tolong betuikan. Kalo Najib yang tolong betuikan, lagi baguih.
Satu Malaysia
Satu Malaysia udah tahu dan heboh yang Najib dituduh bersubahat munuh Altantuya. Satu Malaysia tahu yang Najib udah jawab tak kenai Altantuya. Satu Malaysia perasan yang Najib tak berani saman dan tak berani report orang yang nuduh Najib munuh Altantuya. Satu Malaysia tahu yang Najib hanya berani nafi di mulut, bukannya di mahkamah. Satu Malaysia tahu UMNO kalah dalam PRK. PR menang majoriti. Majoriti membawa maksud satu Malaysia. Satu Malaysia mahu Najib menyaman Liberation.
Sekarang bukan lagi satu Malaysia yang tahu. Satu dunia udah tahu. Satu dunia mahu Najib mengheret pihak yang menuduhnya ke mahkamah. Berani kerana benar, takut kerana salah. Udah lebih seminggu Najib jadi PM, tetapi takde pemimpin negara lain yang ucap tahniah secara rasmi pada Najib. Rakyat satu Malaysia teramat sedih kerana Altantuya dibunuh ketika sedang mengandung. Ringkasnya rakyat satu Malaysia merasa malu dan hilang maruah kepada satu dunia kerana berPMkan Najib.
Rakyat didahulukan
Takkan Najib tak paham-paham. Takkan Najib buat-buat tak paham. Takkan Najib tak tahu yang rakyat mahukan penjelasan siapa Altantuya. Kenapa celupar bebenor Bala menuduh yang Najib meronjang Altantuya depan dan belakang. Rakyat nak tahu kemana hilangnya Bala. Takkan polis Malaysia tak gheti cari orang hilang. Takkan Najib tak nak dahulukan kehendak ingin tahu rakyat. Najibpun udah janji yang kehendak rakyat mesti didahulukan. Inilah kehendak rakyat. Rakyat bukan mintak projek juta-juta RM. Rakyat bukan mintak komisen kapai selam. Rakyat cuma mintak sape yang nyuruh Sirul dan Azilah munuh Altantuya itu sama-sama digantung hingga mati. Itu jer. Susahker?
Pencapaian diutamakan
Pencapaian ini maksudnya kualiti. Kalo takat udah tercapai tapi takde kualiti, buat peronjang aper. Kalo takat jatuhkan hukuman gantung pada Sirul dan Azilah kerana munuh Altantuya, ianya tak selesaikan masalah. Takkanler Sirul dan Azilah yang tak peghonah berurusan dengan Altantuya tetiba sajer-sajer nak munuh Altantuya. Ape pekdah deme munuh Altantuya. Takkan mudah bebenor deme mawak keluar C4 tanpa kebenaran menterinya. Ternyata hukuman yang dijatuhkan tiada kualiti. Patutler satu Malaysia dan satu dunia ternganga kehairanan. Hairan kenapa mahkamah tak mahu siasat orang yang nyuruh deme berdua munuh Altantuya. Jikalau Najib mengutamakan kualiti, cepatler arahkan polis siasat semula sape yang nyuruh deme munuh Altantuya. Kalo Najib tak buat camni, satu Malaysia dan satu dunia akan percaya yang PM Malaysia bersubahat membunuh Altantuya.
Kalo teman sorang jer yang tak puashati takper. Tapi kalo kome semua udah puashati tentang hukuman kes Altantuya ni, biorler teman terojun dengan labu-labu teman ke Sungai Peghak.
00:07 | Labels: dango mamamat | 6 Comments
2 Ahli Parlimen Terengganu akan Letak Jawatan?
Sunday, 12 April 2009
Oleh salehgong
"Salam,
Khabarnya setelah ramai yang kecewa dengan pengumuman barisan kabinet yang baru,2 Ahli Parlimen dari Terengganu,1 Ahli Parlimen dari Sabah,1 Ahli Parlimen dari Perak,dan 1 Ahli Parlimen dari Johor akan letak jawatan sebagai Ahli Parlimen.
Mereka ialah Dato Mohd Nasir-Kuala Nerus-,Dato Mohd Jidin-Setiu-,Dato Tajuddin Rahman-Pasir Salak,Dato Bung Mokhtar-Kinabatangan-,dan Datuk Halimah Sadiuqe-Tenggara.
Mereka dikatakan akan meletak jawatan sebagai langkah awal dan akan diikuti oleh ahli parlimen lain.Ini berlaku berikutan Y.A.B PM yang baru telah membentuk suatu barisan kabinet yang goyah dan tidak stabil dan mereka telah hilang kepercayaan terhadap Y.A.B PM yang baru"
sumber: Ambuyat el-Binangkit
18:15 | Labels: ambuyat, terengganu | 32 Comments
Autopsy Bukit Gantang 2
Saturday, 11 April 2009
Ramai orang ingat..kami di Bloggers Network ni dibayar oleh kerajaan Pakatan Rakyat. Kalau gaji Nizar dengan EXCO pun kena beku..nak bayar kami macam mana?
Dan ada yang kata kami dibayar oleh parti. Parti mana? Nak kata PKR...ketua PKR negeri sendiri bagi tau.."kalau ada Matsamankati...seduit pun aku tak mau bagi!"
Nak kata Pas yang bagi...tok sah kata nak bagi duit...nak minta pas petugas pun depa tak bagi!!
Bila mula-mula kami berkampung di Bukit Gantang, semua tempat penginapan..peralatan dan sambungan streamyx dan broadband kami kena cari sendiri. Nasib baik la ada Pak Rahim tolong carikan rumah kat Simpang.
Orang ramai kat luar sana mahukan maklumat. Kat mana ada program...Nizar ada kat mana..kat mana ada ceramah..macam-macam harapan rakyat yang diperlukan dari kami. Tapi kami nak dapat kat mana? Pengurusan pilihanraya Pas tak pandang pun kat kami...sehinggalah kami dapat berjumpa pada satu hari...dengan Misbah dan Dr. Khairudin. Bukankami nak mintak duit...cuma nak minta kad petugas..atau apa saja la kad pengenalan diri supaya kami dapat bergerak tanpa sekatan yang bukan-bukan. Sekurang-kurangnya orang tau..kami orang parti...buat kerja untuk PR...bukan ejen Umno. Tapi permintaan kami ditolak oleh Hj. Asmuni.
So..bilik Gerakan is out of bound bagi kami. tak ada pas..tak boleh masuk. Nak masuk kena ada jeneral yang approve. Dan bila tak ada pas petugas...petugas yang jaga pintu pun dok pandang serong kat kami. Ada yang kata kami SB...ada yang siap perli lagi...sebab depa ingat kami ni wartawan Umno.
Nak harapkan maklumat dari bilik Gerakan...tok sah harap. Nak dapatkan interview dengan kepimpinan Pas...tok sah harap. Memang dalam ucapan-ucapan Nizar..dia ucap terima kasih kat bloggers..tapi hakikatnya...sapa pun tak pandang kami.
Tapi kami tetapkan pendirian...kami buat untuk Pakatan Rakyat. Kami buat untuk rakyat. Tak dapat cara betul..kami buat cara tak betul. Matlamatnya...Nizar mesti menang.
Kalau maklumat dalam bilik gerakan Umno pun kami boleh dapat...inikan pulak dari bilik gerakan Pas. Kami pasang kabel..pasang ejen...pasang SB. Tu pasai kami boleh juga salurkan maklumat kepada semua. Dan aku bagi tau kat Hj. Asmuni dalam satu perjumpaan hari tu...kalau kami tak dapat maklumat cara halal...kami buat cara haram. Kami ambush Nizar masa tengah makan...nak marah...marah la.
Sebabnya...bila kita tanya apa program Nizar..orang tu suruh tanya orang ni. Orang ni suruh tanya orang tu. Last-last jawapan yang kami terima...RAHSIA. tak boleh bagi tau!
Dua hari terakhir..masa tu memang genting. Jeneral-jeneral Pas dah angkat kain putih. Asmuni angkat tangan...Ustaz Nasha pun surrender. Laporan-laporan risikan menunjukkan Pas ketinggalan.
Dari awal...kita bersikap defensif. Kita biarkan umno buat macam-macam tuduhan...dan kita habiskan masa menjawab tuduhan depa.
Jentera dibawah asyik memikirkan perkara remeh. Kisah Wan Azizah makan durian dengan garpu pun nak dibincangkan diperingkat tertinggi. Kisah Wanita PKR pakai cermin mata hitam pun nak dibincangkan dalam jawatankuasa induk. Muslimat Pas bercakaran dengan Wanita PKR.
Pukul satu pagi hari Isnin...kami di panggil kesatu tempat. Umno main kotor..Mahathir datang untuk kejutan terakhir..Jamal dan Osman akan buat buat ceramah..nak buat macam mana? Nak ceramah tak sempat..nak buat risalah..tak sempat. masa tu la blogger diperlukan.
Dan aku bangga dengan member-member Bloggers Network. Dan aku ucapkan terima kasih kepada stringer-stringer kami yang berkeliaran di lapangan.
Apa yang kami buat...tak perlu kami ceritakan. Ini kerja kami...cara bersih pun boleh...cara kotor pun boleh. Kami tak terikat dengan undang-undang dan protokol parti.
Untuk keputusan pengundian..kami dah buat perancangan. Albanjari mesti ada kat Bilik Gerakan Utama untuk melaporkan keputusan terkini. Dan dia pun dah war-warkan dalam blog dia...live dari Markas Ayer Kuning.
Tapi sapa yang melayari blog Albanjari malam tu..mungkin kecewa sikit. Wak hanyalah salah seorang daripada ratusan yang melihat keputusan melalui screen. Tak ada keistimewaan untuk Wak Albanjari. Malah dia gagal melapor kepada kami di Stesyen Maya 1 tentang keputusan terkini. Kami di Stesyen Maya 1 mendapat laporan yang yang jauh lebih tepat dan cepat dari Wak. Macam mana?
Tak payah bagi tau. Tak dapat cara elok..kami buat cara tak elok. Nak marah..marah la.
Malam tu...handphone aku menerima beratus sms...mengucapkan tahniah kerana berjaya membuat liputan yang cepat dan tepat. Mungkin ada satu dua yang aku jawab..yang lainnya..aku cuma tersenyum. Kerja aku selesai.
Terima kasih lagi sekali kepada semua petugas yang buat kerja sepenuh kerelaan. Terima kasih kepada stringers kami yang berkeliaran...terutamanya geng-geng Ahli Parlimen Pokok Mempelam.
Esok aku nak buat pembedahan terhadap PKR pulak.
13:28 | | 42 Comments
Autopsy Bukit Gantang 1
BN pegang Batang Ai...gagal ramas..ooops..rampas dua bukit.
Bila BN menang di Batang Ai...macam-macam lah andaian yang dibuat. Tapi bila kalah di dua Bukit...macam-macam lah alasan yang diberi. Aku malas nak layan alasan-alasan kekalahan BN di Bukit Selambau ataupun kemenangan BN di Batang Ai, sebab ianya tidak melibatkan Umno.
Menang diBatang Ai...tidak melambangkan rakyat disana menyokong Umno. Kalah di Bukit Selambau pun...tidak melambangkan rakyat disana meluat kepada Umno. Lagi pun...aku cuma terlibat di Bukit Gantang...jadi biarlah aku cakap pasal Bukit Gantang saja.
Bila kalah diBukit Gantang...Umno mengatakan Nizar menang pasai undi Cina. Orang Melayu masih menyokong Umno. Tapi bila Umno kalah di Kuala Terengganu..dimana hampir 96% adalah pengundi Melayu...apa alasannya?
Aku tak mau nak katok orang yang dah tersungkur. Mampuih pi la kat depa. Cuma..aku nak buat sedikit penilaian semula terhadap diri kita sendiri. Aku lebih suka kritik kawan-kawan dan diri sendiri daripada mengkritik musuh. Musuh kita lawan..kawan kita tegur.
Keputusan Pilihanraya Bukit Gantang. Nizar 1. BN 0.
Aku sebutkan disini...kemenangan Pas di Bukit Gantang adalah faktor Nizar sepenuhnya. Pas menang kerana Nizar...bukan Nizar menang kerana Pas. Kalau bubuh orang lain...gerenti lingkup. Dan aku akan ceritakan dari beberapa sudut.
Sudut 1..Kekuatan dan kelemahan Pas.
Kekuatan Pas di Parlimen Bukit Gantang terletak didalam DUN Trong. Jadi..apabila Pas tewas di DUN Trong dalam PRK ini...ia menggambarkan kekuatan sebenar Pas. Sebagai parti...sebenarnya Pas masih lemah. Kekuatan yang menzahirkan kemenangan Nizar adalah kekuatan Pakatan Rakyat.
Jangan mendabik dada...mengatakan Pas sudah diterima oleh semua rakyat. Belum lagi. Sebaliknya..aku minta kepada semua..baik Pas, DAP atau PKR...bahawa tidak ada satu parti yang boleh menang tanpa bantuan parti lain.
Rakyat masih belum memahami Pas sebenarnya..sebaliknya, rakyat menerima Pas kerana Nizar. Bila aku pi Kuala Sepetang...aku tengok ada Cina yang bubuh bendera kecil Pas dalam botol Carlsberg...tak pa la.. tapi itu yang aku kata depa belum tahu Pas tu apa. Cuma depa sokong saja.
Sudut 2...jentera pilihanraya.
Pas memang kuat dari segi petugas pilihanraya. Tapi pengurusan jentera pilihanraya...kaput. Pengurusan ceramah kelam kabut. Koordinasi dengan PKR ...teruk. Nasib baik la DAP buat kerja sorang-sorang. Kalau nak merancang dengan Bilik Gerakan Pas....jahanam.
Banyak sangat Jeneral dalam jentera pilihanraya Pas. Datang sorang...overuled...mai lagi sorang..overuled. Last-last bertekak sesama sendiri.
Unit Penerangan cuma urus tentang ceramah saja...yang tu pun aku kira gagal. Penyaluran maklumat cukup susah. Sampaikan kita kena pakai SB kat bilik Gerakan.
Bila Bakaq kata ada Timbalan Presiden Pas yang bagi tau Pas akan kalah..aku tau memang betui. Malah Pengarah Pilihanraya..Hj. Asmuni pun angkat tangan...menyerah kalah...dua hari sebelum hari mengundi.
Macam mana boleh menang? hangpa tengok balik kartun ni.Sudut 3...Isu
Hampir keseluruhan kempen BN berkisar tentang Nizar. Depa hentam peribadi Nizar memang kow. Tapi sapa yang jawab?takat cakap kat ceramah...yang dengar hanyalah orang Pas dan mereka yang menyokong Pas. Tapi bagi puak-puak belah nun...sapa yang nak terangkan? kalau nak dikatakan undi Melayu merosot...memang patut sebab jentera Pas gagal memainkan peranan memberi penerangan dan membalas tuduhan.
Hangpa biaq Nizar kena katok..kena kutuk. Dalam tiga hari terakhir...bila BN melancarkan serangan terhadap Nizar...unit penerangan dan geraksaraf gagal menangkis serangan tersebut. Cuma nasib baik...Umno tak tau bila nak stop. Depa hentam dan depa kutuk Nizar sampai orang naik meluat. Dan ini menukar pendirian mereka yang diatas pagar untuk memberikan undi simpati kepada Nizar.
Sudut 4. Macam mana boleh menang?
Macam yang mula aku katakan...faktor Nizar. Kalau bukan kerana Nizar..dah lama aku cabut dari Bukit Gantang. Dan bukan aku saja...ramai lagi yang macam aku kerana meluat dengan cara kerja sebahagian pemimpin Pas.Berlagak tak tentu tempat. Tapi bukan semua!
Aku patut ucap terima kasih kepada Dewan Ulama Pas. Jangan terkejut!! Orang yang aku sangka susah nak berunding ni rupanya lebih terbuka daripada jeneral-jeneral yang berpengkalan di Bilik Gerakan Utama di Air Kuning.
Banyak lagi..tapi aku tak mau nak bukak pekong kat sini. Aku tunggu kot-kot depa panggil aku...kalau depa nak dengar la.
Kalau tak mau dengar...aku pun malas nak cerita.
01:40 | | 35 Comments
Ir Nizar: PM Malaysia Masa Hadapan
Friday, 10 April 2009
Sambil ngudap pagi tadi, teman dan beberapa kengkawan asyik melabun. Last-last, isu politik menjadi topik utama. Sebenonya, malas dah nak nyembang isu politik, sesekali nak juge sembang isu kereta ke, ikan keli ke, kambing gurun ke tak pun cerita kisah zaman kecik-kecik dulu…
Ada seorang kawan, dia kata calon PM Malaysia selepas Najib ialah Nizar. Dia beriya-iya memberikan hujah.
Pertama, lepas ini tak dak dah orang lain yang layak ambik alih jawatan PM melainkan orang dari PR. Maka, calon paling sesuai ialah Anwar. Tapi, Anwar pun tak leh pegang lama-lama. Paling lama pun, dua penggal…lepaih tu, Anwar kena cari pengganti. Maka pada saat itulah, calon paling layak ialah Nizar.
Kedua, PR bukan macam BN. Dalam BN, PM hanya dari Umno…parti lain hanpa gigit bucu bante aje le…he…he… So, lepaih PKR, PAS le pulak. Tak mustahil…DAP pulak lepaih itu, asalkan calonnya Melayu-Islam. Maka, itulah alasan logiknya yang kedua, bahawa Ir Nizar akan menjadi PM Malaysia.
Ketiga, Nizar mempunyai criteria lengkap seorang PM. Latar belakang diri, kelayakan akademik, kemampuan fizikal dan paling penting berciri Malaysia sepenuhnya. Nizar berkelulusan tinggi dalam bidang kejuruteraan namun jiwanya terbalut juge dengan nilai Islam. Ini amat penting. Bahkan Nizar mewakili kemajmukan Malaysia kerana pada tubuhnya ada dua darah, Melayu dan Cina.
Keempat, Ir Nizar memang ditakdirkan untuk Malaysia, seperti mana Mahmud Ahmadinejad ditakdirkan untuk Iran. Berani dan amat komitted serta tegas mempertahankan prinsip dan hak rakyat. Bukannya mudah dan senang kite di Malaysia nak mendapat figure seperti ini. Inilah eset rakyat Malaysia.
Kelima, kemampuan Nizar menguasai semua kaum sudah terbukti. Di Perak, Melayu, Cina dan India bahkan Singh, orang Asli dan yang lain-lain semuanya pakat memberikan sokongan kepada Ir Nizar. Ini ditambah lagi dengan kemampuan Ir Nizar menguasai pelbagai bahasa dan dialek…ini adalah kelebihan kepada beliau. Maka, ia adalah suatu persediaan rapi bagi seorang pemimpin Malaysia masa hadapan.
Ha…itulah hujah-hujah yang telah dikemukakan oleh kawan teman masa ngudap tu…ate, sekali memikio memang benar apa yang dia kabo…isk, tak sabo rasanye nak nunggu Ir Nizar jadi PM…amin…!
19:00 | | 28 Comments
Pengaruh Najib Tidak Sebanding Pak Lah
Lama dahulu, masa Pak Lah naik jadi PM, wah-wah…rakyat Malaysia bagai diberikan harapan baharu. Era tragis lagi tirani zaman Mahathir bagaikan disapu angin kutub utara. Dingin dan membawa bersama kenangan ngeri. Pak Lah penuh bergaya menyarung jubah Perdana Menteri, membawa bersama gelaran Mr. Clean di dadanya!
Ah…itu dahulu. Zaman itu sudah berlalu dan menjadi kenangan termanis buat orang-orang Umno. Zaman PM yang boleh mengimamkan sembahyang, berketurunan ulamak terbilang, lulusan pengajian Islam dan dilabelkan juga mentaati ibu dan paling penting ‘berimej bersih’ bagaikan sudah hanyut di air Sungai Perak. Apa yang tinggal ialah puing-puing kenangan yang amat sukar untuk dibangunkan kembali.
Hakikatnya, Umno pasca Dr M mengalami proses pereputan maha dahsyat. Kegagalan Pak Lah membaca isyarat rakyat, menyebabkan kegemilangan Mahathir terus kelam. Kini, dengan naiknya watak baharu Najib yang lebih tercemar dengan pelbagai skandal, ibarat setongkol perdu kelapa yang jatuh di atas pelamin. Habis runtuh semuanya!
Mari kita bandingkan, antara kewibawaan si Najib dan Pak Lah. Jika dilihat, Pak Lah lebih dihormati orang, Najib tidak. Imej Najib lebih digeruni atau ditakuti; bukan disegani dan dihormati. Pak Lah, berimej bersih sedang Najib penuh dengan palitan ‘…’ sana dan sini. Pak Lah semasa awalnya, diberikan harapan membuat pemulihan sedang Najib dilihat penerus warisan Mahathir memberi cengkaman!
Pak Lah semasa awalnya dilihat mesra rakyat, sedang Najib dilihat membuli rakyat. Pak Lah awalnya dianggap penyelamat hingga digelar bapa pembangunan insane (walaupun kemudian menjadi bapa mertua Khairy); sedang Najib pula menjadi bapa segala kemusnahan. Pak Lah semasa dahulu dianggap anak yang baik sedang Najib dianggap suami yang baik kepada Rosmah. Kan ada bezanya itu…
Pak Lah dianggap alim lagi warak, sedang Najib dirasakan serakah lagi tidak bermaruah. Pak Lah dilihat setia kepada isterinya sedang Najib, isterinya dilihat tidak setia kepadanya. Pak Lah dilihat cuba mendampingi rakyat sedang Najib dilihat terlalu tinggi untuk turun ke bawah. Pak Lah dilihat matang sedang Najib dilihat hijau dan buru-buru membuat keputusan. Pak Lah cuba berjimat dan menilai kemampuan kewangan negara, sedang Najib lebih boros berbelanja.
Ya, inilah serba ringkas pandangan umum rakyat mengenai Pak Lah dan Najib apabila mengambil alih jawatan PM. Nak tak nak terima, Najib kena akui. Dia kena terima. Paling penting, Najib kena akur bahawa rakyat sudah bijak menilai. Sebab itulah, Umno dan BN tidak selamanya mampu untuk membodohkan rakyat.
17:32 | | 4 Comments
Status tiga Adun Perak masih belum diputuskan mahkamah
Oleh Mohamed Hanipa Maidin
Ramai ingin mengetahui sama ada keputusan Mahkamah Persekutuan semalam (9 April 2009) yang memutuskan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai kuasa menentukan status tiga bekas Adun Pakatan Rakyat yang melompat iaitu Hee Yit Foong (DAP-Jelapang), Jamaluddin Mohd Radzi (KeADILan-Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (KeADILan-Changkat Jering) menandakan berakhirnya isu status ketiga-tiga Adun tersebut?
Sebelum saya menjawab soalan itu, ingin saya berkongsi dengan para pembaca tentang intisari keputusan Mahkamah Persekutuan itu. Keputusan tersebut boleh disimpulkan seperti berikut:
1. Pada 9 April 2009 Mahkamah Persekutuan SEKADAR mengisytiharkan bahawa SPR dan bukannya Speaker mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada sesuatu kerusi seseorang Adun seperti mana tiga kerusi Adun Perak tersebut kosong atau tidak.
2. Memandangkan Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa kuasa untuk menentukan sama ada sesuatu kerusi seseorang Adun di Perak kosong atau tidak adalah di tangan SPR, maka SPR berhak menentukan tentang status tiga kerusi Adun tersebut.
3. Memandangkan SPR telah membuat keputusan bahawa tiga kerusi Adun tersebut tidak kosong maka Mahkamah memutuskan bahawa ketiga-tiga Adun tersebut adalah kekal sebagai Adun.
Itulah secara subtantifnya teras keputusan Mahkamah Persekutuan semalam. Persoalannya adakah keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut bermakna status ketiga-tiga Adun tersebut tidak boleh dipertikaikan selepas ini?
Jawapannya, status ketiga-tiga Adun itu masih boleh dipertikaikan disebabkan alasan-alasan berikut:
1. Apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa SPR mempunyai kuasa menentukan sama ada sesuatu kerusi Dun kosong atau tidak, Mahkamah Persekutuan sekadar memutuskan pihak mana yang berkuasa (SPR atau Speaker) bagi menentukan kekosongan sesuatu kerusi Dun. Itu sahaja. Tidak lebih dari itu.
2. Mahkamah Persekutuan bagaimanapun TIDAK MEMUTUSKAN sama ada keputusan SPR ke atas status tiga Adun tersebut sah atau tidak sah di sisi undang-undang.
3. Isu sah atau tidak sah keputusan SPR masih boleh dicabar di Mahkamah melalui permohonan semakan kehakiman (judicial review).
4. Mahkamah Persekutuan sendiri mengesahkan bahawa keputusan Mahkamah semalam tidak memprejudiskan saman (Semakan Kehakiman) yang dikemukakan oleh Sivakumar ke atas SPR di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mencabar keputusan SPR yang tidak mahu mengadakan pilihan raya kecil bagi ketiga-tiga Dun yang berkaitan.
5. Oleh yang demikian keputusan Mahkamah Persekutuan semalam tidak sama sekali menghalang Sivakumar untuk meneruskan saman beliau ke atas SPR yang telah ditetapkan untuk pendengaran pada bulan Mei 2009 ini.
6. Jika kita boleh membuat satu analogi (qiyas) keputusan Mahkamah Persekutuan semalam ia bolehlah diibaratkan seperti berikut:
Hanya kerana seseorang suami diberikan kuasa untuk menceraikan isteri, tidak bermakna sebarang keputusan cerai yang dibuat oleh suami adalah sah dan tidak boleh dipertikaikan di Mahkamah.
Jika misalnya sisuami membuat keputusan menceraikan isterinya di dalam keadaan mabuk atau dalam keadaan tidak waras atau di dalam keadaan dipaksa oleh pihak ketiga, Mahkamah masih boleh membenarkan isteri mencabar keputusan suami tersebut.
7. Begitulah juga keadaan di dalam kes ini. Hanya kerana SPR mempunyai kuasa menentukan sama ada kerusi tiga Adun Perak tersebut kosong atau tidak, ia tidak bermakna keputusan SPR tersebut adalah sah dan tidak boleh dicabar di Mahkamah. Dari segi undang-undang, Mahkamah masih boleh menyemak keputusan SPR tersebut bagi menentukan sama ada keputusan tersebut dibuat mengikut proses dan lunas undang-undang dan prinsip keadilan.
8. Sehingga Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan terhadap saman yang dikemukakan oleh Sivakumar ke atas SPR, maka keputusan SPR masih belum boleh dikatakan secara muktamad sah dan mengikut lunas undang-undang.
Mungkin para pembaca masih ingin bertanya adakah keputusan Mahkamah Persekutuan semalam bermakna Sivakumar sebagai Speaker Perak tidak mempunyai kuasa selepas ini menghalang tiga-tiga Adun tersebut masuk ke dalam dewan Dun.
Jawapannya Sivakumar masih boleh menghalang kerana Mahkamah Persekutuan tidak membuat sebarang perintah melarang Sivakumar dari menahan ketiga-tiga Adun tersebut dari masuk ke dewan Dun. Peguam Umno juga tidak memohon kepada Mahkamah bagi mendapatkan perintah halangan tersebut.
Oleh itu Sivakumar tidak boleh dikatakan menghina Mahkamah jika selepas ini beliau menghalang ketiga-tiga Adun tersebut masuk ke dalam dewan Dun.
Nampaknya sekali lagi keputusan Mahkamah tidak membantu Umno menyekat kuasa V. Sivakumar - individu yang memeningkan Umno sejak krisis Perak dicetuskan oleh Umno sendiri. - Hrkh
17:27 | Labels: hanipa maidin | 0 Comments
Terima kasih daun keladi.
Thursday, 9 April 2009
Terima kasih semua!
Terima kasih Pak Long, Mak Long...tukang gantung bendera...tukang bancuh kopi....tukang tampal poster...tukang bentang tikaq.
Terima kasih kepada penyumbang...penyokong..petugas...pelancung.
Habih satu bab...lepas ni tak tau kat mana pulak.
Semalam aku tak tulis apa-apa...sebab tak tau nak tulih apa. Dan aku tak mau nak buat apa...sebaliknya, tidoq sepuas-puasnya.
Minta maaf banyak-banyak kepada ratusan yang menghantar SMS tapi aku tak jawab. Minta ampun kepada semua yang cuba call...tapi aku tak jawab.
Lepas ni...ada banyak lagi yang perlu dibuat. Apa yang berlaku di Bukit Gantang hanya satu pertempuran didalam peperangan yang belum selesai. Banyak lagi pertempuran yang akan berlaku....sehinggalah Umno tumbang tak lama lagi.
Hari ini kami semua balik kesarang masing-masing. Tengok anak bini yang yang dah lama ditinggalkan. Tengok halaman rumah yang dah semak..ada yang tengok pukat yang dah berkulat.
Lepas ni...ada yang balik motong getah..ada yang kelaut...ada yang keladang.
Cyberboron dah hantar enjin sangkut untuk servis...lepas ni kalau nak jumpa dia mungkin kena pi tengah laut.
Ummi dah balik ke Bagan Datoh..kalau sebelum ni dok marah kat puak belah nun...kalau ni mungkin dia merungut tentang harga sawit.
Wak Albanjari tengah dok karang working paper..kot-kot ada lagi tender repair masjid.
Dugong Darat...tak tau la apa yang dia nak buat. Mungkin lepak kat Restoran Ehsan.
Sya-reformis...mungkin sebok dengan Srikandi dia.
Aku pulak....nak jumpa balik member-member yang dah dua bulan tak jumpa. Pak Nawi, janda Bakaq...dan ramai lagi ahli Parlimen pokok mempelam kat pekan Sauk.
Terima kasih semua...terutama kepada semua penyokong Pakatan Rakyat yang banyak membantu. Sekarang...Bloggers Network dah mantap. Kami dah dapat tubuh satu team yang akan terjun kat mana-mana pilihanraya atau dimana saja diperlukan.
Dengan duit derma yang diberi...kita dah dapat lengkapkan peralatan perang. Kita tak risau lagi dengan broadband..sebab masing-masing dah dapat sorang sebiji. Kita juga boleh set-up Wifi untuk member-member bloggers yang lain. Pada malam keputusan mengundi..antara 10-15 blogger berkumpul di Stesyen Maya dengan menggunakan kemudahan yang ditaja oleh rakyat Malaysia.
Dan terima kasih juga kepada semua para sahabat yang datang memberikan semangat...Pink Turtle, Yeols, Pyan Habib,Bakaq a.k.a Penarik Beca, Amin Black, Kulup Sakah dan keluarga, Danny Lim, Ajijoi,Labu Air, Mamamat, Ishak, ...fuh..ramai lagi. Minta maaf kalau tak sebut nama.
Esok...sementara aku pekena kopi O kat kedai janda Bakaq..mungkin aku boleh cerita sikit-sikit tentang Pilihanraya Bukit Gantang ini. Aku akan cerita tentang apa yang berlaku...yang tak boleh aku cerita masa berkempen dulu. Ni semua cerita-cerita dalam kelambu...tapi kalau tak diluahkan, hati aku boleh jadi lubang libu.
Biarlah orang bercerita tentang kemenangan...tapi aku nak cerita pasai kenangan. Banyak kenangan yang manis...dan banyak jugak yang pahit. Yang manis itu jadikan tauladan..yang pahit tu kena perbetulkan.
Jumpa esok.
09:58 | | 6 Comments
Nak tau apa kelemahan Umno…(pasai depa asyik dok nak kaji, apa punca rakyat tolak depa la ni…)
Wahai kawan-kawanku di dalam Umno, dek rasa kasihan belas yang amat tinggi di sanubari ini, maka teman pun dengan ikhlas hati mahu menurunkan beberapa kelemahan Umno. Moga-moga, lepas dari ini idak le lagi mekeme semua penin-penin memikio, membuat post-mortem dan suruhanjaya, demi mencari punca kekalahan mike dalam banyak pilihanraya kebelakangan ini.
Satu: Pemimpin Umno semuanya alim lagi warak. Ha…inilah puncanya, sebab pemimpin PR, baik PAS, PKR dan DAP mana alim apatah lagi warak. Hish…jika nak dibandingkan dengan Najib….kalah le Hj Hadi. Najib setakat kitab Matan Arbain tu dah lunyai dah dia hafal, Matala’al Badrain lagi le…pendek kata, memang alimlah si Najib. Hj Hadi…alah…mengaji takat mana je…entah-entah kitab Mari Bersolat pun tak khatam apa?
Dua: Jujur dan takwa pakaian pemimpin Umno. Yang ini…memang teman tabik spring kepada pemimpin-pemimpin Umno. Che mike chegoye tengok…Muhyidin Yasin setakat naik jadi imam itu perkara biasa. Memang tinggi iman dan takwanya, manalah nak dibandingkan dengan Anwar Ibrahim. Anwar jadi imam pun agaknya terketor-ketor…Muhyidin relaks je. Cuba perhatikan ketua wanita Umno…hui…tinggi takwanya, memang bertaraf mujahidah, mana ketua wanita keAdilan atau PAS mampu challenge…tak mampu punya!
Tiga: Komitted dan mesra rakyat. Yang ini pun hanya diungguli oleh kepimpinan Umno. Cuba perhatikan, semasa berlaku apa-apa insiden seperti banjir dan tanah runtuh, deme le yang ke depan. Sanggup tido sebangsal dengan rakyat. Deme le yang sanggup nitik ayo mata bila tengak rakyat hidup susah di rumah setinggan. Deme mana sanggup runtuhkan rumah setinggan. Hanya pemimpin PR je yang tak berapa peduli nasib rakyat…yang deme tahu, hanya turun sekali-sekala ngulo bantuan je…manalah nak terlawan hebatnya pemimpin Umno.
Empat: Berilmu dan berkemahiran. Isk…mana ada pemimpin PR yang hebat-hebat. Kelulusan deme pun setakat darjah enam je, paling tinggi SRP dan STPM. Paling ghamei hanya ada kelulusan SPM. Dalam PAS lagi le, setakat sekolah pondok je…mana tau bahasa asing. Ini jika nak dibandingkan dengan pemimpin Umno, yang ber’PhD’…uish, usah dihitung le lagi…ghamei. Setakat diploma dan master, em…udah tak terhitung. Bidang apa yang deme tak ade, sebut je…jadi, manalah pemimpin PR nak terlawan.
Lima: Role model dan berakhlak. Ikh…yang ini lagi le malu…pemimpin Umno semuanya hebat, berakhlak mulia. Pendek kata, bab akhlak ni memang tak leh lawan. Nik Aziz pun kalah dibuatnya. Mana ada deme terlibat dengan skandal apa-apa, wanita ke, rampas kuasa ke, apa ke…sebab itu pemimpin PR penin nak saingi pemimpin Umno.
Ha…itulah dahulu serba sedikit punca kekalahan Umno dalam pelbagai pilihanraya. Yang di Batang Ai tu menang sebab, dia bukan Umno. Jika dia Umno, mesti dia pun kaki solat, tak salah guna kuasa dan teman gerenti…dia mesti kalah punye. Lebih baik deme undi wakil PKR…sebabnya dia kan bodoh, tak tinggi mengaji, jadi senang le nak dibeli ke atau apa-apa sahaja.
So, kesimpulannya…pemimpin Umno kena berubah, iaitu deme mestilah menjadi GANAS, BRUTAL, TANGKAI JERING, PILIH KASIH, SALAH GUNA KUASA dan sebagainya lagi, jika deme teringin nak menang balik pilihan raya. Jika tidak…hm…good bye forever le jawabnya…
09:56 | Labels: huzaifah | 3 Comments
Kemenangan paling bermakna
Wednesday, 8 April 2009
Uwekkk....teman nak gi muntah jap...
Ha...lega. Dah habih dah Hujah tu. Agak teman le kan, budak mana le nak tonton tayangan yang sebengap itu.
Apa-apa pun, teman mengucapkan alhamdulillah kepada Tuhan Rabbul a’lamin, kerana telah memberikan kemenangan kepada PR di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Ia adalah referendum rakyat yang jelas nyata. Tak payah nak dakwa-dakwi lagi. Paling ketara, bak pepatah...udah terang lagikan bersuluh. Disuluh pulak dengan toslet baru yang bebaterikan ebeready. Miau...!
Teman cuba membukok Harakahdaily...cis, udah disabotaj ke apa. Tak buleh mmbukoknye. Teman cube juge mmbukok Tranungkite...pun tak buleh juge... Huish, sah...memang ada yang sabotaj ni. Mujo le Perakekspress deme tak sekat juge...tidak, hampe le teman, jenuh nak memeyro ke lain le pulok!
Analisis teman mudah aje, di Semenanjung rakyat secara majoriti telah menyatakan bahawa PR adalah pilihan mereka. Ini kerana, rakyat di Semenanjunglah yang paling jelas melihat kelaku huduh Umno bila deme dapat kuasa. Di samping itu, rakyat di Semenanjung juga lebih terdedah dengan info.
Manakala, di Sabah dan Sarawak...mereka masih agak terlambat menerima arus perubahan ini. Jika di Sabah, munkin lain sedikit. Tapi Sarawak ni agak payah... Teman setuju dengan kata-kata pemimpin Gerakan, bahawa faktor pendalaman (rural’s factor) di Sarawak menjadi punca kekuatan BN.
Yelah, satunya menunjukkan betapa mereka mungkin tidak mendapat maklumat yang lengkap sebelum membuat pilihan, keduanya mungkin juga lebih mudahlah BN menipu apa yang patut...maklumlah, bawa peti undi berbatu-batu dengan helikopter...apa yang tak bisa berlaku? Ha...pikio ler sendiri yeob!!!
Alhamdulillah...suara PR akan lebih kuat lepas ini di Parlimen...maka tenggelamlah Najib hendaknya, amin.
02:46 | | 16 Comments
Ciao dulu.
Tuesday, 7 April 2009
OK...aku nak quit dulu. Nak pergi interview 8 orang pengusung keranda Altantuya yang ditangkap petang tadi. Semua mereka sudah dibebaskan.
Untuk laporan lanjut...layari Cyberboron dan Albanjari.
20:56 | | 7 Comments
Laporan tak rasmi
Changkat Jering...Pas menang 16++
Kuala Sepetang....Pas menang 22++
Trong....Pas tewas 9++
Majoriti...29++
Apa pun tunggu keputusan sepenuhnya dari Bilik Gerakan Utama Ayer Kuning.
20:43 | | 0 Comments
8.41pm
PAS : 20021
BN : 17076
BEBAS : 56
ROSAK : 318
MAJORITI : 2945
JUMLAH SALURAN MENANG : 57
JUMLAH UPU MENANG : 16
Hujan di taiping dah mula reda...tapi kedai nasi kandaq Pelita kat Tesco Kamunting masih kosong.
Jamal dan Osman dah mula gigit kuku...apa nak jadi lepas ni?
20:35 | | 0 Comments
8.30pm
PAS : 18559
BN : 16010
BEBAS : 54
ROSAK : 296
MAJORITI : 2549
JUMLAH SALURAN MENANG : 51
JUMLAH UPU MENANG : 15
kah...kah...kah..akhirnya Utusan tidak mampu berbohong.
tapi...mungkin PR menang dengan cara kotoq kot?
20:25 | | 1 Comments
Komputer rosak
Ha.ha..ha.
Komputer kat Bilik Gerakan Air Kuning rosak pulak...
Tunggu sekejap!!
Tapi jangan risau. Padang Majlis Bandaran Taiping dah jadi macam Hari Penamaan Calon. Tiada penyokong BN disana dan semua Menteri sudah sampai di Kuala Lumpur.
20:18 | | 0 Comments
8.10pm
PAS : 17427
BN :15001
BEBAS : 46
ROSAK : 256
MAJORITI : 2426
JUMLAH SALURAN MENANG : 48
JUMLAH UPU MENANG : 15
Mana Isham Rais? Aku rindu tawa mu....kah..kah..kah
Munkee-munkee kat taman Tasik Taiping dah hilang!!!
19:58 | | 2 Comments
7.55pm
PAS : 16316
BN :14061
BEBAS : 40
ROSAK : 231
MAJORITI : 2255
JUMLAH SALURAN MENANG : 44
JUMLAH UPU MENANG : 15
19:57 | | 0 Comments
7.52pm
PAS : 15498
BN :13228
BEBAS : 33
ROSAK : 211
MAJORITI : 2270
JUMLAH SALURAN MENANG : 41
JUMLAH UPU MENANG : 13
Zahid sedang bancuh teh. Kulup Sakah sedang goreng cucoq.Pyan Habib sedang hafal doa. Sat lagi kita buat kenduri.
19:41 | | 0 Comments
7.41pm
PAS : 14720
BN :12143
BEBAS : 32
ROSAK : 189
MAJORITI : 2577
JUMLAH SALURAN MENANG : 41
JUMLAH UPU MENANG : 13
19:40 | | 0 Comments
7.25pm
PAS : 13327
BN :10936
BEBAS : 31
ROSAK : 151
MAJORITI : 2391
JUMLAH SALURAN MENANG : 39
JUMLAH UPU MENANG : 12
19:19 | | 0 Comments
7.18pm
07.15 pm
PAS : 10897
BN :8321
BEBAS : 27
ROSAK : 120
MAJORITI : 2576
JUMLAH SALURAN MENANG : 34
JUMLAH UPU MENANG : 11
19:19 | | 0 Comments
7.10 pm
PAS : 8932
BN :6584
BEBAS : 24
ROSAK : 92
MAJORITI : 2348
JUMLAH SALURAN MENANG : 27
JUMLAH UPU MENANG : 10
19:05 | | 0 Comments
7.04 pm
PAS : 8103
BN : 6011
BEBAS : 21
ROSAK : 71
MAJORITI : 2092
JUMLAH SALURAN MENANG : 23
JUMLAH UPU MENANG : 08
19:04 | | 1 Comments
Terkini
Keputusan terkini
6.37 pm
PAS : 4373
BN : 2852
BEBAS : 09
ROSAK : 36
MAJORITI : 1521
18:41 | | 7 Comments
Keputusan PRK Bukit Gantang
Live dari Markas PAS Ayer Kuning.
Setelah 4 kawasan mengundi dikira..
Pas 1287
BN 1163
Bebas 4
Rosak 15
Majoriti 124
18:28 | | 5 Comments
Video penyokong PAS kena gas pemedih mata
Visual para penyokong PAS terkena gas pemedih mata di luar pusat pengundian di Pengkalan Aur, di Bukit Gantang. Anil Netto merakamkan visual tersebut:
17:01 | Labels: prk bukit gantang | 0 Comments
Pemecah berita: Menteri balik!
Terkini Daripada maklumat kami Samy Vellu dikatakan sudah balik dan keluar dari Bukit Selambau. Begitu juga dengan menteri-menteri BN di Bukit Gantang.
16:40 | Labels: bukit gantang, bukit selambau, pemecah berita, prk bukit gantang | 12 Comments
3.45 pm: Peratus mengundi
DUN Trong. Setakat jam 3.45 pm...peratus keluar mengundi ialah 59%. Ramai pekerja yang habis bekerja terutama di Kamunting masih tersekat dijalanraya.
15:47 | | 1 Comments
Get it done....NOW!!!
Just got this message from my source.
Latest head count from intelligence...
Bukit Selambau.
PKR: 8556
BN: 7786
Bebas: 714 (Total)
Bukit Gantang.
BN: 2870
Pas: 2722
Bebas: 35.
Not necessary accurate. Setakat 12 tengahari tadi.
15:11 | | 2 Comments
Permintaan Terakhir!!
KEPADA SEMUA PELANCUNG POLITIK...TOLONG KELUAR DARI JALANRAYA!!! ANDA MENAMBAH KESESAKAN JALANRAYA!!
Aku cuba memandu balik menggunakan jalan lama dari Kuala Kangsar menghala ke Changkat Jering tetapi jalan jem gila. Bermula dari Bukit Berapit, aku mengambil masa hampir 20 minit untuk sampai ke Sek. Keb. Panglima Bukit Gantang.
Kalau aku tunggu...kemungkinan aku memerlukan masa 2 jam untuk sampai ke simpang Air Kuning. Aku ambil keputusan untuk berpatah balik ke Tol Kuala kangsar dan memasuki Lebuhraya PLUS. Tetapi bila sampai di exit Changkat Jering, polis tidak membenarkan masuk. Aku terpaksa keluar melalui tol Kamunting dan berpatah balik ke Simpang.
PERATUS KELUAR MENGUNDI MASIH KURANG.
Setakat jam 1 tengahari tadi, hanya 52 peratus pengundi keluar mengundi. Ini mungkin disebabkan masih ramai yang bekerja dan keluar jam 3 petang ini. Kepada semua petugas bilik gerakan...tolong clear laluan untuk ke pusat mengundi.
1. Bagi pengundi yang datang dari utara Taiping menggunakan lebuhraya PLUS...keluar ikut tol KAMUNTING!!!! Laluan keluar di Changkat Jering dikawal oleh polis trafik yang tidak membenarkan kereta memasuki tol Changkat Jering.
Sekiranya anda mengundi di sekitar Air Kuning, keluar ikut kamunting...ikut laluan Taman tasik dan keluar ke Air Kuning. Kalau anda mengundi di Kuala Sepetang atau Trong, anda boleh mengikuti jalan Simpang.
2. Begitu juga yang datang dari arah selatan.. JANGAN IKUT JALAN LAMA!!! KECUALI ANDA MENGUNDI DISEKITAR BUKIT GANTANG ATAU CHANGKAT IBOL. Sekiranya anda mengundi di Kuala Sepetang atau Trong, lebih cepat kalau mengikuti tol Kamunting kerana keadaan di Changkat Jering amat sesak.
Kepada petugas-petugas....lebih cepat kalau menggunakan motorsikal untuk membawa pengundi.
Di pekan Kuala Sepetang, peratus keluar mengundi setakat jam 1 tengahari tadi ialah sekitar 55%. Kita perlu memastikan peratus keluar mengundi di Kuala Sepetang sekitar 75-80 peratus.
Di DUN Trong...keadaan masih seimbang. Jumlah keluar mengundi setakat jam 1 tengahari sekitar 50 %. Bagi pelancung luar...jangan keluar kejalan raya kerana anda menyesakkan jalan raya!!!
14:32 | Labels: prk bukit gantang | 2 Comments
Polis lepas gas pemedih mata
11.02 pagi:
Maklumat yang baru diterima, polis telah melepaskan gas pemedih mata di Taman Kaya, Simpang. Minta kepada petugas supaya jangan bertumpu kesana kerana akan mengusutkan lagi keadaan.
Semalam aku diberitahu, kelicinan jentera pilihanraya BN akan menjadi petunjuk sama ada BN akan menang atau kalah. Banyak cerita tentang perselisihan didalam Umno. Sekiranya jentera pilihanraya BN tidak berfungsi pagi ini, maka kekecohan akan dicetuskan.
Awas...berhati-hati kepada petugas=petugas PR.
11:01 | Labels: prk bukit gantang | 2 Comments
Pengundian bermula.
Baru lepas menyusuri jalan lama ke Kuala Kangsar. Pengundi-pengundi sudah mula keluar, jalanraya sudah mula sesak terutama dihadapan SK Panglima Bukit Gantang.Petugas-petugas parti sudah memenuhi pondok-pondok panas, manakala muslimat sudah mula berpeluh menayang poster dan merayu undi.
Aku rasakan, corak pengundian di Bukit Gantang akan berlainan dari apa yang berlaku di Permatang Pauh atau Kuala Terengganu.Di Permatang Pauh, pengundi hanya keluar sebelah petang, walaupun hari mengundi diistytiharkan sebagai hari cuti. Di Permatang Pauh, peratus mengundi hanya berlegar sekitar 50% menjelang tengahari.
Di Kuala Terengganu pun, menjelang tengahari, tidak sampai 50% yang keluar mengundi.
DiBukit Gantang,Pakatan Rakyat perlu memobilisasikan semua jentera mereka untuk memastikan peratus mengundi mencapai sekitar 60% menjelang tengahari. Sekiranya ini tidak berlaku, PR mungkin menghadapi masalah. DiBukit Gantang, hujan sebelah petang ada lah perkara biasa. Kalau tak hujan, itu luar biasa.
Ramai petugas PR datang dari luar yang mungkin tidak memahami keadaan cuaca disini. Mungkin ada yang relax nanti dan menunggu hingga petang. Bila hujan, keadaan jalan akan sesak, ditambah pula dengan roadblock yang begitu banyak.Jangan cari masalah macam di Permatang Pauh atau Kuala Terengganu.
Peluang untuk PR menang di Bukit Gantang makin cerah. Kempen-kempen terakhir semalam banyak memihak kepada Pas yang membuat beberapa sentuhan terakhir dengan pengundi. Kehadiran ramai pemimpin Umno semalam gagal menarik minat pengundi walaupun tidak dapat dinafikan, kehadiran Mahathir mungkin mampu menarik sebilangan kecil pengundi.
Ceramah-ceramah Ezam and the gang tak ada yang baru. Hanya menghentam Anwar Ibrahim. Osman dan Jamal yang melompat juga gagal menarik minat...sehinggakan ceramah mereka terpaksa dipindahkan ke hujung kampung. Osman dan Jamal pula masih tergagap-gagap...terutama bila melihat sekumpulan orang-orang PKR hadir dalam ceramahnya.
Ceramah Umno pula banyak menghadapi masalah. Malam tadi, ceramah yang sepatutnya menampilkan Ketua Pemuda Umno yang baru, Khairy Jamaludin terpaksa dibatalkan apabila orang-orang Umno Bukit Gantang yang menyokong Mukhriz, menghalang Khairy berucap.
Debat Husam Musa dan Zahid Hamidi juga tidak menjadi apabila Zahid gagal menghadirkan diri.
Kami dari Bloggers Network akan cuba membawakan berita-berita terkini. Anchorman, Albanjari sudah pun membawakan berita-berita terkini.Ummi sudah pun membuat rondaan untuk meninjau perjalanan pengundian. Dan Perisik Rakyat akan membawakan gambar-gambar menarik menjelang tengahari nanti.
Stesyen Media 1 di Bukit gantang sudah dipenuhi para bloggers. Amin Iskandar, Danny Lim, Manjung Mari, malah Pink Turtle juga sudah sampai di Stesyen Media 1. Mereka sudah mula bergerak keluar sebentar tadi dan akan berkumpul semula menjelang petang.
Kami akan cuba membawa keputusan pilihanraya secepat mungkin. Dua bloggers akan ditempatkan di Bilik Gerakan Utama Pas Air Kuning untuk mendapatkan keputusan tidak rasmi.Manakala dua lagi akan berada di Dewan bandaran Taiping untuk keputusan rasmi.
Kami Siberboron dan MSK akan berada di Control Room.Dan seperti biasa, pastikan anda melayari semua blog-blog Bloggers Network kerana masing-masing akan membawa maklumat tersendiri.
(Seperkara lagi...sms sudah mula membanjiri handphone aku bertanyakan perkara yang belum berlaku. Jangan la tanya soalan yang aku tak boleh jawab. Dan aku tak mungkin dapat membalas SMS buat masa ini. So please...)
09:21 | Labels: prk bukit gantang | 4 Comments
Pesta menangkap hantu bermula
Awal pagi lagi, bertalu-talu panggilan untuk memberitahu tentang bas-bas yang mencurigakan telah mula sampai diBukit gantang yang membawa ratusan pengundi hantu.
Team Bloggers Network telah berkejar ketempat kejadian dengan membawa botol-botol dan kemian untuk mencekup hantu-hantu tersebut.
Tunggu sekejap...Ciberboron sedang mengadun hantu-hantu tersebut untuk dipamerkan.
07:39 | | 6 Comments
Dr M Kembali (Hati-hati…jangan sakit jantung lagi)
Monday, 6 April 2009
Semasa dulu, Zunar pernah menggambarkan Mahathir sebagai PM yang paling lama duduk di kerusi itu sehingga jika boleh membawa ke mati. Saya masih ingat lukisan Zunar, betapa berkedutnya muka Mahathir; namun kerepot wajahnya tidak sebanding dengan hidungnya yang kian membesar. Kata Zunar, hidung yang kian membesar itulah lambang keegoaan Mahathir!
Kini, di Bukit Gantang Mahathir kembali beraksi. Saya terkerising mengenangkan betapa ketegarnya orang tua ini. Mungkin Siti Hasmah pun dah habis ikhtiar, bagaimana nak pujuk suaminya agar berenti daripada menyibukkan diri dengan kemelut politik ini.
Sebenarnya, Mahathir memang tak pernah bersedia untuk melepaskan jawatan PM. Benarlah apa yang telah digambarkan oleh Zunar, jika boleh Mahathir mahu mati keras di atas kerusi PM itu. Dia masih tak puas memerintah Malaysia walau sudah 22 tahun menempek di mahligai Corcosa Sri Perdana dan kemudiannya di Putrajaya. Jika boleh, dia mungkin nak jadi PM sepanjang usia...
Sebab itulah, Mahathir jadi cengeh tak menentu bila Pak Lah naik jadi PM dan mula engkar ’kehendak’ dia. Mahathir tambah meroyan bila anak menantu Pak Lah yang menjadi penasihat. Pasai apa Pak Lah abaikan Mahathir, sedangkan dia yang lantik Pak Lah. Memang kuang hajo Pak Lah, maka sejak dari itu Pak Lah adalah musuh Mahathir hingga memaksa dia belah dari Umno!
Mahathir mula memikio, apakah caranya agar Pak Lah turun takhta. Maka, Najiblah sandarannya. Maka, saki-baki pengaruh yang dok ada kena dipertahankan. Selain itu, satu-satunya waris Mahathir iaitu Mukhriz kena dimenangkan. Hm...sebenarnya, saya yakin bahawa Mahathir juga mungkin dok berangan agar Mukhriz kelak mampu menjadi PM sepertinya. Sayangnya...Mukhriz kantoi dibelasah Khairy...lagi le bengang orang tua ni!
Demi menunjukkan Najib membawa kesegaran baru kepada Umno dan negara, maka Mahathir sanggup melanggar pantang turun berkempen di Bukit Gantang. Bukannya apa, jika BN menang di 3 PRK kali ini, maka senyaplah segala cemuhan bahawa pertukaran Pak Lah dan Najib hanyalah kosmetik politik Umno semata yang tidak mampu memberikan apa-apa kesan signifikan kepada parti paling reput itu dan juga kerajaan BN yang la ni dah tinggal akar serabut muda. Akar tunjangnya dah lama putus...iaitu sejak Anwar diaibkan, kini akar serabutnya pun koho dok putus...semalam, 6000 lagi akar serabutnya terputus!
Mahathir mahu Najib mengikut katanya, tak macam Pak Lah yang degil dalam lembut. Bio Najib nak tunjuk kuat atau ihsan dengan bebaskan tahanan ISA dan harakah juga KeAdilan, tak apa...asalkan Najib follow Mahathir punya arahan. Jangan tak tau, entah-entah pembebasan itu semua pun atas nasihat Mahathir. Nak harap Najib, dia hanya tau angguk kehendak bininya sahaja.
Maka, berkokok berderailah Mahathir di Bukit Gantang. Peninglah Marina Mahathir, kenangan daddynya yang dioperate di IJN pun belum pulih, la ni daddynya dah langgar pantang. Apakah lepas ini dia kena kembali berumah di IJN? Apakah lepas ini dia kena tulih blog lagi...ada ka si Rocky nak beri sokongan moral lagi kepadanya...adakah lepas ini nak kena multi-faith prayer lagi...pening si Marina.
Namun, paling sedih dengan Siti Hasmah...apakah jika suaminya kembali ke IJN, maka ada jaminan semuanya akan pulih belaka. Maka Siti Hasmah pun berseloka...
”Tuailah padi di atas bukit, padi yang masak berwarna emas; apalah nak diharap orang yang sakit, lepas nolong orang kita yang lemas...hu...hu...”
By http://huzaifahsview.blogspot.com
12:45 | | 5 Comments
Tipu Melayu...ugut Cina. Janji Umno menang.
Pilihanraya kecil Bukit Gantang merupakan benteng terakhir Najib untuk mempertahankan kredibiliti beliau sebagai Perdana Menteri yang boleh diterima rakyat. Sejak dilantik sebagai Piem,
reputasi Najib semakin hari semakin merudum. Bukan setakat didalam negeri..malah turut dikecam diseluruh dunia.
Dan bagi Najib, Bukit Gantang perlu dimenangi walau dengan apa cara sekali pun. By hook or by crook. Dan yang terbaru..laporan polis yang dibuat oleh Barisan Bertindak Melayu seperti yang dilaporkan oleh Anje-Online.
Kes ini sama macam kes yang berlaku terhadap Tengku Razaleigh dulu yang dikatakan menghina Islam dengan memakai tengkolok Kadazan yang bertanda salib. dan komen-komen mufti-mufti pun diperolehi untuk membantu mengukuhkan dakwaan mereka. Dan mufti-mufti yang tidak sedar mereka dipergunakan..hanya sedar apabila kenyataan mereka itu diputarbelitkan.
Laporan polis itu memang dirancang...petang buat laporan..malam siap dengan kenyataan Mufti. Tak kisah la apa orang lain cakap. Tak kisah la berapa ramai orang-orang bukan Islam yang hafal Quran. Tak mengapa kalau Ong Tee Kiat menyebut ayat-ayat Quran kerana dia memang lulus Pengajian Islam. Tak kisah kalau Yahudi pun boleh baca Quran. Tapi bila Nga Kor Ming membaca ayat Quran...itu sudah menjadi satu kesalahan besar.
Siapa yang berhak untuk memastikan seseorang itu Islam atau tidak?
Dan siapa yang berhak untuk memutuskan seseorang itu boleh membaca ayat Quran atau tidak? Mufti? Jakim? atau Najib?
Pedulikan lah apa orang kata...asalkan undi orang Melayu akan beralih kepada Umno. Itu prinsip Umno.
Petang tadi, aku diberitahu oleh rakan-rakan nelayan Cina di Kuala Sepetang. Setiap hari...ada saja bot polis marin menahan bot-bot nelayan Cina. Bukan nak check sama ada nelayan-nelayan ni ada lesen memukat atau tidak. Bukan nak check sama ada nelayan ini smuggle barang-barang atau tidak. Tapi untuk memberitahu nelayan-nelayan ini....sekiranya mereka menyokong Calon Pas dan Umno kalah...naya hangpa!
Bukan takat Mufti dipergunakan...polis marin juga dipergunakan. Itu belum lagi jentera kerajaan yang lain, hampir apa saja dipergunakan untuk memastikan kemenangan BN. Cuma satu saja lagi agensi kerajaan yang aku nampak masih belum dapat dipergunakan oleh BN....BOMBA.
MSK
09:48 | Labels: bukit gantang, umno | 12 Comments
Pendedahan Eksklusif Bekas Pegawai Khas Jamal.
Malam ini..(Isnin 6/4/09) Osman Jailu dan Jamaludin akan menyampaikan 'killer blow' untuk Pakatan Rakyat. Itulah yang diharapkan oleh Umno sebagai senjata terakhir sebelum hari pembuangan undi pada 7.4.09.
Jamal dan Osman mungkin tidak menyedari bahawa mereka akan dipergunakan untuk menyambung nyawa Umno yang semakin nazak. dan apabila selesai pilihanraya nanti...mereka berdua akan menetap di Kamunting bagi menggantikan Ganabatirau dan Kengadaran.
Selepas pilihanraya ini...Osman dan Jamaludin akan menjadi liabiliti kepada Umno kerana kes-kes mereka yang semakin bertambah. Osman dan Jamaludin bukan sahaja menjadi cemuhan rakyat malah keluarga mereka juga akan menjadi porak puranda. Itulah balasan yang akan diterima kerana mengkhianati rakyat.
Jamal dan Osman boleh berbuat apa sahaja...memfitnah apa sahaja terhadap Nizar untuk memenangkan Umno. Tapi jangan lupa...mereka juga mempunyai terlalu banyak skandal yang tidak mungkin mampu ditutupi.
Dan sebelum Jamal dan Osman bertindak diluar batasan...aku nak ingatkan mereka berdua. Bahawa aku jugak ada banyak rahsia mereka berdua. Tapi oleh kerana aku bukan penceramah...aku tak boleh nak berceramah diatas pentas. Tapi aku akan berceramah didalam blog.
Aku tak mahu menceritakan kisah-kisah seluar dalam orang lain..sebab yang malu bukan mereka seorang...tapi keluarga dan saudara mara juga akan mendapat malu.
Ada banyak kes Osman dan Jamal yang sudah berada didalam genggaman kami. Dan Bekas Pegawai Khas Jamal yang disingkir pada 31 Disember lalu...juga bersedia membongkar rahsia-rahsia dua orang ini..sekiranya mereka melakukan fitnah luar tabii.
Aku tahu rahsia Osman dengan bini keduanya. Aku tahu rahsia bini Jamal dari yang pertama hingga keempat. Aku tahu syarikat balak yang membiayai Jamal. Aku tahu mengapa Nizar marah kat Jamal. Aku tahu mengapa Osman mengahwini Amy di Thailand.
Ingat...Jamal dan Osman. Umno mungkin boleh menang dengan cara kotor yang akan kamu berdua lakukan. Dan memang itulah yang dilakukan oleh Umno selama ini. Tapi kamu tak kan boleh lari dari berhadapan dengan rakyat.
Kesenangan yang kamu perolehi dengan mengkhianati rakyat... paling lama sehingga bulan Mei ini. Selepas itu, kamu akan menjadi bebanan kepada semua orang. Umno akan menendang kamu...seperti yang dilakukan terhadap S.A. Bukhary.
Aku akan mendengar ceramah kamu berdua malam esok. Dan sekiranya kamu berdua main kotor....aku jugak akan main kotor malam esok.
Semuanya sudah tersedia...hanya menunggu untuk menekan butang .."publish post'.
04:38 | | 2 Comments
Calon BN P59 Bukit Gantang
Bagi mereka yang masih belum mengenali calon Umno/BN bagi P059 Bukit Gantang....Inilah wajah yang akan menjadi wakil anda sekiranya beliau memenangi pilihanraya kecil ini.
01:54 | Labels: ismail safian | 35 Comments
Khas untuk ahli PEKIDA Bukit Gantang
Sunday, 5 April 2009
Ade sorang kawan beria-ia citer pade teman bahawa calon bebas di PRK Bukit Gantang adalah ahli PEKIDA. Bertaraf ayahanda. Tapi calon ini bukanlah calon PEKIDA. PEKIDA tak peghonah iktiraf dia jadi calon. PEKIDApun tak ingin bertanding di PRK ini. Kalo ada yang teringin nak bertanding, deme itu adalah calon bebas sebebasnya. Tak boleh kempen bawak citer mewakili PEKIDA. Tak boleh dirikan bilik gerakan berlambangkan PEKIDA. Kalo guna lambang PEKIDA, adeler ahli setia PEKIDA yang akan meruntuhkannya. PEKIDA berkecuali dalam PRK Bukit Gantang.
Citernya begini. PEKIDA ini adalah singkatan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah SeMalaysia . PEKIDA yang tulen tidak pernah berdaftar. Deme ni bergerak sendiri-sendir jer. Kalo ada ahli PEKIDA yang tunjuk kad keahlian, itu adalah ahli PEKIDA yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan. Deme ni ada portalnya di http://www.pekida.com.my. Difahamkan ada lebih kurang 3000 ahli PEKIDA di Parlimen Bukit Gantang.
Kawan teman mengisahkan bahawa pada hari Rabu 25 Mac 2009, hampir 500 ayahanda PEKIDA telah berkumpul dan bermesyuarat di Taiping. Ada ayahanda ahli PEKIDA berdaftar dan ada ayahanda ahli PEKIDA tidak berdaftar. Mereka bersatu mencari kata sepakat sama ada mahu bertanding atau tidak dalam PRK Bukit Gantang. Mesyuarat ini diketuai oleh Ayahanda Pak Teh Zamri. Ayahanda Pak Teh tidak pernah menyertai PEKIDA berdaftar. Ayahanda Pak Teh mengingatkan semua ahli bahawa kumpulan yang bertanding adalah anak buah PEKIDA. PM Pak Lah adalah anak buah arwah Ayahanda Salleh. Begitu juga dengan DSAI yang juga anak buah kepada arwah Ayahanda Salleh. Keputusannya PEKIDA tidak akan meletakkan calon dalam PRK ini. Oleh itu ahli-ahli PEKIDA di Bukit Gantang bebas mengundi mana-mana calon dalam PRK Bukit Gantang. Undilah sama ada calon UMNO ataupun calon PR.
Setelah keputusan dicapai, maka semua ayahanda ini pulang ke destinasi masing-masing. Sekiranya ada ahli yang mahu bertanding, bertandingler. Tetapi jangan sentuh langsung perkataan atau lambang PEKIDA. Jangan memalukan PEKIDA.
Semasa hari penamaan calon, muncul calon bebas yang dikaitkan dengan nama PEKIDA. Menung ayahanda-ayahanda PEKIDA. Rupanya masih ada di kalangan ayahanda PEKIDA yang begitu degil dan menongkah arus akan keputusan pimpinan tertinggi PEKIDA.
Kepada semua ahli PEKIDA yang boleh mengundi di Bukit Gantang, sila dapatkan maklumat sebenar tentang calon bebas ini daripada ayahanda-ayahanda yang lain. Pimpinan tertinggi PEKIDA telah mengiktiraf kedua-dua calon sama ada calon UMNO atau PAS. Tetapi keputusan ini dibuat semasa PM Pak Lah masih menjadi PM.
Pak Lah telah bersara daripada dunia politik. DSAI masih dalam perjuangan. Bermakna calon UMNO bukan lagi mewakili Pak Lah. Manakala calon PAS adalah calon yang telah ditunjukkan oleh DSAI untuk menggantikannya memimpin Malaysia.
Secara ringkasnya calon PAS adalah calon PEKIDA. Walau bagaimanapun sebagai pengundi, anda bebas membuat pilihan.
Kepada semua ahli PEKIDA, selamat mengundi.
Sumber: Dango Mamamat
12:55 | Labels: pekida | 7 Comments
Black Operation @ Bukit Gantang. Bah. 3
P59 BUKIT GANTANG
NAMA CALUN : ISMAIL SAFIAN
WAKIL CALUN: USTAZ JAMA'I
PENCADANG : EN.KAMALULAILL
PENYOKONG: CIKGU SEE
PEGAWAI KHAS: ROSLI RAFAE
BENDAHARI KHAS: MOHD SULAIMAN
SMS/INFO: KETUA PUTERI
BAJET PERINGKAT AWAL
Bajet Jentera Bahagian 60,000.00
Bajet Pemuda/Puteri/Wanita 70,000.00
Bajet Bilik Gerakan Cawangan 106 + Bilik Berakan Sampingan 140,000.00
Bajet Komponen 60,000.00
Bajet khas 'cash inhand' Calun 100,00.00 430,000.00
Database SMS/Digital Info 160,000.00
Comando team Risik/Info/Counter attack 50,000.00
Blogger Counter 30,000.00 240,000.00
Transport 4wd/Lori 50,000.00
PASystem & Canopy 60,000.00
Poster/TShirt,Badge/Belon/
JUMLAH 880,000.00
Permasalahan: Sehingga Tarikh 16 Mac 2009,INSYAALLAH PULIH
- Calun tidak ada modal
- Calun tidak tahu kedudukan Bajet sebenar.
- Bajet yang diberikan kpd Bahagian di simpan untuk kegunaan pengangkutan semasa pilihanraya.
- Bajet dari negeri nampaknya belum turun dan calun tidak tahu langsung jumlahnya.
- Jentera Bahagian tidak tunjuk komitmen dan sering bertelagah.
- Jelas jentera Bahagian sangat tidak berpengalaman.
- Bahagian bergantung kpd Calun untuk membuat semua keputusan.
- Calun tidak mendapat sokongan padu serta bantuan peribadi dari kalangan pimpinan Bahagian,masing-masing cuba cari kepentingan peribadi.
- Calun memerlukan Kepakaran Jentera khusus dari Badan Perhubungan Negeri atau
HQ bagi membantu penyelarasan Bilik Gerakan Utama.
- Calun memerlukan maklum balas dari kumpulan komando bebas dalam mendapat info terkini untuk serangan balas.
- Calun sangat memerlukan sistem sms dalam menjejaki pengundi,info,bahan counter attack.
- Calun memerlukan jentera yang berpengalaman dalam menangkis serangan lawan selain ceramah-ceramah biasa.
- Kebanyakan Penyokong(pekerja) Calun tidak mendapat kerjasama Bahagian.
- Jentera Bahagian hanya dapat membantu dari segi ceramah/taklimat buat masa ini.
- Penyokong Cina amat 'keras' perlu bantuan pimpinan pusat i.e MCA,Gerakan
- Penyokong India boleh digembeling dengan 'bantuan' dan janji-janji
- Calun memerlukan jentera yang agak kuat dan ramai dalam memerangi parti lawan khusus kerjasama Badan Perhubungan Negeri.
12:50 | | 1 Comments
Black Operation @ Bukit Gantang. Bah. 2
Cadangan Bantuan bagi Persediaan Pilihanraya Dun Bukit Gantang
Bantuan Membaiki Perumahan
Kumpulan Khas Pemantauan/pelaporan persediaan/aktiviti setiap satu cawangan di dalam Parlimen
Sebab Perlaksanaan Bantuan Membaiki Rumah perlu di jalankan.
Perlasanaan boleh dilakukan di atas ticket Bank Smpanan Nasional sebagai Agensi Kerajaan yang menjalankan “ Mandated Roles “ sebagai aktiviti Sosial Rakyat yang di salurkan oleh kerajaan melalui Dana Prokhas Sdn Bhd di bawah kementerian kewangan. Arahan Mandated Roles adalah dirujuk.
Aktiviti tersebut telah di jalankan oleh BSN mulai seawal Feb 2008 boleh digunakan secara terus bagi menyalurkan bantuan terhadap komitmen intitusi ini membantu merelisasikan visi kerjaan dengan mensasarkan 30 buah rumah bagi ke 3 Dun sebagai bantuan kepada persediaan pilihan raya.
Perlaksanaan ini perlu mematuhi Garis Panduan yang diberikan oleh Prokhas sdn bhd mengikut compliance yang ditetapkan dengan tanpa gagal, merangkumi semua bangsa, sasaran penerima yang tepat betul, penjanaan ekonomi kepada tukang kampung, perniaga perniaga hardware (kaum cina ), pemantauan hasil dan kualiti yang tinggi termasuk ketelusan perlaksanaan mantap yang memberi kepuasan dan kegembiraan kepada penerima secara tidak lansung membuktikan keperihatinan kerajaan menjalankan program yang bermutu lantaran akan memberi kesan mendalam terhadap sokongan kepada kerajaan yang mampu menperngaruhi keputusan pilihanraya.
Perlaksanaan
Mumpunyai 15 pasukan tukang kampung untuk perlaksanaan .
Kumpulan Khas Pemantauan/pelaporan persediaan/aktiviti setiap satu cawangan di dalam Parlimen
Focus kumpulan ini adalah kepada BANTUAN persediaan bilik Gerakan seluruh Parlimen terhadap 5 aspek utama sebagai Finding pelapuran untuk tindakan sokongan
Pendaftaran Pilihan Raya
Pendaftaran ini perlu di pastikan mempunyai 4 copy bagi tujuan bantuan dari Cawangan angkat untuk membantu kelicinan memastikan pengundi cawangan
Polling Agent
Pengurusan Persediaan Polling agent dengan memastikan petukaran/ penggantian orang sewaktu proses pengiraan pembuangan undi sabagai memastikan tiada ketirisan undian
Perayu Undi
Memastikan aktiviti perayu undi di jalankan di setiap Cawangan dengan betul dan menyeluruh bermula dari sekarang sehingga pilihanraya tanpa putus.
Kumpulan 10
Memastikan kumpulan ini menjalankan tanggung jawab seperti yang dikehendaki bagi seluruh kawasan sebagai memastikan jumlah pengundi keluar mengundi di tahap yang maksimum termasuk warga emas.
Kenderaan
Memastikan persediaan kumpulan kenderaan memberi Perkhidmatan yang optimum kepada pengundi pengundi yang di pastikan oleh kumpulan 10 dan perayu undi.
Sehubungan itu bagi cadangan ini ianya memerlukan perbelanjaan bagi menampung kos bahan api dan sebagainya bagi individu individu kumpulan tersebut yang terdiri dari bukan orang orang yang mempunyai Jawatan di dalam Bahagian yang boleh di kenali sebagai kumpulan NGO yang akan memantau dan memberikan pelapuran secara telus terhadap kelemahan kelemahan di setiap Cawangan secara terus sehinggan hari mengundi.
Kekuatan kumpulan mempunyai seramai 30 orang yang telah bersedia.
12:37 | | 0 Comments
Black Operation @ Bukit Gantang. Bah. 1
Ini bukan projek Bloggers Network @ Bukit Gantang...tetapi projek yang dirancang oleh Umno untuk merampas kembali Bukit Gantang dari tangan Pas. Operasi ini dilakukan dengan penuh kerahsiaan...sehinggakan kepimpinan Umno Bukit Gantang sendiri tidak mengetahui tentang kewujudan projek ini. Semuanya di lakukan oleh sekumpulan komando bebas yang mendapat arahan terus dari Najib Tun Razak.
Projek Black Operation dilakukan dengan penuh kerahsiaan...atau pun disebut "covert operations". Dan operasi ini dilakukan didalam kategori deniable iaitu untuk menidakan kemenangan dan sokongan terhadap Parti Pakatan Rakyat semasa Pilihanraya kecil Bukit Gantang.
Untuk tujuan ini tumpuan hanya dilakukan kepada operasi berikut:
Black Propaganda:
Bertujuan untuk menyebarkan maklumat dan risalah palsu yang bertujuan untuk memalukan PR
Poster poster dan risalah yang akan di pasang di tempat tempat yang strategic dan di lakukan seolah olah dari PR
Grey propaganda:
Bertujuan untuk menyebarkan maklumat dan risalah yang tidak mempunyai identity penganjur bertujuan untuk meneutral kan penyokong hard core.
making enemies believe falsehoods using straw argument to make someone believe "A", one releases as grey propaganda "B", the opposite of "A". In phase two, "B" is discredited using some strawman. The enemy will then assume "A" to be true.
WhitePropaganda:
Bertujuan untuk menyebarkan maklumat dan risalah benar dari BN untuk menangkis tohmahan dan serangan dari PR
Perlaksanaan akan dilakukan oleh Black Operator secara covert dan tidak boleh didokumentasikan Bagi projek ini, sejumlah Lima Puluh Ribu ringgit diperlukan.
Bagi membantu menjayakan projek ini, sejumlah bloggers diperlukan untuk membuat propaganda-propaganda dan sejumlah 30,000 ringgit telah diperuntukan.
04:06 | Labels: black operation | 1 Comments
Mahkamah Buktikan Nizar Tidak Derhaka.
Saturday, 4 April 2009
Sejak krisis Perak bermula, Umno tidak henti-henti menuduh DS Nizar Jamaludin sebagai penderhaka. Tuduhan tersebut dibuat hanya diatas andaian semata-mata. umno dengan secara salah dan tidak wajar mengandaikan DS Nizar derhaka kerana enggan mematuhi keputusan YM Tuanku Sultan Perak.
Meski pun Umno sedar tuduhan derhaka tersebut tidak mempunyai asas sama sekali, namun diatas prinsip 'matlamat menghalalkan cara' yang menjadi teras atau rukun politik Umno, gendang derhaka tersebut terus menerus di palu oleh Umno bagi mendapat undi dengan cara yang tidak bermaruah.
Sejak dari awal, DS Nizar dan Pakatan rakyat (PR) tidak pernah berniat jauh sekali menderhaka kepada YM Tuanku Sultan. Hakikatnya PR boleh dan telah pun mengemukakan bukti-bukti sahih dan kuat yang secara jelas menunjukkan Umno adalah penderhaka kepada Sultan. bukti-bukti yang PR kemukakan adalah bukti-bukti yang diperolehi secara mudah dari rekod-rekod awam dan rasmi. Apa yang berlaku sebenarnya adalah penderhaka Umno menuduh DS Nizar yang tidak derhaka sebagai penderhaka.
Seperti yang dimaklumi, DS Nizar telah memfailkan saman (semakan kehakiman) keatas dato Zamry di mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mendapatkan antara lain perintah bahawa DS Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah. Memandangkan beliau masih sebagai menteri besar Perak yang sah maka Dato Zambry tidak berhak memegang jawatan tersebut.
Semasa pendengaran saman tersebut pada 2/4/09 yang lalu, pihak Peguam Negara telah membantah saman DS Nizar tersebut di atas alasan DS Nizar sebenarnya mencabar keputusan YM Tuanku Sultan Perak dan keputusan Sultan, menurut Peguam Negara, tidak boleh dipertikaikan atau disemak oleh mahkamah.
Pasukan Peguam Nizar berhujah bahawa DS nizar tidak pernah berniat jauh sekali mencabar keputusan Sultan Perak. Peguam DS Nizar juga bersetuju bahawa kuasa Sultan tidak boleh dicabar di mahkamah. Namun bagi mereka yang mahir didalam undang-undang pentadbiran (administrative law), mereka tentu arif bahawa undang-undang membenarkan mahkamah bertanyakan kepada mana-mana penjawat awam seperti Dato Zambry atas kuasa apakah beliau layak memegang jawatan tersebut di bawah undang-undang Tubuh Negeri Perak didalam keadaan Nizar mendakwa masih lagi Menteri Besar yang sah.
Pada 2/4/09 iaitu pada jam 5.30 petang. YA Hakim dato Abdul aziz Abdul Rahim menolak bantahan Peguam negara dan memutuskan permohonan DS Nizar bukan permohonan yang remeh (not frivolous). sebaliknya permohonan tersebut mempunyai merit dan asas yang kuat. Mahkamah menolak hujah Peguam Negara bahawa DS Nizar mencabar keputusan Sultan kerana berdasarkan saman yang DS Nizar failkan di Mahkamah adalah jelas DS Nizar tidak menyaman Sultan atau mempertikaikan keputusan Sultan.
Keputusan Mahkamah tersebut jelas dan terang menunjukkan bahawa sejak dari awal Nizar tidak pernah mempertikaikan keputusan Sultan. Keputusan tersebut sekaligus menyangkal dakwaan tidak berasas Umno bahawa nizar adalah penderhaka.
Keputusan Mahkamah membuktikan secara jelas bahawa isu derhaka yang Umno mainkan selama ini adalah satu politik jahat, politik murahan dan politik putar belit Umno. beginilah politik Umno dulu, kini dan tak tahu sampai bila.
Hanipa Maidin.
23:45 | Labels: krisis perak, nizar | 2 Comments
Pelancaran Banner BloggersNetwork
Pada hari penamaan calon yang lalu...tidak banyak gambar-gambar penyokong yang disiarkan oleh media pengampu Umno/BN. Ini kerana penyokong BN terlalu sedikit jumlahnya berbanding penyokong PR.
Apa yang ditulis hanyalah angka-angka yang tidak dapat dibuktikan.
Ibnibrahim...seorang jurugambar bebas dari Tanjong Malim telah merakamkan detik bersejarah itu dalam bentuk panorama. dan hasil karya beliau telah kami abadikan dalam bentuk banner sepanjang 12 kaki dan di lancarkan oleh DS Nizar dalam satu majlis ringkas disebuah restoran di Bukit Gantang. Cerita selanjutnya boleh di perolehi dari perisik-rakyat.
Gambar hasil karya Ibnibrahim...yang belum lagi kami kenali secara peribadi. Hanya berkomunikasi melalui internet.
Dugong Darat menggubah gambar tersebut tetapi apa yang menarik ialah...tiada siapa yang tahu siapa yang membayar kos percetakan tersebut. Menurut yang membayar...dia hanya rakyat Malaysia.
Terima kasih semua.
23:12 | Labels: banner bloggers network | 0 Comments
Umno tipu Melayu
Sana sini...Umno berkokok pasal tanah. "Nizar bagi tanah kat Cina!" "Habis tanah orang Melayu di Perak digadaikan!" macam-macam lagi salakan yang dibuat untuk menipu dan memperdaya orang Melayu. Seolah-olah...bila Nizar jadi MB..habis tanah orang Melayu terlepas ketangan orang Cina.
Apabila Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan Perak pada 8 March 2008 lalu, mereka mengambil masa begitu lama untuk mengambil alih pentadbiran tanah negeri. Tetapi bila Umno merampas kuasa...dalam masa 20 hari, mereka telah melantik Jawatankuasa Pemilihan Tanah Daerah. Siap dengan ahli-ahlinya sekali.
Begitu rakus tindakan mereka apabila mengambil alih secara haram. Kerana mereka tahu...hayat mereka tidak akan kekal lama. Dalam masa yang singkat inilah ...kalau nak sapu pun, sapu lah.
Dalam mesyuarat yang diadakan pada 25 Februari 2009, Umno telah membincangkan beberapa perkara berkaitan dengan tanah...tapi tidak membincangkan tentang pemberian hak milik kekal kepada kampung setinggan ataupun untuk diberikan kepada orang-orang Cina. Tak kan Umno nak bagi tanah kat Cina kot?
Apa yang dibincangkan adalah perkara-perkara berikut:
(Hangpa tengok surat ini...aku malas nak tulis)
Boleh baca? kalau boleh baca, hangpa tentu paham. Memang tak ada yang salah pun. Tapi bila aku dapat surat kat bawah ni...timbul satu kemusykilan.
Setiausaha sulit Zamry...Rashidi bin Ibrahim...telah diarah oleh Menteri Besar Haram meminta Pengarah Tanah dan Galian untuk mengambil tindakan segera tentang permohonan hak milik kekal tanah setinggan di Kg. Simpang Halt.
Woit!! Hari tu hangpa tentang habis-habisan bila PR memberi hak milik kekal kepada penduduk-penduduk kampung baru yang telah bermastautin berpuluh tahun. Hangpa kata Nizar lelong negeri Perak kat Cina! La ni hangpa nak bagi geran hak milik kekal kat setinggan diKg. Simpang Halt di Bukit Gantang! Ptuih!!!
Hari tu hangpa ludah, hangpa kahak....la ni hangpa jilat balik. Hangpa tolong bagi tau kat aku...sapa yang duduk kat kampung setinggan kat Simpang Halt tu!!! Ahmad bin Abu ka? Ismail bin Sapian ka? Hangpa tolong check...sapa yang duduk kat Kg. Simpang Halt tu. Aku bukan orang Bukit Gantang. Tapi kalau orang Bukit Gantang pun tak tau atau mahu ditipu oleh Umno dan kuncu-kuncunya...aku tak tau la apa nak cakap.
Tak cukup dengan itu...ada lagi satu surat kat bawah ni.
Woit!!! dalam mesyuarat pasai tanah...tak ada pun bincang nak bagi geran milik kekal kepada penduduk setinggan. tak ada bincang pasai nak bagi tanah kat Sekolah Cina! Tapi pasai apa Zamry arahkan Pengarah Tanah dan Galian Perak untuk mengambil tindakan yang begitu cepat terhadap permohonan Sekolah Jenis Kebangsaan Poay Eng, Kuala Sepetang yang memohon tanah untuk dibuat padang?
Bila PR bagi tanah kat Sekolah Cina...hangpa kata Nizar lelong Perak kat Cina. Tapi bila hangpa buat...hangpa lah pejuang Melayu...mempertahankan hak Melayu!!! ptuih!!!
Kalau nak bagi...bagi juga kat sekolah-sekolah lain. tapi bila hanya bagi kat Sekolah di Bukit Gantang...itu sudah rasuah untuk memancing undi. Tapi biasa la....kalau tak rasuah...tu bukan Umno namanya.
Yang ni SPRM tak kan nampak....yang depa nampak kalau orang sedekah lembu.
03:47 | Labels: khutbah umno, rasuah, tanah | 10 Comments